Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      interesting facts

      8 Fakta Tentang Bunyi dari Badan Kita

      January 21, 2016


      Kalau korang nak fakta-fakta menarik ataupun tips tentang badan kita, tak kisahlah dari segi pemakanan, kesihatan, cara hidup etc, saya nak suggestkan korang subscribe kat website ni. Tadaaaaa. Banyak ilmu-ilmu yang best dan sedikit sebanyak membantu saya faham ilmu perubatan yang berat tu. Sebab biasanya website tu akan explain dengan gaya untuk orang yang bukan medical-background :)

      Nice.

      Biasanya dia akan offer quiz untuk kita uji pemahaman kita, lepas tu boleh la tahu sebenarnya kita faham satu2 kejadian tu betul ke tak. Macam contoh sekarang ni, saya nak share kuiz yang saya jawab untuk tajuk bawah ni :D (Klik link untuk jawab sendiri)

      Gurgle, Pop, Achoo: The Truth About Body Noises



      Okay, apa bunyi yang kita biasa dengar dari badan kita?
      Let's go through them, based on the quiz's results :)


      1. Regangkan sendi2 tangan sampai berbunyi.

      English term dia ialah cracking knuckles. Untuk bahasa melayu dia, hmmm betul ke tu?

      cracking knuckles
      Credit - Google Images

      Biasanya, orang buat macam ni masa tangan tu lenguh kan? Dan saya sendiri pun rasa lega bila boleh dengar bunyi pop tu errrr. Ada orang pop-popkan sendi siku, ada yang leher, ada yang pinggang jugak kan? :)

      Cracking knuckles ni TAK menyebabkan arthritis (inflammation of joints). Tapi boleh sebabkan joints kita longgar kalau aktiviti ni dah rutin harian. Boleh kata, macam haus la joints tu.

      "Joints" ni ialah tempat tulang-tulang kita bersambung, contoh macam siku, lutut. Kalau kat jari dan tapak tangan, fuhh, lagi la banyak tulang kecil2. Kalau jari (selain ibu jari) pun at least ada 3 tulang setiap satu.

      hand joints
      Credit - Google Images

      Inflammation pulak bila satu2 part badan tu jadi merah2, bengkak, panas2 sikit dan biasanya sakit.


      2. Sendawa (burp)

      Sendawa paling kuat dalam dunia kalau ikut Guiness World Records ialah Paul Hunn dari U.K. Bunyi sendawa dia ialah sekuar 109.9 decibels, sama kuat dengan bunyi chainsaw, macam ni!

      Image result for chain saw
      Credit - Google Images

      Sendawa ni rasanya kita tahu je kenapa jadi? Angin/gas dalam perut kita mintak dilepaskan. :D

      Elakkan minum air gas, elakan bercakap masa makan.

      Oh ye, kalau bayi minum susu / makan, biasanya memang gas-gas akan berkumpul dalam perut. Dan itu antara sebab babies meragam, so, sabar na sampai diorang sendawa.


      3. Bersin

      Bersin ni satu cara badan kita buang kuman-kuman. Proses ni sangatlah laju! 100mph = 160kph. :O :O :O

      cat sneezing
      Credit - Google Images

      Jadi, janganlah tahan bersin. Nak bersin, ambik tisu / kain tutup mulut, pastu bersin jaaaa.

      Dalam area hidung kita ada satu lubang ni untuk sambung dengan telinga, nama dia Eustachian tube. Fungsi dia untuk balancekan pressure telinga kita. Jadi, kalau kita tahan bersin, high pressure tu akan ke dalam telinga kita dan boleh bawak ke hilang pendengaran (bukan lah sekali terus hilang - lama proses ni), boleh jugak buat salur darah pecah etc.

      4. Perut berkeroncong

      Bunyi ni sebati dengan lapar kan? Perut boleh berbunyi masa dia tengah hadamkan makan dan jugak masa perut kosong. Jadinya, bunyi perut ni lumrah hidup. Kalau sakit perut, pedih ulu hari - tu lain cerita okay :)

      Dan doktor boleh check (basic) sistem pemakanan kita okay tak, dengan dengar guna stetoskop. Stetoskop bukan setakat kat chest untuk paru-paru, jantung je taw, perut pun bolehhhh. Nak tengok saiz hati pun boleh guna stetoskop kalau nak.

      5. Telinga berdesing / berdering

      Istilah ni namanya tinnitus. Boleh jadi satu sign masalah telinga ataupun psikologi kita dah sebati. Masalah ni biasanya jadi kat orang tua. Tapi untuk orang muda, boleh jadi jugak especially kalau jenis yang dengar headphone kuat-kuat ataupun kerja / tinggal dekat dengan construction site.

      Image result for tinnitus
      Credit - Google Images

      Nak rawat, biasanya depends kat sebab. Kadang-kadang tahi telinga (earwax) pun boleh jadi sebab.


      6. Buang angin / kentut

      Semua manusia kentut. Betul. Sehari, normalnya boleh sampai 20kali sehari. Bezanya bau atau tak, berbunyi ataupun tak, besar ataupun kecil.

      Angin dalam saluran pemakanan ni bergantung dengan cara kita makan & minum (laju sangat), banyak sangat minum air bergas. Ada jugak makanan yang memang buat perut berangin - boleh tengok sini.


