Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      sarajevo

      Malam Setibanya di Sarajevo, BiH

      August 14, 2015

      Sampai kat stesen bas, dah pukul 9 malam lebih. Stesen bas dekat je dengan stesen kereta api & pejabat pos. Depan stesen bas ni pulak ada satu kampus universiti - Kampus Univerziteta u Sarajevu.

      Turun bas, boleh nampak banyak teksi tengah tunggu penumpang2. Terus bincang nak naik teksi atau jalan kaki. Entah kenapa, saya offer nak lead the way kalau jalan kaki. Bajet hebat baca maps la konon. :D Tapi sejak banyak travel ni, memang my 'navigation skills' improved a lot. Tehee.

      Sarajevo bus station
      Stesen Bas Sarajevo

      Kalau nak electronic maps, boleh guna Apps ni. CityMaps2Go. Saya dah save alamat apartment dalam maps. Jadinya, boleh dapat direction dari stesen bas ke apartment tanpa perlu akses Internet.  

      Hasilnya, tiba di apartment lebih pukul 10 malam. T_T 
      1 km lebih jaraknya. *rasabersalahajakorangjalankakijauhjauh*




      Alhamdulillah, apartment kemas & bersih, toilet okay. Ada satu bilik dengan 2 katil. Kat ruang tamu pulak, ada sofa besar yang boleh ditukar jadi katil. TV ada, dapur lengkap serba serbi. WiFi pun laju. 

      Sewa semalam Euro 10 seorang. 

      apartment in Sarajevo



      Lepas buat bayaran, mintak suggestion dari tuan rumah untuk perjalanan kami. 

      Cara nak ke Old Town, boleh beli tiket bas online tak, cadangan makanan yang wajib kat Bosnia ni etc. That lady ada bagi satu link untuk tengok senarai bas & masa. Tapi tak ingat apa website yang dia suggest  T_T

      Sini ada satu website yang boleh membantu.

      Malam tu, kami tak keluar walaupun sebenarnya, masing-masing nak cari makanan sebab lapar. Tapi rasa macam penat dan tak larat nak figure out jalan - so, end up masak dinner kat apartment. Haha, dinner at 12am. Sihat sangat, mee segera pulak tu :p

      Settle unpack barang sikit, bersihkan diri, siap-siap nak masuk tidur. Tapi semua tak tidur awal pun, duk google apa yang nak buat esok. 

      scenery in mostar
      Mostar :)


      Dan esoknya kami plan ke Mostar :) Plan asal cuma jelajah sekitar Sarajevo. Travel tak sempat nak plan awal, begitulah jadinya :) But, it's fun to do like this. Kena sabarlah, sebab redah je ikut mana kaki melangkah & instinct nak ke mana. 

      My style of travel - cari pengajaran hidup. Ada jugak yang food hunting, kaki gambar, peminat sejarah etc. Bila semua bersatu, memang meriah perjalanan tu jadinya. :)

      Korang berminat tak nak baca sejarah Bosnia & Herzegovina ni?

      Saya tak pandai sangat bercerita sejarah. Cuma, ada blog senior saya yang agak lengkap lah pengalaman dia di Bosnia. Dari sejarah dari mana datangnya masyarakat Bosnia, asal-usul bahasa dia etc. Memang membantu sebelum korang travel ke BiH ni.

      Boleh baca kat sini yea.

      Till then :)
      Assalamualaikum.

      Baitul Hanis
      150814

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 巴中市| 石屏县| 互助| 儋州市| 金塔县| 郎溪县| 宽城| 墨脱县| 三河市| 江源县| 万山特区| 阿坝| 长岛县| 兰溪市| 如皋市| 翁牛特旗| 巴中市| 武鸣县| 锦屏县| 新兴县| 庐江县| 呼和浩特市| 金塔县| 化州市| 大田县| 九龙城区| 伽师县| 大竹县| 梨树县| 佛教| 宁陵县| 通化县| 天峨县| 三河市| 广丰县| 贺州市| 江口县| 大荔县| 林周县| 安龙县| 昆明市|