Buat Bodo-Bodo Dengan Doktor
June 17, 2021

Demam Sawan - Ibu Bapa Jangan Panik!
May 29, 2021
















ASMA NI TAK BOLEH SEMBUH KE?
May 26, 2021
"???????? ???? ?????? ?????????? ???????????? ????? ???????? ???????????? ?????? ???????????????????? ???????? ?????????????? ???????????? ??????????."
Asma ni satu keadaan yang sangat selalu kita jumpa di fasiliti kesihatan. Terus terang, memang selalu sangat. Ada yang bermula masa kecil, boleh jadi berleretan sampai dewasa, boleh jadi selesai masa kanak-kanak. Ada yang masa baby beberapa bulan pun dah mula kena. Ada yang masa dewasa baru dapat. Ada yang masa mengandung je dapat asma.
.
?????? ???????? ???? ?????????????????????
Asma ni radang pada saluran pernafasan yang kronik. Maksud kronik ni ialah berlarutan, tempoh masa yang lama. Radang tu akan buat saluran pernafasan tu sempit. Kesannya, udara yang kita hirup tu tak dapat masuk ke paru-paru, lalu kurangnya oksigen dalam darah.?????? ?????????????? ???????? ?????
Presentation dia selalunya susah nafas / nafas laju / nafas berbunyi, batuk + sesak dada. Apa yang penting perlu tahu? Asma ni boleh mengancam nyawa kalau tak dirawat! Sebab dia melibatkan sistem penting badan kita - sistem pernafasan. ?????? ???????? ?????????? ?????????????????????? ?????????
Fuh, macam-macam sebenarnya. Ada yang akan kena asma masa dia batuk/selesema. Ada yang kena bila terdedah pada asap rokok. Ada yang bila main dengan binatang berbulu (biasanya kucing / anjing). Contoh lain:
- allergy pada debu / asap / habuk / pollen / binatang lain
- jerebu / apa-apa pencemaran udara
- suhu sejuk / makanan sejuk / buah-buahan
- stress pun boleh menyebabkan asma ya
- ada yang induced oleh senaman / apa-apa aktiviti lasak
Asma untuk orang yang selalu merokok tu actually namanya ???????? (?????????????? ?????????????????????? ?????????????????? ??????????????). Konsep penyakitnya sama tapi biasa berlaku pada orang dewasa yang terdedah pada gas yang berbahaya, senang cakap asap rokok. Bukan setakat perokok ya kawan-kawan, kalau kita dikelilingi orang yang merokok pun boleh mengundang! ???????????? ???????????????
Ni ialah soalan-soalan kegemaran doktor kalau anda datang dengan simptom asma. Hadamkan bagi yang memang ada asma & selalu datang hospital ambik nebulization / inhaler / perlukan rawatan dalam wad. Basically ni ialah basic info sejarah asma anda.
??. ?????????????? ???????????????????????? / ?????? - bila kali pertama? macam-mana kekerapan dalam setahun / beberapa bulan kebelakang? Bila last guna / dapat? Ada sejarah masuk wad tak? Kalau ada, apa tahap tertinggi dapat oksigen - nasal prong / facemask / venturi mask / intubate?
??. ?????????????? ???????????????? - ada sesiapa tak dalam keluarga yang ada asma (terutamanya first degree family - adik-beradik, ibu bapa)? Kalau ada, terkawal tak? Ada follow up / pakai inhaler apa-apa tak?
??. ???????????????? ???????????????? - ada tak bangun pagi akan selalu batuk? Ada tak tidur malam terganggu atau selalu terjaga disebabkan batuk? Ada yang tak boleh exercise berat sampailah semput sangat-sangat?
??. ???????????????????? ?????????????? - apa yang selalu mengundang asma tu? Ada yang makan tembikai je, terus batuk-batuk dan semput. Ada yang baru lepas renovate rumah, batuk-batuk disebabkan habuk & debu lepas tu semput. Ni semua berbeza ya ikut diri masing-masing. Ada yang semudah tidur dalam aircond / bilik yang sejuk.
??. ?????????? - ni maksudnya badan kita bagi tindak balas pada sesuatu allergen. Ada yang resdung (selalu bersin pagi-pagi atau dek kerana habuk macam tu). Ada yang banyak allergy pada makanan. Ada yang mata selalu kemerah-merahan. Ada yang kulit kering (eczema). Bila seseorang ada atopy, lagi tinggi chance dapat asma ya.
??. ????????????-???????????? ???????? - doktor akan tanya ada perokok / haiwan peliharaan / carpet ke kat rumah. Sebab ni antara punca biasa yang menyumbang pada asma. ?????????? ???????? ?????? ???????????
Untuk yang pertama kali, silalah pergi ke hospital / klinik terdekat. Anda perlukan ubat untuk legakan dan buka semula saluran pernafasan.
Untuk yang memang dah diagnose dengan asma, tolonglah compliant dengan ubatan anda (inhaler tu). Inhaler ada dua jenis ya.
??. ???????????? (????????????????)
