Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Nak Flush Tisu ke Tak?

      July 26, 2016



      Sorry lah, dah lama tak update. Sekali update, pasal toilet paper pulak. ??

      I have been staying at the hospital for the past 1 week (doakan abang saya ye) and for sure I need to do my business in toilets here. Tandas awam kat Malaysia ni memang tak leh nak kata apa dah. Mungkin faktor kita gunakan air untuk beristinjak - tu yang buat tandas kita nampak tak bersih; basah, kotor, penuh tapak kaki.

      Air tu membersihkan. Tapi kita manusia yang mengotorkan.

      Dan tak lupa jugak manusia yang tak flush tandas lepas buang air besar. Air kecil tu faham la jugak boleh jirus. Tapi kalau najis tu terbiar je dalam mangkuk tandas, siapa yang lalu?

      Common sense. Hilang.

      Nampak gigih sangat gambar dalam tandas pun nak diambik



      Oh, sebenarnya nak share pasal tisu tandas tu kita patut flush ke tak.

      Lepas dah pergi pelbagai tandas di serata dunia dan hasil baca Google, saya baru tahu ia bergantung pada sistem pempaipan (entah betul ke tak perkataan ni) negara masing-masing. Tak lupa jugak jenis tisu tandas yang disediakan. 

      Macam kat Czech sendiri, saya boleh katakan tisu tandas memang jenis cepat resap air dan cepat hancur. Jadinya, memang jarang nampak tong sampah dalam tandas tu penuh dengan tisu sebab hampir semua diflush. Memang boleh nampak perbezaan tisu dalam tandas dengan tisu kat kawasan sinki basuh tangan tu. Tisu kat sinki buang dalam tong sampah (kadang-kadang saya flush jugak errr.) Harap tak tersumbat lah - tapi rasanya jarang sangat nampak tandas tersumbat kat sana.

      Itu je nak share. Haha. Jadinya kalau korang pergi negara kat Eropah, boleh flush tisu ye. 

      Okayy, dah lama tak update guna phone. Harapnya betul la alignment semua. Hehe. 

      Salam semua.

      Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
      160726

      Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip

      July 18, 2016


      Teringin pulak join giveaway pagi-pagi ni :)

      Tag: BV 

      Unstable

      July 12, 2016

      Just to let my blog readers know, I am home! :D It's been 2 weeks already which actually I feel I've been here for months. Haha. #rinduczech


      Hujan emas di negeri orang.

      Strong Internet connection, widespread of public transportation yada yada - nak keluar rumah balik rumah everywhere reachable. 


      Hujan batu di negeri sendiri.

      Bila kat Czech mampu je hidup dengan 500MB data sebulan - buka Instagram takde masalah, nak Whatsapp call pun clean and clear. Tapi sekarang dah langgan 1.5GB pun, nak hantar satu mesej Whatsapp pun lain macam pending nya. Ataupun saya kena tukar simcard ke yang terbaru eh? Saya still guna simkad yang sama dari 2008. Masa tu dengan pelan UOX Celcom. Entah ada kaitan tak. Haha.


      Anyway, I prefer both :)

      I love being at home. Macam masuk comfort zone. Tak perlu nak fikir banyak pasal makan sebabnya kedai makan merata-rata. Hari raya pun orang bukak kedai apatah lagi hari biasa. Daging ayam tak perlu risau sangat statusnya. Boleh jumpa mak ayah hari-hari, boleh cium pipi mak bila-bila. :D Best. Pasar lambak every week. Kereta nak bergerak pun ada je. Buku-buku best ada banyak. 

      Yang takdenya ... duit. Haha.


      Oh yea, blog saya sekarang tengah tak stabil. Baru transfer domain, so macam chipsmore je kejap ada kejap takde. Kejap boleh access, kejap site cannot be reached bagai. In few days, hopefully it will be okay :)

      Banyak cerita tertangguh. Biasalah, tengah exam je biasanya semangat update blog tu membuak-buak. Dah cuti ni....harammmmm. 

      Okay, take care!
      Selamat Hari Raya korang!

      Salam

      160712
      Baitul Hanis, Perak, Malaysia

      Bila Mamat Kanada Rasa Jajan Malaysia

      June 1, 2016

      Saya baru lepas jalan-jalan kat YouTube dan nampak recommended video ni :)

      Nah, tengok dulu yep.



      Tersenyum sendiri tengok reaksi orang makan makanan dari Malaysia ni :) Selalu nampak reaksi kawan-kawan bila dihidangkan makanan kita, memang menarik reaksi tu. Haha. Dari yang menangis sebab pedas, ada yang menangis sebab sedap sampai ada yang minta resepi. Paling senang nak buat, saya rasa kek batik lah kot. Hampir setiap tahun akan ada kek batik ni. 

