Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      austria

      Vienna, Austria - Part 3 (Last)

      February 14, 2012

      Dari Rathaus, kitorang terus berjalan dengan kaki yang terasa lembap dalam kasut, dengan wayar headphone saya dah macam nak beku, jari jemari kurang deria rasa.


      Just opposite Rathaus is Hofburg Theater.

      Rasa lega bila nampak building yang ada nama Hofburg ni. Sebab nampak macam dah dekat dengan banyak building lain kat area2 ni.




      Bangunan ni kat sebelah kiri Neue Hofburg (nampak macam tengah renovate). And meliputi Spanish Riding School, Sisi Museum, Silver Collection. Kitorang tak masuk pun. Heee. Oh ye, kereta kuda merata-rata. Kalau ada duit and malas nak jalan, naik je kereta kuda tu. 

      Then, kitorang pergi balik area Stephansplatz. Target - rumah Mozart! One of the famous musician. Kalau nak singgah sini, better beli terus combined ticket Mozarthaus Vienna + Haus de Musik = € 12 (student price)



      Nama penuh Mozart ni Wolfgang Amadeus Mozart. Mozart ni lahir kat Salzburg, pernah tinggal kat Vienna. Apartment yang dah jadi museum ni ialah satu-satunya apartment yang survived. Dia duduk sini dengan isteri dia Constanze & anak lelaki Carl Thomas. 

      Dalam rumah ni tunjuk items dari masa Mozart dulu-dulu, kedudukan rumah ni untuk dapur ke ruang tamu ke ruang study dia ke. Gitu laa. Interesting part is, Mozart ni suka berhubung dengan ayah dia melalui surat, most of stories of his life dia share dengan ayah dia. 

      But... yes, he was a Freemason and loved gambling so much T___T 


      Then, kitorang cadang nak singgah masjid untuk solat jamak takhir asar & zohor. Syukur pagi tu sempat cari alamat, direction semua, siap ambik nombor telefon lagi.

      Sampai-sampai je kat Masjid-E-Ibrahim, kat pintu ada note. It is closed sebab air takde. Takde rezeki. Solat kat hostel la nampaknya :)


      Since malam tu the last night kat Vienna, kitorang makan kat restaurant. :) Check halal restaurant kat zabihah.com and found some lists. Kitorang pilih Osteria da Antonio sebab satu jalan nak ke Haus de Musik, the last place to visit masa tu. Restaurant ni dekat area U-Bahn Karlsplatz dan on the way tu kitorang jumpa Siam Restaurant :) Teringat terus kat tomyam. Uhuuu.



      Vienna State Opera Museum - betul-betul depan U-Bahn Karlsplatz

      Sebelum pergi Haus de Musik, singgah kejap kedai souvenirs nak beli something untuk diri sendiri.

      Haus der Musik. Dalam banyak-banyak tempat kitorang melawat, Haus der Musik ni paling best. Unfortunately kitorang datang dalam pukul 8 malam, tempat tu pulak dalam 9.40 dia dah start clearkan orang yang masuk. So, tak banyak yg dapat explore. Tapi serius menarik maybe sebab it's more interactive dan tak kemuziuman sangat. Heee.




      Dulu masa belajar Physics dengan Sir Zaini time A-Level dulu, sir ada cerita pasal video kat atas ni. Finally saya dah dapat gambaran kisah pasir dengan node antinode sound waves. Haha. Dah tengok video tu banyak kali pun saya still kagum. Cantik je ciptaan Allah kannnn :)


      Unik?

      Masa masuk memang rasa pelik apsal la tetiba ada shower n lubang-lubang kat dinding ni. Nak taw tak apa?

      Letak je telinga kat each of them, semua ada bunyi yang berbeza. Kalau lubang-lubang dalam dinding tu, kita boleh dengar how other cities sound like. Haha. Saya sempat dengar Tokyo, Japan je. Yang shower tu pulak bunyi-bunyi harian macam orang berdengkur, flash toilet, alarm clock, orang masak etc.

      Oh ye, kat sini jugak la saya jatuh for the first time dalam musim winter ni. :( Mind you, semua jalan sangattlahhh licin! Be careful when walking. 

      Jalan-jalan Vienna sampai kat sini. Esoknya pagi-pagi kitorang ke Erdberg untuk naik bas ke Budapest, Hungary.

      Budapest is more classic than Vienna. :)

      :D Big smile to you
      Assalamualaikum

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Vienna, Austria - Part 2

      February 12, 2012

      Yeah, within a night. Everything was white. So pure. Except jalan raya yang snow nya dah macam warna pasir. Err pasir yang kotor?

