Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Fikir Sebelum Buang

      October 9, 2015


      Everybody loves food. 

      Dan boleh katakan semua orang suka makan. Lagi-lagi kalau dapat makan banyak-banyak tapi tak naik berat badan. One of the best feeling ever! ^_^


      Pembaziran Makanan
      Sumber - Facebook


      Siapa kat sini pernah rasa bersalah setiap kali buang makanan yang tak habis dalam tong sampah?

      Saya! Dan korang pun kan?

      Alaa, ada sekelumit pun, kira la jugak tu. :) Naluri kita asalnya suka benda yang baik. Jadinya, bila kena membazir makanan yang boleh dimakan macam ni, rasa tak seronok. 

      "Patut jangan beli makanan banyak-banyak tadi."
      "Alamak, makan sikit pun dah kenyang. Camne ni?"

      Inner thoughts most of us.

      Pembaziran Makanan Bulan Ramadhan
      Sumber - Google


      Pembaziran makanan banyak jadi dalam bulan puasa. Hmm, untuk kes sayalah. Perasaan nak makan macam-macam tu, memang rambang mata kalau dapat ke bazaar Ramadhan. Semua makanan nak beli, semua makanan nak rasa. Ibarat takde hari esok. 

      Dan di penghujung hari, ke tong sampah akhirnya. Peti ais pun dah penuh dengan makanan yang tak habis hari-hari sebelum ni. :p

      Sebutir beras ibarat setitik peluh petani.

      Popular kan quote ni?

      Fikir-fikirkan lah macam mana makanan tu diproses atau dimasak sebelum kita buang. Elakkan membeli atau memasak ikut nafsu, elak pembaziran wang juga :)

      Saya ni 'tong sampah'.

      Ni quote untuk diri sendiri yang saya cuba sedaya upaya nak hapuskan. Saya memang tak boleh tengok makanan tak habis dan end up dalam tong sampah. Lagi-lagi kalau saya yang kena buang makanan tu. Orang yang biasa basuh pinggan ataupun kemas meja lepas makan ramai-ramai mesti faham macam mana perasaan nak kosongkan pinggan sebelum sabun dan bilas kan?

      Pinggan saya biasanya memang akan 'clean' (kecuali tulang, kulit etc T_T). Kalau makan ramai-ramai dalam dulang, memang paling bahaya laaaa kalau dulang-mates tak makan banyak. T_T

      Tips;-
      1. Rancang makanan sebelum masak - berapa kali nak makan, berapa orang nak makan.
      2. Kalau makan kat kedai, fikir dulu, nak pilih makanan sebab nafsu ke memang lapar. Habiskan.
      3. Kalau portion makanan tu besar, kongsi dengan kawan ataupun makanan yang bungkus tu bawak balik untuk makanan seterusnya. 


      "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." - Quran 7:31


      Okay guys? Reminder for myself as well. :D

      Salam Jumaat semua ;)

      Fakultni Nemocnice HK, Czech
      151009

      Unexpected Saturday

      October 4, 2015


      Alhamdulillah dah selesai unpack beg, dah letak beg dalam 'store', dah kemas almari, dah sapu habuk, dah buat laundry. Senang kata dah kemas bilik wohoooo, lega. Sejuk mata nak bangun pagi lepas ni :D 

      My rooftop room
      My rooftop room


      Tu semua buat semalam. Well, takde kelas masa weekend kan?

      Semalam jugak, cadangnya nak bayar sewa flat. Memang tertunggak habis dari Julai. Julai Ogos September Oktober, dah deal dengan Uncle S (landlord aka tuan rumah sewa) untuk bayar lepas balik cuti summer. Fuh, rasa bergetar-getar tangan nak sediakan duit. Dah whatsapp Uncle S untuk set up masa nak jumpa dan biasanya memang Uncle S akan datang rumah untuk proses kutip duit tu. 

      Pukul 9, masa yang dijanjikan. Uncle S tak datang.

      Lepas 20 minit, ding dong ding dong. Siap pakai properly, pastu bila bukak pintu... eh bukan Uncle S. Ada dua wanita, seorang lelaki & seorang baby girl. Eh eh nervous dah. Siapa ni? Tapi muka macam familiar.

