Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Fikir Sebelum Buang

      October 9, 2015


      Everybody loves food. 

      Dan boleh katakan semua orang suka makan. Lagi-lagi kalau dapat makan banyak-banyak tapi tak naik berat badan. One of the best feeling ever! ^_^


      Pembaziran Makanan
      Sumber - Facebook


      Siapa kat sini pernah rasa bersalah setiap kali buang makanan yang tak habis dalam tong sampah?

      Saya! Dan korang pun kan?

      Alaa, ada sekelumit pun, kira la jugak tu. :) Naluri kita asalnya suka benda yang baik. Jadinya, bila kena membazir makanan yang boleh dimakan macam ni, rasa tak seronok. 

      "Patut jangan beli makanan banyak-banyak tadi."
      "Alamak, makan sikit pun dah kenyang. Camne ni?"

      Inner thoughts most of us.

      Pembaziran Makanan Bulan Ramadhan
      Sumber - Google


      Pembaziran makanan banyak jadi dalam bulan puasa. Hmm, untuk kes sayalah. Perasaan nak makan macam-macam tu, memang rambang mata kalau dapat ke bazaar Ramadhan. Semua makanan nak beli, semua makanan nak rasa. Ibarat takde hari esok. 

      Dan di penghujung hari, ke tong sampah akhirnya. Peti ais pun dah penuh dengan makanan yang tak habis hari-hari sebelum ni. :p

      Sebutir beras ibarat setitik peluh petani.

      Popular kan quote ni?

      Fikir-fikirkan lah macam mana makanan tu diproses atau dimasak sebelum kita buang. Elakkan membeli atau memasak ikut nafsu, elak pembaziran wang juga :)

      Saya ni 'tong sampah'.

      Ni quote untuk diri sendiri yang saya cuba sedaya upaya nak hapuskan. Saya memang tak boleh tengok makanan tak habis dan end up dalam tong sampah. Lagi-lagi kalau saya yang kena buang makanan tu. Orang yang biasa basuh pinggan ataupun kemas meja lepas makan ramai-ramai mesti faham macam mana perasaan nak kosongkan pinggan sebelum sabun dan bilas kan?

      Pinggan saya biasanya memang akan 'clean' (kecuali tulang, kulit etc T_T). Kalau makan ramai-ramai dalam dulang, memang paling bahaya laaaa kalau dulang-mates tak makan banyak. T_T

      Tips;-
      1. Rancang makanan sebelum masak - berapa kali nak makan, berapa orang nak makan.
      2. Kalau makan kat kedai, fikir dulu, nak pilih makanan sebab nafsu ke memang lapar. Habiskan.
      3. Kalau portion makanan tu besar, kongsi dengan kawan ataupun makanan yang bungkus tu bawak balik untuk makanan seterusnya. 


      "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." - Quran 7:31


      Okay guys? Reminder for myself as well. :D

      Salam Jumaat semua ;)

      Fakultni Nemocnice HK, Czech
      151009

      Unexpected Saturday

      October 4, 2015


      Alhamdulillah dah selesai unpack beg, dah letak beg dalam 'store', dah kemas almari, dah sapu habuk, dah buat laundry. Senang kata dah kemas bilik wohoooo, lega. Sejuk mata nak bangun pagi lepas ni :D 

      My rooftop room
      My rooftop room


      Tu semua buat semalam. Well, takde kelas masa weekend kan?

      Semalam jugak, cadangnya nak bayar sewa flat. Memang tertunggak habis dari Julai. Julai Ogos September Oktober, dah deal dengan Uncle S (landlord aka tuan rumah sewa) untuk bayar lepas balik cuti summer. Fuh, rasa bergetar-getar tangan nak sediakan duit. Dah whatsapp Uncle S untuk set up masa nak jumpa dan biasanya memang Uncle S akan datang rumah untuk proses kutip duit tu. 

      Pukul 9, masa yang dijanjikan. Uncle S tak datang.

