Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia

      August 12, 2016

      Turun dari Bled Castle, saya pun menapak semula ke hostel. Alhamdulillah, orang hostel dah sampai jadi ayuhlah request basikal untuk hari tu. :) Menarik sebenarnya datang masa hujung Mac macam ni. Cuaca tak sesejuk musim salji, dan Mac masih dikira sebagai off-season. Bulan April baru peak-season dan ramai pelancong datang ke Bled ni.

      Cuma, pokok masih botak takde daun. T_T

      Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia
      That background :D


      Rezekinya, saya dapat guna basikal PERCUMA! :D

      Oh yeah.

      Kemudahan sewa basikal ni ada di sekitar Bled. Kalau korang berpeluang ke sini, boleh tanya dengan orang hostel / hotel masing-masing. Biasanya, hostel / hotel tu sendiri sewakan basikal yang diorang ada. Kalau takde, jangan risau. Setakat yang saya pusing Bled, ada beberapa kedai sewa basikal korang boleh jumpa sekitar Bled Lake. Harganya saya tak tahu. Hehe.

      Saya sebenarnya memang plan nak berbasikal sekitar Bled ni. Siap berangan nak angkut basikal Kelly saya dari Czech ke Slovenia ni. Sebelum ni plan untuk naik train kan, biasanya ada koc untuk simpan basikal sekali :D Tapi, dah tukar plan naik bas, tinggallah Kelly di Hradec Kralove tu.

      Sementara nak ambil basikal tu, orang hostel siap tunjukkan route basikal ke sana. Apa entah nama orang kerja hostel ni. Miha kalau tak silap. Entah kenapa saya tak ingat nama dia, padahal setiap hari kat Bled tu ada je pasal Bled yang saya bertanya pada dia  T__T.



      Lepas sembang-sembang, ni la peta dari Castle Hostel 1004 tu ke Vintgar Gorge.


      Waterfall ?um.

      Kalau korang perasan, destinasi saya menuju ke Waterfall ?um kan? Waterfall ?um masih dalam laluan Vintgar Gorge ni. Kiranya, senang cerita, kita boleh menikmati pemandangan di sepanjang Vintgar Gorge ni melalui salah satu entrance ni. Entrance yang pertama (yang biasa orang buat) ialah Vintgar Gorge dan yang kedua ialah Waterfall ?um. 

      Kenapa saya ke arah Waterfall ?um ni?

      Haaa, sebabnya masa tengah plan laluan ni, kitorang dengar cerita orang yang pergi hari semalamnya yang ada jambatan yang roboh. Jadi, orang yang masuk dari entrance Vintgar Gorge tak dapat sampai ke Waterfall ?um, sama jugak vice versa. Miha kata Waterfall ?um ni kira main attraction kat Vintgar Gorge ni, jadinya tu yang terus plan ke sini.

      Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia
      Pekan Zasip

      Dari hostel, saya berbasikal melalui pekan Zasip dan jalan raya berakhir di Cerkev Sv. Katarina (Church of St. Catherine). Jalan berbukit, subhanAllah. Berpeluh memang tak terbayang lah. Nak ikat trench coat kat pinggang - kotor disapu tayar nanti. End up ikat kat bahu. Mesti buruk sangat rupanya kalau orang tengok -___-'

      Dekat dengan church, ada kawasan parking kereta. Kafe pun ada :) Bila tahu ada kafe, terbayang-bayang dah cream cake specialty Slovenia ni. Ramai sangat orang recommend untuk try. Takpe-takpe, saya jalan Vintgar Gorge dulu, nanti on the way nak balik baru saya singgah makan.


      Awas, lembu melintas!

      Kalau di Czech, rumah banyaknya beratap oren. Kat Bled, ni lah warnanya. 

      Kafe. 
      Saya tumpang kunci basikal kat kafe ni, mintak tolong makcik kafe jagakan trench coat dan helmet. Trench coat tebal, berpeluh sakan nanti kalau pakai. Cuaca best je - tak sejuk beku, tak panas sangat - okay sangat dengan cycling jacket saya yang nipis tu :)

      Keringgggg.

