Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      World Health Organization (WHO)

      Tips Sihat 2018 dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Bahagian 3

      January 17, 2018


      2 more parts to go :)

      Gambar sekadar hiasan. Missing the sunshine lately haha


      7. Good hygiene.

      Kebersihan bukan setakat diri sendiri tapi keliling kita (alam sekitar / makanan / pakaian / rumah). 

      • Mandi, jangan tak mandi. Kita ni duduk kat Malaysia, cuacanya buat kita berpeluh selalu. Haha
      • Basuh tangan sebelum dan selepas makan. Tak lupa jugak bila masuk toilet untuk urusan apa pun. Nanti lain pulak yang dimakannya. 
      • Sebelum masak, basuh dulu bahan-bahan masakan tu. Masak properly jangan asal nak siap je. 
      • Jangan meludah / buang sampah merata-rata.

      I believe clearing our own table at fast food restaurant / food court or anywhere applicable as a good hygiene too :)

      • Tukar cadar / tuala selalu.
      • Potong kuku bagi kemas. 
      • Jangan bersin / batuk pada orang lain / makanan. Tutup mulut dengan tisu / sapu tangan.
      • Elakkan bekas air yang terdedah - potensi nyamuk Aedes tumpang membiak T_T
      • etc etc etc

      Rasanya ramai je aware apa lagi yang perlu untuk good hygiene kan? :)


      8. Jangan memandu laju / jangan minum alkohol dan memandu.

      Walaupun autobahn kat Germany tu banyaknya takde had laju, rasanya bergantung pada adab masyarakat tu jugak. Contoh macam kat Malaysia ni, memang tak dinafikan cara memandu orang kita selalunya mendukacitakan. Signal tak pandai nak guna, tertib potong kenderaan pun entah kenapa boleh lesap, apatah lagi nak patuhi had laju. 

      The trip I received my first speeding ticket hahadoiii

      Mabuk dan memandu. Dulu masa selalu baca K-entertainment news, banyak jugak la jumpa berita pasal artis ditahan sebab memandu dalam keadaan mabuk.

      Mabuk maksudnya kat sini refer kat kandungan alkohol dalam darah. Setiap negara ada limit masing-masing. Saya pun tak tahu berapa legal limit kat Malaysia. Hoho. Jap, nak cari.

      The legal limit is 0.08% (w/v) or 80mg of alcohol per 100ml of blood. A person having a blood alcohol concentration (BAC) higher than 0.08% is considered to be driving under the influence of alcohol. - Jabatan Kimia Malaysia

      Wow, surprisingly Malaysia antara negara yang tinggi legal limit nya - 0.08% (maksudnya bila check guna breathalyzer dan convert value, untuk tak kena penalty... orang tu kena kurang dari legal limit ni) 
      • 0.00% - Czech, Australia, Brazil, Brunei, UAE
      • 0.02% - China
      • 0.05% - Thailand, South Korea


      9. Pakai seatbelt bila memandu dan helmet bila menunggang.

      Pernah tak dengar ayat "it’s more dangerous to drive a car than to fly on a plane." Dan based on statistics, kemalangan melibatkan kenderaan atas jalan raya adalah lebih banyak berbanding kapal terbang. Cumanya kalau kemalangan di udara ni, biasanya sesuatu yang sangat serius T_T

      Kalau dalam kapal terbang pun kita kena pakai seat belt (yang rata-rata orang tak faham, apa yang bahayanya dalam kapal terbang tu), apatah lagi kalau naik kereta. Untuk yang berbasikal / bermotorsikal, pakailah helmet jugak.

      Need to get myself a good helmet too T_T

      Untuk budak-budak, guna child safety seat. Mungkin tak significant dalam cara hidup orang Malaysia tapi benda yang baik, apa salahnya kita apply dan amalkan kan?

      A thing to ponder... ramai yang kata kalau kat kawasan tak sibuk, tak payah pakai pun takpa. Especially kat kampung yang mendamaikan. Cuma, pengalaman saya sendiri, banyak jugak nyawa terkorban atas jalan raya nak ke kampung saya tu T___T

      --------------------------------

      Next part will be the final one :D

      SS, Perak, Malaysia
      180115

      Tips Sihat 2018 dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Bahagian 2

      January 15, 2018


      Okayy, kita sambung dengan point seterusnya yea.



      4. Jangan guna tembakau dalam bentuk apa pun.

      Tembakau ni dalam English ialah tobacco. Hehe rasa lagi familiar bila guna tobacco -_-' Dan tembakau ni bukan setakat dihisap (dalam rokok, cerut, paip dan seangkatan dengannya) tapi boleh jugak dikunyah. Kalau pernah tengok orang tua zaman dulu, memang banyak dikunyah tembakau... dan biasanya dibalut dengan daun sireh. 

