Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Warsaw, Poland (Part 1)

      February 18, 2014

      Hi! Assalamualaikum. 

      :)

      I'm back and hopefully I will not ignore this blog again. 

      ---------------

      Just got back from Warsaw the day before yesterday. Yep and today I have started my classes for summer semester. Penat belum hilang sepenuhnya, tapi alhamdulillah okay je, mampu cergas lagi :D

      Sooo, how was the trip? I can say Warsaw is quite amazing, with beautiful architecture, infrastructures; I mean it is so modern; not a typical European city - compared to Prague (quite classical with its heritage). ;p We went to Warsaw by train from Hradec Kralove, Czech with two transits - Pardubice and Ostrava. The journeys started with not good time-management (mine). T___T While buying few Fornetti (small breads), I made my group missed the train because of less than one minute late. Sorry :( Then, we supposed to stop at Ostrava hlavni nadrazi (main train station), but we went out at an earlier station. Lol. Fortunately, the train that we need to board to go to Warsaw, also stop at that station. :p



      We arrived at the Warsaw Central at the estimated time :) Hehe thanks to Qina, the junior who welcomed us at the train station - otherwise we do not any Zloty money to even buy the tram's tickets T_T The money exchange was already closed at that time. 


      In Warsaw, there are a lot of buses & trams; while underground metro do exist but we didn't use it at all. Aha, the ticket price; 3.40zloty for 20 minutes, 15.00zloty for 24hours. The currency at the time 1Euro = 4.11zloty. It is quite similar (a bit higher) than Malaysia (1Euro = RM4.50).

      Since we arrived at night, there are not so many things to be explored; actually not with the backpack :p. So, we just went to have dinner at Arkadia - one of shopping malls in Warsaw. To be honest, there are loadssss of malls there! Like seriously a lot! - Same with cafe, fast food restaurants - name it - you can get it almost at all streets. I'm not a shopaholic, so I don't really see that as attractions.


      We planned to eat at a Polski restaurant - Zapiecek; but it was already closed, so we ended up in Sphinx restaurant. I ordered spaghetti bolognaise - in which I feel so noob for not realising all bolognese contain meat T_T (it is not stated there though!) I just ate up some portion of my friend's food :p 

      Some people and even an ustaz said that meat, chicken in Poland is halal - due to most of Polish people are commited to Christianity (they said the way of slaughter kind of similar to 'ahli kitab'). But it depends on how you believe about it. I am not sure it is for the whole Poland or only KFC. Since I don't really set my mind to accept/reject that fact - I just choose not to eat. 

      "Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a.  berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh banyak umat manusia. Barangsiapa menjaga diri dari perkara-perkara yang syubahat itu, maka ia telah menjaga agama dan dirinya. Dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara yang samar (syubahat) maka ia akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Sepeti seorang pengembala yang mengembala di kawasan daerah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah segumpal daging itu ialah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

      If you do believe you can eat it, proceed. :) I was expecting more cheaper seafood in Poland - because it has its own sea. But looks like Poland is similar to Czech in this case. 

      --------------

      We reached our junior's apartment nearly midnight - by walking through cold wind to save money. 

      Lets the adventure continues; next entry. :D

      Ad-Deen, Buzulucka
      140218
      0714


      Tips Mendaki Untuk Newbies

      October 26, 2013

      Assalamualaikum semua. :) 

      Tahun kedua saya kat sini, saya baru discover satu hobi baru - mendaki. Setakat ni baru 2 kali je mendaki gunung/bukit kat Czech ni, insyaAllah more to go. Setiap pendakian tu penuh dengan pengalaman yang tak pernah sama. Macam orang yang tak hebat masak macam saya, setiap kali masak makanan yang sama, belum tentu dapat rasa yang sama. Kan? :p hahaha

      Pengalaman tu berharga, cuba cari dan ambil ibrah di sebalik apa yang berlaku. Tak semestinya perkara yang berlaku tu mesti perkara2 yang buruk. Apa-apa yang kita nampak dan rasa tu, kita boleh hayati dengan mata hati :)

      Okay, berbalik pada tajuk. :)
      (hee, saya berkongsi sekadar dari pengalaman saya mendaki kat Czech je ya, untuk pendakian setengah hari dan bukan bermalam)


