Goodbye Bingen! (Video)
January 9, 2016
Settle Koblenz, kitorang pun pulang ke Bingen. :) Dah nak habis dah lepak-lepak Bingen ni. T_T
Lepas packing barang semua, pulanglah kami ke Czech. Perjalanan sampai ke Prague dalam 5-6jam macam tu, rasa pendek sikit berbanding perjalanan masa mula-mula ke Bingen. Maybe guna highway lain kottt (skip Nuremberg)
Goodbye Bingen, goodbye Autobahn, goodbye Germany.
v Khaulah, HK, Czech
160106
Hari Terakhir di Bingen, Germany
January 8, 2016
Cik Juwaily yang drive masa ke Koblenz. Okay la jugak, sebab kalau kitorang yang drive, memang masuk highway la rasanya - tak merasa lalu sebelah sungai Rhein. Masa nak set up GPS tu pun, kena pilih alternative route, sebab route yang dicadangkan memang masuk highway.
Sungai Rhine kat sebelahhhhh :D :D
---------------------------
Ni kat Bacharach rasanya. Town masa on the way dari Bingen ke Koblenz.
---------------------------
Saya tak pasti betul ke tak, tapi apa yang saya perasan, lampu isyarat kat sini selalu merah tapi akan bertukar hijau bila kereta kita dah approaching traffic lights tu. Macam ada sensor je.
Bangunan2 kat area sini pun lebih kurang yang macam Rudesheim tuu :)
---------------------------
Ada insiden sikit masa nak keluar dari carpark ni. Haha, geram ada tapi redha lah T__T.
-------------------------------
Ke mana kitorang lepas tu?
Bersambung :)
Bila dah sampai Koblenz, memang nampak tempat shopping merata-rata. Ada mall besar jugak yang kat sini kitorang meet up Aisya & Kak Atie lepas parking kereta. Carpark pulak, payah nak park kereta tepi-tepi jalan tuu, jadi, cari carpark yang macam building gini. Dalam 7 tingkat camtu.
Ada insiden sikit masa nak keluar dari carpark ni. Haha, geram ada tapi redha lah T__T.
Kat sekitar ni, boleh la nak shopping kalau nak. Saya takde apa nak beli pun masa ni, window shopping je :D Ada kedai ala-ala reject shop kat sini, kalau korang nak beli barang branded dengan harga murah. Periuk Tefal pun adaaa.
Lepas tu, terus cari makanan. Ramai jugak yang dah lapar. Dalam mall tu ada kedai makanan ni, bila Aisya kata ayam dia halal, memang aim ayam je. Mana nak dapat weh, ayam halal selain Turkish kebab & kedai Pakistani. Ni ayam bakar kot. :p
Saya order suku ayam dan nak add up cendawan, saya minta la 100g pastu nak dijadikan cerita orang kedai tu bagi seketul cendawan yang beratnya 100g. Speechless. Boleh bayangkan atas pinggan tu ada seketul ayam dan satu cendawan. Malas nak order lain, jadi saya makan je apa yang ada sambil rasa-rasa sikit salad, kentang orang lain. Hehe. Semua sedapp, cuma ayam masin sikit. ^_^
Lepas makan, terus hajat ke masjid untuk solat. Jalan jalan jalan cross bridge jalan lagi, sampai la masjid. Mula-mula dari jauh nampak dah pintu bangunan masjid tu macam buka, masa sampai depan bangunan, pintu dah tutup. Pastu kitorang ding dong bell rumah yang mana ada nama Islamic sikit. Ada seorang makcik nyahut dari tingkap dia. Kitorang yang tak faham Deutsche ni memang menyerahkan semua soalan kat Aisya, Cik Juwaily & Kak Atie.
Nak dijadikan cerita lagi, makcik tu pulak tak faham bahasa Germany! Hahahaha.
Makcik tu cakap bahasa Turki rasanya. Tapi dia baik sangat nak tolong guide kan kitorang ke masjid. Masjid dah pindah tempat lain sebenarnya :)
Kitorang tak dapat solat kat dalam ruang solat masjid, tutup rasanya. Tapi makcik tu bawak pergi rumah kawan dia. I guess, ni rumah orang yang kerja kat masjid rasanya. Sebab Aisya kata Cik Juwaily pun solat kat rumah orang lain.
