Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik (Part 2)

      August 24, 2011

      .

      Kita sambung eh ke part 2. Hehe. Ni part 1


      3. Bab duit

      Please laa jangan menipu jumlah yang korang bagi kat cashier. Kira dulu duit korang. Kalau bagi duit seringgit sebanyak 14 keping, jangan la memandai  kata RM15. Cashier tu confirm akan kira duit korang 2 kali before masuk dalam drawer. Dia akan set kat skrin sebanyak mana yang korang bagi. 

      Katakan korang bagi duit sepuluh sen sebanyak 17 keping, maknanya RM1.70 la dia set. Kalau korang bagi RM 20 tapi nak isi RM 15, malangnya korang blah macam tu je tak ambik baki RM 5, RM20 la dia set. Bila ada baki, pandai-pandailah pergi ambik kat cashier balik kalau taknak bagi duit cashier tu over bila end shift. Haha

      Masuk bahagian appearance duit pulak. Kalau duit tu dah koyak tapi boleh nak diselamatkan lagi dgn cellophane tape, no problem. Kalau duit tu koyak memang takde dah mana-mana bahagian lagi-lagi no. siri duit, sorry, tak dapat terima. Kalau duit conteng siap bagi no telefon, sorry jugak unaccepted.

      Cashier takde la mengharapkan duit baru macam duit raya tu, tapi pelik tengok orang tak pandai jaga duit. Tu belum masuk yang basah lencun dengan peluh. Aiyoo.  


      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik


      Hari tu pernah ada satu kes, seorang customer datang complainkatanya cashier tak bagi balance RM20. Dia kata dia bagi RM50, isi RM30. Uihh, kebetulan masa tu shift saya. Pelik betul la, sebab RM20 tu macam banyak sangat dan saya tak pernah merasa orang tinggal baki banyak tu. Bila check CCTV, rupa-rupanya dia bagi RM5, isi RM3, dan saya bagi baki RM2. Ohh, baru la nampak function CCTV kat cashier dan ada sebab kenapa susunan duit dalam drawer macam tu. RM50, RM10, RM5, RM1. Haha.


      4. Kad Mesra



      Ni pun lagi satu masalah bila customer selalu mengadu point tak naik-naik. Hee. Benda first kena buat, make sure kad mesra ni korang bagi masa bayar kat cashier. Selalu sangat saya dah mintak kad mesra, mula-mula cakap takde, tetiba dah habis isi minyak customer datang balik bagi kad mesra katanya tertinggal dalam kereta.

      Sorry la no points for you. Huhu.

      Cara nak kira points pulak begini :- 
      Lets say korang biasa isi minyak (Primax 95) sebanyak RM 50 setiap hari untuk sebulan.

      RM 50 bahagi RM 1.9 (untuk seliter) = 26 points (sekali isi)
      26 points X 30 hari = 780 points (kalau convert ke duit, boleh la isi minyak/beli barang bernilai RM 7.80)

      Ni kalau RM50. So, kalau korang stok isi motor setiap hari RM 5, takde la points banyak sangat. Huhuhu. Tak dapat nak membantu, luar bidang kuasa. :( Ayah saya pun points naik sikit-sikit je.



      p/s - Orang kata points Bonuslink lagi banyak. Hehe


      K, byee. Assalamualaikum

      110824

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik (Part 1)

      August 16, 2011


      Pengalaman 2 bulan bekerja sebagai cashier stesen minyak banyak mengajar. Mana yang patut buat, mana yang tak patut buat. Biasanya lihat dari sudut customers je kan, sekarang jom ambik perspektif cashier pulak. (Petronas la eh, stesen minyak lain saya tak sure sama ke tak). Haha


      1. Masa korang nak bayar kat cashier, bagitahu berapa ringgit nak isi > pam mana > minyak kuning ke hijau or nak lagi sedap RON 95 ke RON97, diesel pun sekali la > bagi kad Mesra.