      To Bled.
      Tak ramai orang start teroka Vintgar Gorge dari entrance Waterfall ?um. Boleh katakan agak sunyi kalau nak berjalan seorang. Dari kafe nak ke entrance Waterfall ?um tu sendiri pun, saya kena redah 'hutan' sikit.

      Bila berjalan seorang, saya perasan saya berlatih nak percayakan orang. Bukan senang taw nak passkan kamera minta orang ambilkan gambar. Dan kat sini boleh apply konsep win-win situation, saya offer dulu ambilkan gambar orang lain dan balasnya orang tu ambilkan gambar saya. Saya prefer cari orang yang ada family dengan anak kecil ataupun sekumpulan pelancong yang memang nampak tourist-nya-diorang tu.

      Tapi kena berlapang dada lah kalau orang reject, sebab dia pun boleh jadi berhati-hati jugak dengan kita. Hehe.

      Dari entrance Waterfall ?um

      Jambatan kereta api and it is still working. Wow.

      Okay lah, kita layan gambar-gambar kat Vintgar Gorge ni.

      Gambar tu nampak lusuh sikit, mungkin sebab faktor usia kameranya kot. Kat GoPro banyak gambar selfie - yang ni biarlah jadi tatapan family je. Hehe.

      The gorge.

      Saki baki daun luruh. 

      Ni kot jambatan yang roboh tu. Cross it at your own risk okay?

      Masa ni lengang lagi. Dah nak sampai entrance Vintgar Gorge, baru jumpa ramai orang. Tak ramai jugak antara diorang yang berjalan habis sampai Waterfall Sum. 

      Kalau musim luruh ni.... fuh.

      Rasa nak mandi je kat sini. 

      Gambak hasil pacak kamera kat Octopus tripod. Jadilaaa self timer macam ni.



      Hasil excited. Bercakap dengan diri sendiri pun boleh. :D Tengok air tuuuu, crystal clear!

      Settle jalan sepanjang gorge ni, saya pun berpatah balik ke entrance Waterfall ?um - laluan yang sama je sebenarnya :D Kalau tak kerana basikal yang dah parking kat kafe, mungkin saya akan try balik ikut entrance Vintgar Gorge. Takpeee, kita kena tahu setiap perkara ada hikmahnya. Dan rezeki kali ni, selesaikan wishlist untuk makan cream cake tu :)

      Makcik kafe tu memang mesra. Seronok betul dia bila diajak bergambar, sambil hulurkan telur Easter yang berwarna warni.

      A must-try desserts in Slovenia!


      The makcik. 
      Berbasikal pulang ke Bled, alhamdulillah bukan masalah sebabnya most of the journey saya hanya perlu main brek - turun bukit ajeee. :D Pakai trench coat pun okayyy, berangin.

      Bila kita dalam perjalanan ke satu tempat yang baru - terasa jauh sangat. Tapi bila nak balik, rasa sekejap betul. Pernah tak rasa?

      Ada beberapa faktor yang saya pernah baca. Ada satu yang kata mata kita dah scan kawasan sekeliling yang baru tu untuk jadi memori. Jadinya bila perjalanan pulang, minda kita dah kenal. Faktor lain mungkin sebab dalam perjalanan pergi - kita ada expectation... macam jauh lagi ke? bila nak sampai ni? Sebab tu bila balik, kita tahu kita dah achieve mission dan tak ada expectation dah.

      Mungkin ni sebabnya kot. Kalau korang nak tambah apa-apa, share tawww.


      Bila solo travel, layan je la banyak gambar selfie monopod macam ni dalam album.

      Info pasal Vintgar Gorge;

      1. Boleh sampai sini dengan bas, kereta, basikal mahupun berjalan kaki. Boleh refer SINI. Tapi boleh bincang dengan hostel masing-masing kalau ada free trip - untung jugak sebab boleh ke sini dalam kumpulan kecil & dihantar diambil naik pengangkutan yang hostel sediakan.
      2. Sejarah pasal Vintgar Gorge boleh baca kat SINI.
      3. Boleh estimate 1-1.5 jam untuk di sini sahaja. More info kat SINI.
      4. Harga tiket dalam 4€ untuk dewasa. Kanak-kanak dalam 2€ (6-16 tahun), 0.8€ (bawah 6 tahun)
      5. Dibuka April-November 8am - 7pm. Selain dari bulan ni, boleh cuba masuk free tapi atas risiko sendiri yep.


