Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      hutan

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech (Part 1)

      May 2, 2013

      Tak pernah terlintas nak mendaki di Czech ni. Tapi, bila ada seorang senior invite untuk join sekali trip pelajar-pelajar Czech untuk mendaki, pergh terus klik going tanpa berfikir panjang. Err sebenarnya dah tengok planner, sama ada free tak weekend tu. Alhamdulillah, berkelapangan. Jadi, apa lagi?

      Tanpa pengalaman. Kita redah dan redha :D

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Bertolak dari Terminal HD, Hradec Králové hari Sabtu petang, dengan bas ke Trutnov. Aha, ada satu perkara menarik sebelum naik bas ni yang rasa terblur seketika. Ketua trip bagitahu yang semua kos free. Woah. Sebab kami bawah ISU. ^_^

      Lepas transit kat Trutnov, kami tiba kat destinasi Pec pod Sně?ka hampir pukul 9 malam dan seperti yang disangka, sunyi sepi sekali tempat tu. Kami stay kat satu bar-restaurant sampai pukul 2 pagi sebelum mula mendaki.

      Hujan lebat. Memang dah risau cuaca macam ni, bahaya jugak nak hiking. Air sungai pun deras. 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech


      Sementara menunggu tu, kami bertiga bersembang dengan budak-budak Czech tu. Ada je yang peramah, ada jugak yang segan. Kalau diorang pun segan, kami ni apatah lagi. T_T

      Ada seorang budak lelaki ni, dia sangat curious tentang kami, dan selalu tanya soalan yang kadang-kadang rasa payah jugak nak menjawabnya. Kalau tak silap, topik pertama ialah arak. Dia tahu yang kita as Muslims tak boleh minum arak. Tapi dia tak faham apa reasonnya. Fuh, nampak soalan mudah, tapi nak explain tu, rasa berdebar, sebab takut tersilap kata yang boleh buat fitnah pada agama. 

      Topik lain, as expected jugak, sex pre-marriage. Huhu, kebanyakan orang kat Czech ni atheist dan diorang takde agama yang nak refer to. Jadi, diorang tak anggap perkahwinan tu satu benda yang perlu, lebih lebih lagi kalau orang tu dah hidup berpasangan dan live happily. Rasa redundant maybe?

      Ya Allah mudah-mudahan ilham yang Kau bagi pada kami untuk menjawabnya tu tersampai maksudnya.


      Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya. Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-Nya. - Yusuf 12:105-106


      Setkan niat. Bismillahirrahmannirrahim.  

      Tarbiyah nikmat cahaya. Sepanjang perjalanan tu memang terasa betapa perlunya cahaya dalam kehidupan kita. Pemandangan yang nampak hanyalah apa yang disuluhkan. Cuba bayangkan lebar laluan mendaki tu hanya muat 2 orang, dan di tepinya penuh juram, cerun, air sungai mengalir, pokok-pokok macam dalam twilight. Disuluh ke langit, memang sah sah gelap T_T 

      Allah ada, Dia Maha Melihat, Maha Melindungi. 

      Syukur alhamdulillah sebab dalam hutan kat Czech ni takde haiwan liar agaknya :) Mungkin sebab cuaca sejuk (?). Terbayang jugak kalau-kalau ada ular, kala jengking ke apa kan. 

      Du?nost (Short of breath)
      Dychejte zhluboka. (Breathe deeply)


      Dalam pukul 3.30, kami sampai kat kawasan chalet, yang menunjukkan ada separuh lagi perjalanan. Ya Allah, berehat sekejap 10 minit pun dah terasa nikmatnya. Budak-budak Czech ni memang jenis tough, dengan langkah panjang, sobsobsob lambat jugak nak mengikutnya. Mujur diorang ni memang jenis membantu, bila ada yang penat, diorang stop dulu. Ada yang siap bawakkan backpack kami. T_T 

      Hiking Trip - Sně?ka, Czech



      Kembali mendaki.

      Ahaa, laluan semakin mencabar! Ais dan salji di mana-mana sahaja. Licinnya, emm saya berjalan dah macam anak itik terkedek-kedek. Jumpa tanah yang dapat dipijak tu pun jadi satu nikmat. :)

      Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Ar-Rahman

      p/s - bersambung....

      Ad-Deen, Buzulucka
      130502
      1507

      Edited, 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 宜兴市| 正宁县| 湖南省| 山东省| 洛川县| 宁化县| 商丘市| 安平县| 金阳县| 延吉市| 三都| 光山县| 桓仁| 错那县| 长垣县| 会泽县| 锡林郭勒盟| 彰化县| 石棉县| 满城县| 孟津县| 隆回县| 福泉市| 酒泉市| 游戏| 吉木萨尔县| 河池市| 德阳市| 平乐县| 洪湖市| 鹤壁市| 海林市| 定州市| 盐源县| 周宁县| 井陉县| 青岛市| 三原县| 大石桥市| 习水县| 靖宇县|