Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Kisah Perjalanan dari Prague, Czech ke Ljubljana, Slovenia

      April 7, 2016

      Bas bertolak dari Prague dalam pukul 5 petang. Kali ni takde pulak pakcik bas tu check passport semua. Pelik jugak sebab biasanya international route ada check passport before naik bas. 

      Flixbus Prague - Vienna
      Bas 2 tingkat - reuse gambar post hari tu. :)

      Saya sebenarnya tak minat sangat naik bas, cepat pening. Kalau dalam Czech sendiri, saya memang akan pilih train walaupun makan masa lebih. Kesimpulan yang saya dapat buat, saya macam ada motion sickness lebih kurang untuk bas. Cuma, trip kali ni memang ajar saya overcome that problem. Transportation saya memang bas je sepanjang trip Jelajah Balkan : Slovenia ni. :D

      Saya pilih seat kat tingkat bawah. Sebenarnya seat dalam Flixbus ni, kita bebas nak duduk mana-mana, tak perlu reserve pun. Kalau rasa nak any particular seats tu, datang awal dan masuk bas awal. 

      Seat saya tu siap ada meja dan opposite seat yang duduk setentang. Ingatkan takde orang la duduk sekali, tapi memang full rupanya bus Prague-Vienna ni. Oh, tak perasan dah kongsi ke belum, Flixbus ni takde direct bus ke Ljubljana, hanya ada transit di Vienna pastu tukar bas ke Ljubljana.


      Flixbus Vienna - Prague
      Meja dalam bas. Dah macam style train.

      • Prague (UAN Florenc bus station) - Vienna Erdberg (VIB) 
          • 24 March 17:00 - 25 March 20:55

      • Vienna Erdberg (VIB) - Ljubljana (bus station)
          • 24 March 23:00 - 25 March 4:35


      Alhamdulillah, perjalanan semua lancar dan selamat. Ditakdirkan Allah letak satu keluarga Muslim dari Mesir di sebelah dan hadapan saya. Rasa bersyukur sangat. The family was very nice to me. Siap offer makanan dan minuman. Paling best sebab boleh dengar banyak sejarah Mesir. Dari kisah piramid, ke kisah Jews dan Palestine. Ada jugak kisah pasal American University yang banyak agenda dalaman. Berdebar jugak dengarnya. 

      Makcik S memang banyak kaitkan dengan ayat-ayat Quran. Dari kisah Firaun, dikongsikan kisah Nabi Musa, Nabi Harun dan lembu sembahan kaum mereka. Korang tahu kan kisah ni?

      Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman". - Al-A'raf : 148
      Walaupun saya pernah dengar beberapa kali pasal kisah ni, tapi kali ni perasaan lain sikit sebab disampaikan oleh orang Mesir sendiri, hamba Allah yang mungkin pernah berpijak di tempat yang sama dengan nabi-nabi dulu.  :)



      Vienna International Busterminal
      Vienna International Busterminal


      Bas Flixbus ni tiba di Vienna International Busterminal (VIB), dekat sangat dengan Erdberg metro station. Kalau korang tengok gambar kat atas, ada senarai bas yang berhenti kat sini. Kalau naik bas Student Agency, dia berhenti kat terminal lain - dekat dengan stadium kalau tak silap.

      Terminal ni dibuka setiap hari dari 6:30 - 21:00. Jadinya, VIB ni baru je tutup masa saya sampai Vienna ni. T__T

      Vienna International Busterminal
      Berdekatan VIB

      Untuk isi masa dalam 2 jam, kerja saya berjalan dan makan. Macam tak ada tempat yang tertutup (dengan heater). Dekat sebelah terminal bas tu ada macam kompleks apa entah, kedai-kedai makan pun banyak nak tutup. Haha. Takde night life betul. 

      Boleh tahan sejuk jugak, cuma mujurlah terminal bas tu sentiasa ada orang. 