      Memang kita rasa benda ni simple je kan. Kalau rasa orang ramai sangat, please la beratur. Seorang-seorang. Jangan la fikir kau sorang je nak rushing kannn. Nak cepat sangat, guna kad kredit. Sumbat je dalam mesin kad kredit kat pam tu :p 

      Make sure korang tengok betul-betul korang pam mana. Serius, dah banyak kali kena. Letak kereta pam lain, cakap kat cashier pam lain. Cashier pulak la nak kena usha korang pergi ke pam mana. :p Dah jadi mata eagle dah saya ni. 

      Pastu, masa korang angkat nozzle tu, tengok kat skrin pam. Kalau tak appear no 00.00, silalah letak balik nozzle tu kejap. Jangan risau, cashier akan alert dengan pam korang sebab kat skrin cashier akan berbunyi-bunyi. Kadang-kadang Kad Mesra yang buat pam korang jem. :p

      Yang penting, senyummmm. Ada kerja ada yang shif pagi dari pukul 6.30 am taw, larat je nak senyum walaupun dah jumpa ramai manusia dengan lain-lain perangai.


      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
      Skrin cashier


      2. Kalau minyak kuning dah habis, jangan la marah cashier :(

      "Ni mesti sorok/seludup minyak ke mana-mana ni"
      "Banyak betul masalah korang ni"
      "Asyik-asyik habisss!"

      Dah biasa dah dengar. :p

      Setakat ni kat tempat saya takde la sorok-sorok minyak ni. Biasanya kalau minyak kuning habis, bermakna dalam tangki bawah tu at least ada 1000liter kot, dia takde la habis sekering-keringnya. Cuma pam tu tak mampu nak sedut minyak yang dalam kuantiti sikit macam tu. Pressure punya hal rasanya.


      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
      Ni namanya tengah DIPPING. Untuk tahu kuantiti minyak yang tinggal dalam tangki.


      Actually, lori tangki tu akan datang setiap hari, cuma berselang seli antara petrol dengan diesel. Biasanya stesen minyak dah ada weekly/monthly planning untuk volume penurunan minyak. Macam tempat saya, sekali turun minyak dalam 4 lubang petrol (Primax95), total volume lebih kurang 5460 L X 4 = 21 840 L. Ini untuk sehari setengah punya stok. So, katakan tak sampai satu setengah hari, minyak habis, kena la tunggu trip lori tangki minyak seterusnya. Huhu. Cuma sekarang dah naikkan volume jadi 32 760 L untuk musim raya ni.


      Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
       Lepas dipping, rujuk buku ni untuk tahu volume minyak. 


      Dipping ni sangat penting. Lagi-lagi nak bajet berapa lagi minyak yang mampu bertahan sampai lori tangki sampai. 



      p/s - Heee, rasa panjang pulak entry ni. Saya buat part 2 ye. Harap memberi input :)
      p/s/s - Entry ni lebih kepada adab mengisi minyak sebenarnya :)


      K, bye.
      Assalamualaikum.


      110816

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Dedicated to Someone Special

      May 8, 2011






      credit each words here
      credit background here 

      It is actually Jong Kook's song - It's Love. 

      There is someone doing English version of this song. Although it is not really accurate to the real translation, I found the new lyric is really touching and the one I imagine that the song is dedicated to is my mother. ;) 

      When i looked at the video description, "ummm... i cried when i did this cover... i thought of all the sacrifices my mom went through to raise me" I feel the same too. 

      And i even cried, in the middle of night when everyone is already sleeping. Thinking back the way I respond to my mother, I feel really ashamed with myself. She spent and still spending everything she has to the family, especially to us, her children and specifically me, one and only daughter. 

      She did the best in raising me up. She will always by my side whenever I need someone to talk to. She never ignored me, except the moment sometimes she was really upset with my attitude. 

      Yes, I admit. I am a bad daughter. Always troubling my parents a lot. Always make them worry about me. But, I try my best to fulfill most of the things they wished. That is why they named me Amanina. Their hope. 

      I pray that Allah will bless you always. A short doa that covers everything as we will be peaceful when Allah bless our life. :)





      p/s - It is supposed to be 365 days in a year. 
      p/s/s - First paper on this Wednesday. Thanks friends for the best of luck wishes :)

      All the best, assalamualaikum.


