Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Spring BBQ 2015 [Video]

      April 29, 2015


      Since today is Wednesday.

      Wordless. :)

      Feel free to watch! 

      Hradec Kralove,
      150429
      it is already end of April, huh?

      Kisah BBQ Picnic Tahun 4 2015 :)

      April 24, 2015

      Event ni sebenarnya diberi nama 'End of year 4 BBQ'.



      Semangat betul mereka ni, padahal belum habis 4th Year lagi kot. Tapi ni BBQ picnic pertama kami, dan dibuat awal sebab by end of May masing-masing akan buat hal sendiri untuk cuti summer. Ada yang balik rumah, ada yang ke USA untuk MayoClinic, ada yang ke negara-negara lain untuk exchange program dan ada jugak yang stay kat Czech. 

      Cuaca spring memang tengah sedap-sedap nak hang out tepi taman gitu :) Angin sepoi-sepoi bahasa, tak hujan, cahaya matahari memang terik sampai berpeluh2 dibuatnya. 

      Welcome. To. Spring.



      Alhamdulillah.

      Kami satu batch ada dalam 45-50 orang. Haha, boleh tak saya tak tahu total students berapa. Tapi, insyAllah masing-masing kenal la at least nama panggilan, asal mana. Basic details. Dan kami dibahagikan ke 2 group yang akan dibahagi2kan lagi ke few subgroups. 

      Kadang-kadang dalam seminggu tu, saya yang group 1 ni memang tak bertemu muka pun dengan group 2. So, at least dengan picnic kali ni, meh la kita update diri masing-masing. Ho yeah, tapi tak semua datang lah. It's normal.

      ----------------------

      It is hard sebenarnya nak introduce makanan-makanan Malaysia - sebab banyaknya pedas kan? At least bercili, bersambal etc. Tapi, Malaysian food dah famous jugak la kat sini. 

      Nasi lemak.
      Rendang
      Kuih ketayap.
      Kuih lapis.
      Karipap.
      Kek batik.
      Etc.


      Dan kalau tahun2 sebelum ni, saya banyak kali makan nasi kerabu di Czech ni (dalam setahun), tahun ni satay rasanya. Happy jugak bila international students ni suka satay :D Kuah kacang tak sempat nak buat untuk picnic kali ni. I'm not the main chef of course, gaya cakap macam saya pulak yang masak. Haha. 

      Tapi I'm good with technical skills - potong bawang, blend itu ini, potong ayam etc. :D Bab-bab merasa bagi sedap nak hidang kat orang ramai tu, still underdeveloped lagi. Masak untuk housemates, kawan-kawan tu insyAllah okay la kot. -_-'

      Good thing bila kawan-kawan dah faham halal and non-halal food ni, glad to know that they already prepare 2 different BBQ sets. :D And non of them yang offer non-halal chicken kat kami. SubhanAllah. I'm really glad to have them in my life. 


      This is the other BBQ place. :)

      Everyone help each other untuk bakar / grill kan daging-daging semua. Dan nama pun BBQ kan, takde nya sempat nak hidang atas meja, ambik-ambik gambar makanan tu. Sambil bakar, sambil makan, sambil sembang.

      Another thing yang saya tak expect diorang tak tahu ialah 'ice cream float'. Ala, yang coke / pepsi or any soda drinks tambah dengan ais krim. Like seriously, I thought it is known worldwide.

      So, we showed them how to make it. Mudah sangat pun kan, letak soda, letak aiskrim - tunggu aiskrim cair sikit, then minum lah. :D  Ada yang ingat kami main-main. Haha, pelik. 


      Nak hujung-hujung picnic tu, semua dah tak larat nak makan, I guess. so, few boys main basketball dengan tong sampah sebagai gol. -_- hahaha, saya pun join sekali.

      Dalam gambar kat atas tu, agak-agak bola masuk gol tak? HAHA


      And girls, played with the cups dengan lagu When I'm Gone tu as backgroud song


      Pernah dengar kan cup songs? Ni lah dia :)
      Boleh skip ke 1;15 kalau nak tengok cup play tu. 

      Hope to have next makan-makan lagi :D
      Alhamdulillah,
      Till then, assalamualaikum.
      Hradec Kralove,
      150424

      Beautiful Sky of 2014 [Part 4]

      April 23, 2015

      Assalamualaikum.