      Tunggu tunggu tunggu, bas saya yang seterusnya pun sampai. Baru saya tahu sebenarnya bas ni destinasi akhirnya ialah Venice. Tapi dia drop off dan ambil penumpang kt Ljubljana. Internet untuk bas kali ni lagi okay, boleh la on Spotify sepanjang perjalanan tu.


      Flixbus Vienna - Venice / Ljubljana
      Flixbus Vienna - Venice


      Saya dah tidur masa perjalanan Prague-Vienna tu sebab motion-sickness. Tapi saya end up sambung tidur lagi dalam bas Vienna - Ljubljana. Ouch. 


      Ljubljana train station
      Ljubljana train station

      Sedar-sedar driver bas buat announcement yang bas tu dah nak sampai Ljubljana bus station. Masa ni dah nak pukul 4 pagi. Sunyi sepi bandar ni. What to expect, 4 pagi kot. Train station dan bus station berhadapan antara satu sama lain. Memandangkan train station buka pukul 5 pagi. Jadi, kena cari jalan survival untuk sejam. Sejuk. 

      Dekat sekitar bus station tu banyak kedai yang buka 24 jam. Restaurant, bar, bakery. This was the best thing ever! Ada kedai kebab jugak dan it's halal! Saya pernah cari pasal makanan halal di Ljubljana dan ada seorang blogger ni recommend kedai ni. Bila saya nampak je signboard, memang teruja. This is the one that I've read!

      Kedai kebab halal Ljubljana
      Kedai kebab halal Ljubljana

      Saya order doner box sebab blogger tu yang recommend. Sama je macam doner box kat bandar saya, Hradec Kralove tu. Beli makanan ni sebenarnya niat utama ialah nak tumpang heater kedai tu. Makan pelan-pelan sampai nak dekat sejam. Alang-alang dapat solat subuh sekali kat situ. Alhamdulillah. 

      doner box Kedai kebab halal Ljubljana
      Doner box - dalam ni ada daging kebab - daging lembu + ayam, ada salad, bawang, kobis semua dan fries.


      Kedai kebab halal Ljubljana
      Senarai harga kat kedai ni. Kalau perasan, nombor 1 dia macam 7 sikit kan? Sama macam dekat Czech. Dulu-dulu saya confused jugak tapi boleh beza dah, 7 akan ada garis tengah. 

      Merasa la saya makan kebab pukul 4 pagi. T___T

      Bersambung...

      Bled, Slovenia
      160326

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160406

      [Life Lessons] 7 Keajaiban Dunia Kuno

      April 1, 2016

      Haa, cuba senaraikan apa seven wonders yang korang tahu. :D 

      Sebenarnya, saya baru sedar ada 2 kategori untuk 7 keajaiban dunia ni. The first one is for Ancient World and the second is for Modern World. 

      Source


      Kali ni kita belajar sikit pasal 7 Keajaiban Dunia Kuno atau in English, it is called 7 Wonders of The Ancient World. :)

      1. Great Pyramid of Giza
      Kheops-Pyramid.jpg
      Pyramids of Khufu - Wikipedia

      Piramid ni ialah yang tertua dan terbesar antara 3 piramid yang ada di kawasan Giza ni. Ini jugaklah antara seven wonders yang tertua dan masih diiktiraf dalam 7 Wonders of Modern World! (dia jadi yang kelapan kalau tak silap haha)

      Banyak teori yang keluar tentang teknik pembinaan piramid ni. Tapi takde apa yang confirm lagi, semuanya sekadar teori. Oh ya, piramid ni dibina lebih kurang antara 2584-2561 BC dan tingginya 147 meter. 


      2. Hanging Gardens of Babylon

      Illustration - Wikipedia

      Saya ingat lagi pernah baca pasal Babylon dalam subjek Sejarah. Tapi saya tak ingat apa pun dah. T_T 

      Ada yang kata Taman Tergantung ni sebenarnya tak wujud pun. Well, the exact location is not really confirmed. Tapi dikatakan letaknya di Iraq dan berkemungkinan besar dibina sekitar 600BC.


