When I read the appreciation post on Farah's blog, I realized I haven't done it for a while! I kept receiving postcards and they really make me happy :)
So, here we go!
Yang pertama, dari Sally! :D
Suka sangat gambar kat poskad ni ^_^ Colorful! Bila tengok poskad ni, saya teringat kat i-City, warna-warni jugak kan. Poskad ni Taiwan mari, Sally beli kat sana. Saya belum sampai Taiwan, insyAllah one fine day. i-City pun saya tak sampai lagi. Haha.
Kawan Taiwan pun excited asyik offer diri nak jadi guide kalau saya dan kawan-kawan nak ke sana. Yang paling menarik, bila dia cakap dia teringin nak masuk masjid kat Taiwan tu. Kira kalau kitorang datang sana, ada lah jugak sebab dia nak ke situ. :)
Next one - from Maryam Nabihah.
Kalau korang pernah tengok video-video yang saya share kat blog tentang perjalanan kitorang ke mana-mana, haaaa ini la dia video editor-nya :D Sempena cuti Easter lepas, saya ke Slovenia dan Maryam ke Ireland. Teringin ke sana dengan diorang ni, tapi masa Easter tu Slovenia lebih memanggil-manggil. Hehe.
Maryam & Azila from Ireland with love <3
Next!
Ingat lagi saya pernah share Google map untuk states in USA? Takpe2, kita tengok lagi sekali, saya paste kat sini.
Kalau poskad yang dulu dari Nebraska, kali ni dari Maine. Dalam peta, Maine tu dah dekat border US - Canada. Sekali pandang, ingatkan Mainz yang kat Germany. Bila tengok setem, baru perasan.
Sheila berkongsi pasal Appalachian trail - untuk pejalan kaki / hiking yang panjangnya 2 190 batu (dalam 3 500 km!). Trail ni bermula dari Mount Katahdin, Maine sampailah ke Springer Mountain, Georgia - dan ia merentasi banyak negeri. Wow!
Yang keempat - dari Belanda a.k.a. the Netherlands. Poskad ni sebenarnya dari Germany tapi orang yang hantar ni tinggal di Netherlands. :)
Yeay, selesai satu post. :) Sekarang ni setiap kali kalau dapat siapkan satu post, rasa bersyukur sangat. Hehe.
Sorry, lama tak blogwalking ke rumah korang T_T
Jumpa lagi, byeee.
S.K.Neumanna, HK, Czech
160503
4 Kesan Ion Negatif dalam Hidup Kita
April 26, 2016
Dalam kelas hari ni cikgu ada sebut term "air washing machine". Tak pasti wujud ke tak sebenarnya term ni, sebab tak jumpa dalam Google. Mungkin term ni direct translation dari bahasa Czech, I'm not sure. :D
"Air washing machine" ni ialah mesin yang menggabungkan humidifiers & ion generators.
Humidifiers ni rasanya ramai antara kita yang tahu kan? Rata-rata bangunan perlu ada humidifier - untuk lembabkan udara yang kering. Pernah dengar humidity kan?
Humidity - kuantiti wap air di udara (kelembapan)
Udara kering ni tak bagus untuk kita, udara yang lembab sangat pun tak elok jugak. Kena bersederhanalah, ambil tengah-tengah. :D
Low humidity boleh buat kulit kering, gatal hidung, gatal tekak, gatal mata. High humidity pulak akan tolong pembiakan kuman-kuman semua tu.
-------------
Ion generators / ionizers ni pulak... hmmm sesuatu yang baru jugak untuk saya. Fungsi dia untuk produce banyak negative ions. Banyak faedah rupanya negative ions ni, walaupun ions ni sesuatu yang kita tak nampak, takde rupa, takde rasa semualah.
Pernah tak rasa tenang sangat bila kita pergi hiking, lepak kat hutan mana-mana, picnic tepi sungai air terjun pantai semua tu? Perasan tak rasa tenang je lepas hujan lebat, siap kilat guruh petir semua tu?
Tempat / situasi macam ni lah ada banyak negative ions! :D Teruja tak teruja tak? Haha. Entahlah saya excited bila tahu fakta ni.
Bila bandingkan dengan tempat yang kita tinggal, memang kurang negative ions - bandar, penggunaan air-cond, barang-barang elektronik. Sebabnya, benda-benda ni lebih banyak hasilkan positive ions.
