Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Demam Sawan - Ibu Bapa Jangan Panik!

      May 29, 2021

       

      ?????????? ?????????? - ?????? ???????? ???????????? ??????????!
      .
      Deman sawan ni dalam bahasa Inggeris, namanya febrile fit / febrile seizure / febrile convulsion.
      .



      ?? ?????? ?????????? ?????????? ?????
      Demam sawan ialah sawan yang berlaku disertai demam (suhu badan melebihi 38'C) dalam kalangan kanak-kanak antara umur 6bulan hingga 6tahun. Biasanya demam sawan berlaku masa hari pertama / kedua fasa demam tu.
      .
      ?? ?????? ???????? ?????????????????????? ?????????? ???????????
      Demam yang terlalu tinggi - boleh berpunca dari apa-apa jangkitan contohnya:
      - saluran pernafasan bahagian atas - lebih kurang bahagian tekak (URTI / pharyngitis / tonsillitis / tonsillopharyngitis)
      - saluran pernafasan bahagian bawah - pneumonia
      - saluran telinga - otitis media
      .
      ?? ?????? ??????????-?????????? ?????????? ???????????
      Demam panas (atas 38'C) berserta tanda-tanda ni:
      - kekejangan otot / tersentak-sentak (ada yang berlaku di kedua-dua belah kaki ataupun di kedua-dua belah tangan ataupun di kedua-dua belah kaki dan tangan)
      - ada yang mata terbeliak ke atas
      - ada yang mulut berbuih / air liur meleleh
      - ada juga yang terkencing / terberak.
      - dan biasanya kanak-kanak tu tak sedarkan diri ataupun tak respon bila kita panggil dia.
      Biasanya sawan akan berhenti sendiri selepas 1-3minit, jarang yang lebih 5minit. Kalau atas 5minit, bawak ke hospital / klinik SEGERA!
      .
      ?? ?????????? ???????? ?????? ???????????
      Biasanya bila kanak-kanak sampai klinik / Jabatan Kecemasan, sawan dah selesai dah. Ada kanak-kanak yang masih mamai / bingung, ada yang dah kembali dengan diri sendiri.
      Doktor biasanya akan buat routine blood test (bergantung):
      - full blood count - check sel darah putih / merah / platelet (kat sini biasanya boleh tunjuk badan dia tengah ada infection tak)
      - renal profile - check fungsi buah pinggang
      - liver function test - check fungsi hati
      - electrolyte (magnesium, phosphate, calcium, albumin) - nak tengok balance tak garam dalam badan
      Biasanya semua results tu normal. Cuma kalau sawan tu berulang-ulang dalam satu fasa demam yang sama, ada yang sampai kena buat CT brain - ni semua bergantung pada keadaan pesakit ye.
      Doktor akan check jugak keseluruhan badan, especially sistem saraf (kita panggil central nervous sytem) - dari segi tone & reflex kaki, tangan etc.
      Untuk demam sawan kali pertama, ada hospital yang biasanya admitkan untuk pemantauan, rawatan, diberikan pendidikan tentang sawan. Ada juga yang dipantau dalam 6jam di Jabatan Kecemasan dan dibenarkan pulang dengan ubat & pendidikan tentang sawan.
      .
      ?? ?????? ???????????? ?????????? ???????????????????? ?????????? ???????????
      Yang ni kita akan tanya sejarah keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang pernah dapat demam sawan masa kecil, risiko kanak-kanak tu adalah tinggi untuk dapat juga.
      Kita akan tanya juga ada tak ahli keluarga yang ada masalah epilepsy (sawan yang berulang-ulang & berpanjangan walaupun tanpa demam), ada tak ahli keluarga yang masalah pembesaran / tahap kecerdasan (developmental delay).
      .
      ?? ?????? ?????????????????? ?????????? ???????????
      Dalam kebanyakan kes, ?????? ????????????????????????. 3-4% populasi boleh dapat demam sawan. 30% daripada tu boleh dapat demam sawan lagi di masa akan datang (fasa demam berbeza). Kalau dah pernah berulang lagi dapat deman sawan, risiko untuk dapat next attack akan lagi tinggi.
      Tapi untuk kes-kes tertentu, ada risiko boleh menyebabkan kecederaan otak. Contohnya:
      - sawan yang berulang-ulang dalam satu fasa demam
      - sawan yang berlarutan lebih 5minit
      - ada masalah perkembangan yang lambat
      - sejarah keluarga yang kuat
      ??????
      ?????? ??????????????????
      - pendidikan tentang demam sawan - apa yang ibu bapa perlu buat masa anak kena demam sawan.

      Masa anak demam, check suhu badan anak. Sediakan alat termometer kat rumah, seeloknya yang check melalui telinga / bawah ketiak. Yang 'tembak' kat dahi tu tak valid sangat.

      Pastu, make sure dah prepare siap-siap ubat demam (Boleh rujuk sini untuk cara kira ubat demam - https://www.facebook.com/hanis.amanina/posts/10159297811497002) Please, ibu bapa perlu tahu cara bagi ubat demam taw. Ni perkara asas keibubapaan.

      Masa demam ni, longgarkan pakaian anak, buat tepid sponging (jelum dengan kain lembab), bagi ubat demam. Matlamat kita ialah turunkan suhu badan yang tinggi tu. Galakkan juga anak untuk minum air.

      Masa sawan berlaku pulak, perkara pertama anda kena buat ialah ?????????? ?????????? ?????? ??????????????????. ???????????? ??????????. ‼️‼️
      - mengiringkan anak ke sisi belah kiri.
      - jauhkan barang-barang bahaya di sekitar anak - toys etc.
      - jangan sesekali masukkan apa-apa dalam mulut anak (termasuklah kain, sudu dan sebagainya).
      - jangan tinggalkan anak sendirian.
      - perhatikan sawan anak, kalau ibu bapa dah bertenang - rekod video supaya doktor boleh tengok nanti.
      - check timing - berapa lama anak kena sawan (biasanya 1-3minit sawan dah selesai dah).
      - kalau sawan berpanjangan >5min, bawa ke klinik / hospital SEGERA!

      ??????
      Hanis Amanina
      Moga bermanfaat!
      ????

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 深水埗区| 崇信县| 灌南县| 牙克石市| 宁化县| 天津市| 民勤县| 湖南省| 辽源市| 青海省| 胶南市| 白银市| 社旗县| 扎囊县| 黄陵县| 临海市| 玉山县| 定结县| 屏山县| 龙胜| 兰州市| 湖口县| 望城县| 惠安县| 莱芜市| 十堰市| 永德县| 金堂县| 望谟县| 确山县| 杨浦区| 图木舒克市| 怀宁县| 前郭尔| 合山市| 崇义县| 元朗区| 克山县| 阳新县| 南溪县| 会东县|