      Habis je tengok video ni, saya rasa macam.... hmmm "lama sangat ke aku ni duduk luar". "Banyaknya jajan yang aku tak pernah makan"

      Hahaha. 

      Saya tahu beberapa jajan je yang mamat ni review.

      1. Upin Ipin My Ikan 
      Comel je mamat ni sebut mi ikan. Muka dah la nak sama macam Ipin. Lol

      2. Sour + Lot 100 Orange Flavoured Gummy
      Serius ni masam oh!

      3. Makanan Pilihan Kacang Bijan
      Hahaha, the best pronunciation! peanut covered in teriyaki barbecue chips coating. Haha

      4. Salt & Lemon Candy
      I've no idea about this candy. Haha. He doesn't like it!

      5. Corntoz Perisa Smoky BBQZ

      6. Makanan Pilihan (apa entah makanan ni)

      7. Bika Chicken Flavoured Snacks
      Tengok ni, jadi homesick tiba-tiba. T_T It sounds good to put it into soups, though!

      8. Haw Flakes
      OMG, I love this one!! Haha, tengok macam mana cara dia makan, fuh saya makan sekeping sekeping kot.

      9. Perfecto Popcorn Chocolate In Love


      Jajan yang saya expect dia review sebenarnya
      - keropok bantal Tam Tam
      - Tora, Ding Dang (ada lagi kan benda ni?)
      - Mi Mi Snek Perisa Udang
      - Super Ring


      Baru perasan, ni semua jajan popular masa generasi saya T_T
      I can feel the age gap now.


      Saya rasa benda paling penting dalam buat Taste Review macam ni ialah reaksi dan macam mana kita nak describe rasa tu. :D Kalau setakat "Oh, sedap" tak ramai yang berminat. Kalau dapat bagi analogi, wahhhh you will have me as your fan. Saya suka analogi :)




      Saya teringat kat kartun dari Black Jellyfish ni, masih viral kat FB rasanya. Mujur kawan kat sini bukan jenis membandingkan negara terang-terang macam budak dalam ni. -_-' That word 'than Malaysia'. Fuh, makan dalam kot. Mungkin sebab tak berapa salah pun apa yang mat saleh ni comparekan. Kan? T_T
      p/s - Eh, dah bulan Jun!
      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160601

      Bila Kena Saman...

      May 31, 2016

      ...dengan perasaan insaf, saya bayar je lah. T_T

      Kat Malaysia sendiri pun, alhamdulillah rekod saya bersih lagi. Walaupun bawak kereta parents, setakat ni belum ada saman yang saya pemandunya. Ni pertama kali saya kena saman sepanjang saya ada lesen memandu ni. Haaa, terhasillah post kali ni.

      Post ni sekadar kenangan dan pengajaran untuk saya :)


      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech


      Nah Nina, ingat speed limit ni ha.

      Jalan dalam pekan / bandar 50km/h

      Jalan luar pekan / bandar 90km/h

      Lebuh raya 130km/h

      Kita highlight besar-besar.


      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
      Surat saman itu. Over limit 62km/h - sepatutnya 50km/h sahaja.



      Sehari selepas trip tu, orang kereta, M call katanya dia dapat surat saman. Saya macam 'ahaaaaa' je lah, masa M call ni saya dalam train ke Prague, bunyi train lagi kuat dari suara dia. Nak jumpa... ahaaa. Esok boleh... ahaaa. 

      Saya memang selalu sewa kereta dekat M ni, dan sekarang bila sewa memang dia terus bagi kunci, takde rekod apa-apalah kiranya, deposit apa semua tak perlu bayar. So far, this car rental service is the best. Even boleh request untuk sewa kereta separuh hari. 

      Oh, hari esoknya deal dengan M untuk jumpa masa sekian-sekian untuk bayar saman. M kata dia hantarkan kawan dia, T untuk jumpa saya. Saya nervous part ni, terbayang-bayang nak kena pergi balai polis ke apa-apa ke. Exaggerate. Orang tak pernah kena saman, macam ni lah. Siap bawak passport, residential permit, lesen memandu Malaysia, permit memandu antarabangsa bagai.

      End up, sebenarnya jumpa je T dan bagi dia duit, dia bayarkan. 

      Sebabnya surat saman ni atas nama syarikat kereta sewa ni. :) Fuh, lega. Saya pernah jugak berurusan dengan T. Biasanya setiap kali M hantar kereta, T akan ikut sekali dengan kereta lain untuk bawa M balik pejabat. 

