Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Masjid Brno, Republik Czech

      February 19, 2016

      18/ In The Background

      Sabtu lepas, saya berpeluang ke Masjid Brno, atau lebih dikenali dengan nama Islámská nadace v Brnì (Islamic Foundation in Brno).Ini ialah masjid pertama di Czech iaitu pada 1998. Brno ialah bandar kedua terbesar di Czech, selepas Prague. 


      Dari apa yang saya baca, Czech dan Slovakia antara negara-negara akhir di Eropah yang ada masjid

      Sejarah Tanah Melayu pun saya dah pening nak hadam, apatah lagi sejarah Czech ni kan. Tapi, sebab dah duduk sini hampir 5 tahun, saya rasa saya perlu tahu serba sedikit. 

      Oh ya, Islam ni didaftarkan secara rasmi kat Czech pada tahun 2004. Rasmi ni bermaksud layak untuk dapat dana dari kerajaan. Memang muda remaja lah, baru 12 tahun. 

      Pengaruh Islam di Czech memang sangat kecil pada asalnya. Dari pembacaan saya, pengaruh Turki Uthmaniyyah pernah sampai ke tanah Czech ni tapi hanya di sekitar Moravia (selatan & timur Czech). Ada yang mengatakan masa ini Bosnian Muslim dibawa masuk. Tapi saya belum nampak lagi timeline dia macam mana. Hoho -_-'




      bohemia, moravia, silesia





      Sejarah ringkas Masjid Brno.

      Masjid Brno dirasmikan pada 2 Julai 1998, selepas hampir setahun pembinaan dimulakan. Masa hari perasmian ni, yang turut hadir ialah ahli-ahli politik, wakil-wakil menteri dan yang menariknya ialah ketua-ketua dari Jewish community, Orthodox Church, Roman Catholic.


      "Everyone has a right to practice their faith," - Jiri Mikulasek, Brno's Roman Catholic general vicar.


      Masjid ni dibina atas tanah yang dibeli dengan sumbangan dari orang Muslim lain, saiz tapak dalam 250 meter persegi. Tapi orang-orang ni berdepan dengan masalah, permit bangunan tak diluluskan dengan macam-macam alasan. 

      Salah satunya ialah dikatakan bangunan ni akan merosakkan seni bina kawasan. Kalau korang pernah datang ke Prague contohnya, memang seni bina luaran bangunan-bangunan kat sini dijaga. Semua pengubahsuaian hanya boleh dibuat dalam bangunan dan ke bahagian belakang je. Kalau perlu pengubahsuaian di bahagian luar, memang akan cuba dikekalkan 'heritage value' yang ada. 

      Cumanya, bila baca sejarah masjid ni, rasa memang kelakar part alasan rosakkan seni bina kawasan tu - sebabnya sebelum masjid ni dibina pun, atas tanah tu dah ada bangunan yang tak siap. Ouch. :p

      Bukan setakat rejection dari orang-orang pentadbiran, tapi orang-orang yang duduk sekitar ni pun menentang. Siap buat petisyen, demonstrasi. Masa proses pembinaan pun ada yang datang ke construction site dan protes.

      Tapi alhamdulillah, masjid ni dah selesai dibina, boleh digunakan dengan aman dan dibuka untuk orang ramai tak kira Muslim ataupun tak. :) :) :)

      Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
      Credit - http://www.beautifulmosque.com/Brno-Mosque-in-Czech-Republic

      Satu-satunya tanda bangunan ni ialah masjid. :)

      ?? ??? ??? ???? ???? ???? ????


      Walaupun takde kubah atau menara, seni binanya masih nampak nilai-nilai Islam kan? <3 Masa saya berjalan mencari masjid ni (sesat sekejap -_-'), memang terdetik di hati "rasanya itulah masjid" walaupun dari jauh. :)



      Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
      Credit - http://www.beautifulmosque.com/Brno-Mosque-in-Czech-Republic

      Oh ya, masjid ni memang dibina menghadap kiblat. Kalau masuk dalam, boleh nampak ruang solat lelaki di tingkat bawah, ruang solat perempuan di tingkat atas. Ada dua pintu setakat yang saya perasan, pintu utama untuk lelaki, dan di sisi bangunan ada pintu untuk perempuan. Tapi masa saya masuk, dah termasuk belah pintu lelaki. Orang dalam tu macam redha je, terus ditunjukkan arah ke ruang solat perempuan. :)


      Quran class | Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
      Ruang solat lelaki


      Hari saya berkunjung (Sabtu), masjid ni tengah meriah dengan suara-suara kanak-kanak belajar Al-Quran. Kelas sangat informal, di kawasan solat lelaki, ada seorang lelaki yang jadi cikgu dan dia akan baca ayat Quran (masa ni surah An-Naba') sambil kanak-kanak ni ikut bacaan. Ada yang merujuk Al-Quran sambil baca, ada yang dengar dan ikut. :) Tapi semua memang polite lah, takde yang lari sana lari sini. 