      Vienna, Austria


      Alhamdulillah, another day to explore Vienna. 

      Bangun Subuh macam biasa dan dah terbiasa tak tidur balik. Google around of what can we do in Vienna this early. Kan dah kata, plan last minute. Heee haruslah survey apa yang ada pun time kritikal camni. :D

      Cadang nak melawat museums. Tapi mostly semua tempat bukak pukul 10. Lama lagi tu. 

      Lepak kejap sambil beli air mineral, then naik metro U6 dari Gumpendorfer Strasse (hostel kat depan stesen ni je) ke Westbahnhof, tukar U3 ke Volkstheater. Boleh je turun kat sini untuk ke museum, tapi kitorang malas nak jalan, tukar metro U2 ke Museumsquartier (MQ). Haa, senang, betul-betul turun depan museum. :)

      Vienna, Austria



      Kat kawasan ni memang kelilingnya museums. Kat MQ sendiri ada Museum Moderner Kunst Stiftung Ludwig (MUMOK), Kunsthalle, Kindermuseum, Leopold Museum. Bangunan depan MQ pulak ada Kunsthistorisches Museum (bawah kanan) dan Naturhistorisches Museum (bawah kiri)


      Vienna, Austria

      Entah kenapa kaki kitorang melangkah ke Kunsthistorisches Museum. Haha. Masuk je la. Museum ni sangat besar memang sampai tahap saya dah nak terlelap masa tengok pameran dia. Kunsthistorisches Museum ni ada banyak part. Khazanah Egyptian (?), Middle East (?), Roman, Greek etc. Masa kat tingkat bawah, banyak jugak barang2 macam slices piramid, mumia. Sejarah2 mumia ni ada yang kelakar. Heee, siap ada satu pintu dikatakan pemisah antara life & afterlife. Kat keranda siap dilukis mata, so that katanya mayat tu still boleh tengok apa yg ada kat luar. ERR?

      Vienna, Austria




      Kat tingkat atas mostly lukisan. Sebagai orang yang tak reti mentafsir lukisan2 tu, terpaksa la saya tengokkkk aja. Kalau ada yang macam faham, saya try relatekan. Banyak jugak pasal Jesus Christ masa tengah salib. Ada jugak lukisan pasal how Adam is created, Eve is created from Adam, Satan tengah hasut, Adam & Eve keluar dari Paradise. 

      Most of the drawings are naked. Tak sanggup nak tengok lama-lama.

      Vienna, Austria



      Keluar je dari museum tu, terus tak sanggup nak pergi museum lain. Haha. Okayy, terus sambung berjalan atas snow dengan bunyi krak kruk. Dah sampai Parliament. Dekat sangat. Parliament ni pun boleh jugak kalau nak melawat, tapi kitorang takde interest nak masuk, so bye bye. :)

      Depan lagi, ada Rathaus. Emm tak sure bangunan ni untuk apa, but still it is one of the tourist attractions. 

      Vienna, Austria


      Nampak tak khemah2 putih kat depan tu? Ada gerai-gerai tapi tak bukak lagi. :p

      Sekarang ni sampai awal bulan 3 kalau tak silap, kat depan Rathaus (Rathausplatz) ni ada disediakan ice rink. Just imagine how large it is. 7000 metre square! Yang pasti bukan free la ye. Nak rent kasut pun boleh. 

      Vienna, Austria
      Source
      Dah macam dokumentari je rasa. Hehe

      But seriously, Vienna best sangat untuk melancong. Kalau korang banyakkkk duit, nak shopping sakan memang menarik! 

      Okayy, nanti sambung lagi.
      Assalamualaikum.

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Vienna, Austria - Part 1

      February 11, 2012


      Kat Malaysia tengah tayang cerita Kuch Kuch Hota Hai eh? Sampai trending kat Twitter heee.

      Okayy, sambung 'travelog'. :)

      120206
      0815

      Alhamdulillah, my feet stepped on Vienna, Austria for the first time. Kat sini, Vienna dikenali as Wien. Macam orang tempatan panggil Prague as Praha. 

      Sampai kat Vienna emm kalau lebih spesifik kat U-Bahn Pratersten (u-bahn tu metro kot) disambut flurries yang turun dgn semangatnya. T__T Terus beli tiket 48 hours sebabnya kitorang akan spend 2 hari kat Vienna ni. Memang ramai orang cakap, kalau nak jelajah Vienna ni lagi best jalan kaki berbanding naik metro. Tapiii, memandangkan kitorang datang ni masa winter, tak mampu rasanya. Dah berselubung pun sejuk lagi. Heee.



