Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

      May 17, 2016


      Alhamdulillah, selesai satu exam hari ni. Perasaan gembira tu, hanya Allah yang tahu. Exam kat sini dapat results on the spot taw. So, nervous exam tu sampai examiner bagitahu markah kita. T___T 

      Ya Allah, lama nya rasa tak blogwalking ke rumah korang :D
      Alang-alang tu, meh la kita join giveaway ni.





      Click the picture for more details :)

      Jom join jom!

      p/s - Cantik sangat tempat Sally travel ni. Melbourne ni kan? Wohoooo.

      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160517

      Untuk Keluargaku Bersempena Hari Guru 2016 :)

      May 16, 2016

      Tengah bersiap-siap untuk ke kelas, sambil buat revision untuk exam esok (yea, I know, exams all the time.) Since today is the Teachers Day in Malaysia, why not sharing a post on it, right? :)

      Kat sini takde Hari Guru ni. Hehe

      Ayah saya ada share beberapa gambar di Facebook, menjelang Hari Guru ni. Enjoy!


      Saya ni boleh dikatakan bukan orang kampung tapi bukan orang bandar. Tengah-tengah la, orang pekan. Pernah tinggal dekat dengan pedalaman, tapi tak pernah tinggal di ibu kota. Jadinya, memang hidup dalam aman tenteram, comfort zone la orang panggil. Tu yang culture shock kejap bila keluar ke bandar. Haha.

      Keluarga saya memang keluarga cikgu. Rata-rata sanak saudara hampir majoritinya cikgu. Ayah pernah cerita macam mana dia pernah dapat hasil-hasil tanaman dari orang kampung. Just like the picture above. Teringat lagi, masa abang-abang berkhatan, meriahnya dah macam kenduri kahwin - hasil usaha dan kerjasama orang kampung :) Best sangat! 




      Gambar kat atas ni pula - mengingatkan saya pada abang ngah saya. Dia dah mengajar di kawasan pedalaman di Sarawak nak masuk 5 tahun dah kalau tak silap. Asyik kena reject je setiap kali buat permohonan balik mengajar ke Semenanjung. Siapa-siapa ada kabel nak hulurkan pertolongan, emel ye :) Haha

      Sebenarnya, gambaran kehidupan yang abang ngah saya cerita tentang hidupnya di sana, jauh lebih menarik dan mencabar dari hidup saya di Czech ni. Susah payah nak dapatkan air bersih - kena takung air hujan semua tu. Elektrik di rumah - kena pakai generator. Nak ke bandar terdekat - kena naik Hilux jalan 5 jam satu arah yang keadaan jalan lopang sana-sini. Fuh. 



      Hahaha, yang ni pulak dilema saya. Saya dan ayah berbeza generasi kan, saya sendiri dah terbiasa untuk buat short form tapi alhamdulillah dah berjaya keluar sikit-sikit untuk guna 'full word'. Perkataan yang saya guna untuk dipendekkan - cuma preposition yang kepada - kpd, dari - dr, untuk - utk. 

      Lagipun, sekarang ni semuanya guna medium komunikasi yang free kan. Takde masalah nak berubah untuk taip ayat penuh :)

      Masalah saya lagi, ialah untuk tak guna perkataan 'gila' bila menggambarkan sesuatu. "besar gila, best gila, teruk gila rasa" Aduhhhh. 



      Tengok gambar ni, teringat pulak kat mak. Mak saya seorang yang sangat kreatif, kalau bagi satu dinding kat sekolah tu, dalam beberapa hari tiba-tiba dah ada gambar cantik-cantik. Gambar yang sesuai dengan suasana sekolah rendah la taw. Jangan la expect ada graffiti pulak. Hehe. Kalau saya ada kat rumah masa cuti, saya pun diangkut sekali menyiapkan hiasan tu. Belum kira lagi ayah kena memanjat nak paku langsir kat tingkap. Haha.




      Jadinya, bersempena Hari Guru hari ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mak ayah saya, abang-abang saya, sepupu-sepupu saya, pakcik makcik saya dan tak lupa jugak untuk semua cikgu yang mengajar saya. Dari sekolah rendah ke sekolah agama ke sekolah menengah ke kolej persedian dan ke universiti ni haaa.

      GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

      Selamat Hari Guru!

      Love you all!

