Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia (Part 2)

      August 24, 2016

      Ni baru satu petang, dah sampai dua posts. Uhh. Panjang sangat kalau sumbat sekali. 

      Salah satu jambatan icon Ljubljana. Triple Bridge (Tromostovje).

      Tak datang sini, ibarat tak sah la jejakkan kaki di Ljubljana. Jambatan ni asalnya satu je dan dibuat dari kayu. Kemudian baru ditukar dengan batu. Dalam tahun 1930an, baru dibina 2 jambatan pejalan kaki kat sisinya. Bangunan yang warna peach kat belakang saya tu kalau tak silap, namanya Franciscan Church. Kalau korang pernah dengar Baroque-style buildings, haaa church ni la salah satu contoh style tu. 

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Berbackgroundkan Triple Bridge, Preseren Square

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Triple Bridge - tangga tu boleh guna untuk lebih dekat dengan tepi sungai

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Triple Bridge

      Triple Bridge ni letaknya di Preseren Square (Presernov Trg). Kalau korang nak join free tour everyday dalam pukul 10 pagi, Preseren Square ni lah tempat berkumpul tour tu. Bukan itu je, apa-apa events atau konsert kecil pun selalu dibuat kat sini. Square ni boleh katakan famous landmark kat Ljubljana - dinamakan sempena satu poet Slovenia, France Preseren. 

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Tugu Preseren


      Selain dari Triple Bridge, ada banyak jambatan lain yang cross Ljubljanica river. Macam Butcher Bridge kat bawah ni, kat sepanjang dinding jambatan tu pengunjung boleh letakkan mangga kunci. Abadikan cinta agaknya. Ala, banyak jugak tempat lain yang buat macam tu. 


      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Family goal. Haha relationship goal pun tak tercapai lagi. 

      Banyak tugu-tugu menarik dan pelik kat sepanjang sungai. Contoh macam kat bawah ni. Errr.

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Pelik.

      Oh ye, Ljubljana sangat popular dengan cerita naganya. Siap ada Dragon Bridge (Zmajski Most). Dan kalau tengok souvenirs, memang banyak bercirikan dragons. Simple je kisahnya. Dikatakan, founder Ljubljana ni tengah berlayar ke macam mana kat Ljubljanica River, pastu jumpa dan bunuh dragon ni. 

      Yang membuatkan Dragon Bridge ni special ialah dia antara reinforced concrete bridge terawal di Europe, apatah lagi di Slovenia kan? Maksud reinforced concrete ni ialah hmmm macam mana nak terang... Dari fizik yang dah lama saya tinggal, dia macam satu material yang teguh tak kisah la ada perubahan cuaca, suhu, pH, gegaran etc. Tahan karat jugak.

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Dragon Bridge

      Dah penat jalan, rasa nak makan something sweet. So, I bought an ice-cream. Cuaca memang cantik for a cone. Beli dalam Euro 2.70 untuk 2 scoops. Okay la kot nak merasa gelato Slovenia.

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Gelato

      Then, sambung jalan.

      The funny thing I experienced here...when...

      Ada satu restoran ni paparkan wifi password dia - memang serius besar yang amat wifi nya. Niat nak tumpang online kejap. Saya pun buat-buat jalan ke kerusi tepi sungai yang berdekatan untuk online. Kat situ ada seorang budak perempuan tengah duduk kat situ meghadap sungai. 

      Surprisingly, she was Julia, my roommate masa kat Bled! Kecil betul dunia ni. Kecil betul Ljubljana! Haha.

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      With Julia - dia student architecture / interior design (tak ingat duh)

      Dia baru sampai dari Piran, a coast city kat Slovenia. Katanya, dia taknak balik hostel lagi sebab kalau dah balik malas nak keluar dah. Jadinya, kitorang jalan-jalan satu round lagi keliling sungai. Memang banyak kaki ni melangkah. Alhamdulillah.

      Nak dekat pukul 8 malam macam tu, Julia tanya nak makan dinner mana-mana ke. Kitorang takde la lapar sangat tapi saya masa tu lunch pun tak makan, jangan cari pasal berlapar macam ni. Huuu. Dia suggest kedai cina yang dia makan semalam. Ada student price, tapi rupanya itu cuma untuk pembelian sebelum 8 malam je. 


      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia



      3 steps yang kita kena buat untuk order kat kedai ni.
      • Pilih apa-apa jenis mee / nasi 
        • egg noodles, rice noodles, udon, whole wheat noodle, jasmine rice, whole grain rice
      • Then pilih inti
        • daging, udang, ayam, shiitake mushroom, tofu - nak banyak jenis pun boleh.
      • Pastu pilih sos
        • ada coconut curry, teriyaki, taste of Asia, shaolin (totally veggie friendly)

      Saya ambik udang & Hawaiian toast. Harga dia okay je dalam Euro 6.80. 

      Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
      Another square.

      Balik hostel, settlekan apa yang patut, then terus pergi makan kat dining room. Saya sempat berkenalan seorang girl namanya Daniela dari Mexico dan dia tengah study kat Madrid. Saya rasa memang backpackers ni orang yang jenis randomly pick the next destinations eh? Dia tengah tengok-tengok tiket ke Zagreb. End up saya pun terikut gaya ni. 

      Saya ada full day esoknya... terasa nak keluar dr Ljulbjana kejap ke bandar lain. 

      Where did I choose?
      Nantikan post seterusnya. Hehe. :D

      160327
      Ljubljana, Slovenia

      160821
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 克东县| 竹北市| 垫江县| 弋阳县| 元阳县| 云浮市| 芦溪县| 盐津县| 汉中市| 邯郸市| 临朐县| 冕宁县| 聂拉木县| 枞阳县| 德江县| 浏阳市| 社旗县| 什邡市| 文登市| 五指山市| 红原县| 彭泽县| 顺昌县| 临汾市| 天台县| 贵定县| 江阴市| 阿图什市| 彭山县| 新建县| 清镇市| 景宁| 虞城县| 油尖旺区| 新民市| 正阳县| 眉山市| 丰都县| 五指山市| 阆中市| 长沙县|