Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      mountain

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech (Part 2)

      May 6, 2013

      .....
      "Ya Allah, pagi ini kami kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakan nikmat, afiat dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan akhirat." - al-Mathurat


      Few steps more. Meredah salji yang bukan sebati dengan kaki, memang cabaran.

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech
      Udara yang sangat nyaman, walaupun sejuk diluar, berpeluh-peluh jugak dibuatkan bila sampai di puncak gunung. Rasa berbaloi baloi menikmati indahnya ciptaan Allah walaupun kudrat tak seberapa, hanya diiringi semangat yang menggunung dan zikir yang tak lekang di bibir. Itu je sumber kekuatan yang tinggal. Alhamdulillah.



      Kami di puncak!

      Bangunan belakang yang ada cermin banyak-banyak tu Polish chalet. Dan bangunan sebelah kiri tu pulak ialah Chapel St. Vav?inec. Ada jugak pejabat pos, hmm entahlah kenapa ada kat atas ni errr. Oh yee, puncak ni terletak kat border antara Czech & Poland. Dan ketinggian dalam 1602m. T_T Bila dah sampai ke puncak, barulah kami tahu yang gunung ni ialah yang tertinggi kat Czech. T_T

      Objektif utama hiking trip ni ialah untuk tengok matahari terbit. Tapi bukan rezeki nampaknya sebab awan memang tebal menutupi matahari. Sangat menarik dan kagum sebab rasanya jarang jugak dapat nikmati awan tebal kat Czech ni :)

      Kabus.

      Lepas hampir 15minit kat puncak, semua dah bersiap-siap nak turun balik. Hukhuk sedih masa ni, sebab rasa tak puas stay kat atas tu haaa. :( Tapi kenalah ikut sebab siapa nak guide kami kalau nak turun sendiri. Pilihan route ada banyak, salah pilih, memang sesat la nanti.

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Cabaran turun pun bukan mudah seperti yang diharapkan. Haha. Curam bersalji. Budak-budak Czech ni turun dah macam orang main ski. Zummmm laju je. Kami ni jugak yang menapak satu per satu. Seram jugak, tepi laluan tu memang terus ke bawah T_T Dah sampai kawasan rata macam gambar kat atas, teruji jugak kekuatan kaki. Haha, tapak kaki dah sakit dah, tambah berjalan atas batu yang macam urutan refleksologi ni lagilah buat uhmpppphhh. 

      Fakta menarik kanak-kanak Czech. Dari kecil lagi diorang dah didedahkan dengan mendaki gunung, ski, snowboard etc. Cuma kawan-kawan se-hiking kata budak-budak zaman sekarang dah kurang minat dengan ni semua. :(

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech



      Czech friends!

      Diorang memang selalu di depan kitorang. T_T

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech



      Beautiful waterfall. :)

      Kawan Czech :- Are you still okay?
      Kami :- Hmmmm. We think so.
      Kawan Czech :- We have 2 more kilometers to walk. We need to reach the bus stop within 30 minutes.
      Kami :- *WHAT?! (dalam hati dengan muka terkedu)

      Memang rasa dah boleh daftar diri kelab lumba jalan kaki.


      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Kami tiba satu minit sebelum bas bertolak. Alhamdulillah. 

      1.30am - 8.30am. 7 jam berjalan kaki! What a great experience! ^_^ Moga Allah berkati perjalanan ini :)


      Ad-Deen, Buzulucka
      130502
      1626

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech (Part 1)

      May 2, 2013

      Tak pernah terlintas nak mendaki di Czech ni. Tapi, bila ada seorang senior invite untuk join sekali trip pelajar-pelajar Czech untuk mendaki, pergh terus klik going tanpa berfikir panjang. Err sebenarnya dah tengok planner, sama ada free tak weekend tu. Alhamdulillah, berkelapangan. Jadi, apa lagi?