- yang ni paling biasa digunakan ialah Salbutamol, nama lainnya Ventolin. Pakai ikut arahan doktor / bila perlu sahaja. Pastikan kita prepare inhaler kita sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. Serangan asma ni bila-bila boleh jadi ya, terutamanya bila ada sesuatu yang trigger.
??. ???????????????? (??????????????????)
- yang ni doktor akan review keadaan pesakit sama ada perlu pakai atau tak. Jenis inhaler ni ikut fasiliti / tahap masing-masing - paling biasa namanya Budesonide / Fluticasone. Kalau level asma jenis tinggi tu, tolonglah jangan terlupa ambik tiap-tiap hari. Ikut prescription yang doktor bagi. Kalau ikut guideline GINA terbaru, kes asma simple pun dah digalakkan bagi preventer taw. ???????????? ???? / ???????????? ???????????? ????????
Dah ada ubat, jangan lupa follow up. Doktor biasanya ada bagi review 3-4bulan untuk tengok macam mana badan kita respon pada ubat. Kalau kita compliant dan simptom terkawal, doktor akan turunkan dose sikit-sikit sampailah kita hanya perlu pakai pelega bila perlu sahaja. Kalau tak terkawal, kemungkinan akan dinaikkan dos / tukar ubat / rujuk pada pakar respiratori.
Semua pesakit asma (terutamanya kanak-kanak), kita akan sediakan asthma action plan, diari batuk untuk disemak masa follow up. Asthma action plan ni akan bantu untuk seseorang tu bagi pelega sendiri dahulu ikut tahap sebelum perlu ke hospital atau tak. ???????? ?????????? ???????
Untuk kanak-kanak, kita akan minta ibubapa belikan aerochamber untuk pastikan ubat sampai ke saluran pernafasan dengan efektif. https://www.youtube.com/watch?v=o0M1lLpOu4U
Rutinnya, doktor / ahli farmasi akan semak teknik tu berkala (biasanya masa appointment kat klinik) - sebab tu please jangan skip TCA. Kalau terlepas, tolong call klinik dan dapatkan tarikh baru.
Fahamlah kawan-kawan, asma ni tak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Sama macam orang allergik udang, sama ke penghujung nyawa dia akan dapat kesan pada diri kalau dia makan udang. Hampir sama macam asma. Asma ni kalau tak dirawat dengan baik, lama-lama simptom tu makin teruk dan makin susah nak tindak balas pada rawatan biasa.
Bukan sedikit ya, pesakit asma perlu ditidurkan & diberi bantuan pernafasan (intubate). Kalau sebelum pandemik Covid pun banyak, semasa pandemik ni lagilah mencabar nak beri rawatan. Bayangkan lagi budak-budak kecil baru beberapa tahun dah kena intubate disebabkan asma yang teruk. ????????????????????
1. Asma boleh dicegah - mencegah jauh lebih baik dari merawat.
2. Kenal pasti perkara-perkara yang boleh trigger asma kita dan elakkan.
3. Pastikan kita ikut arahan pakai ubat (compliant to medication).
4. Pastikan teknik pakai inhaler yang betul.
5. Elakkan terlepas appointment rawatan susulan.
Hanis Amanina
Hari tu kena present acute severe asthma.
Pasar Presint 8
October 20, 2020
Sweets
October 19, 2020
Thank you for the thoughts :)
May Allah help and give us courage to continue working with good quality. Ameen.
Cyberjaya,
20201018
These Tiny Tubes
October 18, 2020
Poking babies for some blood investigations is not that easy. First, we need to decide if poking them / to insert IV line (branula) is really needed. Then, of course we need to explain to mothers why we need to do that.
I always tell my patients (since housemanship phase) that our blood is like our identity. I think I have mentioned this in previous post too. We can check many things from few drops of blood. :) And I love the facts that we can do so.
In paeds, blood taking procedures are RARELY be done bedside (means most of the time, we will take the babies / kids to the procedure room) and we will ask the parents to stay outside of the procedure room, or simply stay in the patient's room. Why? I don't think people loves to see their kids crying with the pain initiated with poking them. Right? I have witnessed lots of mothers (usually) have tears flowing on their cheeks every time they hear their children crying in procedure room.
And to be honest, kids have really good memories - name it from their eyes and even from their body memories. Huhu. Every time we just hold to check their hands & foots for any possible veins, they usually will start crying. But some others are cool haha. Some will only cry once the needle is inside.
EDTA tube - usually for full blood count, full blood picture
Plain tube - for renal profile, liver function test, serology etc.
Tricking the children with some videos are helpful to be honest. It helps to distract the kids. For babies, I discovered that playing some sleep lullaby can help to calm the babies. :)
I always asked my husband why on earth would he prefer Paediatrics compared to Medical Department. He said that both are busy departments, one handling general medicine for babies & children while the other one for adults. But, at least seeing cute babies sooth his mind to continue working. Lol. He handles kids better than me though we both are the youngest in the family.
And now, both of us are Paediatrics MO. Haha. Life is very funny sometimes.
Anyway, please pray together with us to be blessed with kids ya :)
I still remember I will ask your prayers when I was in medical school & housemanship. Hopefully, you will not mind to keep praying for me too.
May Allah bless your day :)
Cyberjaya
20201018