      7. Berdengkur

      Kadang-kadang berdengkur ni bukan sahaja buat tidur sendiri tak lena, orang lain pun tidur2 ayam jadinya T_T

      Sebabnya ialah laluan pernafasan kita macam ada 'halangan' sikit. Terutama, untuk orang yang berisi (overweight/obesity), tisu2 yang ada kat tekak tu berlebih-lebih, jadi laluan nak bernafas makin kecil, bunyi pun makin kuat. Berdengkur ni berbahaya bila jadi sleep apnea (orang tu tak bernafas untuk beberapa saat dalam tidur). So, kalau teruk sangat dengkur, jumpa doktor yeppp. Untuk yang berisi, jom sama-sama kita jaga badan :)

      8. Sedu

      Hiccups! Sedu ni jadi bila ada involuntary spasms kat diaphragm muscle. Haha, sorry lah kalau tak faham, cabaran betul nak explain in Malay. T___T
      Source


      Macam-macam tips orang bagi untuk hentikan sedu ni kan :) Setiap orang lain cara, dan ada yang menjadi kat orang A, tapi tak efektif untuk orang B. Tak kisah lah nak letak gula bawah lidah ke; nak bagi orang tu terperanjat ke; nak tutup hidung, mulut pastu tahan nafas ke. buatlahhh. Kalau tak berhasil, gugurlah talak satu sabar jaaa, nanti dalam beberapa minit hilang la tu.


      Pictures - all credit to Google Images!
      Reference - webmd.com

      Okaylahhh, nanti saya share lagi :) Kalau korang subscribe website yang saya letak kat awal2 post tu, lagi banyak korang boleh belajar. Hihi.

      Till then,
      Byeeee, assalamualaikum.
      HK, Czech

      Fun Facts About Dandelions

      May 25, 2013


      Fun facts about dandelions :) 

      1. Sebutan sebenarnya ialah dan-de-lai-yen as in lion - singa. (/?d?nd?la?.?n/ dan-di-ly-?n). Bukannya dan-de-li-on. Dinamakan begitu sebab ada daun yang tajam ibarat gigi singa. T_T (French - dent-de-lion, bermaksud "lion's tooth")
      2. Ia ialah sejenis bunga dan boleh dimakan oleh manusia. :O Oho, suprisingly, I just knew that.
      3. Benih dia boleh terbang dibawa angin, ibarat parachute.
      4. Dandelion dalam bahasa Czech ialah pampeli?ka.
      5. Asal dari Eurasia, tapi sekarang dah tersebar di seluruh dunia. WOW!
      Kebaikan

      1. Tumbuhan sampingan yang baik untuk bercucuk tanam. :D
      2. Akarnya boleh tambah mineral dan nitrogen dalam tanah.
      3. Melepaskan gas ethylene yang boleh bantu buah untuk masak.
      4. Sumber makanan untuk burung.
      5. Daunnya ada digunakan dalam traditional Chinese & Korean cuisine.
      6. Di Greece, daunnya dimakan dalam bentuk salad secara mentah / rebus. Juga dimakan sebagai salad oleh bangsawan Victoria. (Errr tak pasti bangsawan apakah ini. -_-')
      7. Bunganya dijadikan salah satu ramuan untuk buat dandelion wine, traditional British soft drink dan juga root beer. Err.
      8. Akar yang dipanggang boleh dijadikan kopi tanpa kafein. Nice!
      9. Daunnya ada banyak vitamin & mineral especially vitamin A, C & K. Termasuklah sumber Calcium, Potassium, Iron & Manganese.



      Bahaya
      1. Debunganya boleh menyebabkan allergic ataupun bahaya pada kulit yang sensitif. Mungkin berpunca dari getah yang ada pada batang dan daunnya.
      2. Disebabkan ada level potassium yang tinggi, kalau dimakan, mungkin boleh menyebabkan hyperkalemia.
      Perubatan

      1. Ada banyak bahan aktif untuk ubat-ubatan.
      2. Digunakan sebagai ubatan herba di Europe, North America & China untuk rawat jangkitan, masalah hempedu dan masalah hati. Juga digunakan sebagai diuretic (bahan untuk cairkan urine)



      SubhanAllah. Sekecil-kecil bunga inipun, penuh dengan manfaatnya. Selama ni dipijak je bila berjalan atasnya, takpun, hanya bersukaria meniupnya sebab memang cantik melihat benihnya berterbangan. Macam salji. 

      Oh ye, dah tengok video kat atas? Dah tahu la kan macam mana dandelion ni menjadi bunga dan seterusnya menjadi 'tumbuhan' yang boleh berterbangan. Teringat ayat dalam surah Al-Jumuah, ayat 10, 
      "Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."

      Ibarat dandelion yang terbang ditiup angin dan mampu hidup di mana sahaja dia mendarat, begitulah kita sepatutnya mampu survive di mana sahaja kita berada, dan dalam apa juga kondisi kita. Kembalilah pada sumber utama, Al-Quran dan Sunnah, ingat Allah selalu, dan dengan izinNya, kita akan berjaya. Ameen.

      p/s - I was playing cricket yesterday when suddenly I felt bad to step on dandelion on the field. T_T

      Sumber :- 
      http://herba.berita1.com/dandelion-taraxacum-officinale
      http://en.wikipedia.org/wiki/Taraxacum
      Ad-Deen, Buzulucka
      130524
      2055

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 延川县| 汝州市| 九龙坡区| 连平县| 佛冈县| 银川市| 拉孜县| 新安县| 湄潭县| 浦东新区| 盐源县| 集贤县| 兰考县| 沙雅县| 北安市| 雷州市| 江源县| 奉化市| 合江县| 尼木县| 米易县| 江达县| 广汉市| 重庆市| 库车县| 深圳市| 沈丘县| 渑池县| 仙居县| 秦皇岛市| 朝阳县| 陵川县| 稻城县| 肥西县| 专栏| 黄梅县| 黄大仙区| 遂昌县| 凤翔县| 方正县| 桐乡市|