      Till next post kalau saya mampu nak recall. T_T
      Salam

      160812
      SS, Perak, Malaysia

      Adab-adab Menziarahi Pesakit

      August 10, 2016

      Kali ni, saya sambung dengan adab-adab menziarahi pesakit yang insyAllah kalau kita baca, memang nampak common sense kenapa perlu berbuat demikian. :) Rasanya, kebanyakan kita faham adab-adab ni, mungkin ada beberapa yang kita terlepas pandang. Jom sama-sama upgrade diri dengan adab - tanpa adab, hilangnya tamadun. Kan? :)


      Adab-adab Menziarahi Pesakit



      A. Ketika menziarahi pesakit, kita perlu:


      1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW.
      2. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit.
      3. Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
      4. Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
      5. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit.
      6. Sesuaikan waktu ziarah dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.
      7. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian.
      8. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa.
      9. Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalam mod diam / getaran.


      - Boleh rujuk post yang lepas tentang sunnah Nabi ini :)





      B. Elakkan berbuat begini:


      1. Menangis di depan pesakit.
      2. Duduk di atas katil pesakit.
      3. Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya.
      4. Merokok sebelum atau ketika anda melawat pesakit.
      5. Bercakap terlalu kuat.
      6. Bercakap atau melawat terlalu lama.
      7. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpama penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit.
      8. Jangan memakan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya.
      9. Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaik-baiknya tunggu sehingga keadaannya lebih stabil.
      10. Elak menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat. 


      - Biasanya, sistem immuniti pesakit akan rendah kerana sakit. Bila kita tak bersihkan tangan, dikhuatiri kita ada membawa bakteria yang mungkin tak berbahaya pada kita tapi bahaya untuk pesakit. Sama juga dengan memakai mask sekiranya selesema, bersin etc.

      - Hmm, nak tambah kat sini yang sebenarnya kurang digalakkan membawa anak-anak kecil melawat orang sakit (terutamanya di hospital / wad). Anak-anak kecik (lebih-lebih lagi bayi) - diorang ni lemah sistem pertahanan badan. Orang yang dah besar macam kita, banyakkan dah pernah kena sesetengah penyakit sebelum ni jadi kita ada antibodi untuk tu. Tapi, bukan pada kanak-kanak taw.


      Adab-adab Menziarahi Pesakit
      Gambar hiasan



      C. Menziarahi Pesakit Yang Kritikal / Tenat


      1. Patuhi semua adab yang telah disenaraikan.
      2. Tunjukkan rasa simpati, tetapi jangan menangis di hadapan pesakit / ahli keluarganya.
      3. Berdoa secara terbuka, tetapi mesti dilakukan dengan nada perlahan.

      "Ya Allah, berikan dia kehidupan jika kehidupan itu lebih baik kepadanya, dan berilah dia kematian jika kematian itu lebih baik kepadanya."
      4. Jika ruang mengizinkan, hadiahkan bacaan al-Quran / surah Yassin.

      Sabda Rasulullah SAW:"Bacalah Yassin ke atas orang yang nazak (hampir mati)." (Riwayat Abu Daud)
      5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut pesakit jika ternyata pesakit dalam keadaan dahaga. 
      6. Sunat membisikkan kalimah syahadah ke telinga pesakit dengan lembut.



      Rujukan:
      Pamphlet Adab-adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam
      Bahagian Pendidikan Kesihatan,
      dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh


      160810
      SS, Perak, Malaysia

      Kelebihan Menziarahi Orang Sakit

      August 9, 2016

      Rasanya, dalam subjek Pendidikan Islam dulu ada diajar adab-adab menziarahi orang sakit. InsyAllah yang ni, saya share dalam post seterusnya. 

      Sepanjang saya berada di hospital, rata-rata setiap hari ada yang datang melawat abang saya di wad. Boleh katakan, hmmm sehari dalam sekurang-kurangnya 15 orang. Pada saya, orang yang datang melawat / menziarahi ni Allah kirimkan rezeki melalui mereka terutamanya doa. 

      Sunset Hospital Ipoh image
      Sunset dari Hospital Ipoh.



