Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Apa Ujian yang Seberat-berat Ujian?

      February 23, 2015



      Assalamualaikum semua, :)

      Tengah break 30 minit sebelum sambung kuliah, terasa macam nak berkongsi sesuatu. 

      Pernah tak rasa ada masa orang keliling kita penuh dengan ujian dan kita hidup senang tanpa perlu fikirkan apa-apa masalah biasa. Sebenarnya kesenangan, kelapangan yang kita rasa tu pun sebenarnya adalah ujian. Ujian untuk menguji kita bersyukur dan menghargai kelapangan masa, hati dan fikiran. 





      Kalau kita duduk serumah dengan kawan-kawan, bolehlah saling mengingatkan kalau nampak kawan seperti bersenang lenang mengisi masa dengan perkara tak bermanfaat. Dan itu advantage jugak sebenarnya untuk maintain diri supaya selalu berusaha menjadi baik.

      Tapi kalau takde orang keliling, insyAllah kita boleh sama-sama dekatkan diri dengan Allah sambil minta Allah guide life kita. Saya sendiri pun selalu je lah tergelincir buat benda-benda lagha ni, layan drama berjam-jam, main game tak ingat dunia. Paling obvious sekali, bandingkan sebelum kita exam dan selepas kita exam. Sebelum exam tu, renung balik macam mana kita jaga solat, fuh semuanya awal waktu, siap buat solat rawatib, puasa Isnin Khamis, qiam di malam hari dan macam macam lagi. Dan adakah ianya berubah sebaik sahaja kita selesai exam tu? 

      Macam mana solat kita?
      Macam mana hubungan kita dengan Allah?

      T_T

      Pernah sekali tu, tengok ralit layan movies, siap marathon hampir 5-6 movies. Tiba-tiba...

      Tiba-tiba dapat phone call dari seorang kakak ni, saja bertanya khabar. Haha, jarang kot orang tanya khabar sampai nak bercall bagai guna kredit. Kakak tu saja nak share apa yang dia dapat masa baca Quran, dan zapppp ayat yang kakak tu baca memang menusuk di hati. 

      Antaranya macam;

      Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. - Quran 61:2-3

      Adoi.

      Nampak Allah nak menegur dengan gerakkan hati kakak tu untuk call. Padahal dia tak tahu pun apa yang saya tengah buat. SubhanAllah.

      Jom sama-sama kita baiki diri untuk jadi sahabat yang baik untuk orang lain. Selalu dengar orang cakap yang kalau nak jadi baik, kena selalu berdamping dengan orang yang baik. Tapi, kita sendiri pun perlulah sama-sama usaha jadi baik, nanti kesian orang lain takde sahabat yang baik untuk dia berdamping :)



      Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ni, insyAllah. 

      Kelas dah nak mula dah, take care! :D

      Fakultni Nemocnice 
      150223

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 宁晋县| 阆中市| 宁夏| 乐陵市| 喀什市| 高台县| 沾化县| 邢台市| 寿宁县| 荣昌县| 时尚| 阿坝县| 邯郸县| 新巴尔虎左旗| 锡林浩特市| 泗水县| 石泉县| 郎溪县| 潍坊市| 青阳县| 尼勒克县| 龙川县| 莒南县| 冀州市| 商南县| 龙山县| 阿鲁科尔沁旗| 化德县| 隆回县| 株洲市| 文安县| 京山县| 和龙市| 清原| 阳信县| 临澧县| 六枝特区| 正镶白旗| 浏阳市| 高青县| 昌邑市|