      Kenapa tembakau ni bahaya? Sebab dia ada nikotin.
      Kenapa nikotin ni bahaya? Sebab dia sejenis perangsang... kiranya senang nak addicted.

      Sejenis rokok di Czech. Gambar kat atas rokok tu - lung operation

      Dan semua orang tahu berapa banyak bahan berbahaya dalam rokok tu, majoriti boleh menyebabkan kanser. So, dengan nikotin, bertambah-tambah bahaya. Merokok tu sendiri bawa risiko banyak masalah kesihatan, pada semua sistem badan! Dari jantung, buah pinggang, paru-paru etc. 

      Untuk yang merokok, cuba fahamkan kenapa kena berhenti merokok especially ingatlah keluarga tersayang. Cuba cari alternatif untuk bantu korang konsisten berhenti. Untuk yang teringin nak mencuba. PLEASE DON'T. T_T


      5. Elakkan / kurangkan alkohol.

      Di Malaysia, alkohol mungkin bukan satu isu utama kerana ramainya beragama Islam. Tapi alkohol sama macam rokok jugak, salah satu risiko untuk dapat banyak penyakit - terutamanya penyakit jantung, stroke, darah tinggi dan juga hati. Hati kat sini saya refer as 'liver' okay? Bukan hati perasaan.

      Sejenis beer di Czech. 


      Tapi alkohol pun boleh bagi kesan kat jantung dan hati perasaan sebenarnya. Boleh tengok orang yang sangat bergantung pada alkohol, apa kesan jangka panjang dalam hidupnya - duit habis, masalah kerja, masalah keluarga, masalah sosial, seks bebas. 

      Untuk perempuan yang mengandung, alkohol boleh bagi kesan pada baby tu T__T Dalam medical kita panggil fetal alcohol spectrum disorder. Bila ada word 'spectrum', maksudnya kesannya luas, boleh jadi tumbesaran, IQ, anggota badan. Anything can happen. Kesian okay bila dari baby dah kena hadap macam-macam dari kesilapan maknya. 



      6. Kawal stress (untuk kesihatan fizikal & mental)

      Stress. Satu perkataan yang tak asing lagi dalam hidup kita. 
      Yang kalau berterusan tanpa dikawal boleh menyebabkan depression.

      Depression is a mental disorder. Memang perlukan rawatan dari segi sokongan dan ubatan.

      Dan stress ialah benda yang memang susah nak elak sebab aktiviti harian kita menyumbang kepada stress. Traffic jam, problem tempat kerja, kos hidup yang mendesak etc.

      Untuk yang jenis release stress dengan makan.... ni tricky sikit haha

      Tips:
      • Dari agama, solatlah. Kalau masyarakat tak beragama (macam kat Czech dulu) buatlah apa-apa meditasi, yoga dan sebagainya.
      • Dengar muzik yang menenangkan.
      • Tonton atau baca bahan-bahan yang kelakar. Benda lawak ni boleh release hormone happy.
      • Spend time dengan orang tersayang - tak kisah la bercuti ke, main game ke, tengok movie ke. 
      • Massage / berehat / tidur
      • If it's getting worse, seek help - kaunseling / support group etc.

      Till next points :)

      SS, Perak, Malaysia
      180115



      Tips Sihat 2018 dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Bahagian 1

      January 12, 2018


      Korang tahu tak azam tahun baru yang paling famous dan sentiasa popular dalam list manusia satu dunia ni apa sebenarnya? Nak kaya? Nak famous? 

      Nope.

      "I want to be fit and healthy"
      "I want to lose weight"



      Hehe cliche kan? Tapi dari satu website yang saya suka baca, Psychology Today, dia ada explain kenapa kita susah nak achieve azam-azam tu. Feel free to read yourselves. Tapi insyAllah saya akan share jugak dari apa yang saya dah baca :)




      Kalau ada yang dah follow twitter WHO, korang mesti dah pernah nampak gambar kat atas ni.
      Kalau ada yang belum follow, I highly recommend you to follow :) Menarik jugak bila baca isu-isu semasa dan kisah-kisah menarik pasal kesihatan sedunia ni. Banyak tips sebenarnya WHO ni share kat Twitter tu.

      Tapi itulah, semuanya bergantung pada setinggi mana disiplin dan sekuat mana azam kita :D

      "Health is a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease or infirmity." - WHO

      Kalau nak translate dalam bahasa Melayu, kita boleh simpulkan yang sihat tu ialah bila tahap 1) fizikal, 2) mental, 3) sosial kita dalam keadaan sejahtera dan bukan sekadar tiada penyakit atau kelemahan.


      Used to be my everyday view :) Rinduuuu. 


      Anyway, let's go through the tips.

      1. Amalkan pemakanan yang sihat.

      Senang cakap kan? Tapi memang susah nak buat. Hahaha.