      Moga Allah rahmati usaha dan usia kalian berkhidmat kepada anak bangsa dan negara. :)

      p/s - Doakan saya untuk exam esok hehe.

      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160516

      Instagram Kini Berwajah Baru!

      May 12, 2016

      Putih suci sangat. :) Rasa kosong sikit sebenarnya. Tapi, nampak okay je perubahan ni. Saya tengah scroll Instagram, rasa blur kejap sebab tiba-tiba je bertukar layout ni. 



      Logo Instagram pun dah lain. Dalam video kat bawah ni, saya kongsikan dari blog Instagram tentang macam mana diorang come out dengan logo baru. :) 



      Jemput followwww. :D

      @hanis_amanina

      Instagram korang pulak macam mana - dah bertukar? Suka tak layout baru ni?
      **hehe, kalau tak suka pun, tak boleh ubah kan. -_-'

      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160512

      Pemandangan Cantik di Prague - Letná Park (Letenské sady)

      May 11, 2016


      Kalau korang datang ke Prague, mesti mencari-cari viewpoint yang cantik untuk ambil gambar kan? Memang banyak sebenarnya pemandangan cantik kat Prague ni, saya yang dah duduk Czech hampir 5 tahun pun masih rasa kagum dengan bandar Prague. Dari Prague Castle, Charles Bridge, Pet?ín Hill, Old Town - semua ada daya menawan yang tersendiri. 

      Pemandangan dari Letná Park (Letenské sady)

      Kali ni, saya nak berkongsi tentang Letná Park ataupun orang Czech panggil Letenské sady. Dari 2011 saya dah perasan view ni dari poskad yang dibeli, tapi itulah, takde idea lokasi kat mana masa tu. Tapi, alhamdulillah, akhirnyaaaa :D

      Letná Park ni letaknya di atas bukit, hampir sama laluan nak ke Prague Castle kalau korang dari Old Town. Walaupun nampak tinggi, sebenarnya korang tak perlu hiking sangat pun (kalau naik tram)! Lokasi dia saya boleh katakan sesuai jugak untuk semua orang tak kira kanak-kanak atau yang dah berusia. 

      Best kannn?





      Cara-cara ke Letná Park:

      1. Ambil tram ke Chotkovy sady. 
      - tram yang lalu tram stop ni ialah 5, 12, 18, 20, 57, 91. Ikutlah tram mana yang sesuai. Kalau tak nak naik tram, boleh jalan kaki dari Malostranská Metro A / Tram Stop. Cuma, awal-awal nak cakap, jalan memang berbukit. Dan laluan tram sendiri pun mendaki. :)

      Chotkovy sady tram stop
      Kalau naik tram 18, ni antara tramstop yang akan korang lalu sebelum sampai ke Chotkovy sady.

      2. Berjalan dari tram stop ke arah Vltava river.

      Kiranya, kalau korang dari arah sungai, bila turun dari tram tu, jalan balik ke arah sungai.

      Route to the viewpoints


      Dalam perjalanan tu, korang akan nampak sign jalan ni. Jalan je terus. :)

      Masa saya ke sini Sabtu (7/5/16) lepas, Letná Park macam dalam proses renovation. Tapi, masih boleh masuk yep.

      Jalan terus je - ikutlah instinct masing-masing. Hehe.


      Saya baru tahu Michael Jackson pernah buat konsert kat Letná Park ni, dalam tahun 1996. Saya rasa masa ni, saya tak tahu pun Czech Republic ni kat mana. Hehe.

      Dannnn, korang akan dapat view ni. Tadaaaa. Jambatan yang kat tengah itu lah Charles Bridge. Kalau boleh zoom gambar ni, memang boleh nampak ramai orang kat situ. 


      Basically, ni pemandangan jambatan-jambatan yang merentasi Vltava river - sungai terpanjang di Czech (dalam 400+ km). Cara sebutnya Vel-ta-va. Vel - tu guna 'e' untuk 'emak'.


      Ni pulak ada sejarah Letná Park kalau korang berminat nak baca. :)


      Okayy, till next post. Assalamualaikum.