      3. Temple of Artemis at Ephesus

      color view of reconstructed model of Temple of Artemis, at Miniatürk Park, Istanbul, Turkey
      Model of the Temple of Artemis, at Miniaturk Park, Istanbul, Turkey - Wikipedia

      Greek people memang terkenal dengan banyak Tuhannya. And this temple was dedicated to the goddess Artemis. Bila baca pasal ni, baru lah sedar Greek ni macam sangat established dalam sejarah. Even majority medical are originated from Greek. 

      Contoh macam anemia - kita faham dengan maksud kurang darah kan. Term ni asalnya dari word 'an-' = without dan '-aemia' = blood condition. Anaemia = without blood. Begitu. 


      4. Statue of Zeus at Olympia

      Coin from Elis district in southern Greece illustrating the Olympian Zeus statue - Wikipedia

      Dibina sekitar 435 BC dengan ketinggian 13 meter. Statue ni dah musnah dan tiada kesan pun. Semua details dapat dari rekod Greek kuno dan syiling lama. 


      5. Mausoleum at Halicarnassus

      The ruins of the Mausoleum at Halicarnassus.jpg
      The ruins of the Mausoleum of Halicarnassus - Wikipedia

      Ini ialah makam sebenarnya, dibina dalam 351BC dan musnah kerana gempa bumi. Apa yang membuatkan dia menarik ialah pada 4 sisi Mausoleum ni. Setiap satu ada ukiran yang masing-masing dibuat oleh 4 pengukir Greek - Leochares, Bryaxis, Scopas of Paros dan Timotheus. Famous agaknya diorang ni.  


      6. Colossus of Rhodes
      The Colossus of Rhodes, as depicted in an artist's impression of 1880 - Wikipedia

      Mula-mula baca Colossus, ingatkan Colosseum yang kat Rome tu. Tapi memang totally different. Cumanya, memang Colosseum Rome diiktiraf sebagai 7 New Wonders. 

      Colossus of Rhodes ialah statue / patung Tuhan Greek (Tuhan Matahari - Helios) dan dibina sempena kemenangan Rhodes bila berjaya pertahankan Rhodes masa cuba dikepung anak pemerintah Cyprus. 

      Statue ni ialah salah satu yang tertinggi di zaman kuno dengan ketinggian lebih 30meter!


      7. Lighthouse of Alexandria 

      Lighthouse - Thiersch.png
      Drawing by archaeologist Hermann Thiersch (1909) - Wikipedia

      Juga dikenali dengan nama Pharos of Alexandria. Dah musnah jugak dek gempa bumi - 3kali! Dan lighthouse ni terbiar je sampailah tahun 1480, Citadel / Fort of Qaitbay dibina di atas tapak lighthouse ni. 

      ------------------------------------------------

      Dalam perjalanan saya dari Prague - Ljubljana seminggu lepas, dalam Flixbus tu saya berpeluang duduk semeja dengan satu keluarga dari Mesir. Mula-mula rasa kurang berminat nak berbual sebabnya saya ni macam ada motion-sickness sikit bila naik bas. Bas baru bergerak 5 minit, saya dah rasa pening. 

      Tapi bila makcik kat sebelah saya tiba-tiba baca doa naik kenderaan, Al-Fatihah semua - terus rasa tertarik nak berkenalan. Menarik sangat apa yang Makcik S kongsikan. 




      Cumanya, post kali ni saya dapat inspirasi dari Makcik S ni lah. Dari kisah pasal teknik pembinaan yang sampai sekarang hanya ada teori, sampailah kisah piramid ni ada teori yang kata ia dibina oleh orang Jews (sebagai hamba atau bukan, wAllahualam). Dan ada jugak dia gambarkan keadaan dalam piramid ni. Dengar macam cantik sangat! Cuma saya tak jumpa lagi video yang tunjuk interior yang cantik tu. Hehe. 