      --------------------------------------

      1. Niat

      Betulkan niat. Kita nak buat sesuatu aktiviti tu untuk apa. Biasanya flow aktiviti kita agak seiring dengan apa yang kita niatkan. Cuba niat, mendaki ni kerana Allah, Dia suka kan hambaNya yang sihat, dan semua Muslim pun kena jaga kesihatan,  itu kan sebahagian dari 10 muwasafat tarbiyah kita, Qawiyyul Jismi. :)


      2. Fizikal

      Jujur saya cakap, tahap kecergasan saya tak cukup kuat untuk mendaki berterusan terutama dengan cuaca yang berbeza dengan negara sendiri. Mendaki pada suhu 1-15 darjah Celcius tu pun dah agak mencabar, belum ambil kira tahap kesukaran pendakian. Jadi, dalam seminggu dua sebelum nak pergi mendaki tu, cubalah buat aktiviti fizikal, tak kisah la korang ke gym ataupun sekadar naik turun tangga rumah. Macam saya, yang termampu ialah jalan kaki pergi balik kelas dan pergi beli belah kat Tesco tanpa naik bas.


      3. Mental

      Memandangkan fizikal tak cukup kuat, mental pun main peranan tahu. Sejauh mana kita bagitahu kat diri sendiri yang kita boleh buat, macam tu la hasilnya. Penguat semangat orang kata. Semangat tu la yang akan suruh kita bawak jugak kaki kita teruskan perjalanan.


      4. Makanan, minuman

      Sepanjang pendakian tu, macam biasalah ada tempat-tempat yang boleh jadi pit-stop. So, kat sinilah kita nak berhenti berehat sekejap. Kalau ada yang dah penat, try makan energy bar untuk dapatkan tenaga dengan cepat. Dan make sure bawak air minum. Saya suggest better bawak air yang bergula, macam teh panas dalam flask. Tak elok sangat bila badan kita dah hilang banyak air melalui peluh, pastu kita minum air kosong banyak-banyak. 

      Jangan makan masa tengah berjalan, nanti buncit. Salur darah tengah busy nak supply darah kat otot-otot, pastu kita cari pasal makan sambil jalan, bila masa darah tu nak banyak kat perut nak digest, kan?



      5. Pakaian

      Better pakaian outdoor. Kalau korang pernah tengok budak-budak kat sini, memang details sangat diorang. Nak main sukan sekian sekian, ada pakaian khas untuk setiap tu. Lain dengan saya, main lah apa sahaja, sama je pakaian sukan. Make sure pakaian yang lembut, ringan, serap peluh, dan 'berangin'. Dan paling penting, selesa dan menutup aurat. :) Kasut jenis grip dan kalau tempat yang korang nak daki tu baru lepas hujan, pakai kasut sukan yang kalis air (or separuh kalis). Mana lah tahu terpijak tanah mendap, habis dengan stokin sekali lembap. T___T


      6. Duit

      Especially untuk transport. Dalam hutan, atas bukit, gunung, tak pernah jumpa kedai ke supermarket (kat sini la ye), so, tak bawak banyak sangat pun takpa.


      7. Ubat-ubatan

      Kalau rasa kita ni jenis fragile, senang cedera, baik buat persiapan awal-awal ye. Bawaklah bandage ke, minyak gamat ke, plaster ke etc. Macam hari tu, masa daki bukit yang berbatu, pedih jugak la hujung-hujung jari ni. Kalau ada girls yang tengah menses, pakai pad overnight insyaAllah okay je :)


      8. Perancangan

      Di Czech ni, memang sangat beruntung sebab pengangkutan awam banyak cover the whole country, sharp on time dan taklah mahal sangat. So, sebelum bertolak, rancang dulu, nak pergi balik pukul berapa, nak naik apa, kalau ada transit train nak tukar kat mana etc etc. Then, kalau boleh, pergi berteman, seelok-eloknya ada seorang orang tempatan. Sebab dia lagi mahir dengan bahasa dia sendiri dan selok-belok hutan dia. 

      Check siap2 waktu solat dan bawak kompas. Baju dah menutup aurat kan, korang boleh guna untuk solat terus. Yeay

      --------------------------------------

      Setakat tu je la kot. :)

      Oh ya, kamera jangan lupa. Hehe.