      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160511

      Belajar dari Peristiwa Isra' & Mikraj :)

      May 6, 2016


      Alhamdulillah, sampai juga kita ke 27 Rejab 1437H. Apa yang ada pada tarikh ni? Haa, pada 27 Rejab tahun ke-12 kenabian, berlaku peristiwa Isra' & Mikraj. Rata-rata kita tahu kan peristiwa ni pasal apa kan? InsyAllah saya tak masuk lebih dalam tentang details peristiwa ni - kira macam mana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha etc. Sebenarnya, tarikh spesifik bila berlakunya Isra' & Mikraj ni masih dibahaskan dalam kalangan pengkaji.

      Tapi jom kita sama-sama belajar something dari Isra' & Mikraj yea - sebab details ni semua memang luar bidang kuasa kita, tak belajar mendalam pun. ;)


      1. Menguji keimanan

      Peristiwa Isra' & Mikraj ni termasuk dalam perkara yang melibatkan keimanan, sama ada kita percaya ataupun tak. Perkara ni hanya Rasulullah yang rasa sebab Allah yang gerakkan baginda dan manusia lain tidak nampak dengan mata kasar pun. :) Masa ni, orang kafir tak percaya peristiwa ni berlaku - mustahil pada mereka.

      Tapi, selagi kita beriman, kita akan percaya dengan peristiwa ini. :) kalau Allah dah kata jadi, maka jadilah kan?

      Rujukan - Tafsir Zilal (https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2012/06/al-isra-indon.pdf)

      2. Travel dapat dekatkan kita dengan Allah


      Allah bawa Rasulullah jalan-jalan.

      Dalam erti kata lain, Allah nak tunjukkan pada Rasulullah kebesaranNya :) Allah nak tunjukkan besarnya kerajaan Allah dengan bawa Rasulullah ke Baitul Maqdis. Belum lagi masuk kebesaran Allah untuk setiap lapisan langit yang Rasulullah berkunjung. :)

      Ada peluang untuk berjalan, gunakan taw. Tak perlu jauh sangat pun, dalam negeri sendiri pun kita dapat belajar banyak benda. Kadang-kadang, perjalanan tu sendiri LEBIH mengajar kita sesuatu daripada di destinasi tu sendiri. 

      Untuk saya sendiri, dalam perjalanan tu melatih diri saya lebih yakin dengan susunan Allah dalam plan perjalanan tu. Kadang-kadang kita rancang sesuatu, tiba-tiba jadi sesuatu perkara yang buatkan kita tak dapat nak proceed dengan perancangan awal. InsyAllah, tenang dan buka hati untuk yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. 

      3. Dalam setiap ujian, Allah beri kesenangan

      Peristiwa ni dianggap sebagai hadiah dari Allah kepada Rasulullah selepas detik-detik sedih dalam hidup baginda - pemergian bapa saudara baginda, isteri baginda Siti Khadijah r.a., peristiwa Taif etc. Rasulullah berasa sangat sedih dengan kewafatan orang-orang yang paling banyak membantu dakwahnya, kenangan ditentang oleh orang-orang Taif. Orang Musyrikin Quraisy apatah lagi.

      Dalam peristiwa Isra' & Mikraj, Rasulullah berpeluang berjumpa Nabi Adam a.s yang mengucapkan ini kepada baginda;

      Selamat datang wahai anak yang soleh dan nabi yang soleh.

      Jumpa Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Harun - semuanya beri ucapan yang sama.

      Allah beri kelapangan dan ketenangan perasaan untuk Rasulullah. 

      Cuba bayangkan, bila kita dalam kesusahan, ada orang datang pada kita sambil beri kata-kata semangat dan positif. Dah tentu kita rasa lebih tenang kan? Lebih-lebih lagi orang tersebut pernah melalui perkara / ujian yang sama. Walaupun kata-kata tu tak akan dapat selesaikan ujian / kesusahan tu, sekurang-kurangnya kita mampu mempersiapkan diri atau makin bersemangat untuk terus berjuang. 

      Credit - Dreamstime.com



      Dan dari kisah Rasulullah, memang jelaslah orang yang bawa ajaran Islam yang sebenar-benarnya pasti tak akan lari dari diturunkan ujian. :)

      Betapa kuatnya Rasulullah kan? T_T Allahu.


      4. Pertahankan Masjidil Aqsa :)

      Allah menampakkan betapa ada hubungan antara Masjidil Haram & Masjidil Aqsa.


      Kita ada tanggungjawab untuk bebaskan Masjidil Aqsa dari Israel dan kembali pada Muslim.

