Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Adab-adab Menziarahi Pesakit

      August 10, 2016

      Kali ni, saya sambung dengan adab-adab menziarahi pesakit yang insyAllah kalau kita baca, memang nampak common sense kenapa perlu berbuat demikian. :) Rasanya, kebanyakan kita faham adab-adab ni, mungkin ada beberapa yang kita terlepas pandang. Jom sama-sama upgrade diri dengan adab - tanpa adab, hilangnya tamadun. Kan? :)


      Adab-adab Menziarahi Pesakit



      A. Ketika menziarahi pesakit, kita perlu:


      1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW.
      2. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit.
      3. Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
      4. Mendoakan pesakit agar cepat sembuh.
      5. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit.
      6. Sesuaikan waktu ziarah dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat.
      7. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian.
      8. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa.
      9. Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar ke dalam mod diam / getaran.


      - Boleh rujuk post yang lepas tentang sunnah Nabi ini :)





      B. Elakkan berbuat begini:


      1. Menangis di depan pesakit.
      2. Duduk di atas katil pesakit.
      3. Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya.
      4. Merokok sebelum atau ketika anda melawat pesakit.
      5. Bercakap terlalu kuat.
      6. Bercakap atau melawat terlalu lama.
      7. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpama penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit.
      8. Jangan memakan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya.
      9. Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaik-baiknya tunggu sehingga keadaannya lebih stabil.
      10. Elak menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat. 


      - Biasanya, sistem immuniti pesakit akan rendah kerana sakit. Bila kita tak bersihkan tangan, dikhuatiri kita ada membawa bakteria yang mungkin tak berbahaya pada kita tapi bahaya untuk pesakit. Sama juga dengan memakai mask sekiranya selesema, bersin etc.

      - Hmm, nak tambah kat sini yang sebenarnya kurang digalakkan membawa anak-anak kecil melawat orang sakit (terutamanya di hospital / wad). Anak-anak kecik (lebih-lebih lagi bayi) - diorang ni lemah sistem pertahanan badan. Orang yang dah besar macam kita, banyakkan dah pernah kena sesetengah penyakit sebelum ni jadi kita ada antibodi untuk tu. Tapi, bukan pada kanak-kanak taw.


      Adab-adab Menziarahi Pesakit
      Gambar hiasan



      C. Menziarahi Pesakit Yang Kritikal / Tenat


      1. Patuhi semua adab yang telah disenaraikan.
      2. Tunjukkan rasa simpati, tetapi jangan menangis di hadapan pesakit / ahli keluarganya.
      3. Berdoa secara terbuka, tetapi mesti dilakukan dengan nada perlahan.

      "Ya Allah, berikan dia kehidupan jika kehidupan itu lebih baik kepadanya, dan berilah dia kematian jika kematian itu lebih baik kepadanya."
      4. Jika ruang mengizinkan, hadiahkan bacaan al-Quran / surah Yassin.

      Sabda Rasulullah SAW:"Bacalah Yassin ke atas orang yang nazak (hampir mati)." (Riwayat Abu Daud)
      5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut pesakit jika ternyata pesakit dalam keadaan dahaga. 
      6. Sunat membisikkan kalimah syahadah ke telinga pesakit dengan lembut.



      Rujukan:
      Pamphlet Adab-adab Menziarahi Pesakit Menurut Perspektif Islam
      Bahagian Pendidikan Kesihatan,
      dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh


      160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 霍山县| 阿拉善左旗| 新宁县| 长子县| 玉林市| 上犹县| 白河县| 濮阳县| 博爱县| 宜良县| 天津市| 乐业县| 曲沃县| 秦皇岛市| 叙永县| 武安市| 宜黄县| 布拖县| 清水县| 卓资县| 锦州市| 宁陵县| 潮州市| 延津县| 汤原县| 长海县| 区。| 沙坪坝区| 峨眉山市| 漳浦县| 囊谦县| 昭平县| 盘山县| 格尔木市| 齐河县| 英吉沙县| 双峰县| 且末县| 道孚县| 余姚市| 北流市|