      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia



      Gulai Kemahang

      February 6, 2011



      Dah sampai KTT. :( Seminggu lebih cuti macam tak terasa je. Cuti kali ni memang pack la. Boleh dikira bape jam je saya kat rumah. Dan setiap kali kat rumah, mesti malas nak keluar mana-mana. Hebat ohhh seminggu cuti tak jejakkan kaki ke mana-mana shopping mall! 

      Ok, abaikan bab cuti. Kita masuk pasal makanan. :D

      Pernah dengar gulai kemahang? 

      Gulai Kemahang


      Kalau ikutkan kemahang tu nama tempat somewhere kat Pahang. Mungkin la gulai ni asalnya dari Kemahang tu KOT. Yang bestnya gulai ni famous dalam kalangan orang Perak. Spesifiknya daerah Kuala Kangsar. Hometown saya la tuuuu. Hoho.

      Actually, nak kata famous sangat pun, tak jugak. Kalau tanya kat kawan-kawan saya yang duk kat Perak, mostly cakap tak pernah dengar. Hahaha. Masa kat MRSM Lenggong, pernah la sekali bawak balik asrama. Tapi boleh katakan, setiap orang yang saya offer, semua takut nak makan. Errrk.

      Gulai Kemahang


      Setiap kali kenduri kat kampung, mesti saya berharap sangat ada gulai kemahang ni. :D Kemahang ni susah nak dapat sekarang ni. Makin pupus. Pastu cakap la kat ayah saya, teringin nak makan. Terharu ok bila ayah saya mintak tolong pakcik dan makcik saya cari dan masakkan kemahang. T___T

      Kemahang ni macam keladi. Katanya biasa tumbuh kat tepi-tepi paya. Saya tak tahu la rupa asal dia macam mana, saya tak pernah tengok punnn. Makan aje yang taw :)


      Gulai Kemahang


      Nak masak ni pun bergantung pada orangnya, tak semua boleh buat. Ada yang tak berapa nak jadi so gulai tu akan buat tekak gatal sangat. Banyak versi nak masak gulai kemahang ni. Ada yang masukkan cendawan sisir (alaa, yang macam kulat-kulat tu). Yang ni paling saya suka. Hehe. Ada jugak masukkan siput sedut. Ada yang masukkan buah kulim (macam gambar kat atas tu), tapi dah potong kecil-kecil.


      p/s - So, teringin nak makan gulai kemahang tak? Hahaha. Sedap la wehhhh.

      Assalamualaikum

      Edited 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

      December 24, 2010

      Kat Jawa Barat, Gunung Tangkuban Perahu ni sangat famous dan memang tempat pelancongan kalau datang ke Bandung ni. Emm, lebih kurang macam super mini Cameron Highlands.

      Tangkuban Perahu ni maksudnya perahu yang terbalik. Bila tengok sendiri, ada la nampak rupa perahu tu sebab gunung tu mendatar. Cuma saya pun tak tahu kat bahagian mana yang dimaksudkan. :D

      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


      Kenapa perahu boleh terbalik? Ada kisah dia. Memang banyak sangat versi, tapi saya pilih yang ni la bagi faham sikit. SOURCE .