      Mungkin diorang tahu kot ada mak-mak yang perhati diorang dari ruang solat perempuan kat atas ni. Hehe


      Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
      Ruang solat perempuan

      Memang tak dapat lari dari refleksi diri;-

      Kenapalah diorang ni bersusah payah nak bina masjid, nak kena harung banyak cabaran pulak tu? Sedangkan boleh buat hal masing-masing je?

      It is because of love to Allah and love to other Muslims T____T

      --------------------------------------------------


      Untuk yang akan berkunjung ke Brno, boleh lah ke masjid ni. Kalau korang datang hari Sabtu, lebih ramai orang yang boleh jumpa. Untuk hari Sabtu, ada disediakan kelas bahasa Arab dan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak.





      GPS 49.18190N 16.59414E

      Islamic Foundation in Brno (Brno Mosque)
      Vídeňská 38a
      639 00 Brno
      Tel.:+420 543 243 352
      Fax: +420 543 243 594
      E-mail: brno@muslim.cz

      Rujukan
      - Dr. Vladimír Sáňka: Why I converted to Islam

      p/s - Kadang-kadang saya wonder saya ni liberal ke bila timbul isu nak bina kuil / church kat Malaysia. Saya tak lah menyokong pembinaan tu, tapi saya tak lah menghalang. Entahlah, atas pagar betul. T_T

      HK, Czech
      160218

      25 Things That Make Me Happy ;)

      February 15, 2016

      /14 My Happy Place

      I am the happiest girl around my family, so my home will be on the first rank. Then, I can say, any places where I am surrounded by trees (or nature generally), they give me happiness as well :)

      And, blog will be the next. Haha, dan dann jee. 

      Anyway, I've been tagged by Sofie. let's go!




      1. Postcards with written notes. Wanna swap with me? ^_^
      2. To wake up before Fajr, pray early.
      3. When I smiled to people, and they smiled back to me :)
      4. When I can answer questions during class.
      5. Family time. Especially when my parents say 'Fighting' in every Skype video call.

      -----------------------

      6. Daehan Minguk Manse triplets.
      7. When I remember a person, then suddenly I get a message from her/him, saying 'Hi, how are you?'
      8. Read travelogues.
      9. Eat food I've been craving for agessss! And seafood (other than Lobsters / tiger prawns / crabs - I'm allergic to them, so far).
      10. A clean, organised room. (in which I only able to get it during my post-exam. :p)

      -----------------------

      11. Nice weather, with sunshine but not super-hot.
      12. Road trips (especially with passport stamps!)
      13. Stay on bed, under the duvet, watching good movies / shows.
      14. Able to finish watching long videos on motivation/religious stuffs.
      15. Beautiful quotes.

      -----------------------

      16. Hiking, mountains, trees, lakes, beach = nature.
      17. Train rides (I like flying but not the customs check before and after -_-' )
      18. Organizing stuffs during high school (over and over again).
      19. Instrumental musics.
      20. Cold, rainy nights - awesome for good sleep. Plus, the smells of grass after rainy days.

      -----------------------

      21. Look at the clock on the phone, and it shows 11.11 or 12.34
      22. Stalking.
      23. Autumn leaves and blowing dandelions.
      24. Girlfriends.
      25. You. :)


      Let's spread happiness :)

      Hardship is His Mercy in disguise ^_^

      Anyone who read this, feel free to join! Especially korang kat bawah ni hehe

      Siti Yang Menaip
      Budak Vanilla
      Amy
      Nani
      Anizz



      These are the rules:-1. Create a new post + Insert the theme picture above
      2. List 25 things that make you happy most of the time (it can be in any language that you want)
      3. Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
      4. Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
      5. You can also share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)


      Hari ni dah start semester baru. T_T Happy happy! Kena happy!
      Okayy, bye!


      HK, Czech
      160214

      Video Mapping

      February 12, 2016

      11/ A Wall

      Look at this unbelievable video mapping :D 

      Source - YouTube


      Video mapping ni ialah aktiviti masa Signal Festival kat sini. So far, festival ni ada kat Prague dan beberapa bandar lain kalau tak silap (tapi takde kat Hradec Kralove sobss). And yeah, it is held annually.

      Kat atas tu GIF je, kalau berminat nak tonton video penuh, boleh tengok sini :)



      Setiap kali signal festival, selalunya ada hal lain yang kena buat ataupun rasa malas betul nak ke Prague. Jadinya, saya cuma tunggu kawan-kawan Prague update Instagram diorang ataupun any videos on Facebook. Video mapping ni bukan sekadar ada kat satu bangunan je, but it will be on few buildings all over Prague! 

      signal festival prague
      Czech Tourism



      So, in case you are coming to Prague this Autumn (October), you can experience this :) 



      signal festival prague
      Czech Tourism


      Jadi, apa video mapping ni sebenarnya?