      Parents sayabanyak kali pesan, kalau nak pergi somewhere or nak buat something, jangan ingke. Ni bahasa Perak kot, ingke tu maksudnya jangan overconfident, jangan overexcited. Saya dah pernah rasa apa yang jadi bila kita ingke, nauzubillah, mintak dijauhkan. :( Doa banyak-banyak semoga Allah lancarkan perjalanan kita, kuatkan semangat kita. 



      "Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sulit itu?" - Al-Balad 90:12

      Bukak terjemahan masing-masing hihi <3

      Till next entry, jumpa lagi. :)
      Semoga bermanfaat.  

      Ad-Deen, Buzulucka
      131025
      2105

      kellie's castle, perak, malaysia

      September 9, 2013

      I've been looking for the opportunity to go to this castle since primary schools. Haha, tapi tak berkesempatan. Dan bila orang tanya apa yang menarik di Perak, I have not much answers for that. Till I stepped for the first time to this castle. Worth visiting I must say. Taklah segrand berbanding melawat castles di luar negara tu, but still you can feel the beauty of European-look-like castle style ;) 

      Nanti bila kerajaan Perak dah improve lagi tempat ni, daebak! InsyaAllah


      Untuk ke Kellie's Castle ni, taklah susah mana, tepi jalan je. Reachable by cars, taxis. Tak pasti ada bas PerakTransit lalu sini atau tak. Okay, dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), exit kat Simpang Pulai, pastu akan sampai simpang tiga (direct after exit tu), belok kiri. Then drive straight je, sampai nampak Petronas. Ni macam landmark la kot untuk alert satu simpang ke kanan. No worries, ada je signboards kat every junctions tu. :)

      Ruang parking dia ada 2 bahagian, so, cukup je for the time being. Ada cafe, kedai souvenirs, tandas jugak kalau tak silap. Well, ni target untuk Visit Malaysia 2014, so, mesti dah improve banyak kan. 



      Before masuk, kena beli tiket dulu yep. Harga untuk Malaysians - adult (RM5), children (RM3). Untuk foreigners - adult (RM7), children (RM5). Harga berpatutan kot sebab tempat ni nampak macam still under maintenance.  Oh ye, Kellie's Castle bukak pukul 9am hingga 6 petang.


      Masuk je pintu pagar, kena naik jambatan seberang Sg Kinta. Air sungai macam biasa, sikit lagi nak macam teh susu. Sobsobsob. Castle ni a bit atas bukit, so, kena la daki sikit. Sikit jee, pathways semua cantik dah. Kalau penat, rest la kejap kat wakaf atas ni. Hehe.

      Cuaca kat sini mostly memang panas terik, jalan sikit dah peluh banyak dah. Pakai la payung ke topi ke pape lah ye. 



      Masuk je castle ni, belah kanan korang akan jumpa satu bilik bawah tanah, digunakan untuk simpan arak. Dikatakan ada jugak terowong bawah tanah yang hubungkan bilik tu dengan kuil Hindu, dengarnya sebagai jalan keluar kalau ada apa2 kecemasan.


      Jalan depan lagi, sampailah kat ruang utama & ruang tamu. Kat ruang ni ada lah disediakan few 'banners'(?) yang share stories pasal family William ni. Kalau nak buat pre-reading (haha), google je Kellie's Castle, sama je apa yang ada dalam Internet ni. ;)



      Ruang tamu :)




      Susunan bilik yang akan dijumpa ni depends pada cara korang tour castle tu. Kalau teruskan kedepan, akan lalu bilik bacaan kalau tak silap, Kalau nak naik atas akan jumpa bilik linen (maybe tempat letak comforter, cadar semua tu), bilik tetamu, bilik anak lelaki & anak perempuan, master bedroom. 

      Yang menarik, bilik anak perempuan dihubungkan dengan bilik anak lelaki melalui bilik air (tapi nampak gaya macam ada 2 bilik air masing2 tapi ada hubungan antara tu). Kat jalan penghubung tu, ada satu tangga keluar. Castle tu memang banyak tangga2 rahsia. Again, ciri keselamatan khabarnya. 



       Dalam bilik....



      Dari master bedroom, boleh tengok pemandangan sisi castle ni. Cantik jugak kehijau2an, tapi tak sempat nak jalan.




      Castle ni ada 4 tingkat. 2 tingkat atas tu open sikit, emmm macam terus boleh keluar sampai bahagian bumbung takde atap. Dikatakan kat sini nak buat gelanggang tenis, ke tempat helikopter mendarat, tak sure la pulak. Dan korang boleh tengok jugak laluan lif. Katakan castle ni berjaya disiapkan, kiranya dia akan jadi bangunan pertama yang ada lift kat Tanah Melayu. Woah. 