      Ni peta metro yang sentiasa ada dalam beg. Nampak complicated kan? First time saya pun rasa benda yang sama, tapi bila dah naik dua tiga kali, mudah sebenarnya. :) Metro kat Vienna sangat punctual. Dalam website apa entah ada cakap, "You'll never wait more than 5 minutes". Tepat sangat statement tu. Range masa dalam 2-5 minit interval. 

      Terpromote metro dia pulak :P

      Okay, dari Praterstern kitorang ke Westbahnhof untuk ke hostel yang kitorang dah book through hostelbookers.com. Guesthouse Arabella, alhamdulillah, worth the money. Dengan staff yang sangat friendly & helpful. Before kitorang settlekan check in, dia dah siap explain most of the attractions kat situ, directions semua, memang terbaiklah. :)

      Vienna, Austria

      Hostel dekat dengan stesen Metro, so, agak memudahkan jugak perjalanan :)

      Tengah hari, terus gerak ke Sch?nbrunn Palace. 


      Vienna, Austria

      Ni palace masa era Franz Joseph dan Elisabeth. Dalam palace ni, boleh la tengok macam mana lifestyle diorang masa zaman tu. Tengok bilik tidur, bilik study, bilik rehat (with billiard table), ballroom etc. Saiz bilik dia sederhana, tapi sangatlah banyak bilik. 


      Vienna, Austria


      Kitorang ambik Imperial Tour (paling basic), harga tiket € 9.50 (student price). Kalau beli ticket yang lagi mahal, lagi banyak tempat boleh tengok. Oh ye, kawasan keliling palace tu sangattttt besar. Memang tak larat nak jalan semua.

      Vienna, Austria


      Kalau ada orkestra buat performance, memang penuh kawasan palace ni dengan orang ramai. Dah macam berpicnic ramai-ramai pun ye jugak.

      Ada senior suggest, alang-alang dah sampai Vienna, pergi la makan kat KFC halal. Em, google pasal ni, jumpa satu blog yang ada info, KFC halal tu kat food court Millenium City, satu shopping mall kat Haldenskai (via U-Bahn U6) dan agak jauh dari city center. Dalam blog tu jugak ada cakap pasal Chopstick House, the only Malaysian restaurant kat Vienna. Dah tawaf mall, dah tengok peta mall, tapi tak jumpa jugak. Maybe dah takde la agaknya.



      Settle makan, terus ke Praterstern untuk ke Giant Ferris Wheel. Emm, dia tak la besar sangat macam Eye of London tu, tapi nice lah nak tengok Vienna dari tempat tinggi :) Tiket € 8 (student price jugak)


      Ferris wheel ni pernah terbakar teruk masa World War 2, dan sekarang reconstructed balik. Haa, ada jugak beberapa kabin yang disediakan khas untuk special occasion, kira kalau korang nak have dinner with family ke kawan-kawan ke, boleh la inform diorang. Nak buat meeting ke press conference pun boleh :)

      Then, naik metro balik untuk ke Stephansplatz. Kat sini ada St . Stephen's Cathedral and banyak kedai-kedai yang jual branded items. Lebih kurang macam factory outlet yang kat Bandung tu. 




      Gambar kat sekeliling kawasan ni takde sangat, kamera dalam beg almost all the time. Kat sini jugak banyak kedai souvenirs, tapi hahahaha harganya memang terbaik. Everything in Euro dan antara yang paling murah pun € 5 T__T





      Lepas habis jalan, beli Fish King kat Burger King, pastu beli poskad beberapa keping then terus balik hostel. Ingatkan dah lewat rupanya baru pukul 8 malam. Haaa takpelah, tak mampu nak keluar dah masa tu. 

      Snow was getting heavier actually. 

      Rindunya burger tepi jalan kat Malaysia :(


      (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. - Ali-Imran:191

      Thanks Adie for the message. <3

      To be continued, 
      Assalamualaikum.

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 宁化县| 布拖县| 凤台县| 乌什县| 高碑店市| 唐山市| 浏阳市| 吴堡县| 信阳市| 尉犁县| 定兴县| 乐至县| 抚宁县| 铁岭县| 高密市| 武宣县| 和政县| 哈密市| 宽甸| 荃湾区| 崇文区| 张家港市| 利津县| 巴彦淖尔市| 固始县| 嘉善县| 铁力市| 梨树县| 尖扎县| 凤凰县| 定安县| 赤壁市| 湖南省| 嘉义县| 诸城市| 浦县| 布尔津县| 民勤县| 河津市| 射阳县| 泌阳县|