      Forbidden Love. 
      Anak bercinta dengan emak sendiri. T__T

      Boleh rujuk gambar kat atas kalau korang hebat nak tafsirkan. :D


      Alkisahnya.........Ada raja dan ratu ni, diorang ada seorang puteri, Dayang Sumbi. Satu hari Dayang Sumbi ni tengah menenun kat beranda istana, dia terjatuhkan pintalan benang atas lantai. Sebab malas sangat nak ambik, dia bersumpah dia akan menikahi sesiapa yang ambik pintalan tu.
      Ditakdirkan kottt, seekor anjing sakti, Tumang yang ambik. Nak tak nak Dayang Sumbi kena kahwin jugak dengan anjing tu. Diorang dapat anak lelaki berupa manusia tapi ada kuasa sakti macam Tumang. Anak diorang nama Sangkuriang. Tumang selalu teman anak dia ke mana-mana je, tapi sebagai anjing, bukan ayahnya.
      Satu hari Dayang Sumbi ni suruh anak dia buru rusa. Tapi, Sangkuriang ni tak berjaya. Dia bunuh Tumang, pastu bagi daging tu kat emak dia. Bila emak dia dapat tahu terus dipukulnya Sangkuriang sampai berbekas kat kening. Lepas tu Dayang Sumbi kena halau oleh mak ayah dia. 
      Nak dijadikan cerita, masa Sangkuriang pergi menjelajah, dia jatuh cinta dengan seorang wanita cantik. Sebenarnya, wanita tu ialah mak dia. Tapi masing-masing tak tahu. Bila dah nak nikah, baru Dayang Sumbi ni perasan ada parut kat kening Sangkuriang, terus batalkan nak kahwin. Caranya, dia bagi syarat, suruh Sangkuriang buat empangan yang boleh tutup seluruh bukit then buat perahu dalam masa kurang daripada sehari.
      Bila tengok kerja Sangkuriang dah nak siap, Dayang Sumbi berdoa la cepatlah pagi. Bila dah pagi, Sangkuriang marah gila, terus tendang perahu tu jadila terbalik. 

      ---------------------------

      Pelik? Kalau baca versi lain, lagi la pening kepala memikirkan macam mana seekor babi hutan lahirkan manusia. :p 


      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat

      Ni suasana dari atas gunung. Suhu dalam 17 darjah Celcius, sejuk macam duduk dalam aircond.

      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


      Ni kawah gunung berapi, masih aktif. Siap berasap-asap lagi. Cuma tak menunjukkan tanda-tanda nak meletus. Kalau gunung berapi ni meletus, lenyapla Bandung dari hidup kita. Nauzubillah, jangan lah. Masa nak naik gunung ni, memang sepanjang perjalanan ada bau belerang. Dan kat kawasan kaki gunung ada banyak kawasan air panas :)


      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


      Kat atas gunung ni banyak jugak orang jual barang. Especially sweater, pashmina, t-shirt Bandung, topi, beg bulu arnab, tali pinggang, strawberi, souvenirs pun banyak. Tapi agak mahal la, sebab diorang memang tahu yang datang kat atas ni memang tourists T_T

      Dan ni la akibatnya bila diorang tahu korang Malaysians.
      HOHO.

      Anak Bercinta Dengan Emak Sendiri - Subang, Jawa Barat


      Sangat susah nak get rid daripada diorang ni. Diorang akan follow je mana korang pergi sambil pujuk beli barang jualan masing-masing. Kalau pandai tawar jadi murah kaw-kaw punya, silakan. Tapi sekali dah beli, orang lain pun akan mengekor pujuk beli lagi. Haha. Cara paling selamat, masuk mana-mana kedai takpun naik kereta and make sure tingkap kereta bertutup.

      Saat melarikan diri daripada penjual, sambil isi perut dengan TEMPE TEMPE TEMPE dan TEMPE. Erkkk. Kat Indonesia ni sangat kaya dengan tempe, pergi la makan kat mana-mana pun, mesti dia hidang sekali tempe. Rezeki saya suka tempe agaknya. Boleh la nak geng dengan Cik Epal. Hehe

      p/s - Macam malas pulak nak sambung laporan ni. :D

      K la, tengok la kot-kot bersambung. Banyak lagi rasanya. Bye, salam.

      101224

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Shopping di Bandung, Indonesia

      December 23, 2010

      Pukul 6 pagi dah cerah. Haih, culture shock saya masa hari kedua tu. Nasib baik dah tidur bukan main lama, pukul 9 malam dah lelap. Pukul 6 petang kat sana dah macam 8 malam kat sini. Kedai-kedai pun habis operasi pukul 8-9 malam. 

      Awal pagi lepas sarapan, ayah saya terus gegas beli prepaid nombor Indonesia (untuk hal-hal kerjanya). Mahal jugak lah nak mesej ke Malaysia masa ni. RM2/sms. Nak reply mesej pun fikir banyak kali, akhirnya tak reply langsung. =D sorry. 

