Kisah Di Hari Bermulanya GST
April 2, 2015
Salam semua, :) Fuhh, 1 April saya hari ni memang packed dan mengancam sekali. :)
Ada good news, ada bad news untuk diri sendiri. T_T
Meh la share dua-dua. Nak dengar mana satu dulu. Okay2, good news dulu la ye.
Alhamdulillah, hari ni dah selesai satu final exam - Neurology. Ni pasal saraf-saraf, dan penyakit2 yang berkaitan dengan sistem saraf kita. Wah, rasa lain pulak guna perkataan saraf ni, #ohmymelayu. Maaf lah, dah terbiasa belajar medical terms in English. Dan sekarang ni baru dapat kesedaran yang nanti nak serve people kat Malaysia, kena la tahu bahasa pasar / Melayu sesuatu benda tu kan T_T
Dan bad news nya. Huhu, handphone rosak di pagi hari nak exam. Tak boleh nak switch on langsung. Padahal baru je sebelum tidur tu set alarm. T_T Ah sudah, macam mana nak bukak whatsapp untuk update ODHJ, mesej parents & kawan2.
Terkilan jugak sebab phone tu baru setahun 7 bulan, bagaikan menatang minyak yang penuh, tak jatuh banyak sangat. Takde buat masalah sangat pun.
Itulah.
Terkilan jugak sebab phone tu baru setahun 7 bulan, bagaikan menatang minyak yang penuh, tak jatuh banyak sangat. Takde buat masalah sangat pun.
Itulah.
Sedih.
Tapi setiap sesuatu yang wujud tu akan ada masa sakitnya kan, hidup kita mana ada straight je sepanjang masa, ada masa kena belok kanan, kejap lagi kena belok kiri, kejap MC, kejap sakit kepala. Phewww. #lessonlearned
Sekarang, hahahaha kembali la kita ke zaman tab sebagai phone. Cuma, memang lost semua contact numbers sebab selama ni save in phone T_T. Dah hantar phone ke servis tapi technician pun tak pasti dapat betulkan or tak. Harga tu terbaik lah, RM250 kalau dia dapat baikkan, RM40 kalau dia tak dapat baikkan. Fuh, tak tahu nak harapkan mana satu.
Doakan ye phone cepat baik, tak mampu nak beli baru sebenarnya. T_T Dah tu, jadi pulak pada hari 1st GST, Memang drama sangat rasanya. :D
Gambar nature banyak dalam phone, hihi redha lah kalau kena format habis. :)
Timelapse pun banyak. T_T Redha Nina, redha. Tawakal, ada rezeki, tak hilang lah apa-apa pun. Tapi kalau hilang, takde rezeki la tu.
Oh ya, korang apa khabar? :)
Macam mana hari pertama GST?
Macam mana hari pertama GST?
Hradec Kralove,
150401
Menuju Hari GST
March 28, 2015
Phew.
Walaupun sekarang ni bukan kat Malaysia, tapi masih terasa bahangnya nak dekat 1 April. Bukan setakat ada final exam hari tu nanti, tapi sebab 1 April tu jugaklah mulanya GST tu. Jujur, memang tak berapa faham sangat. Dah cuba baca banyak info kat macam-macam tempat tapi serius tak faham.
Sekejap kata barang sekian sekian tak naik harga, tapi tiba-tiba tengok ada banyak list barang yang naik harga (yang dikatakan tak naik harga) diviralkan kan FB etc.
Pengangkutan katanya tak naik harga, tapi tambang bas, komuter sekian sekian naik jugak.
Ke saya memang salah faham sangat ni? Haha.
Jadinya, apa langkah kita nak hadapi GST ni?
Sunshine, for Us :)
March 24, 2015
Spring is here, yeay!
Sejak dah officially masuk musim bunga Jumaat lepas, dah boleh nampak banyak perubahan kat sini.
Orang dah mula berpicnic kat tepi sungai.
Dah tak ramai pakai coat / jacket tebal.
Of course, no more winter boots.
Pagi-pagi bermandi peluh sesampainya di kelas.