Dan makcik ni pun baik jugakkkkk :) :) :) Siap sediakan minum2 petang. May Allah bless you!
Yang warna oren hijau tu, ubi keledak yang rasa macam labu. Ke labu yang rasa macam ubi keledek. Confuse dah.
Tapi semua sedap memang sedap.
Kat sini memang buat diri terfikir, bila berada kat tempat yang Islam ni minoriti, terasa ukhuwah tu bila berjumpa dengan saudara seIslam, Walaupun ada language barrier, walaupun tak pernah jumpa pun sebelum ni. That's the power of our same faith :)
Settle solat semua, kitorang singgah jap supermarket kat Koblenz. Mula-mula Netto, pastu Rewe. Yang uniknya, kitorang yang duduk Czech ni ingatkan supermarket Germany - yang macam Kaufland, Albert, Lidl tu dah cukup famous dah, tapi rupanya tak sangat kat Germany sendiri. Macam-macam supermarket besar lain ada kat sini.
Coklat Rittersport kat sini, harga 99 sen Euro. Murah murah! Dengarnya kalau ada promosi, lagi murah! Yang best, sebab banyak pilihan flavor yang takde sangat kat Czech. Boleh borong sakan kalau nak :)
-------------------------------
Ke mana kitorang lepas tu?
Bersambung :)
v Khaulah, HK, Czech
160106
Jalan-jalan Christmas Market, Rudesheim, Germany
January 6, 2016
Meh nak sambung jap. :D
Lepas pusing town Bingen, kitorang pun naiklah feri ke seberang. Tiket takyah beli dah sebab tiket bas tadi dah cover sekali. Nice!
Macam dalam post sebelum ni, saya ada mention bandar sebelah ni namanya Rüdesheim am Rhein. Aisya nak bawak kitorang pergi Christmas market kat situ. Tak sure sama ada takde Christmas market kat Bingen atau tak. Haha tapi tak kisah lah, mana-mana pun I follow youuuu.
Korang boleh baca pasal full coverage apa yang ada kat Christmas market tu dalam blog Aisya yang masa dia pergi dengan blogger Fit. Memang lebih kurang sama la aktiviti kitorang kat situ. ^___^
Saya nak taip post ni pun kena refer blog post tu. HIHIHI
Christmas market kat Rüdesheim ni macam lagi menarik, lain sikit dengan yang kat Prague. Kat Prague, lebih kepada booth2 yang dibuka kat dataran yang besar atau orang lebih kenal dengan nama 'Old Town'. Tapi kat Rüdesheim ni, ada banyak lorong-lorong, pastu macam2 benda ada kat semua lorong tu. :D
Dan decorations lebih cantik. Memang lip lap lip lap sana sini. Macam Aisya cakap tu lah, bila winter ni, memang gloomy, moody, depressed je rasa sebab tak dapat cahaya matahari. Langit pun mendung, tak pun snow (tapi snow ni lain sikit kategori gloomy dia - ni gloomy tapi teruja haha). Bila colorful kat Christmas market ni, feeling dia happy lain macyamm.
Ni kedai pertama yang kitorang singgah. Sebab nak beli poskad. :D Ada jam yang macam ni jugak. Kalau memang teringin, tutup mata pastu bayar okayyyy! Kurang istilah tawar menawar kat Eropah ni T___T.
Credit - Google. Dalam cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge ada scene yang SRK bagi Kajol cow bell ni kan? Haa, kalau tak silap, kat kedai tu pun ada jual :) |
Actually, kalau korang masuk belah dalam lagi kat Christmas market tu, korang boleh jumpa postcards, snow globes, any souvenirs etc dengan harga yang lebih murah :D Takpelahhh, tu rezeki kita masa tu.
* tips souvenirs - kalau korang jumpa offer postcards 3-4 keping for 1 Euro = dah kira okay sangat dah tu. Snow globes pulak dalam 2 Euro untuk yang kecil, 4-8 Euro yang sederhana & besar.
