Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Kisah Perjalanan dari Prague, Czech ke Ljubljana, Slovenia

      April 7, 2016

      Bas bertolak dari Prague dalam pukul 5 petang. Kali ni takde pulak pakcik bas tu check passport semua. Pelik jugak sebab biasanya international route ada check passport before naik bas. 

      Flixbus Prague - Vienna
      Bas 2 tingkat - reuse gambar post hari tu. :)

      Saya sebenarnya tak minat sangat naik bas, cepat pening. Kalau dalam Czech sendiri, saya memang akan pilih train walaupun makan masa lebih. Kesimpulan yang saya dapat buat, saya macam ada motion sickness lebih kurang untuk bas. Cuma, trip kali ni memang ajar saya overcome that problem. Transportation saya memang bas je sepanjang trip Jelajah Balkan : Slovenia ni. :D

      Saya pilih seat kat tingkat bawah. Sebenarnya seat dalam Flixbus ni, kita bebas nak duduk mana-mana, tak perlu reserve pun. Kalau rasa nak any particular seats tu, datang awal dan masuk bas awal. 

      Seat saya tu siap ada meja dan opposite seat yang duduk setentang. Ingatkan takde orang la duduk sekali, tapi memang full rupanya bus Prague-Vienna ni. Oh, tak perasan dah kongsi ke belum, Flixbus ni takde direct bus ke Ljubljana, hanya ada transit di Vienna pastu tukar bas ke Ljubljana.


      Flixbus Vienna - Prague
      Meja dalam bas. Dah macam style train.

      • Prague (UAN Florenc bus station) - Vienna Erdberg (VIB) 
          • 24 March 17:00 - 25 March 20:55

      • Vienna Erdberg (VIB) - Ljubljana (bus station)
          • 24 March 23:00 - 25 March 4:35


      Alhamdulillah, perjalanan semua lancar dan selamat. Ditakdirkan Allah letak satu keluarga Muslim dari Mesir di sebelah dan hadapan saya. Rasa bersyukur sangat. The family was very nice to me. Siap offer makanan dan minuman. Paling best sebab boleh dengar banyak sejarah Mesir. Dari kisah piramid, ke kisah Jews dan Palestine. Ada jugak kisah pasal American University yang banyak agenda dalaman. Berdebar jugak dengarnya. 

      Makcik S memang banyak kaitkan dengan ayat-ayat Quran. Dari kisah Firaun, dikongsikan kisah Nabi Musa, Nabi Harun dan lembu sembahan kaum mereka. Korang tahu kan kisah ni?

      Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman". - Al-A'raf : 148
      Walaupun saya pernah dengar beberapa kali pasal kisah ni, tapi kali ni perasaan lain sikit sebab disampaikan oleh orang Mesir sendiri, hamba Allah yang mungkin pernah berpijak di tempat yang sama dengan nabi-nabi dulu.  :)



      Vienna International Busterminal
      Vienna International Busterminal


      Bas Flixbus ni tiba di Vienna International Busterminal (VIB), dekat sangat dengan Erdberg metro station. Kalau korang tengok gambar kat atas, ada senarai bas yang berhenti kat sini. Kalau naik bas Student Agency, dia berhenti kat terminal lain - dekat dengan stadium kalau tak silap.

      Terminal ni dibuka setiap hari dari 6:30 - 21:00. Jadinya, VIB ni baru je tutup masa saya sampai Vienna ni. T__T

      Vienna International Busterminal
      Berdekatan VIB

      Untuk isi masa dalam 2 jam, kerja saya berjalan dan makan. Macam tak ada tempat yang tertutup (dengan heater). Dekat sebelah terminal bas tu ada macam kompleks apa entah, kedai-kedai makan pun banyak nak tutup. Haha. Takde night life betul. 

      Boleh tahan sejuk jugak, cuma mujurlah terminal bas tu sentiasa ada orang. 

      Tunggu tunggu tunggu, bas saya yang seterusnya pun sampai. Baru saya tahu sebenarnya bas ni destinasi akhirnya ialah Venice. Tapi dia drop off dan ambil penumpang kt Ljubljana. Internet untuk bas kali ni lagi okay, boleh la on Spotify sepanjang perjalanan tu.


      Flixbus Vienna - Venice / Ljubljana
      Flixbus Vienna - Venice


      Saya dah tidur masa perjalanan Prague-Vienna tu sebab motion-sickness. Tapi saya end up sambung tidur lagi dalam bas Vienna - Ljubljana. Ouch. 


      Ljubljana train station
      Ljubljana train station

      Sedar-sedar driver bas buat announcement yang bas tu dah nak sampai Ljubljana bus station. Masa ni dah nak pukul 4 pagi. Sunyi sepi bandar ni. What to expect, 4 pagi kot. Train station dan bus station berhadapan antara satu sama lain. Memandangkan train station buka pukul 5 pagi. Jadi, kena cari jalan survival untuk sejam. Sejuk. 

      Dekat sekitar bus station tu banyak kedai yang buka 24 jam. Restaurant, bar, bakery. This was the best thing ever! Ada kedai kebab jugak dan it's halal! Saya pernah cari pasal makanan halal di Ljubljana dan ada seorang blogger ni recommend kedai ni. Bila saya nampak je signboard, memang teruja. This is the one that I've read!

      Kedai kebab halal Ljubljana
      Kedai kebab halal Ljubljana

      Saya order doner box sebab blogger tu yang recommend. Sama je macam doner box kat bandar saya, Hradec Kralove tu. Beli makanan ni sebenarnya niat utama ialah nak tumpang heater kedai tu. Makan pelan-pelan sampai nak dekat sejam. Alang-alang dapat solat subuh sekali kat situ. Alhamdulillah. 

      doner box Kedai kebab halal Ljubljana
      Doner box - dalam ni ada daging kebab - daging lembu + ayam, ada salad, bawang, kobis semua dan fries.


      Kedai kebab halal Ljubljana
      Senarai harga kat kedai ni. Kalau perasan, nombor 1 dia macam 7 sikit kan? Sama macam dekat Czech. Dulu-dulu saya confused jugak tapi boleh beza dah, 7 akan ada garis tengah. 

      Merasa la saya makan kebab pukul 4 pagi. T___T

      Bersambung...

      Bled, Slovenia
      160326

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160406

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 滦平县| 许昌县| 杨浦区| 镇原县| 黑水县| 砀山县| 巴塘县| 滕州市| 盖州市| 谢通门县| 宜春市| SHOW| 卫辉市| 定结县| 永济市| 县级市| 河源市| 项城市| 武功县| 定结县| 高唐县| 东安县| 巧家县| 会东县| 都江堰市| 林周县| 三穗县| 托里县| 会泽县| 类乌齐县| 邻水| 峡江县| 固安县| 鄱阳县| 娱乐| 河南省| 湾仔区| 赣州市| 民和| 建德市| 琼中|