      Masa tengah baca kisah piramid ni, terjumpa satu artikel pasal penemuan komposisi batu piramid ni. 
      • And Pharaoh said, "O eminent ones, I have not known you to have a god other than me. Then ignite for me, O Haman, [a fire] upon the clay and make for me a tower that I may look at the God of Moses. And indeed, I do think he is among the liars."- Quran 28:38

      Bila mana dengan laboratory analysis dapat confirmkan komposis piramid hanya pada 2006, sebenarnya dalam Quran dah mention pasal ni. :)

      Memang rasa Quran ni sangat awesome <3



      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160331

      The Girl With Seven Names

      March 31, 2016



      (removed / transferred from hanisnina.com)

      The minute I found out about this book, it was after I read about a man's experience when he was in North Korea, as part of tourism. As I am at home in Malaysia now, I am not that able to travel on my own - I mean overseas. I would love to cover the Southeast Asia or Asia itself - but my responsibilities towards my family is more important than my desire. 

      So, reading other's stories is another way to explore. :)

      I was shocked, yet encouraged to check on tourism in North Korea - when I found out Malaysian citizens with normal passports can visit North Korea (its specific tourism routes) without a visa for a month! Malaysia is the only country come out with this advantage followed by Singapore. 

      And so....

      Back to the book.

      The Girl With Seven Names



      It was written by Hyeonseo Lee, a true story based of her own experience and others told by trusted person ( I bet, her family). The girl with seven names; in which Hyeonseo Lee is her final & current name. 

      You can read a part of the book here.

      She was not planning to escape North Korea forever at all, neither for freedom nor money nor food. She came from a high social ranking family, with her father's job as military officers and her mother's great skills in bribery. The family had good songbun, a caste system in North Korea - that made their place in society secured. :)

      Read the book, and you will learn what people in North Korea do generally to keep good songbun.

      She mentioned a lot about her extended family, with many uncles & aunts - whom some lived in other places in North Korea. Due to her father's job, her family was able to move to different cities.

      I came to learn about two most important persons in North Korea, which is an atheist-communist country. These guys are saluted (till this moment). Great Leader Kim Il-sung and his son, Dear Leader Kim Jong-il. Their portraits are everywhere in NK, bowed by people. Even, in every houses in NK, they need to hang these guys' portraits high up and make sure to be dustless! 


      Hyesan Border
       Photograph: Hyeonseo Lee

      Like other teenagers, Hyeonseo Lee had her rebellious sides and curiosity. Just a month before turning 18, she made a decision to cross Yalu river (picture above) to Changbai, China then visit her father's family in Shenyang, China. She mentioned this river was just 10 meters wide and not that deep - good enough for people fleeing out. With plans to come back home after 5 days, however......

      So why did I get the feeling that my life was about to change for ever? - Hyeonseo Lee


      Hyeonseo Lee’s mother carries her, aged three, on her back
      ‘She had been the rock of our lives’: Hyeonseo Lee’s mother carries her, aged three, on her back || Photograph: Hyeonseo Lee 

      Life in a foreign land is not easy for a 17-year old girl. How she survived in China really inspired me to be grateful with what I have now. She had no intention at first to get to South Korea, as she was already 'brainwashed' that the south is the enemy. Read the book to know how and what changed her mind to get asylum in South Korea. :)


      The irony. In Shenyang, I'd had to convince suspicious police that I was Chinese, not North Korean. Here, I was trying to do the opposite. - Hyeonseo Lee


      The moment she planned to sneak out her mother out of Hyesan, her hometown, was another tragic story. T_T Really, I can't imagine myself being in her position, I might kill myself if I don't have strong faith. 

      And now, she is living together with her mother and brother. What happened to his father? And why his brother came along? Oh yea, she was in love with a guy, who understand her and willing to accept everything. But, that guy is American! Since North Korean people are taught to be anti-US, even they call American b****** - miguk nom - so, how can her mother & brother accept him?


      ---------------------

      Her story inspired me on how she managed to get through all those life changing events, even with life-threatening challenges. She taught me on how important family is when she was finally able to reunite with her family. And I learned how North Korea seems to be look like, politically and socially. So many propaganda there, established in its people's mind. And I am glad I had the chance to see the world, without being blocked by anyone. 