      Gayat. 



      Banyak lagi boleh explore dalam castle ni walaupun dia kecik je. Walaupun dikatakan castle ni keras, wAllahualam, kita doalah banyak2 supaya tak diganggu jin-jin kat situ. 

      Satu perkara yang dapat ibrah kat sini, bila kita mudah kagum tengok menariknya pembinaan sesuatu, sedangkan Allah lagi Maha Mencipta. Tengoklah alam sekeliling, sedarkah kita siapa yang menciptanya?

      "Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoncangkan kamu, dan mengembangkan segala jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala jenis tumbuh-tumbuhan yang baik." - Luqman 31:10

      SubhaAllah, Allahu Akbar!

      Baitul Hanis, Sg Siput (U),
      130909
      1056

      Macam Mana Nak Renew Kad Pengenalan?

      August 26, 2013


      Sangat senang! Serius. 

      Apa yang korang perlu bawak ialah diri korang sendiri, kad pengenalan sekarang dan duit RM 10. Itu je. 

      Ni untuk renew kad pengenalan untuk yang berumur atas 18 la ye. Kan after 18 tahun kita kena renew kannn. Range umur 18-25 je taw. Kalau lebih dari tu, rasanya ada extra charge untuk bayaran proses. Tambah lagi RM 10. :p

      Oh yee, this so-called-tutorial ni especially untuk yang nak renew kat Ipoh, Perak. Rasanya ramai yang dah sedia maklum, banyak jabatan kerajaan dah pindah ke Bandar Meru Raya kat Jelapang tu kan? Harap dah tahu, so tak la nanti tercari-cari kat bangunan lama. Beberapa tahun lepas, aku pun pernah tersesat cari Jabatan Imigresen kat Bangunan Seri Kinta tu padahal jabatan ni pun dah pindah ke sini. 

      Nah alamat kot kot sesat.

      Kompleks Pejabat
      Kementerian Dalam Negeri
      Persiaran Meru Utama
      Bandar Meru Raya, Jelapang
      30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

      Landmark paling obvious ialah Mydin & Terminal Amanjaya. Carilah area situ, atas bukit sikit.



      Aras 3 ni sama level dengan gate bangunan ni. Tips. Haha. So, senang je kalau nak ke Imigresen (belah kiri) or Jabatan Pendaftaran. (belah kanan) :)

      Okayy, dah sampai JPN. Terus ke kaunter ambil nombor. Cakap kat pegawai bertugas tu yang kita nak renew kad pengenalan. Nanti dia akan tanya, alamat sama ke tak. Kalau sama, dia terus bagi nombor giliran je. Kalau tak, rasanya dia akan bagi borang dan nombor giliran. 



      Tak tunggu lama pun. Kali pertama dipanggil, macam biasalah ambil cap jari kanan, kiri. Pastu bayar RM10. Dia akan bagi resit, jangan hilangkan pulak taw. Nanti masa nak ambil gambar & ambil kad pengenalan masa dah siap, kena show resit dulu.




      Tunggu nama dipanggil untuk ambil gambar. Ada bilik persalinan kat sini jugak in case korang nak make up lagi ke, betulkan tudung ke. :p Oh yee, tudung yang disarankan ialah yang berwarna gelap. Bawak sekali resit kat sini. Officer akan ambil cap jari kanan dan adjust posisi korang sampai lah sesuai. Lepas officer tu dah snap, korang boleh je nak tengok gambar tu okay ke tak. Nak mintak ambil lagi sekali pun bolehhh ;)



      Okayyy, done with 3/4 procedures! Sekarang ni, kena tunggu 2 jam sebelum pergi ambil kad pengenalan. No worries. Kalau korang nak stay situ, bawaklah apa-apa, buku ke, lappy ke, tab ke. Kalau taknak, Mydin ada depan tu jeeee untuk korang spend time menunggu ;) Nak shopping boleh, nak main bowling boleh, nak makan pun banyak choices.