Dulu masa awal2 travel, memang kumpul snow globes ni, tapi dah stop bila entah. Kumpul postcards je pastu tampal kat dinding macam collage. :D
Orang sangat lah ramai, mungkin sebab weekend jugak. Dan kalau kedai-kedai kat bandar tutup, haruslah ke sini kalau nak night life. Night life kitorang, yang macam2 ni je lah, jalan-jalan tepi sungai etc. Kalau kat Czech, memang tak mampu nak ikut rentak diorang - weekend night = pub, bar. Pernah sekali teman junior pergi group dinner - tetiba dinner tu sebenarnya buat kat bar. T___T Haru.
Niat di hati nak makan cendawan goreng. Sebab baca blog Aisya ni laaa, memang teruja habis sampai tak perasan pun cendawan tu jenis macam mana. :D Mungkin sebab dah terbayang-bayang cendawan goreng Malaysia yang salut tepung tuu. Tapi, apakan daya, cendawan butang lagi famous kat sini. T___T
Tiba-tiba teringat kat mak. Mak saya alergik cendawan butang ni. T_T Kesian, sampai takleh bangun dari katil, muntah bagai.
Akak yang tolong masakkan cendawan ni orang sama macam masa Aisya pergi dulu. Hehe. Memang laju la dia buat untuk banyak2 sekaligus.
Tadaaaa, cendawan kat bawah, roti kat atas. Sekeping. This time Aisya takde la bawak extra roti siap-siap dari rumah. :D
Kitorang ada beli hash brown look-alike. Nama dia Reibkuchen (gambar atas kanan).
Teringat Aisya & Cik Juwaily memang siap explain yang hash brown tu very oily. Kot-kot la kitorang tak makan, sebab medical students jaga makan katanya. -_-' Hahahaha. Entahlah saya rasa nak gelak ke camna. Ada je antara kitorang yang tak suka minyak-minyak ni, mungkin jugak sebab dah terbiasa kat kelas pun banyak mention pasal pemakanan ni, tapi..... sebab holiday kan. Hehehe. Saya bedal je. Memang sedap punnn, cicah dengan sos epal.
Tapi, sebab dia oily, tak termampu nak makan banyak. Cik Juwaily yang kena habiskan :p
Almond & kekacang lain banyak dijual kat sini :) Pelbagai perasa pulak tu, cuma kena hati-hati ada jugak perasa yang ada alkohol. Saya pilih gajus Raffaello. Semua beli berbeza rasa, jadi boleh try banyak jenis. Kat bandar saya, paling favorite gajus karamel. Fuhhhh, namun hanya di Christmas market, setahun sekali ye T_T
Ni lagi rare, semua buah, sayur nak disalut coklat. Epal, pisang, anggur, ceri bla bla bla. Kalau epal tu nampak macam biasa kan? Tapi kalau cili pun nak bercoklat....... er, boleh la try buat pasaran kat Malaysia. Hehe, masa Siti Nurhaliza kahwin dulu, start famous strawberry & coklat kannn. Nah, try try.
Trdelnik macam kat Czech pun ada. Tapi kenapa kat sini nampak lebih menarik ni?? T___T
Tempat ni memang berbukit2 sikit. Dengan sejuknya, terketar juga rasa kaki ni. Semput pun iye. HAHA.
Tapi view memang cantik sangat. Masa sampai sini, memang teringat kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Saya tak pernah sampai sini lagi, tapi banyak tengok gambar2 kawan Instagram kan :) Reka bentuk bangunan macam nak sama dah.
![]() |
Source - Google |
Masa nak on the way balik ke jeti feri, kitorang singgah kat kedai minuman ni. Aisya bagitaw yang kita boleh order Kinderpunsch (baru tahu yang kat Czech pun ada minuman ni). Ni sebenarnya air untuk kanak-kanak yang tak boleh minum alkohol. Air campuran buah-buahan yang panas, masam-masam sikit.