Aiskrim di mana-mana.
Short skirts pun sama.
Dan....
Tak lupa jugak, itik tidur kat hospital.
Seriously, I cannot brain you, ducks! Haha.
Rasanya, mungkin hospital ni bukan setakat mesra pengguna tapi mesra haiwan. Tapi bukan anjing peliharaan la, yang ni tak pernah nampak setakat ni :)
Itik, Tupai. Arnab.
Suka ria betul diorang ni menikmati cahaya matahari yang terik ni.
Satu benda yang terlintas di fikiran masa tengok itik ni, pheww betapa perlunya bersyukur adanya matahari. Saja nak share, cahaya matahari penting jugak taw untuk improve mood kita. Dulu pernah kawan bentangkan pasal tahap depression kat negara yang kurang dapat cahaya matahari ni. Kira negara yang ada macam-macam musim ni :)
Seasonal affective disorder (SAD)
SAD ni sejenis depression yang berkaitan dengan perubahan musim ni. Ada orang ciri-ciri depression tu boleh kita nampak masa musim luruh hingga musim sejuk - jadi namanya winter depression. Dan ada jugak yang terbalik, ciri-ciri depression bermula masa musim panas - summer depression
Orang yang depression ikut musim ni, biasanya akan mula dan tamat pada jangka masa yang sama.
Diorang akan penat, cepat lapar, craving for high carbs food, naik berat badan, takde semangat, banyak tidur dan tak lupa jugak, sensitive. Masa winter lah, orang biasanya lebih moody. :p Cepat sensitive kalau tak kena cara dia.
Macam mana terjadinya SAD ni?
Tak pasti sangat mekanisme untuk summer depression, jadi saya share untuk winter depression la eh?
Masa winter, kan siang pendek dan malam panjang. Dan dah pasti lah, cahaya matahari kurang, jadi kurangnya hormone yang kawal mood kita. Dan masa gelap pulak, badan keluarkan banyak hormon melatonin - tu yang rasa lemah, ngantuk, rasa nak tidurrrr je sepanjang hari.
:)
----
Okay, tu je setakat ni nak share. Maaf, tak dapat nak update blog selalu. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan dalam blog ni bermanfaat :)
Na shle!
Assalamualaikum.
Hradec Kralove,
150323
Gerhana Matahari Bakal Berlaku Hari Ini
March 20, 2015
Siang dah semakin panjang, malam dah bertambah pendek. Bermakna, musim sejuk dah ke penghujungnya, dan ada juga yang kata dah masuk musim bunga dah :)
Subuh sebelum 5pagi, syuruk sebelum 6pagi. Untuk orang yang tak biasa tidur lepas Subuh, dah kena praktis tidur awal. Hehe.
![]() |
Selasa, 17/3/15 - syuruk 6.02am |
Oh ya, hari ni, Jumaat 20hb 3 bakal mencatatkan sejarah gerhana matahari.
Rasa dah lama sangat tinggalkan sains sekolah rendah pasal gerhana2 ni. Jom sama-sama baca balik untuk at least tahu la sikit asalnya macam mana gerhana berlaku. Hehe, mudah je insyAllah sebabnya, kita dah tahu benda ni sebagai pengetahuan am sebenarnya. :)
1. Bulan bergerak ikut orbit dia mengelilingi bumi kan? Dan satu pusingan bermakna sehari - siang dan malam. Pada masa yang sama, bumi pun akan bergerak ikut orbit dia mengelilingi matahari. Dan satu pusingan yang ini pulak bermakna setahun.
2. Setahun pusingan bumi keliling matahari pun bukanlah tepat 365 hari, tapi kalau tak silap 365.25 hari. Jadi, sebab tu kita ada tahun lompat setiap 4 tahun, maksudnya 366 hari untuk tahun tersebut.