      Tebal jugak surat saman ni, ada dalam 4 helai. Sebelum bayar, T terangkan dulu pasal surat saman ni. Nak tahu kenapa sampai 4 helai? Sekurang-kurangnya ada 4 gambar saya tengah memandu dalam tu. HAHA.

      "I'm sure this is you", kata T sambil sengih.

      Serius, memang saya gelak habis. Sebab memang obvious muka saya kat tempat driver tu. 

      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
      Gambar yang priceless. 

      Settle bayar, T bagi surat saman ni kat saya. "This is a present for you, for memories." Sengih dia tu memang saya takkan lupa lah.

      HAHAHA

      Taktahu la dia memang buat salinan nak bagi untuk rekod saya ataupun bagi pengajaran.

      Tapi takpelah, kenangan untuk saya jugak. 

      1000 kc untuk 4 gambar atas jalan raya macam ni. Jadi positif sikit akhir-akhir ni. :p

      Insaf.

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160530

      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

      May 30, 2016

      Trdelník ni sejenis pastry ataupun dessert yang boleh katakan famous kat Czech ni. Sebenarnya, korang boleh jumpa trdelník ni kat negara lain jugak - macam Austria, Slovakia, Jerman pun. :) Kat Malaysia pun dengarnya dah ada trdelník - kat Pavilion. Boleh try cari ea.


      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech


      Apa yang sedapnya? 

      Nama pun dessert, majoriti orang akan kata sedap. Haha. Trdelník ni awalnya dulu banyak dijual masa Christmas Market je, terutamanya kat bandar saya ni. Macam sekarang, kalau nak makan trdelník, kena ke Prague. :D 

      Saya pernah berkongsi dalam beberapa post-post sebelum ni.


      Trdelník di ?esky Krumlov, Czech


      Sejak wujudnya trdelník versi yang berisi ice cream, semakin banyak stall trdelník kat Prague ni. Tapi diorang jual versi biasa, setakat ni versi yang berisi ice cream etc ni ada kat satu kedai je - Good Food namanya

      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
      http://goodfood-karlova.cz/
      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

      Trdelník versi ice cream ni memang nampak trendy untuk orang yang ala-ala hipster ni. :)

      Yang saya beli namanya Chimney Blizzard (with soft ice-cream) dan memang sedap ice cream nya :D Trdelník nya pulak hmmm kurang sedap sikit, mungkin sebab kembang sikit dek ice cream. Tapi, overall saya boleh bagi 8/10 :D

      Untuk yang suka whipped cream, boleh try Chimney Cream. 

      Chimney Twister tu nampak unik sangat, cuma takleh makan sebab ada ham dalamnya. Tak dapat nak imagine something sweet macam ni makan dengan ham. -_-' Haha

      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
      http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5197

      Ada satu masa dulu, trdelník yang paling up ialah berperisa nutella. Fuh, memang excited dibuatnya untuk peminat Nutella. Sampaikan ada yang siap bawak nutella sendiri, pastu tambah extra kat trdelník sebab rasa tak cukup. :) 

      Boleh la try letak ice cream sendiri jugak. Hihi. Tambah 50kc untuk ice cream tu, dah boleh beli ice cream Tesco bekas yang besar sebenarnya. 

      Zaman sekarang ni - style tu yang orang tengok kannn.... 

      Tapi, sekali sekala okay je. Bukan selalu pun kannnnn. Sila sila :D

      Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
      http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5199

      Kalau korang berjalan ke Prague, boleh ke kedai ni yea. Alamat ada dalam gambar kat atas. Basically landmark nya ialah kedai ni sangat dekat dengan Charles Bridge (Karluv most). Letaknya antara Charles Bridge dengan Old Town. 

      Rindu cendol, ais kacang, coconut shake....
      Malaysia, see you by this Raya, ameen!

      Okay koranggg, 
      Till next post, insyAllah.

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160530

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 明水县| 拜城县| 舒兰市| 曲沃县| 阿克苏市| 洛川县| 峨边| 富宁县| 乐陵市| 灵台县| 海口市| 塔河县| 开封县| 扶绥县| 双峰县| 江源县| 监利县| 留坝县| 察隅县| 五台县| 睢宁县| 微山县| 城固县| 永川市| 德令哈市| 虎林市| 赞皇县| 高邑县| 渝北区| 富锦市| 海兴县| 同心县| 新建县| 大名县| 濮阳县| 南投县| 宣恩县| 常州市| 界首市| 白水县| 怀安县|