Cawan dia tuu boleh la nak simpan jadi souvenir, kalau nak jual balik kat gerai tu pun boleh. Kiranya harga yang korang bayar tu ialah untuk air & cawan. 2-3 Euro eh, kita lupa dah, Aisya.
--------------
Nah, layan gambar ^_^
Gerai yang jual pen yang menarik! |
Hiasan rumah diorang. |
![]() |
Macam ni pun adaaaa. Coklat tuuu. |
If you happened to be in Europe during Christmas time (a week before), drop by at the market, okay? :)
Sambung lagi nanti :D Wow, lepak Bingen 3 hari pun boleh buat banyak blog post.
v Khaulah, HK, Czech
160106
Lepak-lepak Bingen, Germany
January 3, 2016
Tadaaaa, mee bandung! :D

Memang teruja lah, bila jumpa mee bandung, lagi lagi bila baru lepas exam masa tu. Perasaan nak makan sedap2 memang membara. Masa tu pulak abang ngah baru hantar gambar kuewtiaw goreng. Saja je dia ni. T_____T
Kitorang sampai lambat sikit dari plan, haha sebab tak tahu nak reach rumah Aisya camne. Masa ni lahhhhh baru discover the real way how to use the GPS! ;p ;p ;p Sengal betul rasa.
Adoidoidoi. Selama ni selalu terus pilih bandar (city center). Sebenarnya, kitorang siap plan nak cari kedai yang ada wifi free untuk set up waze T__T haha malangnya nama pun 'weekend' di Bingen...kedai mana yang bukak.
Pilih country >> letak poskod >> letak street name >> letak nombor rumah.
Adoidoidoi. Selama ni selalu terus pilih bandar (city center). Sebenarnya, kitorang siap plan nak cari kedai yang ada wifi free untuk set up waze T__T haha malangnya nama pun 'weekend' di Bingen...kedai mana yang bukak.
Kawasan perumahan ni memang rasa damai sangat. Teringat Aisya pernah cakap yang Bingen ni mati masa hari Ahad. Memang pun! :D Tapi sebab dah biasa Hradec Kralove ni pun sunyi masa weekend, so okay je. Pagi Ahad tu, lepas sarapan, memang duk bersembang je lah kat bilik Kak Atie.
Saat bila bagitahu orang lain yang nak pergi lepak2 jumpa kawan blogger;-
"Pernah jumpa dia ke sebelum ni?"
"Tak pernah."
".........."
Hihihi.
Macam-macam kisah jugaklah yang disembangkan. Dari kisah hidup Czech Germany, kisah belajar semua, teknik shopping online, ragam kawan sekelas etc. Seriussss, best sangat sembang dengan Aisya & Kak Atie ni.
Anyway, sorry taw kalau kita tak banyak cakap, kita ni senyap jugak sebenarnya. T____T
Lepas sembang2, Aisya turun pergi dapur, masak lunch dengan Cik Juwaily. :D Guess what, diorang masakkan nasi beriyani!!
Comel je lah diorang ni kat dapur pun. Mula-mula segan nak masuk sekali. Tapi, sebab nak spend time ngan Aisya, saya masuk jugak lahh, try tolong mana yang patut. Mujur la Cik Juwaily ni pun macam Aisya jugak, kepala sengal.
![]() |
Terbalik parking, ada pakcik makcik ni tegur suruh ubah kereta bagi sama macam posisi kereta putih tuu. T_T |
Kitorang lunch sambil tengok movie - Hotel Transylvania 2. Ala, cerita yang pasal dracula, Papa Drac dengan anaknya, Mavis yang duduk kat satu hotel, namanya Hotel Transylvania. Part 1 movie ni, pasal kisah seorang manusia, nama dia Jonathan yang tetiba je masuk hotel ni. Haha, cari la movie ni, recommended! Part 2 pulak sambungannya. :D
Lepas asar rasanya, kitorang bersiap2 untuk keluar jalan2 Bingen dan pergi Christmas market kat pekan sebelah. Aisya memang hebat la bahasa Jerman ni. Dia dengan Cik Juwaily yang tolong translate everything, termasuklah nak beli tiket pun. Haha, dan dan tu rasa helpless tak tahu apa2. Memang terus bergantung harap kat diorang berdua ni, padahal selalu bajet survivor je masa pergi travel mana-mana.