      Lepas 20 minit, ding dong ding dong. Siap pakai properly, pastu bila bukak pintu... eh bukan Uncle S. Ada dua wanita, seorang lelaki & seorang baby girl. Eh eh nervous dah. Siapa ni? Tapi muka macam familiar.

      Baru teringat one of the women tu, isteri Uncle S. Jumpa 2 kali je sebelum ni - masa tengok rumah & masa serah kunci. Bila perkenalkan diri, seorang lagi wanita tu anak kepada Uncle S. Pernah meet up seorang lagi anak perempuan dia masa Uncle S travel pergi South Africa nak jenguk cucu dia baru lahir. Anak dia dah berkeluarga dan bekerja kat sana. 

      Dan bila tengok baby girl tu, memang terus teringat moment tu. That's the baby! Rasa lain pulak Uncle S wakilkan diorang untuk datang. Mana Uncle S?

      Lepas anak Uncle S perkenalkan diri, dia bagitahu "I want to inform you that my dad had passed way, on the 25th of September." 

      Allahu. Terdiam. Speechless sungguh.

      "I am sorry to hear that." Itu yang mampu terkata lepas beberapa saat terdiam.

      It was just few days ago. Just few days. T_T

      Teringat wajah happy dia setiap kali jumpa. 
      Teringat betapa excited Uncle S masa dia bagitahu cucu baru lahir dan dia nak jenguk cucu dia.  
      Teringat dia menghulur sepinggan home-baked cookies masa Christmas. 
      Teringat betapa happy dia mendengar kisah travel (roughly je) saya. 
      Teringat bersungguh-sungguh dia bertanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah yang dia boleh baiki. 

      Since I have good memories so far about Uncle S from the moment we first met until the last time before going back to Malaysia, meet every month for the rent ... I felt the lost.  

      The rest was history.

      Death ends a life, not a relationship
      True.

      May you rest in peace, Uncle S. 

      HK, Czech
      151004

      Kembali di Czech

      October 1, 2015

      Alhamdulillah, dah selamat bersila atas katil kat rumah di Hradec Kralove ni. Dah selamat tiba lepas perjalanan 7 jam flight Kuala Lumpur - Dubai, 10 jam transit di Airport Dubai, 7 jam flight Dubai - Prague, 1 jam bas Airport Prague - Train Station Prague, 2 jam train Prague - Hradec Kralove.

      Czech from top
      Czech from top


      Perjalanan bersama satu luggage besar 31kg, satu cabin luggage 15kg, backpack 10kg. 

      Gigih.

      Oh. Belum masuk angkat beg setiap satu ke rumah kat tingkat 4, naik tangga. Haha. 

      Masuk rumah terus..... mana katil mana katil -_-'

      Dan terlelaplah selepas Maghrib hingga pukul 2 pagi.

      Ah sudah, tak boleh tidur. Ye lah, 2 pagi sini sama dengan 8 pagi Malaysia. Jet lag. Sejuk bukan main, padan muka tidur tak tutup tingkap, heater tak pasang. :p Selesema. Batuk dari Malaysia pun tak lega lagi.

      -----------------

      Sunrise in Hradec Kralove, Czech
      Sunrise pagi tadi.


      Pagi tadi dah pergi kelas dah. Kelas pertama di semester baru, padahal kelas dah start 2 hari lepas. Takde niat nak ponteng kot, asalnya. :D Kelas macam biasa, minggu pertama semester kannn, penuh lectures. Asalkan saya ambik nota, alhamdulillah tak mengantuk. Memang segar habis.

      Kita tunggu malam ni, pukul berapa masuk tidur. Haha

      Eh, beg tak unpacked lagi. Nanti saya sambung update. Kalau rajin T_T

      Doakan tahun ni akan jadi tahun yang awesome walaupun akan penuh dengan exam, mudah-mudahan tak stress over sangat. 

      Mak ayah abglong abgngah, I miss you.
      Byeee, assalamualaikum.

