Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      postojna cave

      Lepak Dengan Atuk Nenek Brazil

      August 30, 2016

      Bersambung kisah di gua....

      English tour habis dulu. Bila dah sampai kat luar, saya cuba tunggu atuk nenek tuu. Tapi nak setengah jam saya tak nampak diorang pun. Mungkin terlepas pandang masa saya buat tour ke tandas agaknya. Saya pun jalan balik ke bus station untuk tunggu bas balik Ljubljana. Tapi terlepas bas yang baru je gerak dalam 15 minit lepas. Alahai, the next bus pulak nak dekat 2 jam lagi. Hujan renyai2. Nak cari tempat nak solat lagi. Saya nampak pekarna (bakery) jadi beli dulu burek - fuh lega perut.


      Burek.

      Burek ni macam roti/pastry lembut yang ada inti. Common food kat sini. Last time masa pergi Bosnia, Croatia pun ada burek. Cumanya, kalau kat Bosnia, boleh la try burek inti daging, ayam etc. InsyAllah majoriti tempat jual yang halal. Kalau kat Slovenia ni, saya cuba mixed veggie, cheese dan cendawan. Semua sedap... haha ke lapar, entahlah.


      Settle solat, saya cuba cari tempat berteduh dan nak minum air panas. Berangin kuat pulak. Ditakdirkan tiba-tiba saya nampak kelibat atuk nenek tu. Terus gerak ke arah diorang. Gelak-gelak je mampu mengenangkan berapa kali terpisah entah. Rupa-rupanya Italian tour tu last sekali. So ada la gap lebih setengah jam camtu dari English tour.

      Sambil tunggu bas, kitorang nampak satu bar kat belakang stesen bas. Oh ye, hari ni Easter Monday (kalau tak silap), memang 98% kedai tutup. Sobss. Stesen bas pun tutup tapi bas jalan macam biasa. Atuk tu tanya minum kopi tak? Saya memang terfikir nak minum something panas, dah angin kat luar memang sejuk betul. Sejuk untuk saya (perasan orang Eropah haha) apatah lagi untuk atuk nenek tu. Order hot chocolate untuk saya dan latte untuk diorang. Comel je diorang order satu je latte lepas tu explain, 'we always share food' alalalalaa. Sweet sangat.

      Bermulalah sesi perkenalan lebih lanjut. And surprisingly lagi, diorang ni walaupun masing-masing dah berumur 75 & 70 tahun, tapi masih bekerja. Ye, MASIH. Fuh. Dua-dua cikgu - yang atuk tu cikgu course 'theater', nenek tu pulak cikgu yang mengajar cikgu. Haha maktab macam tu la rasanya. Excited diorang bila saya bagitahu yang parents saya pun cikgu jugak. :)

      Bila bersembang dengan orang yang berbeza everything ni, confirm isu agama memang akan ada. Tudung, solat, kahwin etc. Pasal kahwin ni paling popular kot, saya rasa orang luar ingatkan perempuan Muslim tak boleh pilih pasangan...arranged marriage kiranya. Huhu.

      The rest of conversation is history..... 


      --------------------------------------

      Teringin nak bergambar tapi saya biasanya akan request bergambar dengan strangers bila dah sembang banyak. Rezekinya atuk nenek tu yang initiate ajak bergambar dulu. Let's do this!

      I hope they are doing fine now. :)


      Dalam bas ke Ljubljana, saya memang terlelap habis. Sedar je, dah sampai stesen bas. Atuk nenek tu sebenarnya ajak tengok orchestra. Lol. Terpaksa tolak, saya nak balik dah malamnya nanti. Kena buat final touch - beli souvenirs Ljubljana. Tapi, sedihnya kedai yang saya aim dah tutup. Sobss! So.... kita kenang-kenangan dengan gambar je lah. :)

      --------------------------------------

      That's the end of my journey in Slovenia. Kisah nak balik dari Ljubljana ke Prague pun banyak kisahnya. :D Nanti-nantilah, selesai posts kat Slovenia ni pun dah satu kejayaan besar. Haha.

      p/s - Going back to Czech soon. T___T

      160826
      SS, Perak, Malaysia

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia

      August 29, 2016


      Postojna Cave ni sangat besar. Out of 25km galleries, about 5km which are opened to public. Mula-mula dia bawak dengan train, lepas tu jalan kaki along the cave, nak balik baru naik train semula. 