Macam mana full mechanism negative ions ni pengaruh hidup kita tak dapat dipastikan lagi. Tapi, apa yang saya nak kongsikan ni, lebih kepada kajian lapangan, eksperimen, hipotesis etc.
1. Ion negatif mencerdaskan otak.
Menurut kajian, ion negatif ni akan banyakkan aliran oksigen ke otak, jadinya kita takde lah lemau je tak fokus semua tu.
Pierce J. Howard PhD at the Center for Applied Cognitive Sciences says in the Owners Manual for the Brain – “Negative ions increase the flow of oxygen to the brain; resulting in higher alertness, decreased drowsiness, and more mental energy.”
2. Ion negatif membersihkan udara.
Dikatakan kuman, virus, bakteria semua ni banyak ion positif. Jadinya ion negatif ni akan neutralkan udara tu :) Caranya, ion negatif akan gabung dengan ion positif yang ada pada virus, bakteria tu - pastu diorang jadi berat - pastu takde lah cepat tersebar kat ruang udara.
Tapi diorang still ada taw dalam environment tu - dan kat sini kita perlukan purifier - penapis udara.
Missing the forest T_T |
3. Ion negatif buat kita lebih happy.
Tahu kan, hormon serotonin yang pengaruhi mood seseorang. Kalau pernah baca pasal depression, orang yang tertekan ni boleh jadi stress yang kacau hormone balance dia. Kadang-kadang tempat hasilkan hormone serotonin tu sendiri tak berfungsi dengan baik.
Kat sini, ion negatif boleh normalkan level serotonin.
![]() |
Kantoi kejap tadi dalam kelas pasal flowchart ni. Lol. |
4. Ion negatif membuatkan tidur lebih berkualiti.
Eloknya serotonin level dalam badan seseorang, bermakna elok jugak lah melatonin level. Hormone melatonin ni penting untuk tidur kita. Kat sini pentingnya tidur awal & tidur dalam keadaan gelap.
Oh, dari flowchart yang kat atas ni, penting jugak nak share pasal tryptophan. Tryptophan ni essential amino acids. Essential ni maksudnya kita memang kena dapatkan dari makanan, badan kita tak boleh buat sendiri. Banyak ada kat makanan berprotein - senang cakap produk tenusu takpun daging etc.
Kalau tak cukup tryptophan, boleh kacau hormones tu jugak. So, makan jaga ye. :)
------------------------------------
Rasanya banyak lagi faedah ion negatif ni, boleh Google takpun kalau rajin boleh tengok links yang saya refer ni ea.
Untuk yang berkemampuan, boleh usha-usha kedai yang jugak negative ionizers ni :) Mesti best kan, kalau perasaan yang kita rasa masa ada kat gunung, air terjun tu semua sentiasa ada walaupun kita kat rumah atau tempat kerja. :)
160426
Mount Vogel yang Memukau!
April 18, 2016
Selesai letak beg dalam luggage room di hostel, terus ke stesen bas Bled untuk naik bas ke Bohinj. Bohinj ni letaknya dalam 30km dari Bled dan kat sini jugak ada tasik yang besar, lebih besar dari Bled. Pengunjung tak ramai sangat kat sini berbanding Lake Bled walaupun sebenarnya Lake Bohinj ialah tasik terbesar di Slovenia! Mungkin sebab Lake Bled nampak lebih romantik kot? :D
Pasal tasik ni, nanti saya berkongsi lebih lagi kat post lain :)
1535m - ski resort. The peak of Mount Vogel = 1923m |
Bohinj ni antara kawasan yang terletak dalam Triglav National Park, satu-satunya national park di Slovenia. Gunung tertinggi kat sini (dan di seluruh Slovenia) ialah Mount Triglav (2864 meter) yang jugak tertinggi di Julian Alps.
Mount Vogel.
Bila sebut banyak-banyak kali perkataan Vogel ni, memang terasa pelik sikit. -__-' Kalau naik bas, boleh turun kat ?i?nica Vogel kri?i??e. Kalau takde, boleh jugak turun kat last stop - Bohinj Zlatorog (one way from Bled - 4.10 Euro). Dari sini, either nak terus ke Mount Vogel ataupun Slap Savica, ikut masing-masing.
