Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Something I Did

      September 2, 2016


      Sungai Siput.

      I love my town walaupun pekan ni kecil, takde pembangunan banyak sangat, takde bangunan tinggi-tinggi, takde taman cantik-cantik nak lepak, takde mall besar nak habiskan masa. Haha I was not born here though, but this place has been where I grew up the most. 

      Beberapa hari lepas, saya tolong drive hantarkan mak ke sekolah untuk kelas petang. Well, UPSR minggu depan kan. I wonder why she keep teaching Year 6 like... diorang sewajarnya letak cikgu muda-muda nak ambil alih komitmen tu. Nanti bila mak saya bersara, dah kesian orang baru nak ajar Year 6, dengan takde cikgu senior nak dirujuk kat sekolah tu. 

      Ayah and abanglong had somewhere else to go. So, basically no one was at home. 

      Lepas hantar mak ke sekolah, I was wondering what should I do next. Nak balik rumah, bosan nak duduk seorang. 



      Then. 

      I decided to drive around the town. 

      Niat di hati nak keliling taman perumahan yang berlambak kat sini, konon nak cari mana-mana rumah yang ada iklan 'for sale'. Pergh, bajet ada duit je nak beli. Tengah bersemangat nak collect assets, tapi simpan duit je lah yang termampu. Pusing pusing pusing. Hmmm, takde sangat pun rumah nak dijual. 

      Nak pick up mak, macam lambat je lagi. Then, something appeared in my head. Why not I drive to any rural areas?

      A road to Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak
      A road to Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak


      Haha. Taklah rural macam kampung orang asli. Tapi, hey kampung orang asli sekarang pun rumah batu atas tanah dengan aircond, astro siap kereta banyak bagai. 

      I enjoyed the ride. Walaupun tak se-thrill Tapah-Cameron Highlands, mahupun Gerik-Jeli... it was an achievement. Kunci kereta siap-siap sebab there's no one on the road, rumah pun bermeter jauh antara satu dengan yang lain. My aim was just to kill the time and enjoy the view, so I didn't drive that far. 35km return trip like that. 

      When I told my mum about this, haha as expected, "kamu jangan main-main, berani sangat pergi drive situ seorang-seorang." 



      And this is why I choose to tell my dad first, who usually support the adventure inside of me, better. 

      But, I love you both till Jannah, mak ayah. :D <3


      Photo A Day Challenge #2 - Something

      SS, Perak, Malaysia
      160902

      Art Attack

      September 1, 2016

      Siapa pernah tengok Art Attack? Angkat tangannnnn. :D

      This is my awesome childhood memory! Addictive as well!

      Art Attack
      Credit



      Masih segar dalam ingatan masa ni rumah baru pasang Astro, baru tahu ada Disney Channel. Sebab masa tu kanak-kanak lagi, tv kat rumah ni memang jarang bertukar dari Nickelodeon, Disney, Cartoon Network. 

      Dari Art Attack ni la, saya tahu konsep seni guna potato, span nak buat lukisan tekap-tekap. Masa ni jugak gigih cari gam putih cair (nama dia PVA glue) tu sebab konon nak cuba apply cara yang Neil Buchanan ni ajar. Bukannya murah gam putih tuuu, lebih RM 5 jugak lah. RM 5 dulu dan sekarang berbeza nilainya ye. 

      Art Attack
      That glue! - Credit 


      Hasilnya, saya pernah sekali buat topeng Mickey Mouse tapi dah tak ingat mana perginya. Haha


      Selalu amaze dengan big art attack yang kat penghujung show ni. Masa kecil, serius ingatkan big art attack ni one take je. When I grow older, I realised they must have lots of takes to make sure the big art attack looks real and complete. Kannnn? But, still it is impressive!


      Picture
      Credit - this huge portrait was made during early episodes of AA. I just read that it was actually made of REAL MONEY! 


      Tak lupa jugak clay head yang selalu buat lawak tak jadi tu. Haha. 

