Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      youtube

      Bila Mamat Kanada Rasa Jajan Malaysia

      June 1, 2016

      Saya baru lepas jalan-jalan kat YouTube dan nampak recommended video ni :)

      Nah, tengok dulu yep.



      Tersenyum sendiri tengok reaksi orang makan makanan dari Malaysia ni :) Selalu nampak reaksi kawan-kawan bila dihidangkan makanan kita, memang menarik reaksi tu. Haha. Dari yang menangis sebab pedas, ada yang menangis sebab sedap sampai ada yang minta resepi. Paling senang nak buat, saya rasa kek batik lah kot. Hampir setiap tahun akan ada kek batik ni. 

      Habis je tengok video ni, saya rasa macam.... hmmm "lama sangat ke aku ni duduk luar". "Banyaknya jajan yang aku tak pernah makan"

      Hahaha. 

      Saya tahu beberapa jajan je yang mamat ni review.

      1. Upin Ipin My Ikan 
      Comel je mamat ni sebut mi ikan. Muka dah la nak sama macam Ipin. Lol

      2. Sour + Lot 100 Orange Flavoured Gummy
      Serius ni masam oh!

      3. Makanan Pilihan Kacang Bijan
      Hahaha, the best pronunciation! peanut covered in teriyaki barbecue chips coating. Haha

      4. Salt & Lemon Candy
      I've no idea about this candy. Haha. He doesn't like it!

      5. Corntoz Perisa Smoky BBQZ

      6. Makanan Pilihan (apa entah makanan ni)

      7. Bika Chicken Flavoured Snacks
      Tengok ni, jadi homesick tiba-tiba. T_T It sounds good to put it into soups, though!

      8. Haw Flakes
      OMG, I love this one!! Haha, tengok macam mana cara dia makan, fuh saya makan sekeping sekeping kot.

      9. Perfecto Popcorn Chocolate In Love


      Jajan yang saya expect dia review sebenarnya
      - keropok bantal Tam Tam
      - Tora, Ding Dang (ada lagi kan benda ni?)
      - Mi Mi Snek Perisa Udang
      - Super Ring


      Baru perasan, ni semua jajan popular masa generasi saya T_T
      I can feel the age gap now.


      Saya rasa benda paling penting dalam buat Taste Review macam ni ialah reaksi dan macam mana kita nak describe rasa tu. :D Kalau setakat "Oh, sedap" tak ramai yang berminat. Kalau dapat bagi analogi, wahhhh you will have me as your fan. Saya suka analogi :)




      Saya teringat kat kartun dari Black Jellyfish ni, masih viral kat FB rasanya. Mujur kawan kat sini bukan jenis membandingkan negara terang-terang macam budak dalam ni. -_-' That word 'than Malaysia'. Fuh, makan dalam kot. Mungkin sebab tak berapa salah pun apa yang mat saleh ni comparekan. Kan? T_T
      p/s - Eh, dah bulan Jun!
      S.K. Neumanna, HK, Czech
      160601

      5 YouTube Channels Untuk Peminat Instrumental :)

      December 16, 2015


      Take a break :)

      I really love instrumentals, tak kisah lah piano, violin, gitar, ukulele, harmonika...anything :) Asalkan takde lirik, takde orang nyanyi.

      Nak share few youtube channels yang saya suka. Taddaaaa. ^_^

      1. relaxdaily

      Ni favourite masa study. Okay laa kalau sesapa nak dengar masa nak rehat-rehat, nak fokus buat kerja, nak tidur pun boleh. Tapi saya tak minat sgt guna untuk tidur, walaupun ni instrumentals, dia tetap buat saya segar. 





      2. afeeffatini


      Yang ni BEST! ada seorang sister ni dia cover lagu2 Melayu. Wohoo. Baru belajar main piano dari 2011, katanya - which I thought nak main piano ni kena start dari kanak-kanak je.  So, salute lah, hebat sangat sister ni sekarang :D 



      3. jwcfree

      Sungha Jung - mungkin ramai yang pernah dengar nama dia ni. Banyak kali dah dia buat show kat seluruh dunia, Malaysia pun ada. Dan boleh tengok lah perubahan dia dari kanak-kanak sampailah teenager sekarang ni :D

      Video kat bawah ni dah 48,056,441 views!



      4. metalsides


      Si pemain violin :D





      Teringat satu tweet - dia duk kacau mak dia dengan lagu ni :D Haha


      5. ThePianoheart

      Saya prefer Korean Drama OST instrumental. Sebenarnya untuk cover withdrawal syndrome lepas stop Kpop. T__T Tapi bahaya jugak sebab kadang2 bila rasa best semacam je instrumental tu, mula lah nak dengar the real audio pastu terus tertengok fan-made video. Haruslah ada babak2 dalam drama kan. Lepas tu....hanyut.

      Tu yang berlaku lepas dengar piano covers untuk drama Kill Me Heal Me. T_T



      Okayyyy, tu je. Byeeee :D

      Cross Cafe, HK
      151215 (cantik tarikh ni hihi)


      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 昌黎县| 揭东县| 耒阳市| 名山县| 湘乡市| 青河县| 汉寿县| 海南省| 康平县| 大渡口区| 额尔古纳市| 岳西县| 乐昌市| 类乌齐县| 惠州市| 宁津县| 荥阳市| 定南县| 清河县| 安达市| 玛多县| 南丹县| 金湖县| 东丰县| 申扎县| 烟台市| 日喀则市| 阳春市| 宝鸡市| 珲春市| 德昌县| 东城区| 襄樊市| 波密县| 镶黄旗| 上犹县| 德州市| 舞阳县| 平邑县| 金寨县| 通河县|