Slap Savica ni pun famous jugak dengan air terjunnya. :) Cuma sebab saya seorang, tak berani nak jalan ke sana. |
Mount Vogel ni terkenal dengan ski resort nya. Memang penuh parking lot di kaki gunung ni dengan kereta, majoriti nombor plat dari Slovenia sendiri. Banyak jugak dari Itali dan Austria. Untuk pengetahuan am kita semua, Slovenia ni berjiran dengan Austria (utara), Itali (barat), Hungary (timur) dan Croatia (selatan).
Dari kaki gunung, kita ada pilihan nak naik atas dengan mendaki mula dari bawah ATAUPUN naik kereta kabel ke ski resort dan mula mendaki. Cuma, majoriti orang recommend pilihan kedua tu.
Return ticket for student is about 12 Euro.
Mula-mula rasa nak cuba hiking dari bawah, tapi sedar diri tak fit - saya memang terus beli tiket. Dan sampai je kat atas, bersyukurnya saya tak hiking. Haha. Saya nampak stesen kereta kabel tu kecil macam semut, kalau hiking tu......speechless la.
Kat atas ni pemandangan dari kereta kabel. Cantik sangat subhanAllah! Yang air tu lah Lake Bohinj. :D Saiznya dalam 4.2 km (panjang) x 1 km (lebar).
Suhu kat atas masa ni dalam -0.3 degree. Mula-mula tak rasa sejuk sangat, lagi-lagi bila berjalan tu badan masih boleh berpeluh. Mungkin sebab saya pakai trench coat agaknya, tak tahu apa kaitan hahaha tapi biasanya saya pakai winter jacket kalau nak naik gunung. Tu yang terasa beza.
Dan walaupun memang pakai winter boot masa ni, alahai, stokin masih boleh basah. T_T
![]() |
Comel, macam penguin. :) |
Tergamam rasa bila tengok ramai betul manusia kat atas ni! Dari kanak-kanak sampai atuk nenek semua lengkap dengan ski equipments. Ada tournament masa ni. Gambar kat atas ni kumpulan budak-budak tengah belajar. Itu pun nampak hebat sangat dah. Pekerja ski resort ni ada kat mana-mana sekitar skiing areal ni dan diorang pakai vest kalau tak silap.
![]() |
Garisan panjang atas salji tu sebenarnya ski escalator. Kawasan beginner - penuh kanak-kanak. |
![]() |
Ski lifts. |
Masa ni, saya dah start hiking. Kalau tengok gambar kat atas, bangunan bentuk kotak yang betul-betul kat tengah gambar, itulah stesen kereta kabel. Route sangat penuh snow, sampaikan papan tanda untuk hiking pun nak tenggelam dek snow. Haha. Sesat.
Bila nampak stesen kereta kabel tu, fikir panjang mampu ke nak balik ke sana ni? -___-'
Kaki melangkah. Masa ni tengah guna monopod as hiking stick, tak perasan lupa nak switch off GoPro. Lol. |
Tapi langkah perlu diteruskan. Dari apa yang saya refer, saya aim nak sampai ke Mount ?ija. Dari upper cable car station tu patutnya dalam sejam suku dah boleh sampai, tapi mungkin tu estimated time untuk warm season agaknya. T__T
End up, in the middle of nowhere, I decided to get back to the upper cable car station. It was starting to snow as well. Jalan licin, cermin mata berkabus. :p
Sambung cita-cita ni kalau ada rezeki ke Slovenia lagi insyAllah ameen! Kita aim Mount Triglav terus!
Nenek ni teruja tengok monopod, terus diajaknya bergambar. Ambik la sekali :) Nenek ni nak masuk 70 tahun weh, look how fit she is!
Overall, I love going to high places like this one. When looking down the mountain, I realised how small I am from the top and even from Allah. Just like traveling by planes, literally you can not see anyone from the planes' windows. But, Allah sees us, clearly.
p/s - bersambung
S.K. Neumanna, HK, Czech
160411
Personaliti dari Genggaman Tangan
April 15, 2016
I came across a simple quiz on 'How Do You Clench Your Fist?' on Bright Side website. Dah lama rasanya tak buat random personality test macam ni :)
I was a bit confused to answer as I did not really care or realized about my fist before. So I immediately clench my fist.
It turned out to be the first one!
The result said that,
You are a true altruist.
Err. Rasa macam tak berjasa / pemurah mana pun. T__T
I am neither selfish nor unselfish, I guess.