      Sunat untuk kita menziarahi orang sakit dan digalakkan dalam Islam. Ada 2 hadis yang nak saya kongsikan kat sini tentang menziarahi orang sakit.

      Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:"Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70 000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70 000 malaikat mendoakanya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik paa bila-bila masa." (Riwayat at-Tirmizi)


      Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa belia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
      "Kewajibab seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




      Mengeratkan silaturrahim.

      Menziarahi orang sakit ni dapat mendekatkan yang sedia ada dekat dan merapatkan yang jauh. Senang kata, mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Kadang-kadang, di tempat orang sakit itulah kita dapat berjumpa dengan orang yang bertahun lamanya tak bersua muka kerana sibuk dengan hal masing-masing.


      Kebergantungan (tawakal) kita pada Allah.

      Pada saya sendiri, melalui menziarahi orang sakit, kita sedar yang kita tak berkuasa untuk mengubati semuanya. Doktor jururawat ialah sebagai pengantara untuk apply semua ilmu perubatan yang kita tahu sendiri semua ilmu tu datangnya dari Allah. Kan? Kita sebagai hamba Allah, memang hanya pada Dia kita berserah dan memohon doa. 


      Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

      Selain tu, saya teringat tentang 5 perkara sebelum 5 perkara, yang salah satunya ialah sihat sebelum sakit. Biasa sangat dengar kan, tapi nak hayati tu ambil masa dan keadaan jugak T__T

      Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara image
      Credit - http://alinscartoon.blogspot.my/

      Rujukan:
      Pamphlet Adab-adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam
      Bahagian Pendidikan Kesihatan,
      dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh

      160809
      SS, Perak, Malaysia

      8 Refleksi Diri dari Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016

      August 8, 2016


      Sabtu lepas, saya berpeluang menonton perlawanan bola sepak antara Perak & JDT di Stadium Ipoh. Hasil perlawanan, JDT menang dengan skor 1-0. 

      Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016
      Tiket last minute


      Mungkin ramai yang tahu, ada isu besar selepas tamat perlawanan. I was there and I witnessed most of the scenes. Tapi saya taknak pro mana-mana untuk insiden tu. Walaupun saya sebagai seorang anak Perak dan semestinya menyokong pasukan Perak, saya masih rasa yang sebahagian penyokong Perak bertanggungjawab dengan insiden tu. Penyokong JDT pun sama. Nobody is perfect. 

      ------------------------



      I read somewhere... yang untuk menjadi insan yang hebat, kita kena selalu muhasabah diri. Ambik masa sedikit dan renungkan kembali apa yang berlaku dalam hidup kita. Cara yang mungkin mudah untuk dicuba - sebelum tidur, luangkan 10 minit untuk imbau kembali pagi tengah hari petang malam kita. 

      Apa kejadian yang kita boleh ambil sebagai iktibar.
      Apa kebaikan yang boleh kita boleh teruskan untuk buat.
      Apa keburukan yang kita boleh ubah atau tinggalkan.

      Amar makruf kena seiring dengan nahi mungkar. Kan?


      ------------------------

      Berbalik pada kisah bola di Stadium Perak tadi... sebenarnya kalau tak silap, saya menjejakkan kaki ke dalam stadium Ipoh selepas 7 tahun. Memang dah lama tak menonton bola kat stadium. Agak janggal jugak, dari membeli tiket --> beratur nak masuk stadium --> check beg --> cari seats kosong yada yada.

      Masuk je dalam stadium, masyaAllah memang ramai orang, seat-seat yang menarik semuanya dah penuh. Paluan gendang bergema. Pemain kedua-dua pasukan tengah warm-up di tengah padang. 


      Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016
      Penyokong Perak


      Selesai jumpa seat, terus bergegas ke surau untuk solat Maghrib. It was already 8.15pm. Walaupun dah bertolak sebelum Maghrib, terlambat kerjakan solat akibat jalan jem teruk, parking jauh etc. Banyak betul alasannya, Nina. -_-'


      1. Jaga solat walaupun teruja nak tonton perlawanan bola sepak.


      Surau lelaki nampak agak penuh, sampaikan ada jemaah di luar surau. Amazed with this :)

      Di surau wanita, ada lebih kurang 5 orang je. I was expecting more actually, sebabnya setiap kali solat di surau hospital (sepanjang 3 minggu lepas), memang sentiasa penuh dan sesak. Ni apatah lagi stadium yang beribu-ribu orang ni. Tapi boleh jadi diorang dah solat di awal waktu ataupun dah solat siap-siap di rumah / masjid berdekatan. Alhamdulillah.

