Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

      One Day One / Half Juz

      March 3, 2015

      Assalamualaikum semua :)

      Tadi masa tengah baca terjemahan Al-Quran, saya rasa tertarik untuk share satu ayat ni, 

      Find a way to get closer to Him, and strive in it :)
      Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) agar kamu berjaya. - Al-Ma'idah 5:35

      Ada banyak cara untuk mendekatkan diri pada Allah, contohnya menjaga solat, mendampingi orang-orang yang baik, bersedekah harta ataupun tenaga. Dan satu cara lagi seperti yang semua tahu dan insyAllah saya yakin kita mengamalkannya - membaca Al-Quran. 

      InsyAllah membaca Quran bukanlah sekadar melafazkan atau mengiramakan ayat-ayat suci tu. Tapi lebih kepada menghayati dan cuba menjadikan ayat-ayat Quran tu sebati dalam jiwa dan hidup kita. Dan antara yang utama sekali, faham apa yang kita baca. :)

      Tapi untuk konsisten baca Quran ni perlukan usaha dan komitmen. 

      Payah, susah.
      Betul saya setuju.

      Tapi kalau kita dalam komuniti ataupun dikelilingi dengan orang-orang yang buat benda yang sama; jujur saya cakap, tak sesusah yang kita sangkakan.

      Serius jujur. :) Hehe.

      Jadinya, saya teringin nak promote satu projek / program ni. Emm, saya tak pasti lah nak gelarkan dia as projek etc atau mungkin lebih sesuai guna 'medium'. Ini adalah usaha untuk menggalakkan lahirnya generasi Al-Quran yang akan rasa Quran tu sentiasa dalam hati kita. Kalau tak baca sehari tu, fuh, rasa tak senang duduk. 


      ODOJ - one day one juz
      ODHJ - one day half juz

      Pernah dengar kan? 

      Program ni bermula di Indonesia, kalau tak silap saya, tapi Alhamdulillah dan tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia. Benda baik kann, ya Allah, berganda-ganda pahala orang yang mulakannya ni :). Dulu sy tak pernah bayangkan nak khatam Quran sekali sebulan, tapi ODOJ ni membantu. Weee, alhamdulillah! 

      Dan kenapa adanya ODHJ? 

      Ada juga yang semangatnya membara, cuma ada kekangan masa, Jadi, dibahagikan juz tersebut kepada 2 hari. Untuk yang takde kekangan masa dan still join ODHJ, mereka boleh spend masa lebih untuk hayati terjemahan Quran tu. Best sangat, sebab ye lah, baca dengan kefahaman jauh lagi best dari baca sahaja kan :) 

      --------------------------------------------------

      Jadi, kalau ada yang berminat nak join, boleh tengok FB Page ni untuk maklumat lebih lanjut. Or lebih specific nak join, boleh tengok sini. Dan insyAllah, setakat ni, khas untuk girls a.k.a. sisters :) 

      Oh ye, untuk FB page - One Day One Juz - Europe ni, adanya Europe kat belakang tu bukanlah bermaksud orang-orang kat Eropah je boleh join taw. Alhamdulillah, setakat ni, ODOJ Europe dah dapat penglibatan dari Malaysians yang ada di seluruh dunia. Majority dari Eropah lah; macam France, Spain, Germany, Czech, Poland. Ada jugak dari Timur Tengah - Mesir, Jordan. Tak lupa jugak Turkey, Morocco, Russia, Indonesia, Australia, USA etc. Dan semestinya Malaysia.  ^__^

      Kalau korang nak tanya nak tanya apa-apa, boleh la leave comments, insyAllah saya try jawab mana yang mampu. Jumpa kat sana! :D

      Latest Instagrams

      © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
      主站蜘蛛池模板: 揭东县| 玉溪市| 雅安市| 塘沽区| 漳州市| 塔河县| 永靖县| 寿宁县| 招远市| 樟树市| 莱西市| 镇赉县| 突泉县| 双江| 侯马市| 饶河县| 抚远县| 彰化市| 岚皋县| 阳朔县| 广东省| 铁力市| 乌什县| 揭阳市| 石家庄市| 从江县| 潜山县| 黎城县| 衡山县| 河曲县| 宁陵县| 炉霍县| 井研县| 汤原县| 和平县| 金堂县| 噶尔县| 丰原市| 都兰县| 铁岭县| 定州市|