      I thought I've done posting this. Rupanya tertinggal the last part. :) Jemput sama-sama menikmati keindahan langit. SubhanAllah!

      4/10/14 - Eid Adha.Celebrated at the mosque and then directly went to the embassy :) | Hradec Kralove, Czech

      11/10/14 - Cycling trip to the south of HK | Vysoka Nad Labem, Czech

      18/10/14 - Hiking trip to Bohemian Paradise | Cesky Raj, Czech

      18/10/14 - View from Bohemia Paradise | Cesky Raj, Czech

      2/11/14 - Another trip to another part of Cesky Raj; waiting for train to go home | Libosovice, Czech


      2/11/14 - Castle turned into museum | Cesky Raj, Czech


      13/12/14 - Syuruk | Hradec Kralove, Czech


      20/12/14 - Train ride to Prague before Fajr | Prague, Czech

      29/12/14 - It was snowing! Finally! | Hradec Kralove, Czech






      Sekarang dah kurang sikit ambil gambar bila phone takde. :) Kita nikmati dengan pancaindera lah buat masa ni hehe.

      Hradec Kralove, 
      150423

      Satu Hari di Zagreb, Croatia

      Bersempena selesai satu final exam hari ni, ayuhlah saya berkongsi pengalaman jelajah Balkan yang lepas :) Kali ni, saya try cover perjalanan di Croatia. 


      --------------------

      Lepas je dapat rawatan kat Belgrade Airport, Serbia, alhamdulillah dapat tidur lena malam tu. Tidur kat airport macam biasa, lagipun next flight untuk ke Zagreb less than 6 hours. 

      Cahaya matahari memancar dengan terangnya masa nak bertolak tu. Penting ye. bukan setakat good lighting untuk ambil gambar, jugak sebab nak bagi mood happy. T_T Saya pernah travel dalam musim hujan, memang rasa gloomy, sebak, sayu, sedih semacam je. 


      Belgrade Airport ni jugak dikenali as Nikola Tesla Airport. Pernah dengar kan nama Tesla? Famous je rasanya. Tesla ni kan satu unit dalam fizik, rasanya magnetic strength. Kat MRI pun ada guna unit ni as MRI ada guna magnetic field untuk buat imaging. 

      So, untuk pengetahuan kita bersama, Nikola Tesla ni asalnya dari Serbia ye. Dan banyak lagi benda lain yang dinamakan bersempena nama Tesla. 


      Flight AirSerbia yang kami naik ni, kecil comel je, boleh muat dalam 66 orang. Cuma kipas dia agak scary rupa dia dari seat saya. Yang menarik flight ni ialah dia bagi luggage free untuk check-in. Tak ingat berapa kg, tapi more than 20kg jugak lah. 

      Yang kelakar masa nak check in tu, bila nama kami ni panjang sangat. Hehehe. Biasalah nama orang Malaysia jarang yang sepatah. Biasanya nama akan dipotong / diabaikan especially bin/binti. 



      Selamat mendarat di Zagreb Airport, dan ni papan tanda yang awal-awal jumpa sejurus turun dari flight. Hrvatska ialah nama Croatia dalam bahasa mereka. And republika tu semua tahu kot, Republic of. Macam Czech Republic pun, orang tempatan panggil Ceska Republika. Gituu. :)

      Masa kat passport control, kalau boleh, beratur la sekali kat satu kaunter. Sebab biasanya pegawai tu akan tanya few questions yang biasalah kena tanya:-

      - tujuan datang Croatia ni?
      - nak ke mana lepas ni?
      - berapa lama kat sini?
      - akan tidur / menginap kat mana?

      So, bila beratur sekali, biasanya orang yang tahu details banyak pasal trip yg patut jadi orang pertama tu. Then, boleh terus bagitahu yang kita travel in a group of __ people. Nanti takde la kena tanya soalan yang sama berulang kali. 


      Dari airport, boleh naik bas ni terus ke Zagreb Bus Station, bertolak setiap 30 minit walaupun bas yang besar tu ada 4-5 penumpang je. Tambang dalam 30 Kuna. Oh ya, currency conversion kat sini 1 Euro = 7.5 Kuna. Kami dah tukar duit siap-siap kat Czech, sebab rasa tak berkesempatan nak cari money exchange kat Zagreb tu. Tukar dekat airport, memang dielakkan. 