      2. Selalulah nyanyi lagu negeri.

      I can't remember when was the last time I officially sing a Perak anthem. Honestly, it was an awkward moment when I don't remember the rhythm! Macam mana nak describe ea... Semua orang tahu kan yang melodi lagu Negaraku dan Negeri Perak tu sama je. I know that as well.

      Cuma, nak masukkan lirik dalam melodi tu... saya krik-krik kejap. Sebab rasa versi yang saya biasa nyanyi lain sikit dengan yang kat stadium ni.

      Ada 2 possibilities yang saya fikirkan;
      - memang ada lain-lain versi dan selama ni saya nyanyi versi yang berbeza.
      - memang dah ditukar versi baru.


      The version I used to sing.

      The current version.

      Contoh macam untuk lirik dilanjutkan, Allah usianya sultan.

      Saya biasa nyanyi --> Di - lan - jut - kan - Allah - u - si - a - nya~~ sul - tan
      Versi yang ni --> Di - lan - jut - kan - Allah - u - sia - nya - sul~~tan

      (~~ panjang)

      Tak faham? Haha abaikan. 


      3. Do we really need to use hateful chants / slogans?
      I was shocked to hear all those chants!

      Seriously. Tak tahu nak react macam mana, tak tahu nak ikut bersorak macam mana. Saya bukan jenis suka mencarut - sama ada saja-saja atau tak sengaja. Pernah dan I once hated myself for that.

      Saya yakin majoriti kita tahu sorakan apa yang dimaksudkan. The use of words b***sat, f**k, m**pus. Ouch, teruknya bahasa.

      And we expect our young generations to respect us when we expose them to these attitudes since they are kids?

      Rasa tak boleh terima orang besar mencarut sesuka hati, apatah lagi budak kecil. I admit all those f**k, sh*t words are culture in Western world. My ears witnessed those mostly everyday at school. 

      "The professor will come a bit late, he just finished an emergency surgery".
      "F**k, he is wasting my time".

      *someone accidentally spill the coffee on the table*
      "Sh*t, what the f**k are you doing, man?"

      Norma.

      Tapi benda buruk itu jugak ke kita nak ikut?'



      Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016
      Penyokong Perak lagi
      4. Setiap pergaduhan banyaknya bermula dengan provokasi.

      P. Ramlee dah pernah cakap, "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri."

      Itu suami isteri yang hubungan penuh kasih sayang. Adik beradik pun kalau tak bergaduh, memang tak sah. Ini kan pulak sesama negeri.

      Tapi, macam teruk sangat la nak rusuh-merusuh hanya sebab bola sepak. 

      Menang. 
      Okay, dah. Your team menang. Tahniah. Tak perlu nak provok-provok mengutuk pasukan yang kalah. Balik dengan hati gembira.

      Kalah.
      Okay, memang biasa la kalah menang adat permainan. Semua orang nak menang, takde yang nak kalah. Tapi, kalau kalah - kita refleks balik. Pemain kita macam mana, penyokong kita macam mana.

      Don't people realised the moment when JDT scored a goal, just directly after Perak supporters finished chanting "JDT b***sat". 


      5. Stadium tu bukan tempat sesuka hati nak vandalisme.

      Faham, tengok bola tu beremosi.

      Tapi, janganlah hilang common sense nak pecahkan harta stadium. How do you feel when other people intentionally or accidentally destroy your belongings? Paling kurang pun, cuba bayangkan orang baling handphone kita sampai pecah? T_T

      Sedih lah macam ni.

      I learned new words as well - hooliganisme, ultras *klik untuk ke wikipedia*


      Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016
      Sampah bertaburan

      6. Buang sampah dalam tong sampah, pretty please~~

      Ini antara satu masalah rakyat Malaysia yang memang susah nak diubah. I don't understand why people throw their rubbish into the field area. Marah tu memang marah - tapi itu tak menghalalkan kita nak kotorkan padang tu.

      Istighfar.

      Seronok syaitan-syaitan tengok kita duduk dalam kawasan kotor.