      Baru teringat one of the women tu, isteri Uncle S. Jumpa 2 kali je sebelum ni - masa tengok rumah & masa serah kunci. Bila perkenalkan diri, seorang lagi wanita tu anak kepada Uncle S. Pernah meet up seorang lagi anak perempuan dia masa Uncle S travel pergi South Africa nak jenguk cucu dia baru lahir. Anak dia dah berkeluarga dan bekerja kat sana. 

      Dan bila tengok baby girl tu, memang terus teringat moment tu. That's the baby! Rasa lain pulak Uncle S wakilkan diorang untuk datang. Mana Uncle S?

      Lepas anak Uncle S perkenalkan diri, dia bagitahu "I want to inform you that my dad had passed way, on the 25th of September." 

      Allahu. Terdiam. Speechless sungguh.

      "I am sorry to hear that." Itu yang mampu terkata lepas beberapa saat terdiam.

      It was just few days ago. Just few days. T_T

      Teringat wajah happy dia setiap kali jumpa. 
      Teringat betapa excited Uncle S masa dia bagitahu cucu baru lahir dan dia nak jenguk cucu dia.  
      Teringat dia menghulur sepinggan home-baked cookies masa Christmas. 
      Teringat betapa happy dia mendengar kisah travel (roughly je) saya. 
      Teringat bersungguh-sungguh dia bertanya ada apa-apa masalah tak dengan rumah yang dia boleh baiki. 

      Since I have good memories so far about Uncle S from the moment we first met until the last time before going back to Malaysia, meet every month for the rent ... I felt the lost.  

      The rest was history.

      Death ends a life, not a relationship
      True.

      May you rest in peace, Uncle S. 

      HK, Czech
      151004

      Kembali di Czech

      October 1, 2015

      Alhamdulillah, dah selamat bersila atas katil kat rumah di Hradec Kralove ni. Dah selamat tiba lepas perjalanan 7 jam flight Kuala Lumpur - Dubai, 10 jam transit di Airport Dubai, 7 jam flight Dubai - Prague, 1 jam bas Airport Prague - Train Station Prague, 2 jam train Prague - Hradec Kralove.

      Czech from top
      Czech from top


      Perjalanan bersama satu luggage besar 31kg, satu cabin luggage 15kg, backpack 10kg. 

      Gigih.

      Oh. Belum masuk angkat beg setiap satu ke rumah kat tingkat 4, naik tangga. Haha. 

      Masuk rumah terus..... mana katil mana katil -_-'

      Dan terlelaplah selepas Maghrib hingga pukul 2 pagi.

      Ah sudah, tak boleh tidur. Ye lah, 2 pagi sini sama dengan 8 pagi Malaysia. Jet lag. Sejuk bukan main, padan muka tidur tak tutup tingkap, heater tak pasang. :p Selesema. Batuk dari Malaysia pun tak lega lagi.

      -----------------

      Sunrise in Hradec Kralove, Czech
      Sunrise pagi tadi.


      Pagi tadi dah pergi kelas dah. Kelas pertama di semester baru, padahal kelas dah start 2 hari lepas. Takde niat nak ponteng kot, asalnya. :D Kelas macam biasa, minggu pertama semester kannn, penuh lectures. Asalkan saya ambik nota, alhamdulillah tak mengantuk. Memang segar habis.

      Kita tunggu malam ni, pukul berapa masuk tidur. Haha

      Eh, beg tak unpacked lagi. Nanti saya sambung update. Kalau rajin T_T

      Doakan tahun ni akan jadi tahun yang awesome walaupun akan penuh dengan exam, mudah-mudahan tak stress over sangat. 

      Mak ayah abglong abgngah, I miss you.
      Byeee, assalamualaikum.

      HK, Czech
      151001

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 泽普县| 迁西县| 无锡市| 益阳市| 甘泉县| 松溪县| 龙门县| 乌苏市| 五大连池市| 来凤县| 瓦房店市| 崇文区| 平遥县| 塔河县| 克什克腾旗| 济阳县| 鹰潭市| 嵊州市| 宁都县| 台州市| 鹤岗市| 汾西县| 安龙县| 理塘县| 天门市| 新河县| 中超| 苍梧县| 锡林浩特市| 乐亭县| 梅州市| 阿拉善盟| 南宁市| 正镶白旗| 马关县| 岫岩| 上虞市| 莱西市| 三台县| 永靖县| 新营市|