Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech (Part 1)

      May 2, 2013

      Tak pernah terlintas nak mendaki di Czech ni. Tapi, bila ada seorang senior invite untuk join sekali trip pelajar-pelajar Czech untuk mendaki, pergh terus klik going tanpa berfikir panjang. Err sebenarnya dah tengok planner, sama ada free tak weekend tu. Alhamdulillah, berkelapangan. Jadi, apa lagi?

      Tanpa pengalaman. Kita redah dan redha :D

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Bertolak dari Terminal HD, Hradec Králové hari Sabtu petang, dengan bas ke Trutnov. Aha, ada satu perkara menarik sebelum naik bas ni yang rasa terblur seketika. Ketua trip bagitahu yang semua kos free. Woah. Sebab kami bawah ISU. ^_^

      Lepas transit kat Trutnov, kami tiba kat destinasi Pec pod Sně?ka hampir pukul 9 malam dan seperti yang disangka, sunyi sepi sekali tempat tu. Kami stay kat satu bar-restaurant sampai pukul 2 pagi sebelum mula mendaki.

      Hujan lebat. Memang dah risau cuaca macam ni, bahaya jugak nak hiking. Air sungai pun deras. 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Sementara menunggu tu, kami bertiga bersembang dengan budak-budak Czech tu. Ada je yang peramah, ada jugak yang segan. Kalau diorang pun segan, kami ni apatah lagi. T_T

      Ada seorang budak lelaki ni, dia sangat curious tentang kami, dan selalu tanya soalan yang kadang-kadang rasa payah jugak nak menjawabnya. Kalau tak silap, topik pertama ialah arak. Dia tahu yang kita as Muslims tak boleh minum arak. Tapi dia tak faham apa reasonnya. Fuh, nampak soalan mudah, tapi nak explain tu, rasa berdebar, sebab takut tersilap kata yang boleh buat fitnah pada agama. 

      Topik lain, as expected jugak, sex pre-marriage. Huhu, kebanyakan orang kat Czech ni atheist dan diorang takde agama yang nak refer to. Jadi, diorang tak anggap perkahwinan tu satu benda yang perlu, lebih lebih lagi kalau orang tu dah hidup berpasangan dan live happily. Rasa redundant maybe?

      Ya Allah mudah-mudahan ilham yang Kau bagi pada kami untuk menjawabnya tu tersampai maksudnya.


      Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya. Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-Nya. - Yusuf 12:105-106


      Setkan niat. Bismillahirrahmannirrahim.  

      Tarbiyah nikmat cahaya. Sepanjang perjalanan tu memang terasa betapa perlunya cahaya dalam kehidupan kita. Pemandangan yang nampak hanyalah apa yang disuluhkan. Cuba bayangkan lebar laluan mendaki tu hanya muat 2 orang, dan di tepinya penuh juram, cerun, air sungai mengalir, pokok-pokok macam dalam twilight. Disuluh ke langit, memang sah sah gelap T_T 

      Allah ada, Dia Maha Melihat, Maha Melindungi. 

      Syukur alhamdulillah sebab dalam hutan kat Czech ni takde haiwan liar agaknya :) Mungkin sebab cuaca sejuk (?). Terbayang jugak kalau-kalau ada ular, kala jengking ke apa kan. 

      Du?nost (Short of breath)
      Dychejte zhluboka. (Breathe deeply)


      Dalam pukul 3.30, kami sampai kat kawasan chalet, yang menunjukkan ada separuh lagi perjalanan. Ya Allah, berehat sekejap 10 minit pun dah terasa nikmatnya. Budak-budak Czech ni memang jenis tough, dengan langkah panjang, sobsobsob lambat jugak nak mengikutnya. Mujur diorang ni memang jenis membantu, bila ada yang penat, diorang stop dulu. Ada yang siap bawakkan backpack kami. T_T 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech



      Kembali mendaki.

      Ahaa, laluan semakin mencabar! Ais dan salji di mana-mana sahaja. Licinnya, emm saya berjalan dah macam anak itik terkedek-kedek. Jumpa tanah yang dapat dipijak tu pun jadi satu nikmat. :)

      Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Ar-Rahman

      p/s - bersambung....

