Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      emirates

      Suka Duka KL-Dubai

      September 20, 2012

      Sungguh kenangan seumur hidup.

      Selesai check in luggage nak dekat pukul 6 petang. Terima kasih kakak Emirates, bagi lepas jugak luggage walaupun dah terlebih berat. 32.2kg. Belum masuk cabin luggage. Beg roda dah nak 15kg, backpack pun mahunya 10kg. Gagah perkasa sungguh rasanya. Hee, padahal pelajar lain pun biasa macam tu. Lumrah. :p

      Sempat makan2 ayam KFC untuk terakhirnya hingga ketemu tahun hadapan. Nak 6.15petang, dah ada "calling for flight EK" bla bla bla. Alahai, sekejap je lagi masa nak melepaskan rindu kat keluarga, 6.30 dah boarding. Risau jugak kalau terlepas flight. Nak lepas security check, naik aerotrain bla bla kalau tersesat mana2, tak ke naya tu. Ye la, travel seorang, haruslah get prepared for the worst.



      Flight sepatutnya take off pukul 7.30. Boleh pulak ada orang bertengkar kat atas flight tu. Haihh. Bukanlah tahap gaduh2 tumbuk2 tu. Ada satu group ni marah bila seat yg dia kata dia punya tu dah ada orang lain duduk. Bila check boarding pass, terbukti lah orang yang tengah duduk sekarang tu memang seat dia. Group tu pulak takde boarding pass. Saya tak faham sangatlah kisah dia macam mana, tapi end up group tu duduk berpecah la, seorang sana, seorang sini. Kecoh betul masa tu, delay jugak sekejap. :p




      Everything was fine masa sampai Dubai. Serius gegas ke kaunter passport control sebab takmahu sejarah berulang kembali. Haha. Memang cepat jugaklah saya lepas keluar. Alhamdulillah. Terus pergi shuttle ke hotel, bla bla bla dan seterusnya sampai keesokan hari.

      Check in for the next flight to Prague.
      Then, the bad scenario in my life began T__T

      Cabin luggage kena tahan dengan kastam. Takut tu memang tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Gara-gara mentol Philips E14 yang dibawak dari Malaysia untuk kegunaan belajar dikesan dalam xray security tu. Aduhai, pelik sungguh airport2 kat dunia ni berbeza rules. Kat Malaysia lepas je, kat Dubai sangkut pulak. Fine. Itu rules diorang.

      Adegan yang tak pernah saya bayangkan seumur hidup berlaku. Pergh. Tak pernah begging orang sebegitu rupa sekali. With lots of people around watching me begging to the custom officers to let me go WITH my bulbs. Pegawai kastam tu tak berani nak lepaskan, then dia pergi tanya kat polis yang bertugas. Bila dia datang balik dengan gelengan, terus sebak teramat membayangkan mentol2 tu akan dirampas. T__T



      Erkk. Bila fikir balik, mentol je pun T__T

      Alhamdulillah, pegawai kastam tu baik hati jugak, takde ambil terus. Dia suruh bincang dengan polis tu. Beg-beg semua dah tinggalkan kat kastam. Redha. Discussion sekali lagi bertukar menjadi sesi begging diiringi air mata. Sila bayangkan betapa payahnya nak jumpa mentol putih kat Czech tu ha sampai sekarang tak jumpa2. Semua stok ala2 suram hidup segan mati takmahu.

      Silap sendiri mungkin sebab tak ambil tahu rules kat airport orang. Silap sendiri jugak letak mentol dalam cabin luggage. 

      Oh, begging dengan polis tak berjaya. Hampa tu memang emmm. Haihhh. Masih dengan mata yang basah, dengan redhanya saya pergi balik ke kastam tu dan keluarkan lagi mentol yang ada. Tapi ada simpan lagi kat bawah2 tu dengan harapan kastam tak tanya berapa banyak yang saya bawak. Huhu. Tanya jugak..... T_T Doa doa doa dalam masa yang sama, pegawai kastam tu lepaskan jugak. Alhamdulillah. 

      Okay Nina. Mentol putih dah ada, Sila study dengan efektifnya!


      Beli unta comel ni lepas mood ke laut hari tu :P

      --------

      Entry ni dah ada dalam draft hampir seminggu. Maaf lama tak mengupdate. Mungkin tengah kurang berminat untuk berblogging. Heee. Nak ditutup rasa sayang.

      Jumpa lagi! :)
      Assalamualaikum

      Ad-deen, Buzulucka
      120919
      2130

      Edited 160810
      SS, Perak, Malaysia

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 明溪县| 霸州市| 宝丰县| 巴彦淖尔市| 油尖旺区| 正蓝旗| 铜川市| 湟源县| 常熟市| 崇仁县| 永兴县| 苍溪县| 谢通门县| 铁岭市| 和顺县| 林甸县| 沂南县| 六安市| 绍兴县| 新沂市| 曲周县| 汶川县| 潮安县| 根河市| 阳泉市| 永登县| 句容市| 肃宁县| 江门市| 河间市| 始兴县| 建昌县| 柘城县| 佛教| 东明县| 华蓥市| 关岭| 望江县| 象山县| 枞阳县| 辉县市|