Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      Hamparan Rapeseed

      May 19, 2015

      Alhamdulillah. 

      Grad's Night dah selesai, Dinner untuk Malaysians di lokaliti saya pun dah selesai. InsyAllah ada lagi satu final exam sebelum mulanya cuti summer. Weee, insyAllah kalau takde aral, by end of May dan habis semester dah. Tapi tak dapat nak balik Malaysia awal sebab kena renew visa kat Czech ni.  -_-

      ------------------------------------

      Habis kelas last week, rasa tak nak balik rumah. Kalau sampai rumah, memang terus jadi tak produktif. Masuk comforter, pasang kipas, tidur. T_T 

      Jadi, ayuh kita berbasikal sepanjang sungai. :D Kayuh kayuh kayuh, terkesima tengok pancaran keemasan dari jauh. Wahhh mashAllah, ada ladang rapeseed rupanya kat Hradec Kralove ni. Biasa nampak pemandangan macam ni kat kawasan luar bandar masa naik train ataupun bas HK-Prague. 



      Kalau kat Malaysia kita ada banyak ladang kelapa sawit, kat Czech ni banyak ladang rapeseed. Ladang sunflower pun. :)

      Untuk pengetahuan kita bersama, biji rapeseed ni boleh diproses jadi minyak sayur-sayuran, ketiga terbanyak selepas minyak kelapa sawit dan kacang soya. Tapi kat Tesco sini, saya biasa beli sunflower oil - sebab dia murah. Hehe. Minyak kelapa sawit hmmm rasa macam tak perasan pulak ada ke tak. 




      Actually nervous nak masuk ladang rapeseed ni, sebab dia open, tak berpagar. Risau pulak kalau tiba-tiba dikatakan trespass kawasan owner ni. Masuk ikut laluan traktor, so tak rasa bersalah sangat nak pijak bunga tu. :D Memang orang Czech yang tengah cycling or jogging kat laluan tu pandang pelik je kat kami, sebab nampak sangat teruja nya. -_-'

      Tapi, hmmm.

      Kita kena nikmati pemandangan cantik Allah dah bentangkan untuk kita kannnn?


      "Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya" - Quran 14:34

      Hradec Kralove,
      150518

      Belajar dari Grad's Night 2015

      May 6, 2015

      Subuh 3.58 pagi
      Maghrib 8.24 malam.

      Dah start praktis puasa ke arah Ramadhan nanti :) Cuma, memang exhausted jugak lah kadang-kadang sebab bangun tidur dah masuk Subuh -_-', memang tak dan nak sahur. Nanti Ramadhan lagi challenging ni, Subuh before 3 pagi, Maghrib 9 malam lebih. Go go!

      Ramadhan is coming guys!
      Moga Allah sempatkan kita dengan Ramadhan. Ameen.



      Banyak events yang saya jadi salah seorang organiser untuk bulan May ni, fuh. Kerja mungkin tak seberat orang lain, tapi terasa la kepadatan masa tu. Salah satunya;

      Grad's Night 2015

      Event ni ialah untuk meraikan 6th year (a.k.a final year) students kat universiti saya. Saya tak pasti uni lain macam mana, tapi kalau kat uni saya - students yang handle. Lebih spesifik nya budak-budak 4th year. 




      Banyak perkaralah yang saya belajar masa tolong organise kan event ni.


      1. Kami boleh make sure yang the event tu alcohol-free dan makanan semua halal.

      Penting sangat point ni. Sebab apa? Ada pelajar 6th year yang Malaysian Muslim. Of course la nak diorang rasa tenang dalam dinner tu, tak payah nak risau pasal makanan & minuman etc. 

      Tapi tak semudah tu nak deal dgn orang lain yang nak kerja sekali. Even though the event tu mungkin la bebas dari alcohol, tapi untuk make sure takde dana / usaha kami yang Muslim yang menyumbang 'indirectly' ke alcohol tu.... ya Allah bantulah kami. 

      2. Boleh belajar sikap & cara kerja orang.

      Biasalah, nak get to know people, kena spend time sekali kan? This event patutnya diuruskan oleh semua 4th year. I'm not sure kenapa  students yang organise at the first place, -_-' tapi dah jadi tradisi kat uni ni.

      Out of semua 4th year students, memang bukan semua yang nak libatkan diri.  So, saya sendiri boleh bayang betapa beratnya tugas sesetengah orang bila kena pikul banyak tanggungjawab.

      3. Latih diri jaga masa

      Salah satu skop kerja saya - fundraising team - yang ambik banyak masa.

      Memang niat utama untuk jaga bahagian duit sebab nak cuba pastikan sources of money yang baik. Uni just provide duit untuk dinner hall, and the rest kami kena cari ways to gain money. Kat Czech ni, macam susah sangat nak dapat sponsor orang, lagi-lagi kami yang international students. Language barrier mungkin. Kalau orang nak sponsor pun, lebih kepada kupon, voucher - yang end up, akan jadikan sebagai cabutan bertuah. 

      Fundraising - buat jualan - haaa, since Malaysians yang banyak involve in this part, tu yang banyak makan makanan Malaysia lately ni. Sate ayam, karipap, kek batik etc. ;) 

      But it was fun to introduce our food to the people. 




      -------------

      The event will be on this Saturday. Nervous!

      Doakan kami ye. 
      Moga Allah redha semua usaha tu.

      Hradec Kralove,
      150506

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 梁河县| 岗巴县| 永和县| 建宁县| 兴安盟| 南安市| 金秀| 双流县| 景德镇市| 辰溪县| 鹤壁市| 扬州市| 江安县| 馆陶县| 长汀县| 兴义市| 博野县| 庐江县| 新余市| 江川县| 和政县| 酒泉市| 偏关县| 临城县| 鄂托克前旗| 宁都县| 乌苏市| 疏附县| 疏勒县| 乡城县| 大邑县| 马鞍山市| 澳门| 龙泉市| 眉山市| 临邑县| 建平县| 广饶县| 阜平县| 土默特左旗| 东乡县|