      The Head from CITV&#39;s Art Attack
      Credit


      For me, one of the biggest contribution for the success of Art Attack is Neil Buchanan himself. Dengan gaya bersahaja, ceria, tengok arts budak-budak pun dia puji selalu... Saya baru baca Wikipedia Art Attack ni, Neil ialah salah seorang pengasas Art Attack. Dan dia dah jadi host dari 1990 sampai 2007. Berbelas tahun tu. Sekarang ni pun Art Attack masih ada, tapi saya tak tengok dah. 

      Rindu.



      SS, Perak, Malaysia
      160901

      September 2016 Photo A Day Challenge

      August 31, 2016


      Just because... we can't give up to practice something. :D :D

      Here you go, September Photo A Day Challenge! As usual, the list is from fatmumslim.com.au.





      Ada sesiapa nak join jugak? Share link kat comments yea, I will drop by your blogs soon! :)

      Day 1 - Art
      Day 2 - Something
      Day 3 - Warm 
      Day 4 - Music
      Day 5 - Give



      SS, Perak, Malaysia
      160831

      Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?

      Hari ni 31 Ogos. MERDEKA!

      Wahaha, serius tak sedar cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam melangkah ke bulan Ogos, dan sekarang dah di hujung Ogos. Ehemmm.

      Bulan Ogos ni terasa istimewa untuk saya. Mungkin sebab saya ni August baby, kot. :D Haha

      Banyak negara jugak sebenarnya ada hari merdeka bulan Ogos ni. (reference)
      9 Ogos - Singapore
      14 Ogos - Pakistan
      15 Ogos - Republic of Congo, India, Korea
      17 Ogos - Indonesia
      19 Ogos - Afghanistan
      20 Ogos - Hungary
      31 Ogos - Malaysia (now, I'm confused. Nak letak Tanah Melayu or Malaysia?) 

      ------------------------------

      Back to the topic.



      When I saw the title, I tried to say out loud the Rukun Negara. Nak tengok, diri sendiri ingat ke tak. Alhamdulillah, segan jugak kalau tak ingat. Tak ingat current rhythm lagu Perak pun dah cukup memalukan T_T

      Haa, korang cuba recite Rukun Negara.
      Haha.

      Kalau tak silap saya, saya tahu Rukun Negara ni masa sekolah rendah. Ala, belakang buku tulis sekolah kan ada Rukun Negara ni. Tapi, hafal setakat macam tu je lah. Takde nak hayati bait-baitnya. Tapi, bila dah besar ni, so many things I need to think. Setiap apa yang kita buat tu, kena consider kesan baik dan buruknya.

      So... that's what happen to me when I watch this Rukun Negara's video.

      Sejauh mana kita hidup di negara kita ni dengan acuan Rukun Negara?

      Acuan.... hmmm a bit 'over' for me, sebab dah terbiasa dengan 'kita kena hidup dengan acuan Al-Quran' - which is the best way of life for Muslims. Tapi, sebab kita hidup dalam zaman penuh nationalism, negara tu pun penting untuk kita.

      Let's go through our Rukun Negara.
      Kita try ambil iktibar dari kehidupan seharian kita je la ye.



      1. Kepercayaan kepada Tuhan

      Rata-rata orang Malaysia ni berpegang pada agama, maknanya kita percaya wujudnya satu kuasa besar yang kawal, jaga, bimbing kita semua. Tuhan. Rukun ni diletakkan yang pertama sekali sebab well, memang Tuhan should be at the first place in our life. Kan? Rukun Iman dan Rukun Islam pun meletakkan Allah kat atas sekali.

      How religious are we?
      Sejauh mana kita ikut peraturan yang Allah tetapkan?
      Sejauh mana kita buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang dia larang?

      Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?
      Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

      2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

      I used to adore kerabat diraja until one day, I do believe they are just human like we are.

      Bukan nak menidakkan institusi diraja, tapi saya harap sangat kalau institusi diraja dapat gunakan pengaruh yang ada untuk keamanan, ketenteraman sejagat. I am not into politics, but I do hope someone who has appropriate power to bring up all those complaints from the common people to the government.