      Tanpa pengalaman. Kita redah dan redha :D

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Bertolak dari Terminal HD, Hradec Králové hari Sabtu petang, dengan bas ke Trutnov. Aha, ada satu perkara menarik sebelum naik bas ni yang rasa terblur seketika. Ketua trip bagitahu yang semua kos free. Woah. Sebab kami bawah ISU. ^_^

      Lepas transit kat Trutnov, kami tiba kat destinasi Pec pod Sně?ka hampir pukul 9 malam dan seperti yang disangka, sunyi sepi sekali tempat tu. Kami stay kat satu bar-restaurant sampai pukul 2 pagi sebelum mula mendaki.

      Hujan lebat. Memang dah risau cuaca macam ni, bahaya jugak nak hiking. Air sungai pun deras. 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Sementara menunggu tu, kami bertiga bersembang dengan budak-budak Czech tu. Ada je yang peramah, ada jugak yang segan. Kalau diorang pun segan, kami ni apatah lagi. T_T

      Ada seorang budak lelaki ni, dia sangat curious tentang kami, dan selalu tanya soalan yang kadang-kadang rasa payah jugak nak menjawabnya. Kalau tak silap, topik pertama ialah arak. Dia tahu yang kita as Muslims tak boleh minum arak. Tapi dia tak faham apa reasonnya. Fuh, nampak soalan mudah, tapi nak explain tu, rasa berdebar, sebab takut tersilap kata yang boleh buat fitnah pada agama. 

      Topik lain, as expected jugak, sex pre-marriage. Huhu, kebanyakan orang kat Czech ni atheist dan diorang takde agama yang nak refer to. Jadi, diorang tak anggap perkahwinan tu satu benda yang perlu, lebih lebih lagi kalau orang tu dah hidup berpasangan dan live happily. Rasa redundant maybe?

      Ya Allah mudah-mudahan ilham yang Kau bagi pada kami untuk menjawabnya tu tersampai maksudnya.


      Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya. Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-Nya. - Yusuf 12:105-106


      Setkan niat. Bismillahirrahmannirrahim.  

      Tarbiyah nikmat cahaya. Sepanjang perjalanan tu memang terasa betapa perlunya cahaya dalam kehidupan kita. Pemandangan yang nampak hanyalah apa yang disuluhkan. Cuba bayangkan lebar laluan mendaki tu hanya muat 2 orang, dan di tepinya penuh juram, cerun, air sungai mengalir, pokok-pokok macam dalam twilight. Disuluh ke langit, memang sah sah gelap T_T 

      Allah ada, Dia Maha Melihat, Maha Melindungi. 

      Syukur alhamdulillah sebab dalam hutan kat Czech ni takde haiwan liar agaknya :) Mungkin sebab cuaca sejuk (?). Terbayang jugak kalau-kalau ada ular, kala jengking ke apa kan. 

      Du?nost (Short of breath)
      Dychejte zhluboka. (Breathe deeply)


      Dalam pukul 3.30, kami sampai kat kawasan chalet, yang menunjukkan ada separuh lagi perjalanan. Ya Allah, berehat sekejap 10 minit pun dah terasa nikmatnya. Budak-budak Czech ni memang jenis tough, dengan langkah panjang, sobsobsob lambat jugak nak mengikutnya. Mujur diorang ni memang jenis membantu, bila ada yang penat, diorang stop dulu. Ada yang siap bawakkan backpack kami. T_T 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech



      Kembali mendaki.

      Ahaa, laluan semakin mencabar! Ais dan salji di mana-mana sahaja. Licinnya, emm saya berjalan dah macam anak itik terkedek-kedek. Jumpa tanah yang dapat dipijak tu pun jadi satu nikmat. :)

      Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Ar-Rahman

      p/s - bersambung....

      Ad-Deen, Buzulucka
      130502
      1507

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 铜山县| 霍林郭勒市| 龙山县| 扶沟县| 宜昌市| 左云县| 镇康县| 安溪县| 齐齐哈尔市| 麦盖提县| 汝阳县| 灵武市| 沾化县| 渭源县| 霍山县| 荥阳市| 阳山县| 会理县| 平利县| 都江堰市| 鹿泉市| 芷江| 铜川市| 南江县| 兴安县| 浮梁县| 嘉义市| 拉萨市| 清丰县| 湟中县| 丹江口市| 林西县| 华宁县| 星子县| 龙陵县| 沧州市| 鲁山县| 加查县| 新巴尔虎右旗| 达孜县| 台南县|