Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      doa

      Doa Penerang Hati ;)

      June 7, 2013


      Sepatutnya, nak sambung revision ni. Tapi, aduhaii, buku depan mata, hati takda. Tak bagus betul. Lagi 5 hari je Nina. Dan dah sampai masa untuk ulang balik lagi sekali all topics tu. T_T

      So, mari kita post something yang mudah-mudahan beneficial to all of us. Ameen. At least, masa yang digunakan untuk menaip ni diredhaiNya. 



      Baca dulu.

      Kita dibesarkan dengan doa ni kan?
      Dari kecil, sejak sekolah rendah, kita baca doa ni setiap pagi sebelum mula kelas. Kalau sekolah kat Malaysia, sekurang-kurangnya hampir 11 tahun baca doa yang sama setiap hari. 

      Ini bukan sekadar doa, ini ayat al-Quran taw. :) Lebih spesifik, ayat 25-28 surah ke-20, Taha.

      Sejauh mana kita faham apa yang kita doakan ni? Aduh, nak taip ni pun rasa disiat-siat. Bila baru berjinak dengan terjemahan Al-Quran, memang terus rasa segan sendiri, suka mintak something dari Allah, tapi sebenarnya kita tak tahu pun apa yang kita mintak. Segan.

      Syukur sangat Allah tetap makbulkan doa hamba-hambaNya. Alhamdulillah.




      Oh, korang mesti dah tahu kan maksud ayat-ayat kat atas tu. Kalau tak tahu, takpe-takpe. Kita belajar sama-sama okay. :)

      Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku"..... 20:25-28

      Doa penerang hati.

      Bila dah sampai kat Czech ni, baru sedar betapa dalamnya doa ni. Very deep. Meaningful, full of hope. Rasa tak? Dengan budaya berbeza, cara hidup berbeza, bahasa berbeza, macam mana kita nak survive kalau tanpa pertolonganNya kan? Aduhai, teringat lagi nak berkomunikasi dengan orang Czech awal-awal sampai dulu, buruk perangai -___-'

      Dan satu perkara yang sampai sekarang boleh kira culture shock lagi, ialah exam oral. Hmmm kalau ikutkan kawan-kawan Medic kat India or Malaysia, diorang panggil viva. Sama ke tak caranya, maaflah tak tahu pulak. 

      Bila bercakap pasal lisan ni, mestilah melibatkan perkataan, or ayat senangnya ialah how we want to deliver our speech. Baru je lepas baca Physiology, speech kat sini bukanlah sekadar ucapan yang kita dengar orang berucap kat majlis apa-apa tu. There are so many things behind the scene untuk kita manage buat/susun ayat tu. Dari penerimaan data kat deria penglihatan / pendengaran, sampailah kita berjaya fikir macam mana nak susun ayat sekaligus mengeluarkannya dalam bentuk suara or penulisan. Termasuklah pemilihan perkataan yang sesuai.

      Ops, blame my physiology mode. 

      Apa-apapun, pointnya kat sini, ialah cuba tengok ayat tu "agar mereka mengerti perkataanku". SubhanaAllah, memang kena sebijik la dengan kondisi sekarang. Kadang-kadang kita tahu je nak cakap apa, siap dah draft idea dalam kepala, tapi bila sampai masanya kita terus blur dan haru biru jadinya apa yang kita nak cakap tu. Lagi parah bila salah fakta or cakap belit-belit sampai orang ragu dengan kita. #ouch.

      Allah dah bagi ayat best punya untuk kita amalkan dan ambil pengajaran so that apa yang kita cuba nak cakap, tersampai isinya. 

      InsyaAllah.

      p/s - Kami tengah final exam kat sini, doakan kami semua ye. Mana tahu, kejayaan kami nanti hasil doa kalian juga. :)

      Moga bermanfaat, moga Allah redha. 
      Salam Jumaat, jangan lupa recite Kahfi ya, sekali terjemahan lagi best. Wee.

      Ad-Deen, Buzulucka
      130607
      0127

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 米脂县| 连南| 沅江市| 扎鲁特旗| 崇礼县| 库伦旗| 东城区| 攀枝花市| 陈巴尔虎旗| 安平县| 章丘市| 威远县| 盐津县| 屏东县| 刚察县| 黄骅市| 巴林右旗| 芦溪县| 汽车| 河东区| 长沙县| 濉溪县| 永新县| 孟津县| 张家港市| 繁峙县| 安多县| 宜丰县| 广南县| 江源县| 惠水县| 宿州市| 思茅市| 黔东| 潜山县| 桐乡市| 贵阳市| 库尔勒市| 安吉县| 望奎县| 固始县|