      Mungkin kita sebagai rakyat jelata yang tak mampu dari segi politiknya - tidak berkuasa untuk dapatkan Masjidil Aqsa. Selain dari berdoa - yang kita memang patut minta pertolongan dari Allah untuk bebaskan Palestin, kita boleh bantu dengan cara lain. Antaranya, memberi sumbangan pada rakyat Palestin - mereka yang paling dekat dengan Masjidil Aqsa dari kita.

      Selain tu, cara yang mungkin orang pandang remeh - iaitu boikot. Kadang-kadang kita memang susah nak berhenti menggunakan produk yang dipercayai ada sumbangannya pada tentera Israel. Tapi, berusahalah - Allah tengok usaha kita lebih dari hasilnya sendiri. 

      Boleh refer NGO ni untuk maklumat lebih tentang Palestin :) Search je Aqsa Syarif kat FB okay.





      Sources:
      - https://www.youtube.com/watch?v=6nphDYyVW2M
      - https://www.youtube.com/watch?v=X2rpQhCUGHM
      - https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2012/06/al-isra-indon.pdf


      Educational Center, Faculty Hospital Hradec Kralove, Czech
      160505

      [PFTW] | No. 12 - 15 | Malaysia, Ireland, USA, Netherlands

      May 4, 2016

      When I read the appreciation post on Farah's blog, I realized I haven't done it for a while! I kept receiving postcards and they really make me happy :) 

      So, here we go! 

      Yang pertama, dari Sally! :D 

      Suka sangat gambar kat poskad ni ^_^ Colorful! Bila tengok poskad ni, saya teringat kat i-City, warna-warni jugak kan. Poskad ni Taiwan mari, Sally beli kat sana. Saya belum sampai Taiwan, insyAllah one fine day. i-City pun saya tak sampai lagi. Haha. 

      Kawan Taiwan pun excited asyik offer diri nak jadi guide kalau saya dan kawan-kawan nak ke sana. Yang paling menarik, bila dia cakap dia teringin nak masuk masjid kat Taiwan tu. Kira kalau kitorang datang sana, ada lah jugak sebab dia nak ke situ. :)




      Next one - from Maryam Nabihah. 

      Kalau korang pernah tengok video-video yang saya share kat blog tentang perjalanan kitorang ke mana-mana, haaaa ini la dia video editor-nya :D Sempena cuti Easter lepas, saya ke Slovenia dan Maryam ke Ireland. Teringin ke sana dengan diorang ni, tapi masa Easter tu Slovenia lebih memanggil-manggil. Hehe. 



      Maryam & Azila from Ireland with love <3


      Next!

      Ingat lagi saya pernah share Google map untuk states in USA? Takpe2, kita tengok lagi sekali, saya paste kat sini.




      Kalau poskad yang dulu dari Nebraska, kali ni dari Maine. Dalam peta, Maine tu dah dekat border US - Canada. Sekali pandang, ingatkan Mainz yang kat Germany. Bila tengok setem, baru perasan.



      Sheila berkongsi pasal Appalachian trail - untuk pejalan kaki / hiking yang panjangnya 2 190 batu (dalam 3 500 km!). Trail ni bermula dari Mount Katahdin, Maine sampailah ke Springer Mountain, Georgia - dan ia merentasi banyak negeri. Wow!



      Yang keempat - dari Belanda a.k.a. the Netherlands. Poskad ni sebenarnya dari Germany tapi orang yang hantar ni tinggal di Netherlands. :)



      Yeay, selesai satu post. :) Sekarang ni setiap kali kalau dapat siapkan satu post, rasa bersyukur sangat. Hehe.

      Sorry, lama tak blogwalking ke rumah korang T_T

      Jumpa lagi, byeee.


      S.K.Neumanna, HK, Czech
      160503

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 奉节县| 陆川县| 宜黄县| 崇信县| 长丰县| 南投市| 津市市| 新巴尔虎右旗| 依兰县| 永寿县| 新郑市| 喀喇沁旗| 揭阳市| 武安市| 沈阳市| 东至县| 涟源市| 华阴市| 阿克陶县| 平乡县| 武邑县| 铁岭县| 大名县| 乌鲁木齐县| 沁水县| 绥江县| 洪江市| 治县。| 东辽县| 温泉县| 和政县| 北碚区| 逊克县| 井研县| 大石桥市| 南江县| 安西县| 驻马店市| 新巴尔虎左旗| 广州市| 黔江区|