      (removed / transferred from hanisnina.com)

      Baitul Hanis, Perak, Malaysia
      150820

      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160331


      Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia

      Sempena cuti Easter . :)


      Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


      I have this thing about Balkan countries. Masih tak boleh move on, so itu lah antara sebab Slovenia menjadi pilihan untuk adventure kali ni. :) InsyAllah kali ni temanya backpacking, get into local community dan menghayati alam semula jadi.

      Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia
      Credit


      Macam biasa, terpaksa plan last minute dan kali ni nampak agak mencabar sebabnya takde geng nak travel sekali. T_T Dah tanya ramai orang, tapi banyaknya tak dapat join. So, saya pun minta izin parents untuk travel solo. Saya pernah travel solo setakat dalam Czech dan untuk flight KL-Prague etc (kira pergi balik Malaysia, Czech lah). Pernah jalan Munich solo masa transit sana setengah hari.



      Selesai pujuk, explain kat parents - barulah lega nak settlekan beli tiket bas & hostel etc. 

      Kali ni, saya pilih naik Flixbus paling murah banding choices lain dan paling sesuai dengan masa travel. I have considered flights & train. Tapi sebab bertangguh dengan harapan ada orang lain ikut - jadinya harga pun dah naik. :D Haha pengalaman betul bila harga tiket flight pernah lagi murah dari tiket bas.

      Flixbus ni kalau tak silap saya antara bas baru, nama dia macam baru dengar few months ago. Kalau pandai cari, memang tiket murah2 belaka kat company ni. Bas selesa, Internet coverage ada sepanjang perjalanan (kadang-kadang disconnected jugak lah ;p), driver cermat & mesra.

      Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


      Untuk perjalanan yang across countries, saya prefer Student Agency (SA) sebenarnya tapi surprisingly SA belum cover negara Balkan. Eurolines dari Prague pulak hanya ke Maribor, Slovenia. 

      Kalau korang baca travelog orang lain, sebenarnya ramai yang recommend road trips untuk negara Balkan ni. Pada saya, saya pun rasa road trips lagi best kat area sini. Tapi, itulah... bergantung pada keperluan & keadaan masing-masing. :)

      Jelajah Balkan 2.0 - Slovenia


      Sepanjang backpacking ni, saya dapat explore 4 bandar / pekan.
      • Bled
      • Bohinj
      • Ljubljana
      • Postojna
      Since it was my first time backpacking (the real one), of course the feeling and experiences are way different. Jumpa orang berbeza setiap hari, nak jaga diri sendiri, nak jaga backpack, nak bergaul dengan orang lain, nak ambik gambar etc. 

      Harap sangat diri ni mampu betul2 buat posts pasal the whole journey. Saya dah draft sikit masa atas bas etc. Rasa nak sangat share untuk self reminder dan berkongsi dengan korang. Dan untuk bacaan ayah jugak :) Nina tahu ayah tengah baca ni kan? Hehe.


      --------------------------------------------



      Walaupun Czech ni masyarakat dia kebanyakannya atheist, tapi diorang masih ada cuti Easter. Berbanding Slovenia, kat sana memang majoriti Kristian dalam 61% macam tu. Masyarakat Muslim pun ada jugak, mostly Bosniak (Muslim yang asalnya dari Bosnia).

      Roughly about Easter, dari apa yang kawan saya cerita, Easter ni lebih istimewa dari Krismas katanya. Kalau Krismas ni sempena kelahiran Jesus Christ (based on Christianity), Easter ni pula tentang kelahiran semula Jesus Christ (resurrection).

      Ada 2 hari cuti - Good Friday (hari Jesus disalib) dan Easter Sunday. Tapi sebabkan Easter tu jatuhnya hari Ahad, banyak negara letak Easter Monday tu sebagai hari cuti jugak. Saya dah banyak kali cuba tanya2 kawan2 yang beragama Kristian pasal konsep Trinity diorang ni, tapi sungguh saya tak boleh hadam. :p

      As Muslims, I believe most of us know that we don't celebrate these days. But, we can still wish them 'have a nice day', 'happy holidays' etc. Tak perlu nak ucapkan spesifik pun. :) Cukup untuk jaga hubungan sesama kita.