      Ad-Deen, Buzulucka
      130502
      1507

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Travelog - Paris, France (Part 2)

      April 24, 2013

      Meneruskan perjalanan dalam kebasahan.....

      Hee, bila hujan most of times, rasa dia memang gloomy sikit. Tapi, hujan tu kan satu rahmat yang menghidupkan dan membersihkan. Ouch, I should remember this.

      Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu, Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. (Ibrahim. 14:32)

      Just imagine, orang yang memerlukan hujan as sources of water. Mesti dia menunggu-menunggu hujan kan? Kita ni, urgh, mengeluh saja.

      ------------------------------------




      Macam yang ramai sedia maklum, Paris is a city of fashion & design. Berderet-deret kedai pakaian kat sini, mostly berjenama la kot (pernah nampak kat shopping mall either kat Malaysia / Czech). Cuma, saya bukanlah peminat fashion sangat, so, kedai-kedai tu tak mengujakan untuk saya T_T. 

      Basically, kat Paris ni banyaknya bangunan yang macam biasa, with European style. Kat bawah ni ialah satu bangunan yang bertentangan dengan Perrault's Colonnade. Tak pasti apakah dia, nampak macam another church T_T































      Perrault's Colonnade, dia ni salah satu bahagian Louvre Palace, di belah timur. Dan dikatakan kat sini, kita boleh tgk architecture French yang klasik kat setiap bahagian dia :p Buta seni bangunan. 

      So, go through Perrault's Colonnade, nanti sampai lah ke Louvre Pyramid!




      Tadaaa, piramid yang dibuat dari kaca, dan ada lagi 3 piramid kecil kat sekitar dia. Terletak betul2 kat tengah courtyard Louvre Palace dan inilah dia pintu utama nak masuk ke Louvre Museum, antara museum yang terbesar di dunia :p Museum ni letaknya bawah tanah. Dari luar piramid ni, boleh la nak tengok-tengok kat bawah tu ada apa. Oh ye, tarikan utama sudah pasti potret Mona Lisa. 

      Tiba-tiba teringat zaman belajar tentang Leonardo da Vinci kat sekolah, ada dalam buku teks sejarah. 

      Solat.

      Pertama kali dalam hidup, solat kat dapur restoran. Ibrah #3 - Alert dengan waktu solat, plan kat mana nak solat T_T. Pemilik restoran tu Muslim, dan alhamdulillah, bila mintak nak tumpang solat, memang pakcik tu terus tunjuk satu bahagian kecil kat area dapur. Janggal. Sempit. Tapi solat tak boleh tinggal. Hmm, kat sini baru sedar, kita ni duk berjalan kejar masa nak explore Paris, masjid kat mana pun tak buat research habis-habisan. T_T Ada google sebelum ni, silapnya tak cari terus map, cara ke situ.



      Jazakallah khairan katheera pakcik.

      Alhamdulillah, next destination - Eiffel Tower


      Memang excited nak tengok Eiffel Tower depan mata. Jujurnya, tak pernah terfikir saya akan jejakkan kaki ke Paris pun. But, here we were. 

      Terletak kat Champ de Mars, dan ada dua cara rasanya nak ke sini, sama ada melalui area sungai (stop kat RER Champ de Mars) or area taman (stop kat Metro Ecole Militaire). Dah plan dah nak naik tower ni, tapi tiket dah habis. Hee.

      ------------------------------------

      At the end of the day, bila fikir balik, apalah bestnya bersemangat sangat nak tengok bangunan. Walaupun hmmm, memang diakui, bangunan kat Europe sangat cantik, preserved heritage. 

      Teringat ada akhawat pernah share, bila tengok bangunan tu, kadang-kadang kita kagum dengan rekabentuk dia yang unik, dengan arkitek dan jurutera yang plan sebab mampu come out dengan idea baru, dengan buruh-buruh yang bekerja keras untuk pembinaan yang kukuh lagi tersergam indah.

      Tapi kita lupa, siapa yang memberi ilham kepada arkitek kalau bukan Allah? Siapa yang memberi tenaga buruh tersebut kalau bukan Yang Maha Satu? Siapa yang menjadikannya cantik di mata kita kalau bukan Pencipta kita?