      So, target hari kedua tu ialah Pasar Baru Trade Center. Ala-ala Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu. Saya pun dah lama tak pergi Kelantan, so, tak pasti camne rupa dia sekarang. 

      Shopping di Bandung, Indonesia


      Pasar Baru ni ada dalam 9 tingkat, tempat parking kat bahagian atas. Setiap tingkat tu jual benda yang berlainan. Contoh, kain batik kain pelekat semua kat tingkat 1, kain ela kat tingkat 2. Kalau teringin nak beli tu, beli je terus. Nanti ditangguh-tangguh, memang tak larat nak patah balik punya la. Dengan orang ramai tahap sesak kalah Jalan Masjid India masa malam raya, so kirim salam je.

      Masa saya pergi tu weekdays. Cuba bayangkan bila hujung minggu, tourists makin ramai, even orang Jakarta pun turun Bandung masa weekend. Oh ye, Malaysians agak ramai kat situ, shopping sakan. Haha.

      Pictures speak louder than words. =D

      Shopping di Bandung, Indonesia


      Ni tingkat atas sekali kalau tak silap la. Jual kasut-kasut dgn beg. Cara nak beli senang je. Harga dalam rupiah tu bahagi dengan 2830. Kalau rasa kat Malaysia jauh lagi murah, tak payah la beli. Hehe. Tapi heels sini murah jugak la. Dalam RM15 dah dapat sepasang.


      Shopping di Bandung, Indonesia


      Beg - emm no komen, sebab saya tak minat beg-beg ni. Kalau nak ori, cakap kat orang kat kedai tu, dia akan show yang kulit betul punya kulit. Diorang la kata kalau nak check kulit pure ke tak, halakan pada api, dia takde effect punya.


      Shopping di Bandung, Indonesia


      Baju batik untuk lelaki. Sesuai untuk pakai pergi majlis-majlis formal ke kenduri ke. Ala, sekarang kan ada satu hari tu baju batik sebagai baju rasmi. Mesti pakai la kalau beli pun. Huuu, kat sini spend paling banyak rasanya.


      Shopping di Bandung, Indonesia

      Shopping di Bandung, Indonesia


      Kain bermacam-macam kain T___T

      Nampak tak sofa kat atas ni. Boleh katakan banyak jugak kedai-kedai kain ni sediakan sofa, kira bagi chance orang yang shopping sakan tu berehat. Siap sediakan air minuman lagi. Tapi air mineral je lahh, jangan pulak harapkan ada milo ais.


      Shopping di Bandung, Indonesia


      Shopping till you drop huh?
      Memang drop ahhhh! Lagi-lagi telekung cantik lembut harga RM 20 je. *_*

      Apa-apapun yang paling saya suka kat pasar baru ni, kat atas sekali tu ada game arcade. Teruja la bila nampak game basketball kat MidV yang saya rindu gila nak main. Huhu. Tapi tak boleh main lama-lama la, sebab nanti kacau masa nak membeli. Pasar baru ni kan besarrr. Nanti sesat macam mana? Phone saya dah sah-sah takde kredit. 

      p/s - Oh ye, orang Indonesia tak suka dipanggil 'Indon'. Benda tu seakan-akan merendah-rendahkan martabat negara diorang. Sebut je la nama penuhnya, Indonesia. 

      Okey, bersambung. Haha. Salam.

      101223

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 合作市| 永清县| 恩施市| 黄梅县| 丹阳市| 遂川县| 水城县| 吴川市| 绿春县| 获嘉县| 和田市| 军事| 溧水县| 罗江县| 泾阳县| 丰都县| 阿坝县| 贡山| 黎平县| 梧州市| 香格里拉县| 宣汉县| 五指山市| 沅陵县| 辽阳市| 沈阳市| 策勒县| 永定县| 宜兴市| 汶川县| 陈巴尔虎旗| 北川| 孝昌县| 东乌珠穆沁旗| 临颍县| 昌平区| 东明县| 富宁县| 洪洞县| 惠来县| 册亨县|