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Dalam gua

      Masa naik kereta api tu akan ada kamera pihak gua ambilkan gambar. So, make sure korang senyum jeeee sepanjang atas kereta api tu haha. Tapi, mahal sangat €8 sekeping. Kalau saya, memang tak beli. Depends... kalau korang rasa berbaloi, beli je. Saya selalu wonder apa diorang buat dengan gambar yang tak terjual ni. Daripada jual dengan harga mahal macam tu dan tak ramai pun yang beli, baiklah jual harga yang reasonable sikit. -_-'

      Tour ni dalam sejam setengah. Pada saya, memang berbaloi dengan harga dia. In case kalau korang nak lawat Predjama Castle sekali, ada pakej nya jugak. 

      Cuma castle & cave ni hanya ada shuttle masa peak season in which summer macam tu. Selain dari summer, either kena jalan kaki / naik teksi. Saya dah puas tengok castle kat Bled dan Ljubljana, so I think I can skip this one.

       Kat sini, saya kongsi beberapa lagi gambar dalam gua.

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Stalactites


      So many things I learned from the tour :)

      I asked the tour-guide about bats. Sebab gua Malaysia kan banyak kelawar. Tapi, katanya, kelawar tak dapat hidup kat gua sini sebab sejuk. Masa tour ni pun, suhu bawah tanah dalam 10 degree Celcius. 

      Ada satu soalan comel dari seorang budak kecil ni. Dia tanya macam mana dalam gua ni tak gelap, memang ada cahaya semula jadi ke? Tour-guide pun senang hati jawab. "Ni lampu kita pasang, nanti gelap tak nampak apa-apa. Kalau gelap, susah nak jalan. Nanti jatuh atas batu, sakit..." Entahlah, rasa comel!


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Moreeee stalactites

      Stalaktit dan stalagmit ialah mendapan calcium dari air yang bertakung dan menitik dari atas gua. Dia akan memanjang dalam 1cm dalam masa 100 tahun!

      Pillar vs curtain

      Pillar ni stalaktit, stalagmit yang rupa macam tiang. Curtain ni pulak bila stalaktit terjadi pada masa yang sama bercantum dengan dinding gua. Dalam gua kita boleh tengok stalaktit / stalagmit tu dari pelbagai warna. Kenapa? Perbezaan mineral dalam air yang menitik tu - ada iron, aluminium etc. Kalau banyak aluminium, stalaktit tu akan jadi lebih gelap.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      This is called pillar!

      Gua ni sentiasa basah, salah satu sebabnya ialah hujan. Satu lagi sebab ni bawah tanah, banyak air bertakung kat permukaan tanah tu. Memang best bila pegang dinding gua. Sejukkkk. Mungkin ni la konsep labu sayung & tembikar kot. Air dalam labu kan sejuk2. Even tembikar ni ibarat peti sejuk zaman dulu2 kan? Orang Korea pun banyak letak makanan dalam tembikar.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Tiny version of stalactites.

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      This looks...euw?

      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Macam gigi.

      Binatang yang famous dalam gua ni ialah white salamander. Ala-ala biawak kecil. Tapi sebenarnya dia amfibia yang buta. Albino pun iye jugak.


      Impressive Cave Tour in Postojna Cave, Slovenia
      Saya takde ambil gambar salamander haha. Nah, gambar google je



      Still ingat saya ada cerita saya berjalan dekat sungai luar gua ni?

      Di penghujung gua, ada bunyi air mengalir. Rupa-rupanya air yang di gua tu bertakung menjadi sungai. Dan sungai ni la yang mengalir ke luar. Awesome kottt.

