Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Upin Ipin - Asyiela Putri Menggantikan Nur Fathiah Diaz

      June 3, 2010

      Masa lepak-lepak menunggu tayangan SyahJihan kat TV3, tengok la kejap Cerita Teh Tarik F&N. Episod kali ni pasal Upin Ipin dan Les Copaque, pastu ada jalan-jalan sekitar dalam rumah Pengarah Les Copaque ni iaitu Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Rumah dia besar gila, siap ada lif pastu lampu dalam rumah dia berpusing-pusing. :)

       Nur Fathiah Diaz

      Ada sekejap sesi bersama dengan pelakon suara Upin Ipin yang baru, Adik Asyiela Putri. Manis budak ni. :)  Dia yang menggantikan Adik Fathiah sebab Adik Fathiah dah nak exam UPSR tahun depan. Kiranya cuti sekejap la kot untuk musim ni untuk persiapan nak exam. Tapi suara Adik Syiela ni memang sebijik jugak la dengan suara Adik Fathiah. So, kalau tukar suara pun, insya-Allah tak jejaskan kualiti Upin Ipin ni. :D

       Asyiela Putri


      Pelakon-pelakon suara Upin Ipin Musim Ke-4

      Sumber gambar -Blog Kak Ros. :)

      Aku takde la ikut setiap episod Upin Ipin kat TV9 tu. Tapi ada tengok Geng-Pengembaraan Bermula. Yeah, memang gempak. Kagum tengok animasi 3D Malaysia yg pertama yang memang hebat.

      P/s - Tak sabar nak tunggu Upin Ipin Angkasa 2011 nanti.


      Kolej Teknologi Timur (Part 2)

      May 8, 2010

      Salam. Ni nak sambung cerita pasal KTT ni. Liyana cakap, i'm a good senior to be. Ecece. InsyaAllah.

      ------------------

      Etika pemakaian.

      Macam biasa. Kalau lelaki kena pakai kemeja, seluar slack & kasut. Kalau untuk perempuan, pakai yang formal, tak semestinya baju kurung, kasut. Certain lecturers kadang-kadang tak kisah pun budak perempuan pakai t-shirt lengan panjang, seluar and sandal bila pergi kelas waktu petang.



      Duration A-Level.

      Depend pada sponsor. Kalau under JPA, biasanya 1 tahun dan 1 tahun setengah. Kalau MARA pulak, 2 tahun. Combination subjects bergantung kepada negara mana yang korang akan fly sebab berbeza subjects requirement antara satu negara dengan negara yang lain.
      1) Poland and Rep.Czech: Tak sure, better ask KTT
      2) Indonesia: Math, Chemistry, Biology
      3) India: Physics, Chemistry, Biology

      Untuk fly, rasanya at least korang kena tengok 3 perkara ni:-
      1) Cut off point universiti di negara yang bakal korang fly
      2) Cut off point penaja (MARA & JPA)                                        
      3) Entrance exam dari university yang korang akan masuk (India takde entrance exam. YYEAY!)


      Cut off point.

      Ni pula merangkumi:-
      1) Result A-Level untuk 3 subjek terbaik. Kalau untuk JPA (12/15) means korang kena dapat at least BBB untuk 3 subjek. Kalau MARA pulak (13/15) means korang kena dapat at least ABB untuk 3 subjek.
      2) Result IELTS (kalau kat Malaysia, macam MUET). At least kena dapat band 6.5 out of 9.


      Laptop & internet.

      Untuk A-Level, tak penting sangat  Asalkan ada buku rujukan, past years questions & lecturers’ notes kira insya-Allah dah okay dahhhh. Tapi kalau nak bawak laptop, broadband, PSP, ke apa2 je, silakan. It’s a bonus. Untuk mengisi masa lapang yang selalunya memang bosan. Dan siapa-siapa yang bloggers, exchange links eaaa. Jangan lalai sudahhh. HAHA.


      Buku rujukan & past years questions A-Level.

      Kat sini kebanyakannya kitorang fotostat je. Kat library pun ada, boleh pinjam kat situ. Kalau nak beli yang original, cuba cari kat kedai buku, tapi tak semua kedai buku ada jual. Boleh try tengok kat University Bookstore PJ SS14. kedai buku kat area Taylor's and Sunway College, Subang Jaya pun ada jual jugak rasanya, sebab kat sana ada student ambil A-Level. Disarankan beli je yang fotostat takpun secondhand takpun beli dari seniors sebab lagi murah. :)


      Elaun! 

      HEHE. Saya memang suka part2 duit ni. JPA & MARA bagi RM 430 per month taw. Masa saya first sem dulu, terus dapat cek untuk satu semester (RM 2580) rasanya. Kalau dapat duit sekali harung macam ni, serius rasa kaya gila. Tapi kena pandai-pandai bahagi untuk 6 bulan la ye. Kalau sebulan2, memang selalu rasa tak cukup duit. Hahaha. Tapi kalau kat KTT ni, insya-Allah la korang boleh menabung dengan jayanya kalau korang bukan jenis keluar hang out tiap-tiap minggu. :D



       Kaya seketika bersama MARA

       
      Ni senior MARA korang nanti. :D

      Edited,160810
      SS, Perak, Malaysia

      Kolej Teknologi Timur (Part 1)

      May 5, 2010

      Bila tengok dekat analytics Nuffnang, banyak sangat orang search pasal Kolej Teknologi Timur. Mungkin junior-junior yang nak masuk bulan 7 nanti kot. Bulan 7 ke? Hehe, tak tahu la.