      Dari apa yang diajar, negara kita amalkan demokrasi berparlimen. Apa yang saya faham, Raja-raja Melayu ni jadi ketua adat dan agama Islam sahaja. Cumanya, kalau kerajaan dah terang benderang buat salah, siapa yang layak menegur? Rakyat marhaen yang dipandang sebelah mata pun dia tak kisah.

      Kesetiaan kepada Negara... jaga nama, maruah negara. We are little ambassadors of Malaysia, right?


      3. Keluhuran Perlembagaan

      Sekali lagi, I don't remember much about constitution. Saya cuma tahu perlembagaan ni undang-undang paling tinggi dalam negara dan ada banyak perkara. Ni kira satu rujukan untuk apa-apa tindakan sebelum dilaksanakan.

      See, now I realised how bad am I as a Malaysian not to have general knowledge on this!

      Kita tepek sekali kat sini.


      • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
      • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
      • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
      • Bahagian 4 - Persekutuan
      • Bahagian 5 - Negeri-negeri
      • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
      • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
      • Bahagian 8 - Pilihanraya
      • Bahagian 9 - Kehakiman
      • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
      • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
      • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
      • Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
      • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
      • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
      • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
      (reference - Wikipedia)

      4. Kedaulatan Undang-Undang

      Untuk ni, kena refer rukun ketiga kot? Sebab undang-undang dibuat berpandukan perlembagaan kan? 

      Cumanya, pihak / orang yang bersalah, tolong lah hukum 'sewajarnya' tak kira pangkat dan status. Orang kurang kemampuan bila mencuri sampai kena masuk penjara, padahal yang rasuah....I agree that nak buat pertuduhan tu susah, kena kumpul bukti dulu. But, still....

      Pernah ada pengalaman sendiri, bila orang pecah masuk rumah, tuan rumah yang dipersalahkan sebab biar rumah dikelilingi semak samun jadinya orang keliling tak perasan pencuri masuk. Like... what? 
      Semak samun tu atas tanah orang lain, dah kenapa kita yang nak clearkan? 

      Belum masuk tuan rumah dipersalahkan sebab tak pasang grill kat tingkap, sebab tu pencuri senang masuk.

      Sejak hari tu, saya buat konklusi... Malaysia belum selamat selagi pintu tingkap rumah wajib pasang grill. 

      Kenapa tak cari perompak ke lubang cacing?
      T__T


      Sejauh Mana Kita Hidup Dengan Rukun Negara?
      Evening drive. 


      5. Kesopanan dan Kesusilaan. 

      Apa beza kesopanan dan kesusilaan?

      Saya pun tak pasti. Tapi kedua-duanya berkait rapat dengan personaliti dan tingkah laku.

      Kita renungkan bersama...

      Adakah kita masih buang sampah keluar tingkap kereta?
      Adakah kita masih menggunakan bahasa kotor yang kurang enak didengar?
      Adakah kita mampu mengawal marah dengan tak bertindak luar kewarasan?
      bla bla bla.





      ------------------------------

      Hehe, sorry lah, terasa berat pulak tajuk ni. Tapi, kita dah hidup lama dengan Rukun Negara, saya rasa dah masanya kita reflect balik macam mana Rukun Negara ni bagi pengaruh dalam hidup kita. 


      p/s - currently inspired by Aiman Azlan to update my blog frequently. One post a day looks hard though.
      p/s/s - 3 days left.

      SS, Perak, Malaysia
      160831

      Lepak Dengan Atuk Nenek Brazil

      August 30, 2016

      Bersambung kisah di gua....

      English tour habis dulu. Bila dah sampai kat luar, saya cuba tunggu atuk nenek tuu. Tapi nak setengah jam saya tak nampak diorang pun. Mungkin terlepas pandang masa saya buat tour ke tandas agaknya. Saya pun jalan balik ke bus station untuk tunggu bas balik Ljubljana. Tapi terlepas bas yang baru je gerak dalam 15 minit lepas. Alahai, the next bus pulak nak dekat 2 jam lagi. Hujan renyai2. Nak cari tempat nak solat lagi. Saya nampak pekarna (bakery) jadi beli dulu burek - fuh lega perut.


