Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Doa Rasulullah SAW Kepada Anas Bin Malik r.a.

      November 3, 2017


      Maghrib semalam ada kuliah yang disampaikan oleh wakil Jabatan Agama Islam Perak. Topiknya menarik, tentang kekeluargaan dan lebih kepada masalah penceraian yang makin banyak berlaku dalam umat Islam di Malaysia sekarang. 

      Mungkin pengisian tentang topik ni akan cuba saya kongsi dalam post lain. Cuma bersempena Jumaat ni, saya nak kongsikan satu doa yang boleh kita amalkan :)



      Rata-rata kita tahu siapa Anas Bin Malik dalam hidup Nabi Muhammad kan?

      Kalau ada yang belum tahu, mula-mula sekali kalau kita perasan ada banyaknya hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik - bermaksud beliau banyak menyumbang kepada hadis yang kita jadikan rujukan sekarang. Anas Bin Malik ni juga hidup bersama Nabi Muhammad sejak beliau kecil dan menyaksikan sendiri mukjizat Rasulullah. 

      Beliau berkhidmat untuk Rasulullah selama 10 tahun (dari hijrah hingga kewafatan Nabi). Anas jugak pernah menceritakan bilamana ibunya meminta Rasulullah mendoakan anaknya, lalu Rasulullah pun mendoakan untuk dibanyakkan harta dan anak-anak. Dan terbukti umur Anas antara yang panjang, hasil tanaman (kurma) yang sangat banyak, anak cucunya juga sangat ramai.


      Credit: http://wanhassan.com/doa-rasulullah-pada-anas-bin-malik/


      Allahumma aksir maali wawaladi,
      wawasi’ li fii daari,
      wabarikli fima a’atoitani,
      waahsin aamali, 
      waghfirli.


      Maksudnya:
      Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
      luaskanlah rumahku,
      berkatikanlah semua yang Kau beri kepadaku,
      perbaiki amalanku, 
      dan ampunkan untukku.


      Nah, boleh tengok video ni jugak untuk lebih faham tentang doa ni :)


      Digalakkan untuk amalkan selepas solat Dhuha.



      Selamat beramal :)

      SS, Perak, Malaysia
      171103

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 高密市| 繁昌县| 双江| 渑池县| 衢州市| 尉犁县| 阳城县| 衡阳市| 中山市| 贵南县| 佳木斯市| 天祝| 青海省| 清涧县| 元阳县| 策勒县| 汝城县| 镇平县| 大连市| 平阳县| 额尔古纳市| 万宁市| 神农架林区| 九台市| 叙永县| 遂川县| 都兰县| 赤壁市| 榆中县| 拜泉县| 东兴市| 措美县| 平陆县| 沛县| 嘉禾县| 罗甸县| 甘肃省| 隆德县| 巩留县| 定结县| 玛曲县|