Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Bila Kena Saman...

      May 31, 2016

      ...dengan perasaan insaf, saya bayar je lah. T_T

      Kat Malaysia sendiri pun, alhamdulillah rekod saya bersih lagi. Walaupun bawak kereta parents, setakat ni belum ada saman yang saya pemandunya. Ni pertama kali saya kena saman sepanjang saya ada lesen memandu ni. Haaa, terhasillah post kali ni.

      Post ni sekadar kenangan dan pengajaran untuk saya :)


      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech


      Nah Nina, ingat speed limit ni ha.

      Jalan dalam pekan / bandar 50km/h

      Jalan luar pekan / bandar 90km/h

      Lebuh raya 130km/h

      Kita highlight besar-besar.


      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
      Surat saman itu. Over limit 62km/h - sepatutnya 50km/h sahaja.



      Sehari selepas trip tu, orang kereta, M call katanya dia dapat surat saman. Saya macam 'ahaaaaa' je lah, masa M call ni saya dalam train ke Prague, bunyi train lagi kuat dari suara dia. Nak jumpa... ahaaa. Esok boleh... ahaaa. 

      Saya memang selalu sewa kereta dekat M ni, dan sekarang bila sewa memang dia terus bagi kunci, takde rekod apa-apalah kiranya, deposit apa semua tak perlu bayar. So far, this car rental service is the best. Even boleh request untuk sewa kereta separuh hari. 

      Oh, hari esoknya deal dengan M untuk jumpa masa sekian-sekian untuk bayar saman. M kata dia hantarkan kawan dia, T untuk jumpa saya. Saya nervous part ni, terbayang-bayang nak kena pergi balai polis ke apa-apa ke. Exaggerate. Orang tak pernah kena saman, macam ni lah. Siap bawak passport, residential permit, lesen memandu Malaysia, permit memandu antarabangsa bagai.

      End up, sebenarnya jumpa je T dan bagi dia duit, dia bayarkan. 

      Sebabnya surat saman ni atas nama syarikat kereta sewa ni. :) Fuh, lega. Saya pernah jugak berurusan dengan T. Biasanya setiap kali M hantar kereta, T akan ikut sekali dengan kereta lain untuk bawa M balik pejabat. 

      Tebal jugak surat saman ni, ada dalam 4 helai. Sebelum bayar, T terangkan dulu pasal surat saman ni. Nak tahu kenapa sampai 4 helai? Sekurang-kurangnya ada 4 gambar saya tengah memandu dalam tu. HAHA.

      "I'm sure this is you", kata T sambil sengih.

      Serius, memang saya gelak habis. Sebab memang obvious muka saya kat tempat driver tu. 

      Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
      Gambar yang priceless. 

      Settle bayar, T bagi surat saman ni kat saya. "This is a present for you, for memories." Sengih dia tu memang saya takkan lupa lah.

      HAHAHA

      Taktahu la dia memang buat salinan nak bagi untuk rekod saya ataupun bagi pengajaran.

      Tapi takpelah, kenangan untuk saya jugak. 

      1000 kc untuk 4 gambar atas jalan raya macam ni. Jadi positif sikit akhir-akhir ni. :p

      Insaf.

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160530

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 莱芜市| 同江市| 叶城县| 潼南县| 利辛县| 明星| 安顺市| 马关县| 恩施市| 河北区| 三亚市| 丰宁| 连平县| 泉州市| 子长县| 阳城县| 巴东县| 洛宁县| 柳州市| 原阳县| 盘锦市| 五大连池市| 进贤县| 淮滨县| 江西省| 万安县| 屏东县| 溧水县| 瓦房店市| 望都县| 广西| 台州市| 疏勒县| 荆门市| 大姚县| 保山市| 宜兴市| 万载县| 明溪县| 呼伦贝尔市| 岳西县|