      Burek.

      Burek ni macam roti/pastry lembut yang ada inti. Common food kat sini. Last time masa pergi Bosnia, Croatia pun ada burek. Cumanya, kalau kat Bosnia, boleh la try burek inti daging, ayam etc. InsyAllah majoriti tempat jual yang halal. Kalau kat Slovenia ni, saya cuba mixed veggie, cheese dan cendawan. Semua sedap... haha ke lapar, entahlah.


      Settle solat, saya cuba cari tempat berteduh dan nak minum air panas. Berangin kuat pulak. Ditakdirkan tiba-tiba saya nampak kelibat atuk nenek tu. Terus gerak ke arah diorang. Gelak-gelak je mampu mengenangkan berapa kali terpisah entah. Rupa-rupanya Italian tour tu last sekali. So ada la gap lebih setengah jam camtu dari English tour.

      Sambil tunggu bas, kitorang nampak satu bar kat belakang stesen bas. Oh ye, hari ni Easter Monday (kalau tak silap), memang 98% kedai tutup. Sobss. Stesen bas pun tutup tapi bas jalan macam biasa. Atuk tu tanya minum kopi tak? Saya memang terfikir nak minum something panas, dah angin kat luar memang sejuk betul. Sejuk untuk saya (perasan orang Eropah haha) apatah lagi untuk atuk nenek tu. Order hot chocolate untuk saya dan latte untuk diorang. Comel je diorang order satu je latte lepas tu explain, 'we always share food' alalalalaa. Sweet sangat.

      Bermulalah sesi perkenalan lebih lanjut. And surprisingly lagi, diorang ni walaupun masing-masing dah berumur 75 & 70 tahun, tapi masih bekerja. Ye, MASIH. Fuh. Dua-dua cikgu - yang atuk tu cikgu course 'theater', nenek tu pulak cikgu yang mengajar cikgu. Haha maktab macam tu la rasanya. Excited diorang bila saya bagitahu yang parents saya pun cikgu jugak. :)

      Bila bersembang dengan orang yang berbeza everything ni, confirm isu agama memang akan ada. Tudung, solat, kahwin etc. Pasal kahwin ni paling popular kot, saya rasa orang luar ingatkan perempuan Muslim tak boleh pilih pasangan...arranged marriage kiranya. Huhu.

      The rest of conversation is history..... 


      --------------------------------------

      Teringin nak bergambar tapi saya biasanya akan request bergambar dengan strangers bila dah sembang banyak. Rezekinya atuk nenek tu yang initiate ajak bergambar dulu. Let's do this!

      I hope they are doing fine now. :)


      Dalam bas ke Ljubljana, saya memang terlelap habis. Sedar je, dah sampai stesen bas. Atuk nenek tu sebenarnya ajak tengok orchestra. Lol. Terpaksa tolak, saya nak balik dah malamnya nanti. Kena buat final touch - beli souvenirs Ljubljana. Tapi, sedihnya kedai yang saya aim dah tutup. Sobss! So.... kita kenang-kenangan dengan gambar je lah. :)

      --------------------------------------

      That's the end of my journey in Slovenia. Kisah nak balik dari Ljubljana ke Prague pun banyak kisahnya. :D Nanti-nantilah, selesai posts kat Slovenia ni pun dah satu kejayaan besar. Haha.

      p/s - Going back to Czech soon. T___T

      160826
      SS, Perak, Malaysia

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia

      August 29, 2016


      Postojna Cave ni sangat besar. Out of 25km galleries, about 5km which are opened to public. Mula-mula dia bawak dengan train, lepas tu jalan kaki along the cave, nak balik baru naik train semula. 

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Dalam gua

      Masa naik kereta api tu akan ada kamera pihak gua ambilkan gambar. So, make sure korang senyum jeeee sepanjang atas kereta api tu haha. Tapi, mahal sangat €8 sekeping. Kalau saya, memang tak beli. Depends... kalau korang rasa berbaloi, beli je. Saya selalu wonder apa diorang buat dengan gambar yang tak terjual ni. Daripada jual dengan harga mahal macam tu dan tak ramai pun yang beli, baiklah jual harga yang reasonable sikit. -_-'

      Tour ni dalam sejam setengah. Pada saya, memang berbaloi dengan harga dia. In case kalau korang nak lawat Predjama Castle sekali, ada pakej nya jugak. 