      Oh ye, mungkin ada cari lain untuk tinggalkan airport ni, either teksi or drive sendiri kereta sewa. Tapi kami memang tak sempat nak survey banyak untuk trip ni, so, ambik mana yg mudah dan sesuai dengan masa :)


      Pemandangan atas jalan raya pun nampak cantik. Hehe. Mungkin sebab dah lama tak nampak gunung ganang di kejauhan macam ni. Ah, rindu Malaysia. T_T 

      Perjalanan dalam 30 minit :) 


      Sampai bus station before pukul 10 pagi, alhamdulillah sempat beli tiket bas untuk ke Plitvicka Jezera (Plitvice Lakes) yang pukul 10.30 pagi. Mula-mula rasa lost bila sampai bus station tu, walaupun station tu simple je sebenarnya. Kaunter tiket ada kat tingkat atas rupanya (bukan separas dengan bas-bas semua). 

      Boleh rancang perjalanan via this website, kalau nak naik bas ke any parts of Croatia ataupun luar Croatia jugak. 


      Oh ya, bas untuk ke Plitvice ni memang biasanya akan penuh dengan tourists. Bas ni macam bas lompat-lompat tu dan walaupun dalam tiket ada tulis seat kita nombor berapa, takyah rely on that. Kadang-kadang bila naik bas, tengok dah ada orang duduk seat kita. Sebab sebenarnya bas kat sini free seating! 

      Diorang letak nombor seat hanya untuk make sure takde penumpang yang berdiri. 

      Banyak kali dah pengalaman macam tu kat negara lain pun, so, kami dah come out dengan trick - 2 orang jaga bag untuk letak kat luggage storage bawah bas tu, 2 orang lagi naik bas dulu and cop tempat. Haha tapi yang lawaknya, end up semua naik bas terus, dengan bag2 sekali sebab nak store bag pun kena bayar T_T Mana boleh jimat yang ketara sangat, kita jimat yea. 


      Konsep bas dia, dah nama pun bas lompat-lompat - memang banyak bus stop yang dia berhenti. Dan majoritinya dia tak bagitahu pun nama bus stop tu. :p Macam kami, penginapan kami Guest House Plitvicka - satu bus stop lepas Plitvice ni, Mukinje namanya. Sebutan dia Mu-kin-nye. So, kalau korang naik bas ni dan nak berhenti selain dari bus stop Plitvice tu, bagitahu driver siap2. 

      Nanti ada yang terlepas ke bandar lain macam Zadar, Split, Bihac etc. :D

      Sampai kat bus stop Mukinje, jalan kaki dalam 100m, sampai dah kat Guest House Plitvicka ni. Alhamdulillah, tempatnya selesa - rupanya ni villa keluarga yang dah direnovate untuk disewa by rooms. 



      Selesai check in - let's go to Plitvice Lakes! :D

      Basically, kami tak explore Zagreb pun heee, sebab niat asal memang nak ke tasik2 ni. :) Sampai airport & bus station Zagreb pun jadilah. T_T

      InsyAllah, bersambung ke post seterusnya yea.
      Assalamualaikum.

      Hradec Kralove
      150422

      Jindrisska First Anniversary Giveaway

      April 22, 2015



      Wahhh,insyAllah  murah rezeki Aisya selalu share rezeki dengan orang lain. :D

      "Saya nak menang giveaway ni sebab ermm ermm hanya keranamu Aisya."


      <3

      Hradec Kralove,
      150422

      Pengalaman Seumur Hidup ke Belgrade Airport, Serbia

      April 20, 2015

      Rasa macam nak berkongsi pengalaman trip Jelajah Balkan yang lepas, tapi alahai, sangat tak berkesempatan sekarang ni. Roadtrip ke Istanbul, Turkey lepas pun tak bersambung lagi T_T Ada rezeki insyAllah ada la yea. :)



      Untuk ke Plitvice Lakes, National Park, Croatia tu, kami fly dari Prague Airport ke Zagreb, Croatia dengan AirSerbia. Dan bila naik AirSerbia ni, memang dah sedia maklum dia akan transit di Belgrade Airport. Phew, dulu masa roadtrip ke Istanbul, pernah consider untuk lalu Serbia tapi last minutes masa check plan balik, tengok-tengok passport Malaysia kena ada visa untuk masuk negara ni.

