Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Dari Bihac ke Sarajevo, Bosnia & Herzegovina

      August 5, 2015


      Selesai solat jamak Zohor & Asar di masjid, kami patah balik ke stesen bas Bihac untuk tunggu bas ke Sarajevo. Stesen bas Bihac ni, kecil je tapi sediakan khidmat bas yang menghubungkan Bihac dan Sarajevo. Bukan dalam negara saja taw, kalau kita nak naik bas international route antara Bihac dan Vienna, Zagreb, Munich, Ljubljana pun boleh :)

      Stesen Bas Bihac
      Autobusna stanica = stesen bas

      Cuma, kalau tak silap masa saya pergi sini bulan April lepas, takde website rasmi ataupun maklumat2 perjalanan yang rasa yakin. Kalau tak silap lahhh ye :D Kebanyakan plan pun refer pengalaman2 pengunjung di TripAdvisor. 

      Bas di Stesen Bas Bihac

      Bas di Stesen Bas Bihac

      Bas di Stesen Bas Bihac


      Tambang bas dari Bihac ke Sarajevo dalam 40 KM. Lebih kurang RM 86 

      1 KM (Bosnian Convertible Marka, BAM) = RM 2.10

      Kami tak dapat nak tukar duit Bosnia siap2 dari Czech, jadinya kena tukar masa kat Bihac. Bawaklah Euro ke USD, okay je. Tapi RM macam takde exchange kat sini. Money exchange ada beberapa kat tengah pekan Bihac tu. Kalau berkesempatan boleh buat pembandingan dulu yea. 

      tiket Bihac - Sarajevo
      Tiket


      Perjalanan agak lama, 6-7 jam tapi macam biasa, driver akan stop kat 1-2 rest areas. Boleh la nak turun dari bas, regang2kan badan, nak ke toilet pun boleh. Oh ya, bas yang kami naik kali ni Euroliners. Dan just nak remind, bas kat Bosnia ni pun sama jugak walaupun ada seat numbers, korang bebas nak duduk mana-mana. Lagi-lagi kalau bas tu lengang, siap boleh duduk dua seats untuk seorang passenger. 

      Untuk perjalanan panjang, boleh prepare apa-apa makanan buat alas perut kat dalam bas nanti. Bawak sandwich ke, chips ke, biskut ke. Just elakkan makanan yang ada bau – sardine etc. Nanti ada pulak yang tegur korang – diorang tak tahan bau-bau ni. T_T



      Kami beli makanan kat atas ni, tak ingat nama dia apa. ?evapi rasanya. T_T Roti dalam dia banyak daging2. Well, daging sini halal kannn, :) Bermulalah hari-hari daging sedunia kami. Ehee.

      ?evapi - Bosnian kebabs: small grilled meat sausages made of lamb and beef mix; served with onions, sour cream, ajvar and Bosnian pita bread (somun). - source Wikipedia

      Sepanjang perjalanan, ada masanya terlena. Ada masanya leka menikmati pemandangan kat luar. Memang cantik. Boleh katakan jalan raya seiring dengan sungai. Hijau biru pulak tu. ^_^.  

      Perjalanan dari Bihac ke Sarajevo
      Sungai or tasik. Tak ingat T_T

      Hmmm, kat Bosnia ni jugak, rasanya pernah mention dalam posts sebelum ni yang kita boleh jumpa banyak tanah perkuburan. Hampir setiap 200-300meters macam tu. Kawasan perkuburan tak lah besar. Kadang-kadang boleh ada 2-3 kubur sahaja. Ada jugak yang berpuluh-puluh. Boleh nampak betapa ramai yang terkorban dalam perang Bosnia tu. 

      Reminder untuk kita semua, kematian tu bila-bila je. 

      Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. - Quran 63:11





      Ada satu tempat dalam perjalanan tu, namanya Plava Voda. Jarak dalam 90km dari Sarajevo, 1 jam 30 minit perjalanan, based on Google Maps. Plava Voda ni kalau tak silap, kawasan restoran yang penuh dengan air2 mengalir antara satu sama lain, dihubungkan dengan jambatan2 kecil. Saya tahu wujudnya tempat ni pun masa tonton drama Satu Hari di Sarajevo. Niat bukan sebab nak layan drama sangat, just nak dapat rough view tempat-tempat yang jadi latar dalam drama ni. Ye lah, dipilih jadi lokasi penggambaran, mesti tempat tu ada nilai menariknya kan :)

      Cuma, takde rezeki nak drop by masa tu. :)



      Kami sampai di stesen bas Sarajevo dalam pukul 9 malam lebih. Bila teringat balik masa ni, rasa bersalah dengan kawan-kawan sebab ajak jalan kaki dari stesen bas sampai apartment instead ambik teksi. T___T Sorry girls! 

      To be continued, insyAllah.

      Hradec Kralove, Czech
      150426
      HUSM, Kelantan, Malaysia
      150805

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 富锦市| 余庆县| 兴海县| 公安县| 阿克陶县| 南岸区| 石棉县| 双柏县| 儋州市| 泾源县| 延寿县| 台北县| 漳浦县| 博湖县| 喀什市| 容城县| 崇仁县| 黄龙县| 安平县| 望江县| 贵德县| 建瓯市| 山丹县| 罗山县| 黑河市| 城步| 南郑县| 思南县| 肇州县| 安多县| 洛宁县| 绥芬河市| 广灵县| 金塔县| 七台河市| 都江堰市| 益阳市| 广平县| 麻栗坡县| 河北区| 古田县|