Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      skoda

      Pernah Dengar Pasal Kereta ?koda?

      February 4, 2016



      3/ Car

      Untuk yang tak tahu, ?koda ni antara jenama kereta yang popular kat Czech ni dan boleh katakan di Central Europe ni jugak lah. ?koda ni wujud pada tahun 1895 dengan nama Laurin & Klement. Tapi sekarang, dah diletakkan sepenuhnya bawah Volkswagen Group bermula tahun 2000. 

      skoda logo


      Syarikat ni pada asalnya bukannya buat kereta taw. Menarik jugak sejarah ?koda ni. And inspiring :)

      Tahun 1894, ada seorang lelaki ni, namanya Vaclav Klement. Dia kerja sebagai penjual buku kat Mladá Boleslav. Masa ni nama Czechoslovakia tak wujud pun lagi (1918-1939, 1945-1992). Czech Republic yang wujud hari ni baru ada dalam 23 tahun :O Patut lah banyak cuti Merdeka kat sini -_-'

      Okay, back to the story.
      Klement ni ada satu basikal (produk Jerman) dan dia tak dapat spare-part nak baiki basikal dia. Jadi, dia pun hantar lah basikal ni ke pengeluar tu semula, Seidel & Naumann. Siap tulis surat lagi nak mintak tolong baiki basikal tu. Tapi surat tu dalam bahasa Czech. Sama ada Seidel & Naumann betul2 tak faham ataupun being sarcastic (I have no idea about this), Klement ni dapat balasan surat tertulis,

      "If you would like an answer to your inquiry, you should try writing in a language we can understand"

      Ouch, kalau saya jadi Klement, mungkin kecewa jugak lah. Tapi saya still wonder, surat yang dibalas tu dalam bahasa apa. Kalau bahasa Jerman, macam mana Klement ni nak faham. Kalau bahasa Czech, kiranya Seidel & Naumann ni faham je lah apa yang Klement ni request. KANNN?

      Klement ni tak puas hati, dan akhirnya bermula lah dia bukak kedai repair basikal dia sendiri dengan kerjasama Vaclav Laurin. Yang Laurin ni pulak memang dah jadi pengeluar basikal yang agak established lah kat bandar Turnov, dekat je dengan Mlada Boleslav ni. 

      mlada boleslav skoda


      Daripada basikal, diorang sambung dengan motorsikal pulak, Pastu kereta. Maju betul.

      Lepas World War 1 syarikat Laurin & Klement ni mula buat trak pulak. Tapi ada masalah sikit dan kebakaran kat kilang diorang. Akhirnya diorang end up dibeli (rasanya) oleh satu syarikat lain, ?koda Works. ?koda Works ni diasaskan oleh Emil ?koda pada tahun 1859. di Plzen. Jadinya, bermulalah pengeluaran kereta dari Laurin & Klement ni bawah nama ?koda. 

      Masa World War II, pengeluaran kereta memang jatuh merudum dan ?koda Works ni tukar bidang kerja dan hasilkan komponen2 untuk kenderaan tentera. Kesan serangan perang semua tu, ?koda Works memang musnah. Kilang dah takde, pekerja ramai yang mati. 

      Lepas habis perang, ?koda Works kembali bangkit. Wow. Diorang bina semula kilang yang kat Mlada Boleslav tu. Dan kekal lah sampai sekarang. :) Dan years after that, ada kisah2 nak swastakan ?koda ni dan akhirnya dimasukkan dalam Volkswagen Group. 

      Tamat. 


      skoda auto


      Saya selalu tergelak sendiri bila dapat tahu maksud ?koda = damage, harm. Masa kelas bahasa Czech dulu pun ada belajar satu phrase ni,

      To je ?koda! = It's a pity.

      Haha. Comel. 

      Lesson learned dari kisah ?koda ni;-

      1. Jadikan kekecewaan sebagai satu cabaran untuk bangkit.
      2. Sentiasa berfikir untuk maju selangkah ke depan.

      Oh ye,  kereta dalam bahasa Czech ialah auto. Dan kemalangan yang melibatkan kereta = autonehoda. Kereta kat sini majoriti pakai gear manual. Setakat info masa saya bersembang dengan orang kereta sewa tu, sikit sangat kereta gear automatik kat sini. 


      Reference:- Wikipedia, Google. 

      Okay, jumpa esok. Awkward betul rasa bila kena update blog hari-hari ni. T_T
      Salam :)

      HK, Czech
      160203

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 沂水县| 祁东县| 靖边县| 高碑店市| 历史| 涿鹿县| 福州市| 石楼县| 镇巴县| 德江县| 龙江县| 九龙坡区| 乾安县| 开江县| 南投市| 连江县| 铜梁县| 安平县| 建德市| 冷水江市| 德安县| 沂水县| 调兵山市| 扎鲁特旗| 龙井市| 兴宁市| 万安县| 石首市| 荆州市| 沈阳市| 镇宁| 奉节县| 集贤县| 台山市| 潍坊市| 游戏| 杭锦旗| 西充县| 西贡区| 思南县| 哈巴河县|