      Everything in life, we need to turn back to Him. Dia yang menguasai bumi, Dia yang mencipta manusia dan seluruh isi dunia, dan Dia jugalah yang empunya hari Akhirat. 

      Sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah." (at-Taubah 9:116)

      Manusia oh manusia....
      Nina oh Nina..... haih


      bersambung..........

      Ad-Deen, Buzulucka
      130424
      0441

      Travelog - Paris, France (Part 1)

      Assalamualaikum, :)

      Alhamdulillah, hampir ke penghujung April dah kita. Memang cepat sungguh masa berlalu, dan Ramadhan pun dah on the way nak jumpa kita, berdebarnya rasa. ^_^

      Dan kalau dihitung, sudah 4 bulan lebih jugaklah selepas perjalanan jauh penuh pengalaman dan pengajaran sepanjang cuti musim sejuk yang lepas. 

      Ibrah (pengajaran) yang diperoleh seolah-olah memang Allah nak tunjuk pada diri tentang kelemahan diri yang selama ni mungkin tenggelam dek ego yang menggunung. Astaghfirullah. 

      Allah ialah sebaik-baik perancang.

      Merancang perjalanan 10hari di tempat yang belum pernah dijejaki bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira dan diresearch terlebih dahulu, tiket kapal terbang, tiket perjalanan dalam kawasan, tourist spots yang nak dikunjungi, peta etc. Diapit pula dengan kesibukan belajar, serabut sikit jadinya. 

      Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila keluar tiga orang untuk bermusafir maka lantiklah salah seorang ketua dari kalangan mereka ..” ( riwayat Abu Daud )

      Akibat terlepas pandang perkara ni, hmmmmm. 

      ----------

      Paris, France


      Alhamdulillah, flight Air France ke Paris selamat mendarat di Charles de Gaulle (CDG) Airport pada 21/12/12 dalam pukul 10pm lebih, delay sedikit sebenarnya. Dan memandangkan kami tidak ada plan apa-apa untuk malam tu, just stay at the airport menunggu hari seterusnya. Tak sejuk dan siap ada kerusi untuk tidur ;) . Polis ada di mana-mana saja dengan guard dog yang agak besar. Tugas mereka ni untuk check orang yang tidur kat airport tu bukanlah homeless dan anjing tu pulak untuk detect drugs (agaknya). -_-'

      Sepanjang malam hingga ke Subuh, kami gilir-gilir tidur dan berkawal. Kat tempat asing, public area pulak tu, anything can happen kan. 


      Paris, France
      Aktiviti tahan mengantuk

      Subuh agak lambat daripada kebiasaan di Czech. Lewat pukul 8 pagi baru syuruk. Settle bersihkan diri, solat Subuh jemaah, masing-masing mengheret beg ke tempat Metro. Ramai sangat orangggg. Serius. Ada banyak pilihan tiket ni, T+, T10, Paris Visite Pass etc. Dan disarankan korang buat research dulu untuk plan perjalanan kat Paris ni. Either murah dan leceh sedikit, atau mahal dan senang. 

      If korang datang on weekend and you are 26 years old and below, better beli tiker Jeunes Weekend. 7.60Euro for a day. Tapi tiket ni tak valid untuk metro airport-city center. Korang kena naik bas 350 / 351 kat tingkat atas airport, lebih kurang macam bas lompat-lompat, ambil masa dalam sejam untuk ke tengah bandar.

      Sampai Gare d'Lest, kami terus naik metro ke Gare d'Austerlitz untuk letak luggage kami kat consigna (locker). Actually, kat Paris ni sekejap je untuk transit sebelum teruskan perjalanan ke Toulouse by train 23hb tu. So, menggunakan masa yang ada, memang cuba jelajah jugaklah Paris within a day.

      Paris, France

      Notre Dame - Mungkin sudah serik untuk masuk ke cathedral, memang kali ni tak sampai 2 minit, kami dah keluar balik. Penat hati, penat mata. Ingatkan nak naik menara ke atas, rupanya pintu masuk tu kat bahagian luar cathedral, dan bertiket, hee, terus rasa tak menarik.

      Paris, France

      Haa, nampak tak orang berdiri ramai-ramai tu? Kat situ lah beraturnya untuk naik menara. 8.50E rasanya tiket tu.