      Asasnya, macam projection slides dalam lecture tu je. Tapi ni dalam skala yang besar dan bukan atas dinding / skrin yang tegak, lurus semua tu. Biasanya dipancarkan ke dinding bangunan ataupun siling bangunan (contoh macam church ataupun bangunan Gothic, siling diorang penuh dengan ukiran semua tu). Dengan pancaran ni, seakan-akan dinding tu hidup. Nak lebih hebat lagi, gambar yang dipancarkan tu macam 3D :) 

      HK, Czech
      160212

      Shades of Pink

      February 11, 2016

      /10 Pink


      I am a pink-color lover. <3

      Pink ni cantik kan, mesti la suka. Masa 1st year kat sini, ya Allah memang semua benda nak pink. Dengan first time nak beli winter coat / jacket, saya terbeli satu jaket ni, color pink. Boot pun color pink. Bila orang cakap comelnya boot, rasa nak gelak je. Sebab tu boot kat bahagian kanak-kanak. Saiz kaki saya sama dengan budak umur 12-16 sini. Kalau tak silap lah :)

      Sampai setahun lepas tu, saya beralih ke purple. Mungkin sebab penat tengok pink kot. Apa yang saya dah ada, saya guna je yang pink tu. Apa yang kena beli lain, macam cadar, duvet tu....memang purple lah yang dituju.

      Tapi sekarang dah neutral dah. Mana-mana pun okay :)


      How men and women see colours:
      Source - 9GAG



      Kalau nak refer gambar atas ni, saya kategori yang belah lelaki tu. Noob sangat. Saya tak pernah ambil kisah pun sebelum ni colors ni ada banyak kategori. Pada saya, apa yang nampak macam hijau tu ialah hijau. Kalau ada hijau campur biru2 sikit, itu hijau kebiru-biruan :D

      Throughout years living here, baru la saya belajar sikit-sikit beza colors ni.

      Yang paling senang ingat ialah turquoise. T__T

      Anyway, ni shades of pink yang saya jumpa online. :)

      shades of pink
      Wikipedia - warna mungkin berbeza ikut skrin masing2 



      Saya suka salmon pink. Korang?

      :)

      p/s - Nanti saya ganti post /8 & /9 yea :)

      HK, Czech
      160210

      Guess What I Ate Here

      February 8, 2016



      /7 I Ate Here 




      smiley food
      :) Senyumlah senyumlah ahaaii cekmek molek. 

      Okayyy, kita main teka teki pulak. Guess what is this.... :) Senang sangat ni.

      Nanti saya reply comment sama ada jawapan betul ataupun tak. Siapa yang jawab betul, tepuk bahu masing-masing, cakap tahniah! Haha.

      Kalau yang jawab betul tu nak request poskad pun boleh aje hihi :)

      Byeee, salam.

      HK, Czech
      160207

      Just Now - Pizza

      February 7, 2016

      /6 Just Now 

      Photo Challenge <--- Click here to join! 

      pizza sardin
      Pizza dengan sos special dari tanah air. :D Sos Cili Kimball! 



      Just because I've been craving for this for the past few days....

      Kat kepala asyik terbayang-bayang pizza.

      PizzaPizzaPizza

      Nak baca buku, tak masuk apa, asyik teringat pizza.

      Tak boleh jadi, terus bukak website pizza kat sini. Call, order semua, wah, tak sampai 30 minit dah sampai rumah!

      Cumanya.... saya order pizza diameter 30cm (small), orang yang ambil order tu salah dengar, dia ingatkan 45cm punya. Ah sudah.


      pizza sardin
      Pizza ni isinya sardin, telur, cheese, black olives, mozarella


      Bajet boleh tahan 2 hari punya makan ni. Kononnya...

      Akhirnya, belum sampai sehari, dah tinggal separuh. Aduhai.




      HK, Czech
      160206


      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 遂川县| 灵寿县| 富锦市| 瑞金市| 晋城| 乌兰察布市| 宜章县| 栾城县| 深水埗区| 三门峡市| 广平县| 兴国县| 洛阳市| 阿克陶县| 泗阳县| 商河县| 伊川县| 汤原县| 梨树县| 灵丘县| 苏尼特右旗| 宜丰县| 海晏县| 临湘市| 马鞍山市| 敖汉旗| 阳城县| 名山县| 抚顺市| 东丰县| 曲松县| 通许县| 丹凤县| 罗山县| 新源县| 嘉荫县| 英山县| 桃源县| 陕西省| 江孜县| 正宁县|