      Belum masuk yang tinggalkan bekas air, bekas makanan kat seat masing-masing. Ada yang lagi merumitkan untuk otak ni berfikir, bila sampah-sampah tu ditendang sesuka hati - lalu berteraburlah sisa makanan tu.

      Kasihan orang yang berada di tingkat bawah. Ada yang basah terkena percikan air dari bekas air tu. Ada yang bekas air terkena straight kat kepala.


      Perlawanan Bola Sepak Perak vs JDT 6 Ogos 2016
      Baling membaling

      7. Elakkan merokok. Some people suffer.

      Kalau seorang ayah boleh hisap rokok di sekitar anak yang kecil, apatah lagi nak hisap rokok dalam masyarakat.

      Walaupun dah banyak hujah mengatakan rokok tu haram, rokok membahayakan kesihatan.. still hmmm.

      Nak berhenti merokok memang susah, medically point of view pun saya setuju. Susah, memang susah. Sebabnya rokok ada bahan-bahan yang buat seseorang tu ketagih. Tapi percayalah, setiap usaha tu Allah nilai dan bagi ganjaran. 


      8. Konklusi, semangat kesukanan yang sihat... dah hilang.

      Banyak benda kita perlu ubah. Attitude.

      Teringat satu petikan dari buku yang saya tengah baca,

      "Setelah membuat pemerhatian dan pengalaman secara ringkas, saya mengakui bahawa umat Islam dilanda krisi adab dan akhlak yang serius. Maka benarlah apa yang diungkapkan oleh Syed Muhammad Naquib Al Attas yang menyatakan peri pentingnya adab sebagai salah satu asas utama puncak ketamadunan. Tanpa adab tiadanya tamadun." - Islam di Barat, Muslim di Timur, pg 40.


      p/s - panjangnya post ni. :D thanks untuk yang sudi baca, moga ada yang kita boleh ambil iktibar.


      160807
      SS, Perak, Malaysia

      Zikir Harian & Zikir Taubat Nasuha

      August 5, 2016

      I met a very kind woman, who used to pray Maghrib with my mother and I together since the past 3 weeks. She cannot hear well, but she has a very good eyesight. I can say she is intellectual and understand Arabic well.

      Ahaa, before that, if you have been to Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh - you will know that the women prayer area is upstairs. But, if you cannot really climb the stairs (like my mum), you can just pray at the ground floor.

      So, in this 'untuk wanita uzur' area, I accompanied my mum and most of the times, there will be 3 of us there. 

      I just realised - I don't even know her name T_T

      -------------

      She shared with us a paper of zikir harian. Let me share it with you guys as well :)

      Mana tahu ni MLM pahala :)













      From what I listen to tazkirah this one fine day, zikrullah insyAllah will help to protect ourselves from syaitan. As much as we remember Allah, our antibody against syaitan will be even more. :) If we leave zikrullah - we are exposing ourselves to syaitan's traps and tactics. Nauzubillah. T_T
      SS, Perak, Malaysia,
      160805

      Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler



      Since I'm not going anywhere for the mean time, I would love to fill my free time with reading, especially travelogue kind of books. I read few already;
      - Travelog Mr. Traveller
      - Advantura Pulang ke Malaya
      - I Am A Backpacker : Korea
      - Islam di Barat Muslim di Timur

      And now, I have the opportunity to win this - insyAllah. Not only me, but you as well. Jom join!

      Tak kena tag, tapi nak join jugak :D



      I think I fulfilled the rules.

      Now, I would like to tag Mazni <3
      Jemput join, korang :D
      SS, Perak, Malaysia
      160805

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 大安市| 台安县| 韶关市| 迁西县| 拜城县| 湄潭县| 嘉善县| 文山县| 玉屏| 湖口县| 大理市| 香河县| 晋江市| 乐山市| 吴桥县| 四平市| 垦利县| 江北区| 井研县| 团风县| 宁都县| 宜兴市| 张北县| 桓仁| 鲁甸县| 咸宁市| 扎兰屯市| 襄垣县| 芒康县| 颍上县| 仲巴县| 睢宁县| 汝城县| 陵水| 石首市| 台北县| 霍山县| 嘉禾县| 张家界市| 吴桥县| 镇赉县|