      Nak pusing-pusing Ipoh pun sempat je. :D




      Tadaaaa, dah siap :D

      Kad pengenalan lama boleh simpan ye korang. Kot-kot la nak simpan wajah darjah 6 tu haha ;p

      Kenapa korang kena renew kad pengenalan korang?
      Banyaknya cip lama tu dah takleh nak dibaca oleh sistem-sistem sekarang. Ayat common - cip rosak. Hee, banyak benda boleh tergendala bila cip rosak oh. So, renew la kad pengenalan korangggg yeee.


      Baitul Hanis, Sungai Siput (U)
      130826
      1845

      travelog setengah hari - munich, germany (part 3)

      July 15, 2013

      Finally, tempat yang saya nanti-nantikan - Englischer Garten. Nature-lover :)


      Banyak cara untuk sampai sini, hmm boleh refer maps. Maaf, tak ingat dah nama stop U Bahn yang saya guna. :p

      Kat sini, ada dua orang tourists datang tegur saya, sebab kitorang lalu jalan yang sama, dan masing-masing taktahu pun jalan tu betul ke tak nak ke tempat yg dituju. I thought they are students, tapi rupanya professors! Humble sangat. Wohoo. Best jugak ada kawan boleh berbual. :)

      Kat sini macam open garden yg orang spend time dengan kawan-kawan or families especially masa summer sekarang. Oh ye, Munich ni pun famous dengan beer (kot) T___T. Kat garden ni jugak, ada satu tower, tak tinggi sangat. Sekali pandang, saya teringatkan menara condong Teluk Intan. Tapi, memang tak sama lah :p



      Chinesischer Turm. Turm tu maksudnya tower. So, inilah dia Chinese Tower! Tinggi dalam 25 meter, dibuat daripada kayu. Usia dia sangatlahhh tua, first constructed masa 1789-1790. Ada ala-ala pagoda empayar China. :)






      Saya ingatkan kat garden tu ada tower tu je. Rupanya, professor berdua tu nak pergi tengok orang surfing. Saya memang blur, bukan biasanya orang surfing kat laut yang ada ombak kuat ke? Since diorang ajak dan saya pun teringin nak tengok, ikut la sekali. Bila tengok tempat yg basic (ombak tak kuat sangat), baru teringat, saya pernah tengok tempat ni kat Youtube. :p

      Sebenarnya ada dua surfing areas. Satu untuk amatur dan ombaknya tak besar sangat. Another one, dekat dengan jambatan tepi jalan besar. Masa kitorang sampai, memang dah ramai orang kat tebing sungai. Best! Surfers semua bagus2, siap ada queue siapa nak surf dulu. Dan yang membuatkan lagi selesa mata menengoknya, sebab diorang fully covered dan baju tak overtight. :) Ada budak kecil jugak yang surfing. Comel dan hebat imbangannya.


      Settle bahagian ni, saya dan 2 professors tu berpisah sebab diorang nak gi Marienplatz tu, saya nak pergi Stadium. Yee, tak fanatic bola sangat. FC Bayern Munchen ni pun saya tak tahu siapa players. Tapi, macam menarik stadium dia, rupa ala-ala stadium sarang burung masa Olympic China. Masa nak ke sini, emm rasanya railroad Bahn banyak yang tengah renovate. So, banyak kali tukar U-Bahn - bas - U-Bahn. Dan, aduhaii, memang jauh dari stop U-Bahn nak ke stadium tu. Mahu lebih 10 000 langkah sekali pergi.



      I guess, every stadium ada MegaStore kan? So, any fans bolehlah dapatkan barang-barang football club tu kat store stadium ni. :) Kalau tak sempat datang, store ni ada je kat airport. Grab your things there.


      Alhamdulillah, for the lovely weather!

      Short trip to Munich, Germany ends here. Lepas cover stadium, terus naik Bahn balik airport, in which it takes around 40-45 minutes. Thanks Allah, for the safe trip and peace throughout the journey. :)

      Now, I'm already on my 3rd day in Malaysia. Trying hard not to waste time on useless things. Pray for our time yeah!

      Departure Hall, Munich Airport
      130704
      2130

      Baitul Hanis, Sg. Siput
      130708
      2300

      S. K. Neumanna, HK, Czech
      160204


      travelog setengah hari - munich, germany (part 2)

      July 12, 2013

      Next stop... Olympiazentrum.