      Untuk trip kali ni, dah berbalas-balas email untuk rujuk Serbian Embassy kat Prague, London dan even Belgrade Airport sendiri. Dan alhamdulillah dapat transit dan boleh keluar ke bandar jugak kalau nak, sebab kami ada long-term visa kat Czech.

      Oh ya, kat Malaysia takde Serbian Embassy rasanya, paling dekat ada di Indonesia. 

      Ini pertama kali naik AirSerbia dan alhamdulillah, flight okay, makanan okay, airport pun okay. :) 


      Few hours before fly, hmmmm. Haha sebenarnya buat pertama kali nya lah rasa macam nak burn je tiket, tak jadi pergi la kiranya.

      Tapi memikirkan betapa ruginya duit tiket masa tu, dan tempat yang dituju pun banyak sejarah Islam (Bosnia & Herzegovina), memang heret kaki jugak.

      What happened?

      Food poisoning.

      Phewww, I bet the yogurt I ate that morning tu dah tak okay. Dah lama tak muntah-muntah, diarrhea bagai. Tup tup jadi masa hari nak travel pulak tu. Ah sudah, duit Kuna Croatia pun tak bertukar lagi, bekalan makanan along the way pun tak beli lagi, tapi mujur dah siapkan beg malam sebelumnya.

      And I felt sorry to the other trip mates sebab tak dapat nak enjoy sepanjang perjalanan nak bertolak tu. Cycle vomit, diarrhea tak berkesudahan sepanjang perjalanan. Nothing can go in, everything will go out. T_T Penat, dehydrated sangat masa tu.

      Dah macam orang mabuk, muntah merata-rata T_T.


      Masa dah naik flight AirSerbia ni lagi haru. Daripada tak pernah kisah dengan content seat pocket tu, masa tu memang itu benda pertama dituju bila dah duduk kat seat. Cari airsick bag. Siap sedia untuk muntah. T_T

      Hahaha lawak pulak bila bayang balik. Plane tu belum fly lagi tapi dah termuntah. Muntah pulak tertahan-tahan tak nak bagi bunyi sangat. Dan first time jugak muntah warna biru. 

      Ni hasil minum air isotonik warna biru - dengan harapan digestive system tu boleh absorb la fluid - elakkan dehydration. Haha. HARU. Orang sebelah kanan dah tanya-tanya dah are you okay etc? 

      Stewardesses pun membantu jugak, dia bagi air Coke untuk calm down kan stomach. Alahai, belum nak cakap I don't drink Coke, dia dah tuang dah dalam cawan. Minum, then akhirnya selamat jugak masuk ke airsick bag. T_T 

      Sampai je Belgrade Airport, kawan saya kena pergi Information Counter sebab dia terhilangkan satu boarding ticket dari Belgrade - Zagreb. Alang-alang tu, saya pun pergi sekali.

      "Do you have any medical team?"

      Tak larat sangat dah. Kedai-kedai kat airport semua dah tutup apatah lagi pharmacy kan. Ubat yang ada bawak sekali pun setakat Paracetamol, Vicks. 


      Dalam 5 minit tunggu, datang la mereka bertiga ni, seorang doktor, seorang nurse, seorang lagi paramedic.

      And the rest is history. ;)

      Alhamdulillah, I can sleep well that night at the airport.

      Based on this experience, just nak share yang kalau korang ada masalah kesihatan masa perjalanan, boleh refer pada medical team flight berkenaan or airport tu. Rasanya kita boleh dapat basic treatment / medication free of charge. :)

      Till next post,
      Assalamualaikum

      Hradec Kralove,
      150420

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 建宁县| 虎林市| 临湘市| 娱乐| 高阳县| 泽库县| 昭通市| 平阴县| 基隆市| 凌云县| 阿坝| 驻马店市| 英吉沙县| 明水县| 泾阳县| 报价| 清水河县| 嵊泗县| 穆棱市| 黑河市| 长丰县| 西城区| 旌德县| 河东区| 二手房| 渝中区| 开阳县| 来安县| 鄂温| 疏附县| 平江县| 金华市| 岳普湖县| 崇左市| 兴城市| 会宁县| 修武县| 石景山区| 洪泽县| 兴宁市| 凤庆县|