      Bersambung :)

      S. K. Neumanna, HK, Czech
      160324

      Bled, Slovenia
      160326


      Our Group's Dinner 2016

      March 24, 2016




      Alhamdulillah for the lovely groupmates :)

      We've been through thick and thin, good and bad. Kadang-kadang ada je attitude masing-masing yang annoying, tapi itu lah yang menceriakan kelas. Haha, ada yang kaki ponteng kelas, tapi itu la jugak yang boleh diharap untuk cover line kalau kena skip kelas. 

      Dinner kali ni ialah yang keempat, cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi dinner tahun lepas. Dah nak 5 tahun kat sini. T__T I'm going to miss them, for sure.

      Teringat ada satu hari ni, betul-betul rasa malas sangat nak pergi kelas. Still pergi tapi rasa nak balik sambung tidur. Masa tengah tunggu dalam 30minit sebelum seminar, terus saya cakap, "Okay guys, I'm leaving. I can't do this."

      Malas betul masa satu hari tu.

      Tiba-tiba, ada seorang kawan ni tanya apa yang saya share kat Facebook baru-baru ni. 

      Tak sure itu statement ataupun pertanyaan. Tapi sungguh la menusuk kalbu.

      I want to drop out of School, is this okay?An Islamic perspective!
      Posted by OnePath Network on Wednesday, 16 March 2016

      Ini la post tu.

      "So no, you don't give up your studies, you continue and you excel at it and through that you can serve not only the Ummah (Muslim Nation), but also humanity at large."

      Saya terus stay situ dan tunggu untuk seminar lepas tu T_T



      p/s - I'm leaving for an adventure today, doakan selamat pergi, selamat di sana, selamat pulang ye :)

      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160324

      [Life Lessons] Kebaikan di atas Kebaikan

      March 14, 2016

      Perasan tak, bila kita tonton satu movie menarik, kita rasa happy sangat lepas habis tengok cerita tu. Tak kisahlah perasaan best sebab cerita tu menyentuh kalbu ke, lawak sakan ke, banyak pengajaran ke, hero handsome heroin cantik ke - apa-apalah. Dan kita teruja sangat nak share kat kawan, share link FB, blog - siap buat review lagi.

      Siapa pernah? Angkat tangan!

      Saya saya saya! Saya lah tu. :)
      The latest one - filem Bajrangi Bhaijaan. 

      Kenapa nak share dengan orang? 
      Sebab kita nak orang lain pun rasa apa yang kita rasa, dapat pengajaran yang sama. 

      Kan? :) :) :) :)




      Macam itu jugak lah dengan kebaikan. Bila kita buat sesuatu yang kita rasa bermanfaat untuk kita, kita rasa nak sebarkan kat seluruh dunia supaya orang lain pun dapat manfaatnya. Macam dunia blog ni. Rata-rata bloggers yang saya kenal pun, banyaknya berfikiran macam ni.

      Mungkin pada awalnya, ramai yang berblogging untuk kenangan / diari diri untuk rujukan masa depan. Well, been there, done that.


      Kebaikan di atas Kebaikan
      tumblr


      Tertarik nak berkongsi ayat 10 dalam Az-Zumar. :) Banyak point dalam ayat ni yang kita boleh sama-sama renungkan. Salah satunya;-


      • Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). 


      Bila baca ayat ni, saya teringat video kebaikan atas kebaikan. Saya ada kongsikan di atas. Lepas bertukar-tukar muhasabah dengan kawan-kawan sehalaqah, saya dapat simpulkan apa yang saya dapat ambil manfaat dari ayat ni untuk kebaikan diri.


      1. Pay it forward. 

      Bila orang lain buat kebaikan yang kita buat, insyAllah kita pun dapat kebaikan (pahala).
      Bila orang lain ter'inspired' dengan kebaikan yang kita buat, insyAllah kita pun dapat kebaikan lagi.