Dalam bas. Kitorang beli group ticket :) |
Bila cakap pasal bahasa ni....
Teringat insiden malu sendiri bila dapat tahu maksud Ausfarht. Masa drive kat Autobahn kan, jumpa la Ausfarht. Banyak betul signboard Ausfarht ni. First time jumpa Ausfarht, rasa macammm ohhh ni simpang nak masuk bandar Ausfarht. (saya memang suka memerhati simpang2 jalan raya ni -_-')
Pastu, bila ke depan sikit, nampak Ausfarht lagi. Hahaha dah kenapa semua simpang nak ke Ausfarht ni?. T_T
Ausfarht tu EXIT jugak. Lololol.
----------------------------------------------
"Biggest city in Germany. Almost every Autobahn exit directs to it.
- Damn, I missed the exit.
- Don't worry. The next one will be to "Ausfahrt" as well.
credit
Ausgang tu pintu keluar, ausfarht tu simpang keluar. Kan Aisya kan?
Anyway, kalau korang pembaca setia blog Aisya, mesti boleh tahu ke mana kitorang pergi masa cross river tu.
Hihi, sambung next post insyAllah!
p/s - Selamat sekolah esok T__T
----------------------------------------------
Ausgang tu pintu keluar, ausfarht tu simpang keluar. Kan Aisya kan?
Jangan tanya saya naik bus stop nama apa, turun kat mana bla bla. Haha ni memang duk follow Aisya je. Kan dah kata, feeling2 helpless, hopeless jugak.
Aisya bawak kitorang masuk ala-ala old town Bingen ni, kedai banyak tutup, so kitorang just menikmati la bangunan2 yang ada. Menarik jugak Bingen ni, bandar dia berbukit-bukit, nak naik pun ada masa termengah jugak ;p Orang tak ramai, tapi ada jeee. Kitorang ada lalu satu laluan yang ada building construction, teringat Aisya pernah cerita, orang kedai depan tumpang iklan kedai dia kat palang2 besi yang tutup construction sites tu.
Kat sini (even kat Czech pun), jarang sangat nak nampak iklan yang ditampal merata-rata. Iklan kena tampal kat board dia sendiri. Kalau kat Czech, biasanya board tu banyak kat bus stop, tram stop camtu. Kat Bingen tak sure pulak camne.
Castle di Bingen (lupa nama -_-') |
Jalan jalan jalan jalan jalan...
Tiba-tiba kena cross landasan kereta api. :D Satu benda saya perasan jugak kat Europe ni, landasan kereta api majoritinya tak berpagar. Kiranya takde la boundaries yang ni kawasan kereta api etc. Orang nak masuk tiba-tiba ke dalam train pun boleh (kalau tiba-tiba train tu berhenti depan rumah korang ke kannn). Tapi setakat saya naik train, tak dengar pun lagi orang kena tegur sebab takde valid tickets.
Jadinya, pengajaran untuk saya sendiri. Jujur. Jujur. Jujur.
:)
Oh yeee, Aisya ada cerita jugak yang kat sini famous dengan wine. Boleh la geng dengan Czech, duk famous dengan beer. -___-'' Dari rumah Aisya pun boleh nampak bukit (ke gunung eh?) yang penuh dengan ladang anggur. Cuaca tak mengizinkan sangat masa ni, kitorang terus nikmati view je :D Kalau kena masanya, boleh jugak petik2 anggur nak makan.
Ferrrriiiiii. Feri pada saya ialah nak cross Penang & Pangkor je. |
Terus jalan ke arah sungai, Aisya dah checkkan jadual feri. Weeeee, we are going to cross the river! Bandar sebelah nama Rüdesheim am Rhein. Bandar Aisya pulak Bingen am Rhein. Kalau korang perhati gambar kitorang dengan background feri tuu, boleh la nampak ladang anggur kat belakang tuu. ^_^
Nampak kan ada Rhein kat dua-dua nama bandar tu?