      Ni ada serba sikit description pasal KTT. Just copy and paste and edit sikit-sikit dari apa yang senior KTT cerita pada saya. Plus, dicedok dari blog-blog yang berkenaan. :)

      KTT ni terletak kat Bandar Baru Salak Tinggi, dekat dengan Sepang, berhampiran dengan Nilai. Kira sempadan Selangor & Negeri Sembilan. So, patut berbangga setiap hari boleh ke luar negeri bila-bila masa je korang nak. 

      Terus terang saya cakap, kolej ni bukanlah kolej yang besar. Mungkin untuk pertama kali sampai nanti, korang sendiri takkan percaya dengan hakikat dapat KTT ni. Tapi ingatlah, KTT ni antara best college untuk A-Level. Kalau tak, takkan JPA & MARA nak hantar korang kat sini kan? Insya-Allah.
      Em, korang bayangkan bangunan rumah kedai. Kat tingkat bawah and tingkat 1 tu biasanya ada classroom (CR), lecture hall (LH), pejabat, library, lab sains, lab komputer, kafe dan sebagainya. Kemudian, tingkat bangunan yang belah2 atas tu apartment students. Alhamdulillah, bagi saya dah cukup selesa. Satu apartment ada 2 bilik, satu bilik untuk 2 orang. Setiap apartment ada kemudahan toilet and shower. So, kira okay la duduk apartment banding duduk asrama, nak mandi pun kena beratur. :p

      Kolej Teknologi Timur
      Contoh apartment yang boleh dibanggakan. HAHA



      KTT ni agak jauh dari pekan. Nak jalan kaki tu boleh laaa, tapi sanggup ke tak je. Takde bas loncat-loncat lalu kat sini. So, kolej ada sediakan kemudahan van & bas kalau nak ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai. Kalau nak pergi KTM Nilai, LCCT, KLIA pun kolej boleh sediakan transport. Kena bayar sikit la, tapi berbaloi banding nak naik teksi. Untuk pelajar lelaki, bas kolej akan hantar korang untuk solat Jumaat. Untuk orang Kristian yang nak ke church pun, ada transport disediakan. Kalau nak keluar masa weekend, boleh ambil teksi takpun kereta sewa.

      Kat Nilai sekarang dah ada Giant & Mydin, in case korang taknak shopping jauh. Kalau nak jauh sikit, boleh je nak lepak kat Alamanda, Seremban, Mines, MidValley pun boleh. :) Untuk pelajar perempuan, kira advantage jugak la bagi sesiapa yang suka shopping baju, kain, tudung sebab Nilai Square dekat je. Borong je la banyak mana yang korang nak.



      Kafe kat kolej boleh tahan. Tapi katakan nak makan fast food, pergi je Nilai. Yang confirm ada ialah KFC, Pizza Hut, McD, Secret Recipe, A&W, Old Town White Coffee dan bla bla (tak ingat. Haha). Haaa, ada Ice Room! Best gila. :D

      Lecturers, insya-Allah, komited dlm pengajaran dan pembelajaran. Lain lah kalau lecturers ada program, mungkin akan cancel kelas dan ganti pada masa lain.

      Student A-Level ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri. Jadi, kalau nak uruskan aktiviti or sampaikan masalah kepada pihak atasan dgn lebih efektif, jumpa dengan ahli MPP la ye. Pada yang tak pernah mengundi, kat sini ada pilihan raya. Korang akan dapat pengalaman tu. Hehe.

      By the way, batch A-Level ada macam-macam pertubuhan. Contohnya, Badan Agama, Dakwah & Rohani (BADAR). Ada je pertubuhan untuk agama Kristian, kaum Cina, kaum India tapi tak ingatlah nama dia. Nak lebih kurang je nama.

      Dan jangan lupa, build a good relationship with other students. Jangan hanya bergaul dgn student A-Level je, kat situ pun ada student private yang ambil diploma dan sijil, jalinkan ukhwah dengan diorang jugak k.

      Selalunya, pihak kolej akan jemput wakil batch senior yang dah fly untuk bagi talk kat student A-Level KTT yang baru, if let say diorang ada kat Malaysia masa tu, diorang akan share experience diorang. Tahun lepas, yang bagi talk tu abang Imanul Hassan, Alimin & Alfian. Masa ni la saya booster semangat nak ke India. :)

      p/s - Insya-Allah, saya sambung secepat mungkin ea.

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 卢龙县| 新竹县| 磴口县| 靖州| 阜新| 阳新县| 汉川市| 新乡县| 江门市| 休宁县| 宜川县| 汝南县| 玉田县| 绥滨县| 阆中市| 准格尔旗| 柳江县| 巴楚县| 交口县| 肇州县| 东阳市| 宜丰县| 金昌市| 且末县| 浪卡子县| 昌江| 康保县| 普格县| 罗江县| 阳新县| 邳州市| 安达市| 罗城| 龙山县| 石台县| 辛集市| 凌云县| 莲花县| 白沙| 云和县| 四川省|