      HK, Czech
      151001

      Pengalaman Dari FM Run Fit Malaysia

      September 15, 2015

      InsyAllah kali ni nak berkongsi pengalaman dan lesson learned untuk diri saya. ;)

      Larian ni asalnya dijangka bermula 7.30 pagi. Saya sampai dalam pukul 7 pagi, ayah hantarkan. Kalau drive, kena datang awal sikit kalau nak parking dekat2. Asalnya nak drive, cuma jalan kat Ipoh tu, kurang yakin sikit selok beloknya. Sesat ni kalau tak mengejar masa, I'm okay with it. Hehe.

      Lepas meet up dengan Elis, kawan seKTT dulu, kitorang pun berjalan ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Orang ramainya memang tak terkata lah. Dalam surat khabar, khabarnya 35,000 orang yang berkunjung ke program Fit Malaysia ni. Bukan semua 35,000 ni berlari tawwww. Haha.

      Fit Malaysia


      Mula2 dilepaskan peserta berbasikal, lepas tu peserta larian 10km, akhirnya barulah yang kategori saya, 5km. 

      Seronok tengok ramai-ramai berlari, ada yang lari pegang tangan anak kecil, ada yang tolak stroller toddlers. Memang terbayang dah Song Il Gook berlari sambil tolak tarik strollers triplets Daehan Minguk Manse tuuu. :D Hihi. #peminatthereturnofsuperman

      Tak lupa jugak yang berumur, agak-agak umur atuk-atuk. Fit sangat okay! 

      Masa kitorang berlari, ada sekali tu, pakcik bermotor ikut belakang. Dah kenapa. Rupanya dia tengah memotivasikan orang untuk keep running dan kurang stop. Lol. Rasa macam kena kejar dengan warden / pak guard je. 

      Fit Malaysia - Ipoh
      Depan KPJ Ipoh


      Saya baru sedar bezanya perasaan lari atas track mill dalam rumah or gym dengan lari kat luar - taman ataupun track balapan. Bila kat luar, tak sedar pun sejauh mana kita berlari. Tengok2 phone, eh eh dah 10 minit. eh eh dah 2km. *install RunKeeper siap2*

      Hari tu ada kawan share pasal isu orang kena ragut ke rompak ke -tak pasti- masa tengah jogging. Fuh, memang sungguh la masyarakat kita pelik. Taman dah ada cantik, ada pulak orang tak cantik perangai. 

      Bila orang lain pun berlari sama, semangat tu memang boleh maintain lah. Sama macam hidup kita, nak sentiasa berfikiran positif kena lah selalu dikeliling orang yang positif dan tak lupa jugak kita pun kena initiate positif diri untuk orang lain nak berdamping dengan kita. Kan kannnn.

      What we give, we get back, right? ;)

      Dapat sampai finish line sambil kutip medal dan sijil dah cukup membahagiakan :D

      Fit Malaysia - Ipoh
      The medals :)

      Selesai je berlari, memang terus serbu khemah air. Ya Allah, rasa dehydrated lain macam. Haha. Boleh pulak khemah air sepanjang larian ada jumpa SATU je, itupun di kilometer pertama. Fuhhh, skip khemah air tu sebab ramai orang dengan harapan ada la lagi kat kilometer seterusnya. Duhh, memang takda. *lap peluh lap peluh*

      Saya tak bawak beg pun masa ni, sebab tak minat nak berlari dengan beg. Tapi rasanya, next time, kena bawak beg jugak. yang small pouch. Boleh sumbat botol air, sijil etc. 

      --------------------------

      Boleh katakan event ni macam awareness kesihatan, ada banyak jugak booth yang berkaitan kesihatan & exercise ni. Lepas event dirasmikan by Khairy Jamaluddin, KJ, sambung dengan acara-acara lain. Aerobik rasanya. Kalau tak silap masa tu trainer kata exercise yang dia ajar ni akan dapat bakar 1000kcal.

      Fuhhhh.