'Am' tu maksudnya 'at the'. Rhein ni pulak nama sungai. Satu fakta yang saya baru tahu bila datang sini, kawasan Rhein ni UNESCO Heritage Sites taw! Bingen ni pun termasuk, soooo, boleh la letak Bingen ni jadi laluan roadtrip korang. InsyAllah! Eheee.
Rhine river ni panjangnya 1230 km dan merentasi banyak negara. Kiranya Rhein river ni pun antara 2nd sungai yang terpanjang kat European Union, selepas Danube river (2860 km).
Danube ni famous jugak, kalau korang pergi Budapest, Danube ni lah sungai yang memisahkan Buda & Pest. Danube ni jugak pemisah Romania (Giurgiu) & Bulgaria (Ruse) <--- Kenangan sangat ni, sebab dua-dua ni laluan roadtrip Istanbul lepas :D
See, panjang kan Rhein ni! :D
Asalnya bila Aisya bagitahu pasal Rhein ni, saya terbayang2 Rhein Falls, Switzerland je. Tapi river & fall ni berkaitan sebenarnya.
Hihi, sambung next post insyAllah!
p/s - Selamat sekolah esok T__T
Hradec Kralove, Czech
160103
I've been tagged :D And I'm looking forward for the fridge magnet. Sekarang dah start bawak balik Malaysia dah my collections of souvenirs termasuklah fridge magnets ni. Ada a wall of postcards je sekarang kat HK ni. Thanks for the thought & tag, Farah :)
Saya tag Azra :)
Jom join jom! ^__^
Hradec Kralove, Czech
160103
Goodbye 2k15 (Part 2)
January 1, 2016
It was already a long post for the 1st part. :) Let's continue with the 2nd one here. Last part actually.
7. July 2015
The 1st month of summer break, at home! Finally!! :D House will always be my comfort zone. And travelling by flight during Ramadhan was a bit challenging. I managed to keep fasting for my flight from Prague to Dubai. But, Dubai was too hot that time, I can't survived and kept searching for water. And I was glad that my flight to Kuala Lumpur was at night and it was really nice to have sahuur on the flight with A LOT OF OTHER MALAYSIANS! :D
I sat near the window and there was a friendly uncle on the aisle's seat. He was very nice and excited to know more about Czech. He did travel from Dubai-KL frequently due to his job somewhere around UAE. I forgot the country, Iraq maybe?
I just want to say, I loved being called 'anak' by elder people. "Anak belajar mana?" Anak duduk mana?" Maybe it reminds me of my dad :)
Oh, kalau nak cuba minum something different - nah try Mango Lassi :D
8. August 2015
My favourite month of the year :D
I spent the first 2 weeks in different cities. From Kota Bharu to Petaling Jaya for my friend's wedding, then back to Kota Bharu to finish my elective practical in HUSM. Living in Kota Bharu for 2 weeks was a nice experience and spending time with my friends' family was the best part. The funny part was when I always tend to use Perak dialect to speak with Kelantanese. Ouchhhh.
My first experience with domestic flights also happened last August. Firefly KB-Subang-KB, then AirAsia KB-KLIA2. I am looking forward for more flights from KLIA2 this upcoming 2016 :D
I read about tourism in North Korea and ended with a book entitled The Girl with Seven Names. Interesting book to know more on life in North Korea. :D
9. September 2015
The highlight of this month was my first participation in Free Run! Hihihi. Excited!
And I spent time with my cousin in Penang :D I planned for this kind of holiday with her since last few years and finally it happened! We went for adventurous days hiking somewhere in the middle of hazy evening and also in Escape Park.
The end of September was the moment I need to return to Czech T_________T
10. October 2015
The rest of month was full with classes, normal life.
11. November 2015
Autumn was the best part of November :D
The weather was not that cold in November, I still managed to cycle to school everyday (even in December actually). Hehe.
12. December 2015
A busy month with so many things happened last few weeks. I managed to settle 2/4 my final exams. Went for a road trip to Bingen, Germany to spend time with Aisya. And continue with a road trip to Italy the next day after I arrived home from Bingen.
Subscribe to:
Posts (Atom)