      Hujan.
      Pakai payung pun tak mampu bertahan, memang terbalik payung dek angin yang agak kuat. Mujur jaket berhoodie dan kalis air. Ibrah #1 - check weather forecast & check pakaian.

      Satu perkara yang kurang menarik di sini, susah sangat nak jumpa WiFI free. If nak guna wifi, pergilah makan kat mana-mana, then gunalah wifi kedai tu ;) Ibrah #2 - Make sure phone ada banyak kredit dan paling penting bernyawa dan tak silent. Kalau terpisah dengan kawan, senang nak call terus dan cari balik. Public phone in Paris adalah sangat rare. Ada cuma jarang jumpa. 

      Makanan halal kat Paris banyak, just find the right restaurant or cafe, and eat whatever you want. Biasanya tak makan banyak pun. Dan kalau travel tu under budget, bolehlah bawak bekal siap-siap. Macam roti, sardin, tuna spread, marjerin, chips, instant mee, fruits etc. Jimat.


      Paris, France









      Macarons ada di mana-mana, pilihlah :)

      Kat area Notre Dame ni, ada sederet kedai-kedai souvenirs. Boleh lah nak survey harga apa-apa or beli terus pun okay ^_^


      bersambung..........


      Ad-Deen, Buzulucka
      130423
      1811



      Companion :)

      March 12, 2013 Hradec Králové, Czech Republic



      Assalamualaikum Spring!

      The best feeling of the season is when you have extra companions to talk to :)

      I still remember someone special once said to me when we walked together in Adr?pach, a famous nature reserve here in Czech.

      "Pokok-pokok ni semuanyaaaa makhluk Allah. Diorang ni tak pernah berhenti berzikir, memuji kebesaran Allah. Kita ni pun kan makhluk Allah. Jadi, kita pun kena la selalu berzikir, ingat kat Allah selalu tak kira masa kita susah atau senang"



      I love spring, really! I really appreciated the beauty of flowers that Allah has give me chance to enjoy them. The self-feeling (a.k.a. perasan -_-') assuming that they always smile to me and greet me in the morning every time I wake up really make my day :) The calm feeling that I get after a whole tired day of studying and feel like they are whispering to me, "You have done good job today!"

      It sounds crazy enough to hear people talking to plants. But I know they can listen. Love them, and they will love you. Who knows, they will always pray for you too. Wah, it is a bonus!






      The greatest feeling of all is when they always remind me of Him. SubhanAllah :)

      Ad-Deen, Buzulucka
      130312
      0904 

      Showers of Love

      January 2, 2013


      Alhamdulillah, after about 11 days travelling to another part of the world, finally I am here in Addeen, my second home in Czech Republic. 

      Safely landed in Paris, went down France to Toulouse specifically somewhere in Cadeac Arreau, then across the border to Barcelona, by train along the sea to Villanova, back to Paris. Arrived in Prague on the day of new year. 

      A journey with tears, smiles, and all emotions that exist. 

      Full of reminders from Him, full of lessons that I should keep in mind, full of resistances that really test our courage, responsibilities, friendship and also reactions to all the challenges we have been through. 








      Can't promise for any travel log. But, will try to share all the ibrah that I got from the journey :) Insya-Allah

      So have they not traveled through the earth and have hearts by which to reason and ears by which to hear? For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts. - 22 Al-Hajj:46

      I realised, through out the journey, Allah want me to have understanding heart, and ears to able to hear all the lessons that He want to give. Thank you Allah.

      p/s - It's been 2 month. Awkward moment with blog

      Ad-Deen, Buzulucka
      130102
      1032

      Of Their Lifestyle

      November 1, 2012

      Assalamualaikum. :) It's been a while err 20 days plus minus since the previous entry. Aseef.

      Alhamdulillah, untuk second year ni. Agak lapang berbeza dengan 1st year. Mungkin sama penat bila kelas banyak start pagi, habis petang. Banding 1st year, hampir setiap hari bertest bagaiii.

      Haa, nak share jugak yang rumah kitorang dah ada ahli baru. She is our one and only girl junior! Daripada letakkan dia seorang diri kat hostel, baiklah masuk sekali rumah ni. Insya-Allah dia tak lah sunyi sangat dan kitorang  pulak dapat kurangkan sewa bulanan. Haha.