      Lari 5km pun 250kcal lebih je kot. Tapi aerobik tu saya tak join. Tak selesa nak buat squat etc bila kat belakang ada peserta lelaki. T_T *thingtoponder

      Jadinya, saya & Elis jalan-jalan sekitar booth tuuu sambil misi bergambar dengan KJ. Memang susah lah. Orang keliling dia, kalah artis. Ni baru YB ni. Saya mencelah2 je kawasan yang ada perempuan, sambil set timelapse mode kat GoPro. Ada rezeki dapat la gambar kannnn. Sebelum pak guard2 tu menolak kita untuk bagi laluan kat VIP, berundur lah. 

      Kena himpit macam sandwich, naya. 

      Fit Malaysia - Ipoh
      Tadaaaaa. KJ pandang kamera. *tetibajadifangirl* 


      Saya tinggalkan event ni dalam pukul 10.30 macam tu. Padat sangat. Dengan muzik bersenam terlalu kuat, jantung berdegup lain macam rentak dibuatnya. T_T

      Anyway, it was a really good event, an initiative to expose people with the benefits of healthy lifestyle in fun ways. Kalau korang berkesempatan untuk join events macam ni, cuba lah taw :D

      SS, Perak, Malaysia
      150915

      Kali Pertama di Free Run Fit Malaysia

      September 14, 2015

      Alhamdulillah :D

      Fit Malaysia FM Run
      Belum mula lagi :p

      Merasa jugak masuk apa-apa acara larian. Dah lama aim nak join, asal klik register je, mesti dah tutup. Dan rezekinya kali ni ternampak announcement kat Instagram. Lol. Memang betul la Instagram bukan setakat berkongsi gambar, jual beli sebagainya.

      Jadinya, apa persediaan?

      Memandangkan saya dah start running, cycling & hiking masa kat Czech lagi, stamina taklah teruk sangat. Not that good but not that bad. Haha. Kira tak semputlah. <-- Ini betul saya suka. :D Dan kat rumah, ada lagi lari few kilometers on alternate days. :)

      Fit Malaysia


      Fit Malaysia kali ni kat Ipoh, Perak. Weekend depan ni kat Kepala Batas, Penang. Sesiapa nak join boleh la register. Oh ya, bukan larian sahaja taw. Ada berbasikal jugak. Larian tu pulak boleh pilih 5km atau 10km.


      Saya prefer berbasikal lagi, tapi basikal yang ada kurang sesuai untuk saya, helmet pun takde. So, ke larian lah kita. 5km okay laaah untuk beginner :D

      Menarik jugak la bila berlari atas jalan yang biasa kita guna dengan kereta. Hehe. At the same time, improve sikit memori tentang selok belok jalan kat Ipoh. Kawan saya yang belajar kat Ipoh pun lagi hebat jalan-jalan situ berbanding saya yang selalu ke Ipoh dari kecil. T_T

      Nanti saya share pengalaman masa berlari dan apa yang saya dapat dari event Fit Malaysia ni yea. InsyAllah. 

      SS, Perak, Malaysia
      150914 


      Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

      August 21, 2015

      Oh yeah, Aisya kembali dengan giveaway nya :) Kali ni ada contest jugak, bergabung sekali.



      Klik SINI ataupun banner kat atas untuk join yea! ^_^


      Baitul Hanis, Perak, Malaysia
      150821



      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 睢宁县| 和田县| 河东区| 鸡东县| 通化市| 浦北县| 军事| 罗源县| 都江堰市| 长顺县| 荃湾区| 南通市| 绩溪县| 垫江县| 沙坪坝区| 临漳县| 固安县| 宣武区| 兰州市| 连南| 噶尔县| 成都市| 济阳县| 南昌市| 巢湖市| 台东县| 蒙自县| 霞浦县| 隆子县| 高唐县| 马鞍山市| 福贡县| 虞城县| 彰化县| 四川省| 于田县| 浑源县| 宝清县| 新乡县| 德江县| 鄯善县|