3. Gerhana matahari berlaku bila bulan akan berada betul2 di antara matahari dan bumi. Nampak je bulan ni kecik, tapi jarak dia dari matahari tu, buat dia masih mampu untuk tutup cahaya matahari tu :)
4. Tak semua tempat akan dapat tengok gerhana matahari ni, dan kat kutub utara yang boleh tengok gerhana matahari penuh. Cuma tempat lain tu akan dapat rasa jugak perubahan ni. Gerhana akan berlaku kat Czech bermula 8.41 pagi sampai 12.50 tengah hari, gerhana paling maksimum masa pukul 10.45pagi nanti.
Tapi saya masih dalam kelas masa tu nanti :)

Area seeing the total solar eclipse.
More than 90% of the sun is covered.
Up to 90% of the sun is covered.
Up to 40% of the sun is covered.
Eclipse is not visible at all.
Note: Percentage values (%) relate to moon coverage of the sun and depends on location. Visibility is weather permitting.
5. Apa yang buat gerhana matahari hari ni lebih menarik? Sebabnya gerhana matahari berlaku pada hari berlakunya jugak March Equinox (yang sebelum ni last berlaku masa tahun 1662!). SubhanAllah!
Equinox ni apa pulak la? Equinox ni bila bumi akan rasa tempoh siang dan malam yang sama. 12 jam siang, 12 jam malam. :) Berlaku kalau ikut pemahaman saya lah, bila nak masuk spring ataupun autumn setiap tahun.
6. Kat area Malaysia pulak, insyAllah gerhana matahari separuh bakal berkunjung tahun depan dalam 8-9 Mac 2016. Tapi, paling ketara kalau tengok di Indonesia.
-----------------
Satu perkara yang saya boleh ambik pengajaran dari peristiwa gerhana ni, hmmm. rasa macam tersedar balik yang sebenarnya saya duduk atas bumi yang bergerak. Hebat kan ciptaan dan kejadian yang Allah buat. Kalau ikut apa yang saya baca, bumi bergerak lagi laju 2x ganda dari Boeing-777. Tapi alhamdulillah, manusia dijaga untuk selamat masa pergerakan tu.
The Messenger of Allah (p.b.u.h) said, “These signs that Allah sends are not for the death or life of anyone, but Allah makes His slaves afraid through them, so if you see anything of that [eclipses], then hasten to remember Allah and make supplication to Him and seek His forgiveness.” - al-Bukhari in Kus?f (no. 1059)
Let today become a day that reminds us to Allah :) Ameen.
Rujukan
- solar eclipse 20 March
- link tentang solat gerhana
**update 22.3.15
Salam Jumaat semua.
Hradec Kralove,
150320
Ambulans Udara - Helikopter
March 19, 2015
It's been a hectic week. :)
Tapi alhamdulillah, kesihatan okay, akal okay. Cuma, penat tu biasalah.
Dan sekarang ambik keputusan untuk stay back dekat hospital untuk buat revision. Dan this is my view everyday, except helikopter tu. Bukan setiap masa ada kat situ. Just landing, turunkan pesakit and parking tempat lain.
Tapi, setiap kali dia nak landing, bunyi dia memang dah boleh dengar walaupun dia jauh lagi.
Or mungkin laptop saya ni yang bunyi mengalahkan helikopter. Haha
Helikopter ni akan ambik pesakit dari jarak 100km radius dari hospital ni (kalau tak silap) dan memandangkan tempat saya dekat dengan bahagian utara Czech, memang helikopter jalan paling cepat untuk access mountain area yg banyaknya jadi border Czech.
Especially, orang yang injured sebab winter sports. :)
Post by Václav Mlejnek.
Tabik spring lah :)
Segmen Bloglist by JINDRISSKA
March 15, 2015
Wohooo.
Kali ni nak join satu segmen bloglist dari blogger dari negara sebelah Czech ni :)
Kalau nak tahu, Jind?i?ská tu nama satu tempat kat Czech, dan ia adalah sebuah menara. Sebutan dia boleh try Google translate na. Masih menanti Aisya berkongsi kisah kat sini, mesti ada something sampai terus letak as URL blog tuu. Haha.
p/s - Aisya, tak pastilah kita follower keberapa ^_^''
CLICK BANNER or SINI untuk join! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)