      Kat sini ada few attractions - BMW Welt, Olympiaturm, Olympiastadion, Olympiapark


      Siapa2 yang minat tahap tertinggi dengan BMW, silalah pergi BMW Welt. Sebab kalau saya yang tak fanatik sangat dengan BMW pun rasa terawang-awang perasan kaya, apatah lagi korang. :) Takde test drive, tapi boleh la duduk dalam kereta tu dan sila berimaginasi korang tengah drive. :p Weeee. 

      Oh ye, BMW Welt ni free je, seingat saya, takde pun bayar apa-apa. Cuma ada certain exhibition kena bayar, tapi tak sure yang mana satu.

      Teringat majalah Gila-Gila ke Ujang entah, dia translate BMW as bas mini wilayah. Haha T__T




      Interactive booth pun ada, kalau korang nak racing ke, main PS ke. Daebak! Cumanya, rajin tak rajin la nak tunggu turn. Dapat budak2 yang fanatik game, haha bye bye. 

      Ohh, bukan setakat BMW, ada jugak Mini Cooper & Rolls-Royce dipamerkan. Mungkin for a range of time la kot. :)









      Satu part menarik kat area Rolls-Royce ni ialah, ada satu quote yang tersergam indah kat dinding bangunan ni.

      "Strive for perfection in everything you do" - Sir Henry Royce

      Ada sambungannya lagi - take the best that exists and make it better. When it does not exist, design it.

      Designers adalah orang yang sangat berimaginasi tinggi dan beruntung dikurniakan Allah dengan ilham dan idea yang luar biasa. Pernah dengar seseorang berkata, zaman sekarang ni, semua benda dah ada, tunggu nak buat je. Contoh, kalau nak reka phone, teori dan konsep fizik untuk komunikasi semua dah ada. Sekarang just tinggal upgrade to higher level je. Sebab tu la orang kata masa Apple nak keluarkan iPhone 6, dia dah prepare untuk iPhone 7. Contoh. 

      Berbeza dengan masa lama-lama. emm contoh yang saya terfikir sekarang ni ialah Mendelian Inheritance. Kagum jugak dengan Gregor Mendel yang buat eksperimen kacang tu hampir 7 tahun untuk tahu pasal allele, gene bagai. 

      Nampak tak kat sini? 

      Okay sorry, contoh tak compatible. Tapi, main point kat sini ialah ilmu tu banyak dah ada, dan boleh dapat kat banyak sources. Sama jugak dengan ilmu agama, Al-Quran dan Sunnah dah ada untuk kita jadikan pegangan. So, kita cuba extract the best of ourselves and make it better. Benda-benda baik yang tak ada dalam diri kita, tak mustahil untuk kita didik asalkan jangan putus asa dan istiqamah. :)

      -------------------------
      Olympiaturm

      Olympic part. 

      Munich ni pernah jadi host city untuk Summer Olympics masa tahun 1972. Okay, lama sungguh. Tapi korang tahu tak apa yang terjadi masa ni? Apa yang paling significant? 

      Black September. 

      Maybe korang boleh buat kajian sendiri tentang peristiwa ni sebab ia melibatkan orang Palestine & atlet Yahudi.  Oh yaa, Munich ni jugak terkenal dengan kisah Adolf Hitler dan gerakan Nazi semua tu. Huhu, Lepas beberapa hari buat research, saya dah confuse untuk kedua-dua kisah ni dan kesahihannya. So, mungkin kita boleh sama-sama banyakkan membaca dan cari kebenaran sama2. :)


      Stadium ni dikelilingi oleh nature. Cantik. Ada tasik, itik2 angsa semua. Dan yg membuat dia lagi menarik ialah INI!


      Hehe, kalau ada teman, mahu jugak saya try, tapi takpelah. Ada rezeki, lain kali lain tempat :)

      Bersambung...

      Departure Hall, Munich Airport
      130704
      2100

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 临猗县| 遂川县| 长沙市| 乌审旗| 龙海市| 西乌珠穆沁旗| 屏东县| 平远县| 沛县| 大埔区| 肇庆市| 三都| 兴山县| 东光县| 闻喜县| 德格县| 弥勒县| 南开区| 霍林郭勒市| 邵东县| 岑溪市| 福建省| 南汇区| 三都| 珠海市| 峡江县| 涿鹿县| 剑河县| 昭平县| 张家港市| 泸定县| 汪清县| 碌曲县| 吉林市| 麻栗坡县| 额济纳旗| 博爱县| 九龙县| 准格尔旗| 靖江市| 汝阳县|