Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      GST

      Menuju Hari GST

      March 28, 2015

      Phew.

      Walaupun sekarang ni bukan kat Malaysia, tapi masih terasa bahangnya nak dekat 1 April. Bukan setakat ada final exam hari tu nanti, tapi sebab 1 April tu jugaklah mulanya GST tu. Jujur, memang tak berapa faham sangat. Dah cuba baca banyak info kat macam-macam tempat tapi serius tak faham.

      Sekejap kata barang sekian sekian tak naik harga, tapi tiba-tiba tengok ada banyak list barang yang naik harga (yang dikatakan tak naik harga) diviralkan kan FB etc.

      Pengangkutan katanya tak naik harga, tapi tambang bas, komuter sekian sekian naik jugak.



      Ke saya memang salah faham sangat ni? Haha.



      Pheww.

      Mungkin ada yang rasa budak-budak yang belajar kat luar ni takde effect pun dek GST ni.

      Wuihh, sapa kata?

      Kalau balik cuti setahun sekali tu, paling kurang duduk rumah pun sebulan, ada rezeki lebih dapat la 3 bulan. Dah namanya ada elaun, takkan nak mintak duit mak ayah sepanjang kat Malaysia tu. Segan jugaklah. Lagi-lagi students yang banyak adik-adik kecil, nak melayan diorang lagi. Paling banyak spend duit ialah bila nak buat persiapan balik sini - stok makanan, renew visa, insurans etc. 

      Kena simpan duit jugak sebab nanti habis belajar kena bayar hutang belajar ni. Haha. Nak mula hidup lagi.

      Actually, kat Czech pun ada cukai jugak. VAT dan biasanya 21%. Sebab tu jugaklah kot, barang-barang sini 'mahal' lagi-lagi barang elektronik. Dan tak boleh nak claim kat airport jugak sebab dah ada visa jangka panjang kat sini. T_T cuma, disebabkan masa datang sini dah culture shock dah awal2 dengan harga yang mahal, so, sekarang ni redha je nak beli apa-apa, tak convert currency sangat dah.

      Jadinya, apa langkah kita nak hadapi GST ni?

      Buat penjimatan penggunaan harian.
      - walaupun untuk sesetengah orang, dah tak tahu nak jimat gaya mana dah. Paling awal, check penggunaan air, elektrik kat rumah. Tutup apa-apa suis yang tak digunakan, iron baju sekali harung seminggu terus, basuh baju penuh muatan mesin basuh tu. 

      Jaga nafsu membeli.
      especially benda-benda yang dah ada dan masih boleh guna. Faham sangat benda ni, especially untuk golongan pertengahan (macam saya jugak) yang memang terdedah dengan perkembangan semasa. Dari gadget, pakaian - trend shopping tu memang meningkat. 

      Cari sumber kewangan tambahan
      Hmm, rasanya memang ramai dah start berkecimpung dengan bisnes online kan? :) good good.

      Amalkan gaya hidup sihat? 
      Walaupun belum dapat nak bayang kalau nak pergi kerja berbasikal / jalan kaki tapi insyAllah harap-harap ada la nanti sampai masanya semua laluan jalan / sekolah / tempat kerja mesra cyclist / pejalan kaki. Paling kurang pun pengangkutan awam. 

      Mesra yang macam mana? - ada bilik khas untuk mandi (in case berpeluh), tempat gantung baju etc. 

      Ni cadangan je, mungkin tak kena / masuk dengan cara hidup masyarakat kita. Tapi mana tahu boleh jadi kenyataan :)

      Carpool.
      Benda ni payah kalau ahli-ahli kongsi kereta ni jenis tak faham keadaan, kiranya bila sorang ni dah guna kereta dia, support lah sikit untuk petrol. Maybe kena discuss and buat jadual kalau betul nak elak salah faham. Or bahagi sama rata harga petrol yang guna tu.




      Apa lagi ea yang kita boleh usahakan? Share meh. :)

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 陆河县| 富川| 淮滨县| 石楼县| 金塔县| 吉水县| 唐山市| 元阳县| 阜阳市| 信阳市| 重庆市| 永川市| 永靖县| 固始县| 博湖县| 新沂市| 绩溪县| 镇雄县| 清涧县| 沁阳市| 祁东县| 安阳市| 获嘉县| 乌拉特中旗| 莎车县| 中山市| 盖州市| 石楼县| 陇南市| 常熟市| 甘孜| 龙山县| 天峻县| 济南市| 伊春市| 府谷县| 汉中市| 车险| 栖霞市| 婺源县| 长宁县|