But, I can relate myself well to the further description.
You tend to help people even when it brings some inconvenience to you. You constantly strive for new knowledge and experiences. You’re extremely energetic and a little impatient. People like you are always called adventurers and daredevils, but at the same time, many won’t understand how often you feel nervous and how much you need help and protection sometimes. You desperately need recognition and acceptance because you often meet people who use your kindness. However, your strong inner core doesn’t let you become limp or even give up on people. You still continue to defend and protect those in need, except for the fact that you become a bit more cautious.
Haah, kadang-kadang bila tolong orang untuk sesuatu, saya selalu tak tahu nak letak limit. End up, terasa macam kerja tu kerja saya sendiri. T_T I love to help people, tapi baru-baru ni saya pernah rasa menyesal offer pertolongan kat seorang ni. I should reflect myself on this. Mungkin macam ayat ketiga tu, "a little impatient".
"Many won't understand how often you feel nervous and how much you need help and protection sometimes."
Rasa nak tergelak angguk angguk untuk description ni. People know me as a strong person who can survive anywhere I go. Hmmmmm. I agree to this point, but.....
Except for the fact that you become a bit more cautious. Ehemmmm.
And a bit more feeling-less.
Hohoho.
Tapi ada satu pepatah yang emak saya selalu guna. Pegang kuat.
Pegang kuat. :)
Klik sini kalau korang nak buat quiz ni jugak :D
S.K. Neumanna, HK, Czech
160415
Dua Soalan Menarik Bila Kita Berhijab :)
April 12, 2016
Semalam masa buat study group, tiba-tiba keluar perbualan menarik tentang penerimaan pesakit kat sini dengan foreigners. Rata-rata orang Czech ni terbuka untuk kita belajar / buat physical examination kat dia. Well, macam biasa, cikgu yang akan introduce dan minta izin untuk students examine patient tu, dan sebagai student akan introduce diri jugak. :)
Cuma untuk pesakit kanak-kanak, susah jugak nak dapat kerjasama. Pertama sekali, memang diorang takut doktor. Kedua, kitorang pun tak fluent mana untuk bahasa Czech ni. Next, budak-budak ni tak faham / jarang nampak orang berhijab.
![]() |
Credit - Google |
Paling kelakar bila ada budak tanya kat mak dia, sama ada kitorang ni lelaki ke perempuan?
HAHAHA memang gelak on the spot. Tak expect langsung soalan ni.
Soalan kedua, bila orang tanya rambut kitorang ni warna macam ni ke?
![]() |
Credit - Google |
We are just normal people guys, haha!
S.K. Neumanna, HK, Czech
160412
A part of Bled, Slovenia - bukit yang rata tu ada bobsleigh. :D |
Saya naik bas terawal pukul 6 pagi dari Ljubljana ke Bled. Plan untuk jadikan Bled sebagai base untuk 3 hari di Slovenia. Semua perjalanan dalam Slovenia yang menggunakan bas, korang boleh refer website ni untuk plan perjalanan yea.
Bas Ljubljana - Bled ni sangat frequent - dalam sekurang-kurangnya interval 1 jam. Harga tiket 6.30 Euro (one way). Tips kat sini saya recommend untuk beli direct dari bus driver. Bas tak penuh pun jadi tak payah risau kalau tak cukup seat. Tak payah beli awal-awal or beli kat kaunter. Kaunter ada caj extra beberapa euro sen (untuk administration agaknya).
![]() |
Bus Station Bled |
Perjalanan ke Bled kurang sejam setengah macam tu. Ni bas loncat-loncat taw bukan bas ekpress. So be alert dengan bus stop yang kita nak turun. Especially kat Bled ni ada banyak bus stops. Dalam website yang sama, korang boleh check laluan bas dan senarai bus stop yang dia berhenti. Jadinya, boleh check siap-siap bus stop yang mana satu dekat dengan hostel / penginapan korang.
Alhamdulillah setakat yang saya naik, bas agak on time. Boleh lah kalau nak tambah 10 minit masa kecederaan.
Bus station, train stations connecting Bled, Slovenia. |
Untuk yang nak naik train ke Bled, ada 2 train station - Lesce Bled dan Bled Jezero. Kalau korang turun kat Lesce Bled, boleh naik bas untuk ke area tasik. Kalau turun kat Bled Jezero, rasa macam korang kena jalan lah kot. :O
Saya recommend naik bas. Senang. Terus sampai kat area tasik. :D
Where did I stay?
