Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      travelog setengah hari - munich, germany (part 1)

      July 11, 2013

      Ditakdirkan, tiket flight balik Malaysia lagi murah kalau balik via Munich berbanding via Prague. Jazakillah housemates yang sama rajin check harga. Bukan sedikit bezanya. Mahunya cecah 300Euro. Jadinya, balik lah kita via Munich.

      Lets goooooo! Bismillahirrahmannirrahim.



      Bas Student Agency dari Prague ke Munich ada sekali sehari je, bertolak 11 malam sampai 4 pagi. Macam biasa, kalau nak travel cross border negara, even naik bas je pun, still kena check passport ye. Sampai kat Munich Airport, memang sunyi sepi. Mata dah kuyu mintak dilenakan, dalam bas tak boleh tidur sangat. Melilau keliling airport ni mencari tempat tidur yang sesuai dan selamat. Dengan travel seorang, haaa sila ambil langkah berhati-hati setiap masa.





      Jumpa satu port menarik, memang ramai jugak tidur kat situ. Tapi tak tahu la orang yang stopover or homeless. :p Saya tidur situ pun dah macam orang homeless. Serabai. This is the real airport style! ;p 

      Sempat tidur 2 jam, pukul 7 pagi, tiba-tiba dah ramai orang kat airport ni. Mungkin ada yg baru turun flight. Bila diorang tengok orang2 yang tidur ni dgn muka aduhaiii ‘kesian diorang, takde tempat lain dah nak tidur’, so, saya pun duduk tegak, peluk beg, tak sanggup nak tidur tapi tertidur balik akhirnya :p

      8.30 pagi, hemat diri, settle simpan beg, ayuh, marilah kita pusing-pusing Munich sementara menunggu flight 10 malam. Oh ye, untuk fees simpan luggage kat Munich Airport, boleh refer link ni. Beli tiket airport 1 day terus (11.20E), officer tu siap validate, expired 6am esoknya. Turun S-Bahn dari airport ke Marienplatz. Ni kira city center la, sebab dalam maps Bahn tu pun dia kat tengah2. Tak sure apa beza S-Bahn dengan U-Bahn, dua-dua ada yg kejap bawah tanah, kejap atas tanah. Abaikan. Kalau beli tiket airport tu, no worries, cover semua tren terus.


      Sampai kat Marienplatz tu, errr saya boleh sesat tak tahu nak keluar macam mana. Faham je exit dalam bahasa Jerman (Ausgang), tapi, sesat jugak. So, saya tanya je orang, dan keluar sekali dengan dia. Kena gelak, segan betul ;p Info untuk korang, orang Jerman ni mostly macam tahu je English. Alhamdulillah, takde dah komunikasi ayam itik.



       Marienplatz = Mary's Square. Rasanya semua negara Eropah memang famous dengan Square diorang. Even kat Hradec Kralove pun banyak namesti (square). Marienplatz ni dah jadi central square untuk bandar Munich sejak 1158. :O

      Keluar je stesen tu, memang sampai depan Rathaus. Gereja (kot?). Takde interest kat sini sebab tak larat nak tengok patung-patung tu. Ate, moh la teruskan berjalan.





      Nak baca peta pun, tak faham sangat sebenarnya. Dengan tak sempat research, dengan nama jalan pelik2. Aci redah. Pusing-pusing, jumpa pasar. Jatuh chenta <3 Banyak jual bungeeeee. Fresh!







      Ada sayur, buah dan for sure, souvenirs. Since saya tak bawak duit Euro banyak T__T takpelah, kita cuci mata saja.


      Kat sini ada satu benda yang saya rasa wohh bestnya kalau semua orang kat dunia ni macam ni. KEJUJURAN. Tengok gambar atas ni, salah satunya ialah tempat jual surat khabar. Ye, diorang just perlu ambil surat khabar yang diorang nak beli, then masukkan duit dalam 'tabung' yang disediakan.

      Masa ni teringat satu conversation masa shopping stok makanan kat Tesco Dum HK. "Macam mana lah kalau kat Tesco Malaysia ada kaunter bayar sendiri macam kat sini?" (Emm, kalau betul ada kat Malaysia ni, harap maaf, baru tahu nampaknya). Dari sini, kita boleh ambil sikap diorang untuk kita praktikkan. Jujur.

      Boleh je beli buah kiwi sampai 5, tapi bayar harga untuk 3 kannn. Tapi, renungkanlah apa yang akan jadi kemudian hari? :)

      "Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" - Al-Hujurat 49:18

      Rasa sweet je bila dapat ibrah dari kotak-kotak cute ni T___T



      Another way to get money. Entertainer. Yes, people, this man is alive! Bukan patung oh. Terkejut saya tiba-tiba dia bergerak. :p

      Pusing cari Deutsche museum, takde rezeki, sesat lagi. Kalau korang datang Munich, cuba lah pergi taw. Nampak menarik since dia bukannya museum biasa. More to science & technology. Dan tourists khabarnya boleh try buat experiment macam2. Khabarnya lah. :|

      bersambung...

      Departure Hall, Munich Airport
      130704
      8pm

      S. K. Neumanna, HK, Czech
      160324

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 吉林市| 越西县| 塔河县| 彰武县| 辽宁省| 安新县| 玛纳斯县| 博乐市| 天全县| 闽侯县| 满城县| 定远县| 江川县| 肃北| 永修县| 新丰县| 如皋市| 湛江市| 美姑县| 区。| 平乡县| 闽侯县| 仁寿县| 孟津县| 宁远县| 个旧市| 屯昌县| 遂宁市| 金山区| 达拉特旗| 新安县| 庐江县| 汉沽区| 五峰| 上思县| 太和县| 东兰县| 新竹市| 雷州市| 贵德县| 双鸭山市|