      Disebabkan lagi best kalau korang dapat rasa sendiri suasana dalam gua, saya dah compilekan jadi video. Jangan expect video ni best macam travelog sebelum-sebelum ni taw. Itu orang hebat yang buat. Haha.




      160825
      SS, Perak, Malaysia

      Tumpang Berteduh di Postojna Cave, Slovenia

      August 25, 2016

      Lena betul tidur kali ni di Hostel Vrba, Ljubljana, Slovenia. Mungkin badan penat dah kot travel ni. Hoho. Bila backpacking ni memang terasa pentingnya nak jaga kesihatan diri. Mana nak galas backpack berbelas kilo, mana nak berjalan heret kaki. Especially bila jumpa sepasang atuk nenek umur atas 70 tahun berEurope trip berdua suami isteri, lagi la rasa aaaa I wanna be like them. Nak kahwin pun belum ada bakal calon. Lol. Tapi takpe, moral kat sini ialah jaga kesihatan. Fighting Nina!


      Spring!
      --------------------------


      Pagi-pagi sesudah subuh, saya sambung tidur kejap pastu bangun balik untuk sarapan dan siap-siap packing untuk check out. Sarapan pun makan baki mee semalam tak habis. Hostel Vrba ni boleh tahan best jugak. Selesa dan sebab Easter kot, tenang je rasa hostel ni. Kat hostel disediakan tuala, kunci mangga cuma takde selipar bilik. So bawak la ea sepasang. Senang nak keluar bilik ke tandas.

      Kat kaunter check out, saya terjumpa Daniela lagi and then we decided untuk ke stesen bas sekali. I leave it to her to decide nak naik bas or jalan kaki ke stesen bas. Bila dia kata dia nak jalan2 sepanjang sungai Ljubljanica tu, saya okay je. Saya ada bagitahu yang dia nak ke Zagreb, Croatia. Ni laa style backpackers ni. Rasa macam impromtu nak pergi somewhere, they just grab a ticket. Kalau yang lebih experienced, pandai je diorang cari orang yang diorang boleh tumpang or share kereta sekali. Hitchhike lah lebih kurang. 

      Takpe.... sebab saya girl - travel solo pulak, saya naik bas / train je dulu buat masa ni.

      Actually, saya cadang nak spend time kat Ljulbjana je hari ni tapi memandangkan dah cover most places kat sini, saya tambah plan baru untuk ke pekan / bandar lain. 


      Postojna Cave, Slovenia
      On the way
      Next destination....jeng jenggg.
      Postojna Cave!

      Gua Tempurung pun hang tak pernah sampai, over excited je masuk gua negara lain. T___T

      And it was never a bad decision.

      Backpack yang berat tu saya tinggalkan kat tempat luggage kat stesen bas. Tak ingat berapa harga, bawah €5. Pastu, tunggu je bas kat 'platform' yang menghala ke Postojna Cave. Beli tiket kat driver dalam €6 - one way. Nak beli return pun ikut sukalah, harga sama jugak - another €6.

      Bas akan lalu few towns macam bas lompat-lompat. Cuma menariknya kali ni destinasi tu lebih kepada atas bukit. Jalan pun memang ibarat ular kene palu la berpusing-pusingnya. Mujur saya tengah belajar adapt dengan bus-sickness ni. Dah improve banyak dah dan jumpa solusi - kalau pening, tidur je. Hoho. Ditakdirkan juga cuaca muram kali ni tambah lagi hujan lebat. So decision untuk ke gua tu bukan satu kesilapan. Haha kita tumpang berteduh dalam gua yee.


      Postojna Cave, Slovenia
      Route dari stesen bas ke gua.


      Sampai kat stesen bas Postojna, ada lah beberapa orang yang nak ke gua. Jadi, kami pun jalan sekali dah macam rombongan cik kiah. Tua muda semua ada.

      Saya berjalan sekali atuk nenek dari Brazil. Nampak taklah tua sangat, yang atuk tu namanya Antonio (75 tahun). Isterinya pulak Miriam (70 tahun). 