      Kitorang ikut satu subjek elektif ni. Current Health Problems in Students' Home Countries. 

      Sound interesting kan? 

      Since kitorang dari pelbagai negara, mostly Malaysia :p, Norway, Sweeden, Germany, UK, Taiwan, Botswana etc, every students akan buat presentation tentang masalah2 kat negara masing2. Tak kisah la dari segi kesihatan umum ataupun kementerian kesihatan. Err. it's true. Kita boleh share apa yang kerajaan kita buat untuk kesihatan dan any issues regarding doctors etcetra. 

      Setakat ni baru 9-10 group yang present, banyak topik2 menarik yang dibincangkan. Dan apa yang menarik perhatian ialah perihal alcohol consumption dan rokok. Dalam 9-10 topik tu, memang akan ada punya diorang relatekan dengan alcohol. Macam yang kitorang kat sini tahu, alcohol thingy memang sangatlahh murah kat Czech ni. Seriously murah, harga lagi murah dari air mineral.



      Dan ada satu tragedi terkini yang berlaku kat Czech. Methanol Poisoning. Kisahnya macam ni, methanol ni tak boleh makan/minum due to toxic semua tu. Methanol ni jugak antara ingredient untuk bahan industri, contoh macam dishwasher. Tapi disebabkan ada pihak yang nak kaut keuntungan, diorang campurkan methanol dalam alcohol yang dijual. Sebab apa? Methanol ni lagi murah dan tak ada beza rupa, rasa dengan alcohol biasa. Kot :)

      Jadinya, dalam masa 2 minggu macam tu, nak dekat 30 orang mati sebab methanol poisoning ni. Dan dikatakan poisoning yang terteruk dalam tempoh 3 dekad. :O Dan negara-negara sekitar Czech ni dah diberi amaran langkah berjaga-jaga untuk tak beli alcohol dari Czech.

      Can't you realised why Allah prohibited us from drinking alcohol?

      "Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar (minuman yang memabukkan) dan judi. Katakanlah, "pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya." ......... " - Al-Baqarah 2:219

      Lecturers kitorang sendiri tahu alcohol is really bad untuk kesihatan. Tapi majority Europeans memang akan jadikan alcohol ni as habit untuk diminum pada hujung minggu dan kalau depressed. Dan memang betul kalau kita keluar malam jumaat or sabtu, memang akan nampak merata-rata orang mabuk sambil botol arak di genggaman. Alasannya, kalau dikawal kuantiti minumnya, boleh je. But still, I believe that once dah start, potensi untuk addicted tinggi jugak. Macam rokok.

      Dan mungkin ni jugak sebab kenapa colon cancer sangat famous dalam kalangan orang Czech.

      Another elective class - Introduction to Chemistry.
      Same story comes out. (actually dalam subjek lain pun, isu methanol poisoning ni lecturer akan ketengahkan).

      Ada seorang interesting lecturer ni, lelaki. Really good in Arab alphabet and he knows a lot of chemistry history that came from Arabs land. Dan dia kata dia tak minum alcohol dan sangat kagum bila datang Malaysia dan tak jumpa pun orang-orang yang mabuk. I smiled for that compliment, tapi tak sampai beberapa saat lepas tu, rasa sebak bila mengenangkan kilang arak yang besar amat kat PJ tu.

      Emm, it's really a long way to reach Islamic country. Tapi, INSYA-ALLAH KITA BOLEH LAKUKAN!

      Also towards Ustaziyatul Alam!

      Ad-deen, Buzulucka
      121031
      1617

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 凤冈县| 永吉县| 商丘市| 辽宁省| 克拉玛依市| 灌阳县| 宁化县| 色达县| 西峡县| 永寿县| 南乐县| 合作市| 青州市| 巨野县| 西丰县| 遂平县| 湟中县| 兴文县| 疏附县| 富川| 沈丘县| 江永县| 金川县| 南和县| 思茅市| 乐至县| 隆子县| 冕宁县| 定远县| 讷河市| 邯郸县| 清涧县| 余江县| 崇礼县| 蓝田县| 喀喇沁旗| 霍林郭勒市| 锦屏县| 长治市| 广宁县| 禄劝|