      Cuma castle & cave ni hanya ada shuttle masa peak season in which summer macam tu. Selain dari summer, either kena jalan kaki / naik teksi. Saya dah puas tengok castle kat Bled dan Ljubljana, so I think I can skip this one.

       Kat sini, saya kongsi beberapa lagi gambar dalam gua.

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Stalactites


      So many things I learned from the tour :)

      I asked the tour-guide about bats. Sebab gua Malaysia kan banyak kelawar. Tapi, katanya, kelawar tak dapat hidup kat gua sini sebab sejuk. Masa tour ni pun, suhu bawah tanah dalam 10 degree Celcius. 

      Ada satu soalan comel dari seorang budak kecil ni. Dia tanya macam mana dalam gua ni tak gelap, memang ada cahaya semula jadi ke? Tour-guide pun senang hati jawab. "Ni lampu kita pasang, nanti gelap tak nampak apa-apa. Kalau gelap, susah nak jalan. Nanti jatuh atas batu, sakit..." Entahlah, rasa comel!


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Moreeee stalactites

      Stalaktit dan stalagmit ialah mendapan calcium dari air yang bertakung dan menitik dari atas gua. Dia akan memanjang dalam 1cm dalam masa 100 tahun!

      Pillar vs curtain

      Pillar ni stalaktit, stalagmit yang rupa macam tiang. Curtain ni pulak bila stalaktit terjadi pada masa yang sama bercantum dengan dinding gua. Dalam gua kita boleh tengok stalaktit / stalagmit tu dari pelbagai warna. Kenapa? Perbezaan mineral dalam air yang menitik tu - ada iron, aluminium etc. Kalau banyak aluminium, stalaktit tu akan jadi lebih gelap.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      This is called pillar!

      Gua ni sentiasa basah, salah satu sebabnya ialah hujan. Satu lagi sebab ni bawah tanah, banyak air bertakung kat permukaan tanah tu. Memang best bila pegang dinding gua. Sejukkkk. Mungkin ni la konsep labu sayung & tembikar kot. Air dalam labu kan sejuk2. Even tembikar ni ibarat peti sejuk zaman dulu2 kan? Orang Korea pun banyak letak makanan dalam tembikar.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Tiny version of stalactites.

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      This looks...euw?

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Macam gigi.

      Binatang yang famous dalam gua ni ialah white salamander. Ala-ala biawak kecil. Tapi sebenarnya dia amfibia yang buta. Albino pun iye jugak.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Saya takde ambil gambar salamander haha. Nah, gambar google je



      Still ingat saya ada cerita saya berjalan dekat sungai luar gua ni?

      Di penghujung gua, ada bunyi air mengalir. Rupa-rupanya air yang di gua tu bertakung menjadi sungai. Dan sungai ni la yang mengalir ke luar. Awesome kottt.

      Disebabkan lagi best kalau korang dapat rasa sendiri suasana dalam gua, saya dah compilekan jadi video. Jangan expect video ni best macam travelog sebelum-sebelum ni taw. Itu orang hebat yang buat. Haha.




      160825
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 昔阳县| 贵定县| 垣曲县| 都安| 锡林浩特市| 广灵县| 梓潼县| 泗洪县| 闽清县| 嵩明县| 岳普湖县| 图们市| 台江县| 惠东县| 永城市| 合阳县| 赞皇县| 呼和浩特市| 新乡县| 沂水县| 长兴县| 南京市| 昌黎县| 富源县| 花垣县| 蚌埠市| 锦屏县| 舟山市| 荔波县| 象山县| 钦州市| 讷河市| 江门市| 榆林市| 阿鲁科尔沁旗| 砚山县| 右玉县| 徐汇区| 修水县| 汕尾市| 中江县|