Memandangkan saya backpacking, solo pulak tu - memang tak mampu lah nak berAirBnB bagai. Hostel dengan private bedroom, bathroom pun tak dapat. Jadi, saya book single bed dalam 4 beds female's room with shared bathroom di Aces of Spades Hostel. Saya tak pasti kenapa, banyak hostel yang takde female's room, banyak yang lebih kepada mixed room. Ouch, memang cuba elak berkongsi bilik dengan opposite gender ni.
Castle Hostel 1004 - Hostelbookers |
Oh, saya tukar hostel masa nak check in tu. Dari Aces of Spades ke Castle Hostel 1004. Diorang satu geng sebenarnya. I don't really mind sebab harga bilik pun sama, kualiti pun sama. Asalkan female's room, it is more than okay :)
Castle Hostel 1004 dari luar. |
Sebenarnya ni kali pertama saya berkongsi bilik kat hostel yang saya tak kenal seorang pun ahli bilik tu. Dan sepanjang saya duduk sana 2 malam, roommates bertukar-tukar - more chances to meet different people every day.
Oh ya, dalam hostel ni, diorang sangatlah friendly dan surprisingly jugak, diorang sangat trust each other. Majoriti pintu bilik tak berkunci kot. Ada yang loker pun tak berkunci. Ada yang charge mobile phones kat common room tapi tak tunggu pun phones tu. Bila bersembang dengan orang yang duduk lebih lama kat hostel ni, dia pun kata dia perasan benda yang sama. Hostel owner pernah cakap, kawasan Bled ni rata-rata penduduk kenal each others. Dan pintu rumah diorang pun ada yang tak berkunci. Saya tak pernah la pulak try bukak. Hehe.
Shared kitchen - dah pandai guna, pandai kemas balik - itu je tips nak dapur sentiasa bersih. |
Common room - ada meja makan dan PC untuk lebih best plan aktiviti kat sana. Orang hostel pun senang nak bagi guide guna PC tu je. |
Kat sini, diorang sediakan kunci mangga dan tuala tapi ni semua ada caj. So, bawak la sendiri yeap. Tandas cantik, bilik air pun nice. Paling penting, memang bersih. :) Thumbs up! Ada balkoni jugak kalau nak bertaichi pagi-pagi, makan minum, sidai pakaian etc.
Hostel ni amalkan konsep no shoes inside the hostel. Ada rak kasut kat pintu masuk (still dalam bangunan) dan disediakan jugak sandal rumah.
I really recommend this hostel! Baca reviews kat Tripadvisor, hostelbookers, booking.com semua - majoriti tinggalkan review yang baik-baik.
Dalam 50 meter, ada mini market - Mercator. Haaa, untuk yang nak beli bahan mentah untuk masak - semua boleh beli kat sini.
---------------------
Saya sampai hostel ni dalam 7.30 pagi. Terlalu awal untuk check in, even orang hostel pun tak masuk kerja lagi. Hostel ni tak berkunci, so, boleh je masuk dan tunggu kat common room. Saya guna kesempatan ni untuk charge phone, guna PC untuk draft aktiviti lepas tu.
View dari balkoni hostel |
Dalam common room dah ada beberapa orang tengah sarapan. Sempat berkenalan dengan seorang traveler ni asal dari China tapi study di Brussels. Dia dah stay semalam kalau tak silap dia rasa nak tambah hari. :D Kat hostel ni, ada promotion kalau korang stay untuk 3 malam akan dapat malam ke-4 free. Best la boleh stay sini lama-lama. T__T
View dari balkoni hostel |
Sedar tak sedar, dah pukul 9pagi. Orang hostel tu pun datang dan buat kerja dia - kemaskan bilik air tandas semua. Lepas tu baru dia uruskan check in. Katil saya belum dikemas lagi, kena tunggu orang sebelum saya check out - dalam sejam lagi. Jadinya, letak je dulu backpack dalam storage room dan continue with my day plan :D Nanti dah balik baru masuk bilik.
Bohinj, I am coming!
Bled, Slovenia
160326
S.K. Neumanna, HK, Czech
160411
Subscribe to:
Posts (Atom)