      Amazing. Seriously they inspired me!

      Postojna Cave, Slovenia
      Jama = cave


      Masa ni, saya bersyukur sebab conversation in English. Boleh la speak I, you - tak payah risau nak panggil atuk nenek. Saya panggil Sir, Madam kalau nak acknowledge diorang. 

      Kitorang plan nak masuk sekali. Saya ni pun alang-alang takde teman, lebih-lebih happy bila Atuk Antonio ni ajak "lets go inside together". Banyak kali terpisah dengan diorang ni. Sampai saya redha je kalau memang ditakdirkan tak jumpa dah.

      Postojna Cave, Slovenia
      €19.10 (students) || €23.90 (adults) || €14.30 (children)

      Kali pertama lepas beli tiket. Diorang nak pergi makan minum kejap - lagipun turn visit ada dalam 2 jam lagi. Saya dah makan burek, memang kenyang. Saya cadangkan untuk jumpa kat entrance je terus. Pastu, saya jalan-jalan tepi sungai. Menarik sangat tepi gua ada sungai. Siap ada watermill lagi. Kisah pasal sungai ni nanti saya cerita sekali dengan gua.

      Postojna Cave, Slovenia
      The river.

      Then, masa nak ke tandas saya terjumpa balik diorang. Lepas keluar tandas, macam tertutup hijab je tak nampak kelibat pun. After 10 minit menunggu, saya pun decide ke entrance dulu dan tunggu kat sana. Tersengih dua-dua bila kitorang jumpa balik.

      Malangnya sekali lagi terpisah sebab cave tour ni ada guide. Saya pilih English guide tapi diorang prefer Italiano. Lebih faham, katanya. So, kitorang pun ikut tour masing-masing.

      Postojna Cave, Slovenia
      Ramai pelancong!

      Bila entrance dibuka, check tiket semua, saya sampai kat kawasan yang kanan kiri ada train. Comel je train tu macam dekat fun fair tapi yang ni memang seriously panjang. No wonder sebab memang ramai sangat org masuk gua ni sepanjang tahun. Dengarnya bilangan visitors tak jauh beza dari bilangan visitors yang melawat Paris. Cuba bayangkan Paris tu pun sesak apatah lagi caves ni kan. 


      Postojna Cave, Slovenia
      Macam funfair kannn train dia.

      Tapi jangan risau sebab kat sini ada banyak trip - rasanya setiap jam macam tu. Yang menariknya lagi bila the guide is free. So tak perlu pakai audio-guide, cuma kena selalu dekat dengan tour-guide la taw. Jalan laju sikit. Kalau rasa lebih nak nikmati pemandangan dan tak nak kejar tour-guide, boleh pilih untuk order audioguide.

      Mula-mula saya antara ke belakang pastu baru perasan orang-orang belakang ni semua ada audio-guide. Padanlah diorang tak kisah pun nak dengar cerita dari tour-guide tu. Lepas tu saya memang yang paling depan. Haha.


      Postojna Cave, Slovenia
      Still picture tak menjadi atas train. T_T


      Tangan tak lepas dengan kamera. Haha. Gelap actually bila ambik gambar pun. 
      Sesungguhnya, GoPro memang tak sesuai dalam ni.

      Sebenarnya, saya banyak rekod video dalam gua, tapi tak reti edit video. Haha, dah taktahu camne nak share ni.


      ...bersambung...

      160821
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 无极县| 威远县| 清远市| 海兴县| 永仁县| 慈利县| 专栏| 隆回县| 乌鲁木齐市| 宁城县| 竹溪县| 双峰县| 安仁县| 黄梅县| 金门县| 溧阳市| 镶黄旗| 于田县| 理塘县| 濮阳县| 柳林县| 江孜县| 湘潭县| 青冈县| 基隆市| 寻乌县| 游戏| 陕西省| 许昌县| 临夏县| 利川市| 托里县| 西昌市| 平顺县| 桂阳县| 瑞丽市| 荃湾区| 专栏| 拜泉县| 徐汇区| 石首市|