Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Pengalaman Seumur Hidup ke Belgrade Airport, Serbia

      April 20, 2015

      Rasa macam nak berkongsi pengalaman trip Jelajah Balkan yang lepas, tapi alahai, sangat tak berkesempatan sekarang ni. Roadtrip ke Istanbul, Turkey lepas pun tak bersambung lagi T_T Ada rezeki insyAllah ada la yea. :)



      Untuk ke Plitvice Lakes, National Park, Croatia tu, kami fly dari Prague Airport ke Zagreb, Croatia dengan AirSerbia. Dan bila naik AirSerbia ni, memang dah sedia maklum dia akan transit di Belgrade Airport. Phew, dulu masa roadtrip ke Istanbul, pernah consider untuk lalu Serbia tapi last minutes masa check plan balik, tengok-tengok passport Malaysia kena ada visa untuk masuk negara ni.

      Untuk trip kali ni, dah berbalas-balas email untuk rujuk Serbian Embassy kat Prague, London dan even Belgrade Airport sendiri. Dan alhamdulillah dapat transit dan boleh keluar ke bandar jugak kalau nak, sebab kami ada long-term visa kat Czech.

      Oh ya, kat Malaysia takde Serbian Embassy rasanya, paling dekat ada di Indonesia. 

      Ini pertama kali naik AirSerbia dan alhamdulillah, flight okay, makanan okay, airport pun okay. :) 


      Few hours before fly, hmmmm. Haha sebenarnya buat pertama kali nya lah rasa macam nak burn je tiket, tak jadi pergi la kiranya.

      Tapi memikirkan betapa ruginya duit tiket masa tu, dan tempat yang dituju pun banyak sejarah Islam (Bosnia & Herzegovina), memang heret kaki jugak.

      What happened?

      Food poisoning.

      Phewww, I bet the yogurt I ate that morning tu dah tak okay. Dah lama tak muntah-muntah, diarrhea bagai. Tup tup jadi masa hari nak travel pulak tu. Ah sudah, duit Kuna Croatia pun tak bertukar lagi, bekalan makanan along the way pun tak beli lagi, tapi mujur dah siapkan beg malam sebelumnya.

      And I felt sorry to the other trip mates sebab tak dapat nak enjoy sepanjang perjalanan nak bertolak tu. Cycle vomit, diarrhea tak berkesudahan sepanjang perjalanan. Nothing can go in, everything will go out. T_T Penat, dehydrated sangat masa tu.

      Dah macam orang mabuk, muntah merata-rata T_T.


      Masa dah naik flight AirSerbia ni lagi haru. Daripada tak pernah kisah dengan content seat pocket tu, masa tu memang itu benda pertama dituju bila dah duduk kat seat. Cari airsick bag. Siap sedia untuk muntah. T_T

      Hahaha lawak pulak bila bayang balik. Plane tu belum fly lagi tapi dah termuntah. Muntah pulak tertahan-tahan tak nak bagi bunyi sangat. Dan first time jugak muntah warna biru. 

      Ni hasil minum air isotonik warna biru - dengan harapan digestive system tu boleh absorb la fluid - elakkan dehydration. Haha. HARU. Orang sebelah kanan dah tanya-tanya dah are you okay etc? 

      Stewardesses pun membantu jugak, dia bagi air Coke untuk calm down kan stomach. Alahai, belum nak cakap I don't drink Coke, dia dah tuang dah dalam cawan. Minum, then akhirnya selamat jugak masuk ke airsick bag. T_T 

      Sampai je Belgrade Airport, kawan saya kena pergi Information Counter sebab dia terhilangkan satu boarding ticket dari Belgrade - Zagreb. Alang-alang tu, saya pun pergi sekali.

      "Do you have any medical team?"

      Tak larat sangat dah. Kedai-kedai kat airport semua dah tutup apatah lagi pharmacy kan. Ubat yang ada bawak sekali pun setakat Paracetamol, Vicks. 


      Dalam 5 minit tunggu, datang la mereka bertiga ni, seorang doktor, seorang nurse, seorang lagi paramedic.

      And the rest is history. ;)

      Alhamdulillah, I can sleep well that night at the airport.

      Based on this experience, just nak share yang kalau korang ada masalah kesihatan masa perjalanan, boleh refer pada medical team flight berkenaan or airport tu. Rasanya kita boleh dapat basic treatment / medication free of charge. :)

      Till next post,
      Assalamualaikum

      Hradec Kralove,
      150420

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 丽江市| 安陆市| 都江堰市| 萨嘎县| 汽车| 肃南| 垫江县| 安多县| 界首市| 松潘县| 夏邑县| 和田市| 定西市| 霍州市| 清丰县| 美姑县| 博罗县| 突泉县| 明溪县| 慈利县| 南雄市| 电白县| 襄城县| 内丘县| 布拖县| 浦北县| 辽源市| 柳林县| 大理市| 安岳县| 壤塘县| 新沂市| 南开区| 营山县| 长兴县| 芦山县| 肥东县| 咸阳市| 盘锦市| 饶平县| 富宁县|