Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Belajar dari Peristiwa Isra' & Mikraj :)

      May 6, 2016


      Alhamdulillah, sampai juga kita ke 27 Rejab 1437H. Apa yang ada pada tarikh ni? Haa, pada 27 Rejab tahun ke-12 kenabian, berlaku peristiwa Isra' & Mikraj. Rata-rata kita tahu kan peristiwa ni pasal apa kan? InsyAllah saya tak masuk lebih dalam tentang details peristiwa ni - kira macam mana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha etc. Sebenarnya, tarikh spesifik bila berlakunya Isra' & Mikraj ni masih dibahaskan dalam kalangan pengkaji.

      Tapi jom kita sama-sama belajar something dari Isra' & Mikraj yea - sebab details ni semua memang luar bidang kuasa kita, tak belajar mendalam pun. ;)


      1. Menguji keimanan

      Peristiwa Isra' & Mikraj ni termasuk dalam perkara yang melibatkan keimanan, sama ada kita percaya ataupun tak. Perkara ni hanya Rasulullah yang rasa sebab Allah yang gerakkan baginda dan manusia lain tidak nampak dengan mata kasar pun. :) Masa ni, orang kafir tak percaya peristiwa ni berlaku - mustahil pada mereka.

      Tapi, selagi kita beriman, kita akan percaya dengan peristiwa ini. :) kalau Allah dah kata jadi, maka jadilah kan?

      Rujukan - Tafsir Zilal (https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2012/06/al-isra-indon.pdf)

      2. Travel dapat dekatkan kita dengan Allah


      Allah bawa Rasulullah jalan-jalan.

      Dalam erti kata lain, Allah nak tunjukkan pada Rasulullah kebesaranNya :) Allah nak tunjukkan besarnya kerajaan Allah dengan bawa Rasulullah ke Baitul Maqdis. Belum lagi masuk kebesaran Allah untuk setiap lapisan langit yang Rasulullah berkunjung. :)

      Ada peluang untuk berjalan, gunakan taw. Tak perlu jauh sangat pun, dalam negeri sendiri pun kita dapat belajar banyak benda. Kadang-kadang, perjalanan tu sendiri LEBIH mengajar kita sesuatu daripada di destinasi tu sendiri. 

      Untuk saya sendiri, dalam perjalanan tu melatih diri saya lebih yakin dengan susunan Allah dalam plan perjalanan tu. Kadang-kadang kita rancang sesuatu, tiba-tiba jadi sesuatu perkara yang buatkan kita tak dapat nak proceed dengan perancangan awal. InsyAllah, tenang dan buka hati untuk yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita. 

      3. Dalam setiap ujian, Allah beri kesenangan

      Peristiwa ni dianggap sebagai hadiah dari Allah kepada Rasulullah selepas detik-detik sedih dalam hidup baginda - pemergian bapa saudara baginda, isteri baginda Siti Khadijah r.a., peristiwa Taif etc. Rasulullah berasa sangat sedih dengan kewafatan orang-orang yang paling banyak membantu dakwahnya, kenangan ditentang oleh orang-orang Taif. Orang Musyrikin Quraisy apatah lagi.

      Dalam peristiwa Isra' & Mikraj, Rasulullah berpeluang berjumpa Nabi Adam a.s yang mengucapkan ini kepada baginda;

      Selamat datang wahai anak yang soleh dan nabi yang soleh.

      Jumpa Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Harun - semuanya beri ucapan yang sama.

      Allah beri kelapangan dan ketenangan perasaan untuk Rasulullah. 

      Cuba bayangkan, bila kita dalam kesusahan, ada orang datang pada kita sambil beri kata-kata semangat dan positif. Dah tentu kita rasa lebih tenang kan? Lebih-lebih lagi orang tersebut pernah melalui perkara / ujian yang sama. Walaupun kata-kata tu tak akan dapat selesaikan ujian / kesusahan tu, sekurang-kurangnya kita mampu mempersiapkan diri atau makin bersemangat untuk terus berjuang. 

      Credit - Dreamstime.com



      Dan dari kisah Rasulullah, memang jelaslah orang yang bawa ajaran Islam yang sebenar-benarnya pasti tak akan lari dari diturunkan ujian. :)

      Betapa kuatnya Rasulullah kan? T_T Allahu.


      4. Pertahankan Masjidil Aqsa :)

      Allah menampakkan betapa ada hubungan antara Masjidil Haram & Masjidil Aqsa.


      Kita ada tanggungjawab untuk bebaskan Masjidil Aqsa dari Israel dan kembali pada Muslim.

      Mungkin kita sebagai rakyat jelata yang tak mampu dari segi politiknya - tidak berkuasa untuk dapatkan Masjidil Aqsa. Selain dari berdoa - yang kita memang patut minta pertolongan dari Allah untuk bebaskan Palestin, kita boleh bantu dengan cara lain. Antaranya, memberi sumbangan pada rakyat Palestin - mereka yang paling dekat dengan Masjidil Aqsa dari kita.

      Selain tu, cara yang mungkin orang pandang remeh - iaitu boikot. Kadang-kadang kita memang susah nak berhenti menggunakan produk yang dipercayai ada sumbangannya pada tentera Israel. Tapi, berusahalah - Allah tengok usaha kita lebih dari hasilnya sendiri. 

      Boleh refer NGO ni untuk maklumat lebih tentang Palestin :) Search je Aqsa Syarif kat FB okay.





      Sources:
      - https://www.youtube.com/watch?v=6nphDYyVW2M
      - https://www.youtube.com/watch?v=X2rpQhCUGHM
      - https://tafsirzilal.files.wordpress.com/2012/06/al-isra-indon.pdf


      Educational Center, Faculty Hospital Hradec Kralove, Czech
      160505

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 黑河市| 淮阳县| 太和县| 盐城市| 许昌市| 云林县| 中卫市| 锡林郭勒盟| 桃江县| 水城县| 安平县| 日照市| 宁陕县| 吐鲁番市| 广德县| 铜陵市| 丰顺县| 昌邑市| 合肥市| 慈溪市| 长子县| 桓仁| 隆子县| 泾阳县| 年辖:市辖区| 若尔盖县| 广德县| 富川| 韶山市| 勃利县| 广汉市| 灵璧县| 加查县| 苏尼特左旗| 呈贡县| 林芝县| 阿瓦提县| 淮阳县| 南澳县| 甘孜| 丰原市|