      Realiti satu, makanan sihat agak mahal berbanding makanan segera etc. 
      Realiti dua, kita dikelilingi dengan promosi yang banyak. Sana sini makanan segera. Sana sini kafe, restoran, kedai makan yang presentation nya ya Allah, memang tak terkawal nafsu weh.  
      Realiti tiga, makanan kurang sihat memang sedap. Kan? Hahaha. 

      Untuk pemakanan yang sihat, point utamanya kita cuba amalkan apa yang tengah dipromotekan sekarang - Kempen Suku Suku Separuh

      Credit - http://nutrition.moh.gov.my/risalah/

      Tips lain:
      • Kurangkan processed food (contoh: buat burger patties sendiri)
      • Kurangkan air bergula (minuman bergas especially!) Instead, banyakkan minum air kosong. Ada yang recommend 2L sehari. 
      • Kurangkan makanan yang deep fry. Banyakkan rebus ataupun guna minyak sayuran macam olive oil.
      • Selain dari gula, kena kurangkan garam jugak. Trust me, hypertension can develop without we realise it. Tiba-tiba je boleh jadi krisis T_T

      As someone who learned about healthy meals, memang rasa sangat cliche. Sentap jugak sebenarnya. Sebab saya pun struggle nak buat. Hahaha. 

      Kena disiplin okay?

      Avokado - contoh makanan sihat yang mahal hahaha.



      2. Jadi aktif setiap hari (dengan cara kita sendiri).

      Memang senang kan kalau duduk rumah goyang kaki. Too bad that I am one of the best examples right now. T_T Adoiiii, struggle betul rasa nak bergerak. 

      Semua orang ada kerja masing-masing yang berbeza keperluannya kan? Ada yang kerja perlukan dia rush ke sana ke sini sampaikan kalau check pedometer (kira berapa steps kita sehari), memang orang tu tak pernah kurang dari 10,000 steps at least. Tapi ada jugak yang kerja perlukan dia duduk menghadap komputer atau dokumen lain yang berkenaan. 

      My favourite thing to do. :)

      What can we do?
      • Kalau yang berkemampuan, boleh la register gym. Saya rasa point utama untuk gym ni ialah... bila kita dah bayar yuran bulanan etc, kita akan pergi sebab taknak duit tu membazir macam tu je.
      • Kalau nak berjimat, banyak sangat video-video exercises yang kita boleh tengok kat Google / YouTube. Dari jenis yang perlukan instruments sampailah ada yang badan sendiri je instrument nya! Hehe.
      • Banyakkan berjalan. Tak kisah lah cara apa sekalipun - window shopping, parking jauh-jauh, berlari setempat etc.

      3. Ambil vaksin.

      A bit nervous to start working soon, potensi untuk jumpa orang yang against vaccines ni banyak je. Untuk yang ada baby, tolonglah ambilkan vaksin untuk anak. Stick to the vaccination table. 

      Credit - http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/


      Kita kena faham kenapa kena vaksin. Prevention is ALWAYS better than cure. Bila kita terima vaksin ni, bukan bermaksud memang 100% terhindar dari penyakit. Kalau penyakit tu nak berkunjung pun, ada possibility. Cuma, bila dah vaksin, simptom-simptom penyakit tu tak teruk sangat dan kurang komplikasi yang serius. 

      Boleh baca SINI untuk faham lebih detailed kenapa orang reject vaksin (sumber WHO). Isu utama orang yang anti-vaksin ialah 1) kandungan vaksin, 2) kesan vaksin.

      1) Kandungan
      • Argument nya ialah kandungan DNA babi dalam vaksin. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dah keluarkan keterangan yang takde DNA babi dalam vaksin yang kita dapat ni. 
      • Dan boleh baca sini untuk keterangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

      2) Kesan vaksin
      • Tak dinafikan akan ada kesan jangka pendek - contohnya demam, sakit kat tempat cucuk, lemah badan etc. 
      • Tapi bukti kesan jangka panjang yang berkaitan masalah kekal atau kematian sangatlah sedikit 



      -------------------

      Hehe, sebenarnya boleh je nak buat semua points dalam satu post. Tapi ya Allah, panjang betul jadinya. InsyAllah saya pecahkan jadi beberapa bahagian. :)

      Selamat membaca.
      Dan selamat beramal.
      Mengamalkan cara hidup yang sihatttt yeay! :D

      SS, Perak, Malaysia
      180112

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 拉孜县| 桑植县| 菏泽市| 黄陵县| 常熟市| 民乐县| 宁夏| 合水县| 射阳县| 裕民县| 敖汉旗| 北流市| 游戏| 扬州市| 德惠市| 石阡县| 陇川县| 潮安县| 洪江市| 巫山县| 日照市| 北宁市| 平利县| 拜城县| 平远县| 黑河市| 贺兰县| 新郑市| 常熟市| 汶川县| 曲阜市| 石景山区| 荔波县| 射阳县| 花垣县| 离岛区| 淳安县| 平南县| 柳江县| 团风县| 嘉黎县|