      Macam konsep multi-level marketing (MLM)






      Contoh macam Arina senyum kat Dalila, mungkin itu mampu buat Dalila happy dan dia senyum balik. Dan MLM kat sini bila Dalila pun senyum kat orang lain and...the concept repeats over and over again. :)


      2. Pahala berterusan. 

      Pernah kan, kita pergi solat kat RnR pastu guna sejadah yang disediakan, di belakangnya tertulis Wakaf.

      Ni ialah perbuatan yang excellent lah untuk dapat pahala berterusan!

      Kebaikan di atas Kebaikan
      http://inspirasi-islami.tumblr.com/



      Ada orang letak Quran kat masjid dengan harapan dapat pahala dari orang yang membacanya, ada yang letak telekung.

      Contoh lain yang saya suka sangat ialah, ajar budak-budak kenal Arabic alphabet. Huruf Arab ni penting kan untuk kita baca Quran. Cuba bayangkan bila budak-budak tu baca Quran hari-hari, baca surah-surah dalam solat, mudah-mudahan ada usaha kita dalam tu untuk pahala berterusan kita...ameen!

      Cikgu-cikgu pun banyak pahala berterusan diorang. Diajarnya kita konsep mengira, diajarnya jugak kemahiran hidup. :)


      3. Kebaikan yang bukan sekadar yang positif. 

      Kita selalu cenderung untuk rasa hanya benda yang literally positive tu ialah kebaikan. Tapi sebenarnya, kalau kita mampu bawak orang keluar dari keburukan / kejahatan, itu pun satu kebaikan.


      • Ada orang kata, jahiliyah itu ibarat satu bangunan dan setiap kebaikan yang dibuat dapat buang satu bata bangunan tu. 

      Jahiliyah = perkara-perkara yang bawak kita jauh dari Allah. InsyAllah usaha yang berterusan dapat runtuhkan jahiliyah tu.





      4. Setiap kebaikan bermula dari diri sendiri.

      Ayat counterback untuk orang yang menegur ialah "hang tu sendiri teruk, duk nasihat aku pulak". Kan?


      Kebaikan di atas Kebaikan
      http://inspirasi-islami.tumblr.com/

      Orang selalu pandang sesuatu ilmu tu dari siapa yang menyampaikan. It can be good, can be not. Remember, nobody's perfect and nobody will be one.


      Memang betul. Kita nak tegur orang untuk berpakaian menutup aurat, tapi kita sendiri tak buat. Tak tally kan? Kita nak tegur orang untuk jaga percakapan, tapi kita sendiri mulut takde insurans. T_T


      5. Orang yang buat kebaikan ialah orang yang berfikir.

      Berfikir maksudnya dia berakal :)

      Kebaikan di atas Kebaikan
      http://haditsgrafik.tumblr.com/

      Dia tahu kenapa kena buat kebaikan. Dia tahu mempelbagaikan kebaikan. KREATIF. Rata-rata kita kenal dengan Syed Azmi, he is a creative person, FMO. Always come out with new ideas to do good. :)



      Okaylahhh, jumpa lagi.
      Happy Monday, everyone!


      Tadabbur. - “Berhenti pada ayat, fahami maknanya, berinteraksi dengan diri kita, untuk diambil manfaat serta dicontohi.” - reference




      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160313

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 正阳县| 万山特区| 勐海县| 丹棱县| 靖江市| 岳普湖县| 南涧| 松滋市| 堆龙德庆县| 华蓥市| 澄城县| 松原市| 句容市| 明光市| 喜德县| 长顺县| 凯里市| 河池市| 濮阳县| 清远市| 安福县| 洞头县| 吴忠市| 云浮市| 江源县| 新闻| 万盛区| 滨州市| 黄山市| 无为县| 高雄市| 上栗县| 尖扎县| 苏尼特左旗| 万全县| 嘉禾县| 麻栗坡县| 西贡区| 宜兰市| 黄浦区| 仪征市|